RSS
Container Icon

Mari Mariiiii....Solat!!!

bismillah....


Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Syukur ke hadratNya kerana masih diberi peluang menghirup oksigen di negeri Tok Ali nih.. Semalam saya terlewat solat isyak kerana tertidur keletihan tambah2 pula hujan turun dengan lebatnya. Ape lagi,tarik la selimut cepat-cepat. Pukul 2 pagi barulah saya tersedar lalu bangkit menunaikan solat isyak. Terukkan? Ishhh3......


Jika dibandingkan solat saya dengan solat para sahabat, masyaAllah, memang tak terbanding! Zaman nabi dan sahabat, hari-hari mereka dipenuhi dengan amal2 soleh untuk menambah ganjaran di akhirat kelak. Berlainan dengan saya yang lemah dan serba kekurangan ini, hari2 saya dipenuhi dengan kerja2 duniawi hingga lalai terhadap tugas saya sebagai hamba Sang khaliq.. Di sini saya ingin kongsikan sedikit kisah yang saya baca kelmarin,moga bermanfaat untuk kita semua..



Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.



Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam
solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.


Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.



Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Sekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: "neraka Wail lah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.


Berbicara tentang solat ini, suka saya mengingatkan staff2 di opis saya "MARI AKAK2!! MARI SOLAT BERSAMA CIK NUR!" huhu.... Temankan la saya kat surau nih..sorang2 je hari-hari. Nak tegur depan2 takut nanti di cop "macam bagusss sangat"... isk3...


allahu'alam...



p/s: mulakan plan A....(*_*)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 kata mereka:

Faarihin said...

salam dek.. sorry lama tak datang sini.. busy lah.. ni pun akak dtg kejap je.. tq yer dek.. akak semangat semula ni.. hehehe..

Jamal Rafaie said...

Salam.. Nak cite pasal solat ni, hai.. memang sangat jauh kalau nak dibandingkan dengan solat para sahabat..

Akhir zaman memang banyak cabaran, manusia semakin sibuk mencari wang untuk menyara hidup kerana keperluan hidup yang semakin meningkat. Bila banyak kerja, ibadat pun makin kurang sebab letih..

Tapi Allah Maha Adil, setiap perkara yang kita lakukan akan dibalas. Bila kita sangat sibuk dengan kerja kita, mengapa kita tak jadikan kerja kita itu satu ibadat? Emm.. Itu yang payah untuk kita aplikasikan kerja adalah satu ibadat dalam konteks yang sebenar..

Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua, jadi kalau kerja tu, carilah masa nak solat Dhuha, Insya-Allah hubungan kita dengan Allah akan terjaga.. =)

NOTA : Lama tak komen kat blog QalamCahaya, banyak urusan duniawi yang dilakukan.. Hai.. Dunia dunia..

NUR QASEH HJ. MUHAMAD said...

salam... tu lah pasal... saya nak cakap orang, diri sendiri pun sama jugak..ehehe...terkadang tu sampai leka dengan kerja2 dunia, dengan fesbuknya, dengan blognya.... aduhh.... doa2 supaya Allah sntiasa beri hidayah pd kita...



*trtunggu-tnggu jgk komen dari syeikh jamal kiter nih...hehe..