RSS
Container Icon

Dilema Si Penanam Anggur

Bismillah..

Segala pujian bagi Tuhan Semesta Alam. Tiada apa yang dapat saya ungkapkan kecuali betapa bersyukurnya saya kerana masih merasai begitu banyak nikmat yang diberikan oleh Nya.

Pun begitu,lumrah manusia sering lalai dan mudah berburuk sangka terhadap Allah SWT tanpa berfikir kenapa dan apa hikmah disebalik perkara yang terjadi. Saya juga tidak terkecuali merasai perasaan yang amat buruk sebegitu dan menampakkan tahap keimanan saya yang amat2 lemah. Sungguh! Saya menyesal dengan perasaan yang membelenggu hati.

Apa yang menyebabkan saya berburuk sangka kepadaNya? Ia hanyalah kerana saya seorang penanam anggur yang sangat berjaya di kampung yang indah ini. Selepas menamatkan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dengan CGPA yang hanya cukup2 makan,saya bercita-cita untuk sampai ke menara gading seperti abang2 saya yang berjaya menggenggam segulung ijazah. Tetapi berjayakah saya menjejakkan kaki ke menara gading hanya dengan CGPA yang cukup2 makan tersebut? hu3...

Alhamdulillah,saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke sebuah IPT yang cenderung ke arah islamik di Gombak Selangor. Tapi....sesuatu yang amat menyedihkan apabila angan2 yang ingin kita gapai dibantutkan oleh suara2 shumbang yang entah dari mana datangnya.

"Ape?? ngko nak amek degree?? haha...biau benau sikit ngko nih. Result cukup makan jer tu. Tu pun agaknye orang IPT tu tak perasan mase die masukkan name ngko kot." Kata abang saya sambil memandang saya ke atas dan ke bawah. Cisss..Berdesing telinga mendengarnya. Itu baru sorang, belum yang lain lagi..

Entah dimana silapnya,mak turut bersekongkol dengan pendapat abang saya tadi. "ko takyah ler sambung blajau lagi dik. Kalo blajau tinggi2 pun tak tentu dapat kejer. PTPTN lagik nak kene bayau. Ko cari keje jela ea dik..". Itulah skrip yang mak bacakan kepada saya 2 tahun yang lalu. 2 tahun telah berlalu tanpa ada apa2 perubahan yang ketara terhadap diri saya. Sedang rakan2 yang lain bergelut dengan assignment dan kuliah2 mereka,saya..,tetap menjadi penanam anggur yang berjaya.

Bukanlah bermaksud tiada usaha untuk mencari pekerjaan tetapi masih tersemat di hati dan jiwa ini untuk menggali lubang ilmu yang amat dalam. Saya berkerja dan bekerja dan bertukar-tukar kerja kerana masaelah2 yang tidak saya jangkakan. Sehinggalah mak dan ayah telah dipilih untuk menyambut lambaian kaabah pada musim haji baru2 ini,saya diarahkan supaya berhenti kerja dan bertukar profesion dari seorang ahli perniagaan kepada suri rumah tangga sepenuh masa.

Saya diberikan sepenuh kepercayaan untuk menjaga anak2 kepada abang sulung saya dan isterinya yang seringkali teramatlah sibuk dengan pekerjaan duniawi mereka mengalahkan Datuk Seri Najib apatah lagi Datuk Seri Ali Rostam. Menjaga anak2 yang masih terlalu kecil dan kerenah mereka yang masyaallah (tak tau nak cakap camne)..... amat menguji kesabaran saya. Namun alhamdulillah, saya berupaya menjaga mereka dengan baik dan boleh diberi anugerah maksu terbaik tahun ini..hoho~

Namun,hari berganti hari..ada rakan2 yang hampir menamatkan pengajian mereka. Saya juga semakin bosan dengan kehidupan yang saya rasa sangat2 kosong dan membuang masa. Masa adalah pelaburan yang terbesar dalam hidup. Dan saya tak dapat membayangkan selama 2tahun ini saya telah menghabiskan masa dengan perkara yang saya sendiri tidak tahu apa hasilnya.

Baru2 ini,ada seorang sahabat bertanya, "Nur tanak sambung blaja lagi ker? Muda2 ni elok blaja. Niat kite tu penting Nur. Kite nak cari ilmu dan pengalaman kerana Allah. Kite gali ilmu bukan sebab nakkan segulung ijazah semata-mata. Kalau amek sijil atau diploma pun takpe,asalkan kite ada ilmu dan pengalaman. Itu yang mematangkan kite". Todia..panjang lebar sahabat itu memberikan ceramah free tetapi berasas. "Satu lagi Nur,lain rasenye bergaul dengan orang2 yang educated dengan orang yang terperuk kat rumah jer.." Hoh?!! Statement yang sangat mencabar jiwa dan raga saya..bleh plaks perli2 setelah memberikan nasihat2 yang jitu.

Seharian saya bermuram durja memikirkan hal ini. Lalu bermonologlah saya dengan Allah SWT... Saya bertanya kepadaNya, mengapa takdir saya menjadi orang yang tidak berjaya? Mengapa saya diciptakan hanya untuk menjadi penanam anggur? Mengapa tuah selalu tidak menyebelahi saya sedangkan sahabat2 lain dengan mudah mendapat apa yang mereka ingini?? Mengapa? Mengapa? Mengapaaaa?????! Lalu kekesalan yang amat2 mendalam serta merta mengalir ke seluruh pembuluh darah saya. Lalu si iblis memulakan tugasnya memporak perandakan fikiran saya,dan saya rasa mereka berjaya.

Pada suatu tengah malam baru2 ini,saya tertidur diatas hamparan sejadah setelah selesai melakukan terapi untuk jiwa saya yang kacau ini. Saya didatangi mimpi...mimpi yang membuatkan airmata saya mengalir deras sederas sungai Kesang. Didalam mimpi tersebut,saya sedang duduk berteleku diatas bukit yang luas sambil memandang ke langit dan asyik merapu-rapu mengenangkan nasib diri. Tiba2......

"Wahai anakku,janganlah dikau bermuram durja. Banyakkan beristigfar anakku. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui hal yang kamu tidak ketahui. Bersabarlah anakku,sesungguhnya tiadalah tempat lain melainkan syurga bagi orang2 yang bersabar..." Hoh??! Bapakku kah itu?? Sungguh! Saya langsung tidak mengenali lelaki tua berjanggut, berserban dan berjubah hijau tersebut.

Dia menghilang sedang saya terkontang kanting diatas bukit tersebut. Sungguh merdu suaranya,sungguh bersih wajahnya dan sungguh saya pasti waktu mudanya pasti amat hensem..thehehe.. Lalu saya mengejarnya dan tercari-cari gerangan lelaki tersebut. Dan akhirnya saya terlihat kelibat beliau, tetapi berkain pelikat pula.

"Hoiii dikk...ngape ko ni? Tido pun muke cam bahagia semacam jer..pakai telekung lagi tu. Aku ingatkan ape la yang putih2 tu tadi. Dah2!! Da suboh da nih." Hoh! ni baru betul bapakku. Sungguh saya tertanya-tanya sehingga ke saat ini siapakah gerangan lelaki berjubah hijau tersebut. Dan kata2 beliau akan saya pahat di dalam hati saya sampai akhir nafas ini.

Peristiwa ini membuatkan saya kembali berfikir dengan waras tanpa ada sentimen2 yang lain. Betul2 membuat saya beristigfar sepanjang masa..

'Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya, lalu ia bersabar, nescaya akan Aku gantikan dengan syurga'. Teringat saya tentang sepotong hadis tersebut. Dalam hal ini,saya seolah-olah seorang yang buta..buta mata hati. Keadaan sekeliling telah membutakan saya. Melihat kejayaan sahabat2 yang lain, melihat kejayaan abang2 saya, melihat semuanya bukan berteraskan keimanan kepada Allah. Sungguh! Saya adalah seorang yang buta. Lalu Allah datangkan hidayah untuk mengembalikan penglihatan saya.

'Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya,syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan.'(Ar-Ra'd:24) Saya terbaca firman tersebut dalam La Tahzan yang menjadi santapan saya kala waktu lapang. Sama maksudnya dengan kata2 lelaki berjubah hijau...

Saya melihat diri saya sekarang...Seorang gadis yang menginjak kedewasaan, yang tidak punya arah. Tetapi,saya harus bersangka baik. Saya begini kerana Allah telah menetapkan sewajarnya dengan kemampuan saya. Saya tidaklah dilanda musibah yang begitu besar,dan saya harus bersyukur untuk itu. Dan kalaupun saya ditakdirkan sedemikian, maka sabar itu adalah pengubatnya. Apa hikmahnya? Itu adalah rahsia Maha Pencipta dengan hambanya.. Apapun yang terjadi,terima seadanya dan bersangka baik dengan Allah kerana Dia menciptakan sesuatu bukan dengan sia-sia... Saya pasrah(tiru ayat-ayat cinta..hu3)..

Allahu'alam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 kata mereka: