RSS
Container Icon

Ape Ni Pakcik..!!!!

bismillah...

Segala puji bagi Allah yang masih memanjangkan umur Cik NurQaseh dan memberi peluang kepada saya untuk menghasilkan entri yang ke-3 pada hari ini.. Mwahaha..3 entri satu hari taw! Kalau datang rajin Cik NurQaseh ni, nak buat namblas puluh tiga ratus entri satu hari pon boley...

Tanpa merepek dengan lebih jauh, saya sebenarnya nak berkongsi satu kisah yang berlaku baru-baru ini. Kelmarin saya menemani sahabat saya ke sebuah farmasi untuk membeli ubat selsema. Sahabat saya, Naimah mengalami masalah selsema yang teruk dan mengakibatkan beliau terpaksa dikejarkan ke rumah sakit pada keesokan harinya..(auta jer nih)

Apa yang saya ingin kongsikan sebenarnya adalah tentang pemilik farmasi tersebut. Ianya adalah satu2 nya farmasi orang Melayu yang ada di pekan saya. Pada mulanya saya agak berat untuk ke sana,tetapi disebabkan Naimah sudah tidak tahan lagi dengan hingusnya yang berjejeran, maka terpaksalah saya melangkah ke tempat yang 'amat mengerikan itu'.

Sudah tiga tahun saya tidak menjejakkan kaki ke farmasi tersebut kerana saya tiga tahun yang lalu saya nekad untuk tidak ke sana lagi. Saya namakan pemilik farmasi itu sebagai En. Rahim(bukan nama sebenar..hehe). Sebenarnya saya pernah bekerja disitu sebagai pembantu farmasi selama beberapa bulan selepas tamat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Bosan duduk dirumah,saya mengambil keputusan bekerja disitu bersama sahabat saya, Nisa'.

Pada awal bulan pertama kami bekerja, en.Rahim mengajar kami tentang ubat-ubatan. Kami tiada masalah denga en.Rahim. Saya lihat beliau seorang yang alim dan warak kerana tidak pernah meninggalkan solatnya dan juga sering mengingatkan supaya tidak mengabaikan waktu solat. Beliau ialah salah seorang jemaah tabligh yang aktif suatu ketika dahulu. Kami pada mulanya amat menyenangi beliau.




Oleh kerana itu, saya mengabaikan satu pesanan salah seorang bekas pekerjanya semasa saya mula2 bekerja disitu. Jika saya 'alert' dengan pesanan bekas pekerja tersebut, mungkin kejadian yang tidak kami jangkakan tidak akan berlaku. Namun semua ini ketentuan Allah, kami redha. Masih terngiang-ngiang kata-kata kak Sara (bekas pekerja tu).

"hati-hati kalau keje kat sini. En.Rahim tu 'besar selera' dia".

Saya menganggap kak Sara cuma bergurau ketika itu. Sejurus selepas saya dan Nisa' sah menjadi pembantu farmasi disitu, Kak Sara terus berhenti bekerja. Pada bulan ke-2 kami bekerja, en.Rahim mula menunjukkan simptom-simptom penyakit 'gatal-gatal' (paham2 suda). Beliau sudah mula bercerita tentang hal-hal 'dalam kain'.. Kami masih lagi boleh bersabar dan bersangka baik, "orang tua ni nak cakap pasal pil viagra agaknye." Tapi...

Selepas itu beliau sudah mula menunjukkan belang yang sebenar. Saya pernah beberapa kali cuba disentuh oleh en.Rahim, tetapi disebabkan saya anak pendekar seni silat cakar beruang, maka dapatlah saya mengelak dan menepis 'serangan2' beliau itu. Nisa' sahabat saya juga begitu.

Pernah suatu hari en.Rahim bermonolog dengan saya, "Nur, kalau saya tak kawin dengan kak Fara, da tentu saya kawin dengan Nur".

Uwweeekkkkss...!!!! wek wek wek..!!

Termuntah saya di dalam hati (bleh ker gitu..haha). Kak Fara adalah isteri kedua en.Rahim yang berumur 28tahun ketika itu. Tak dapat saya bayangkan bagaimana en.Rahim boleh berfikiran jauh seperti itu. Dan tak dapat saya bayangkan juga jikalau saya menjadi 'isteri' muda en.Rahim yang ketika itu berumur 58tahun!

Kemuncak kami berada di 'neraka ' tersebut ialah ketika Nisa' sedang menyusun ubat-ubatan di atas rak seorang diri, manakala saya sedang mengambil sampel2 ubat di dalam bilik simpanan. Sedang saya mengambil sampel2 ubat tersebut, tiba-tiba saya terdengar jeritan Nisa'...

"Ape ni pak cik!!!! Tak suke laaa!!!"

MasyaAllah, Nisa hampir dicabul kehormatannya... Dengan serta merta saya bergegas mendapatkan Nisa' yang sedang menangis teresak-esak serta menariknya keluar dari farmasi. Sempat juga saya mengambil tempat pita pelekat yang diperbuat dari besi, lalu saya hayunkan ke arah en.Rahim..

Kami berhenti kerja serta merta. Fuhh, ngeri woo.... Alhamdulillah, Allah menyelamatkan kami berdua. Dan pada malam itu juga, sahabat2 lelaki yang sekelas dengan kami semasa tingkatan enam pergi menyerang en.Rahim. Enam lawan satu.. Saya jangka akan terjadinya pergaduhan bak filem tamil yang sering kita lihat tapi...

"Pakcik..saya ni bukan ape, saya cume nak pakcik sedar pakcik tu dah tua. Malu la kat masyarakat." Kata Hafiz, ketua samseng kelas 6 Atas Kemanusiaan.

Pehhh...punye la lembut ayat budak2 nih.. Sempat lagi tarbiyahkan orang tua tu. Patutnya ganyang jer orang tua tak sedar diri tu. Sebelum sahabat2 saya pulang, mereka memberi amaran kepada en.Rahim agar tidak mengulangi perbuatan tersebut serta kembali ke jalan Allah.. (baiknye korang...hahaha...tak samseng la camnih)

Dan selepas tiga tahun kejadian itu berlaku, saya sekali lagi menjejakkan kaki ke farmasi tersebut. Selamber jer saya masuk.. Apabila en.Rahim melihat kelibat saya serta merta beliau terduduk dan mengurut dada. Lalu beliau mengarahkan pembantu beliau melayani Naimah dan beliau terus masuk ke bilik. Ada titis2 dingin di kelopak matanya...

Sebenarnya,saya sudah pun memaafkn en.Rahim atas sikapnya yang suka mengambil kesempatan. Tidak ada langsung niat untuk membenci atau mahu membalas dendam. Allah itu Maha Pemaaf, apatah lagi saya yang hanya seorang hamba.....maafkanlah.... Dan Nisa' pula masih dibayangi peristiwa itu...

Allahu'alam...


p/s: ayah saya bile dengar jer saya kena kacau, dengan serta merta adrenalin beliau naik mendadak. Malam tu sebenarnya ayah dah rancang nak pergi tarik janggut en.rahim, tapi dibatalkan niatnya kerana ade orang datang rumah.hehehe...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 kata mereka:

Jamal Rafaie said...

Nauzubillah..

Dah ada bini pun nak menggatal lagi.. Menggatal dengan bini sendiri cukup la.. hehe..

Syukur Nur tak de pape..

NUR QASEH HJ. MUHAMAD said...

hehe...

tu la pasal.. tak cukup sorang nk tmbah 2,.. tak cukup 2 nak tambah satu lagi...hu3...

incik jamal jgn jadik camtu plak yer...hua3...

Jamal Rafaie said...

Insya-Allah.. I want to be a good husband to my wife..

Unknown said...

Astagfirullah..
Penting juga dengar kata org berpengalaman macam kawan yg berhenti kerja tu. Mujir diberi ahu awal2. Syukurlah selamat.
Apapun kirmkanlah doa yg baik agar En. Rahim tu insaf. Hemm! tablig memamg macam itukah..nak kawin tambah ni bukan sekadar alim dan taat solat, kena lebih dari itu. Entahlah...

Shah Shinobi said...

wah..cik nur nie mmg rajin ea...
tp citer nie mmg panas r...alhamdulillah cik nur xde pape...n pd kwn cik nur 2(nisa')mga beliau di beri kekuatan oleh allah n nur pun same di lindungi o allah sokmo =)

nie ble nk ta'aruf nie..
hihihi =p

NUR QASEH HJ. MUHAMAD said...

incik jamal> bgus2,be a gud husband nnti yer..tpi blajau smpai hbs dlu ye dik..hehe..

incik etuza> tak tau la. sesetengah tabligh je macam tu kot. sbb nila setitik rosak susu sebaldi..

incik shah> oo..tang citer2 panas je die rajin dok komen yer..hehe..
ta'aruf kt mne2 pn bleh..hihi...