RSS
Container Icon

Jangan Pisahkan Aku Dan Dia.......

bismillah...



"TAHNIAH dan sukacita dimaklumkan bahawa saudari telah dipilih untuk melanjutkan pelajaran bagi program B.Sc(Hons) Business Information Technology & International Business 3+0.........."



Hoh! Menatang ape ni?



Hmmm....



Alhamdulillah....



Saya dapat lagi tawaran untuk sambung belajar, macam dulu2 masa baru habis SPM dan STPM....tapi tak sambung2 jugak...huhu...dah beberapa tahun saya tinggalkan alam persekolahan. Di kala sahabat-sahabat saya dah tamat pengajian ijazah mereka, saya baru nak merangkak masuk ke menara gading. Salah saya jugak sebab tak tetap pendirian dan terlalu ikut cakap orang lain.


Dulu orang disekeliling tak sokong saya untuk sambung belajar...

"keje la dik, dapat duit."

"OK"


"keje kat sini bagus dik."

"OK"


"Ko tak payah sambung belajau dik. Nanti banyak hutang."

"OK"



Tu jela yang saya jawab dulu. Dan kali ni saya akan teguhkan pendirian saya. Saya akan perkuatkan keazaman saya untuk menuntut ilmu. Biar apa orang kata, saya tak pedulikk! Saya mencintai ilmu... Sangat2 cinta.


Cukup rasanya saya menuntut ilmu menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Cukup rasanya saya menuntut ilmu menjadi ibu kepada anak2 saudara saya semenjak mereka bayi lagi. Cukup rasanya saya menuntut ilmu dan menimba pengalaman bekerja di merata-rata tempat. Cukuplah... Kini tiba masanya untuk menuntut ilmu di menara gading.


Kepada pihak2 yang berkenaan, jangan cuba halang saya untuk menggali lubuk ilmu kerana masa depan saya bukan di tangan anda. Jangan cuba tentukan hidup saya, kerana saya yang akan bertanggungjawab atas kehidupan saya kelak. Jangan diracun fikiran saya, kerana saya sendiri yang akan menanggung apa saja risikonya. Jangan dipatahkan semangat saya. Jangan pisahkan saya dan ilmu!!











"Dek, tak payah belajar jauh2... tolong mak kat rumah ni."



"OK mak...."





Hmmmmm.....tadi bukan main bersemangat lagi. (dengar cakap mak ye, jangan derhaka)



Membaca jambatan ilmu yer kawan-kawan! Sebelum tido kena baca buku, satu muka surat pun jadi laaa - Educated cat




p/s: mungkin rezeki saya bukan dalam bentuk segulung ijazah, master atau phD. Dan mungkin ada yang terbaik untuk saya. God has better plan....=)


p/s lagi : ikut la nasihat si educated cat di atas...bangsa membaca bangsa berjaya(^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 kata mereka:

Jamal Rafaie said...

Salam..

Nur dapat universiti mane?

Capt MUHAMMAD Azhar said...

Assalamualaikum,

Salah seorang guru saya, lebih muda dari saya. Tak ada sekeping pun certificate.Tapi ilmunya tinggi, lebih dari saya sendiri dan seterusnya melayakkan utk jadi guru dan murobbi pada saya.

Jgn hadkan ilmu pada sekeping ijazah atau kertas. Kalau ada ok, kalau tak ada ok jugak. Yg penting, cari ilmu hingga mati. Yang penting, cari Ilmu UNTUK AMAL.

Dunia hanya sementara.. akhirat itulah selamanya.

Wallahu'alam.

fifie @fif said...

same mcm course sy ambik dulu....tapi sy study kat college je.