RSS
Container Icon

Jom Solat...


bismillah...

PENDAKWAH di jalan Allah ibarat sepohon pokok yang lebat dan ranum buahnya. Orang ramai melontar batu dan kayu ( untuk mendapatkan buahnya ), tetapi mereka melontarkan ( memberikan ) buah-buah yang manis kepada mereka. jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hatinya. untuk membaiki hati, kita mesti bermula dengan solat...

Kata-kata di atas dicoretkan oleh sahabat blogger saya untuk dikongsi dan diselami maksudnya bersama..

Seperti yang kita sedia maklum solat itu adalah tiang agama. Saya ibaratkan seperti tulang belakang manusia yang mempunyai fungsi yang amat penting. Bayangkan kalau kita tidak mempunyai tulang belakang, maka tiadalah dapat kita berdiri tegak dan badan terasa lemah gemalai serta fungsi organ2 lain turut terganggu akibat kekurangan tersebut(teori cik NurQaseh).

Berbicara tentang solat,teringat saya waktu berumur 14tahun,saya dipukul oleh ayah dengan menggunakan penyangkut baju yang diperbuat daripada besi. Ketika sedang khusyuk menonton Doraemon pada waktu maghrib,dengan tak semena-mena....zzaaapppp!!! Pergh!! Bagaikan disengat tebuan tanah, saya terus menjerit dan menangis ketakutan. "Ape nak jadi dengan ko ni adik! Tak reti2 nak semayang?? Nak jadi kapir ke?". Kesan sebatan itu walaupun bekasnya di belakang badan saya sudah menghilang tapi amat berbekas dihati saya.

Sejak dari hari itu,saya tobat untuk meninggalkan solat dengan sengaja lagi walaupun ada ketika saya solat kerana terpaksa(maklum la,tak matang lagi). Dan dari sehari ke sehari saya semakin dewasa,saya sedar sendiri akan kepentingan solat tersebut. Saya dapat rasakan betapa lazatnya nikmat bersolat. Tapi bukanlah bermaksud solat saya sesempurna mana. Hanya Allah sahajalah yang layak menilai segala perbuatan dan amalan kita sehari-hari.

Baru-baru ini,seorang sahabat saya berkongsi masalah keluarganya kepada saya, Beliau bertanya bagaimana hendak menegur ibu bapanya yang liat bersolat. Saya amat blurr ketika itu dan amat sukar memberikan jawapan yang bernas kerana saya tahu, bukanlah mudah untuk menegur orang yang lebih tua dari kita apatah lagi mereka adalah ibu bapa sendiri. Tak pasal2 kena sound plaks...

Jadi saya cuma dapat mengesyorkan agar beliau tidak berputus asa dan selalu berdoa agar Allah membuka pintu hati ibu bapa serta adik-adiknya agar tidak memandang ringan akan solat. Seterusnya saya menyuruh sahabat saya itu bertanya sendiri kepada orang yang lebih arif tentang agama...hu3.. (Cik NurQaseh ni bukannye ustazah, mak kiai, bini ostat, penceramah bebas atau yang seerti dengannye. Pendek kate bukannye baik sangat pun..hoho~). Saya sendiri amat memerlukan bimbingan untuk memperbaiki diri saya yang serba kekurangan ini.

Tugas sebagai pendakwah bukanlah suatu tugas yang mudah,kerana kita mengajak manusia kepada kebaikan dan pada masa yang sama sentiasa memperbaiki diri agar sentiasa dekat dengan Allah SWT serta menjadi teladan yang baik..

Moral of the story, perbaiki diri sendiri sebelum menegur orang lain dan dont tinggal solat yer...huhu...

Allahu'alam...


P/S: Terima kasih tidak terhingga kepada En.Epal Merah @ Shah Soul Shinobi @ Limochi Arishima (ntah la,saya amat blurr tentang nama sebenar En.Epal Merah ni) kerana selalu memberikan nasihat2 yang berguna kepada saya. Tiada apa yang boleh saya balas melainkan Allah juga yang membalas jasa anda.. tenkiu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 kata mereka: