RSS
Container Icon

TakTahuNakLetakTajukApe...Hohoho~

bismillah...


Segala puji dan puja hanya untuk Khaliq yang nyawa saya berada digenggamannya. Ohhhhh...!!!!!!!! Lama rasanya saya tak meng'up date'kan QalamCahaya kesayangan saya. Almaklumlah dah ada kerjaya baru, alhamdulillah... Pun begitu, saya sebenarnya bekerja dalam keterpaksaan kerana memegang title "orang suruhan kerajaan". Bukan bermaksud saya anti kerajaan dan tidak pula saya menyokong kerajaan sepenuhnya kerana saya seorang yang neutral.


Hari pertama saya melangkah masuk ke pejabat saya terpaksa menjadi hipokrit seketika. Hilang sudah tudung labuh yang selama ini menjadi perhiasan diri. Saya sekadar mengenakan tudung bawal biasa sahaja. Agak kekok juga pada mulanya kerana mereka yang bakal menjadi rakan sejawat saya semuanya 'up to date' sedang saya bagaikan orang asli Amerika yang tersesat ke sebuah bandar. hehehe...takpe, takpe... Ok lagi tu.


Hari kedua saya teruskan dengan busana muslimah meskipun dilarang memakai jubah dan bagi lelaki dilarang memakai kopiah. Hoh! sangat pelik undang-undangnya. Inilah kali pertama saya bekerja di dalam suasana pejabat lebih-lebih lagi ianya adalah Jabatan Kerajaan yang terpenting di negeri ini. Pendek kata tempat ini adalah pusat pentadbiran kerajaan negeri serta menempatkan pejabat Ketua Menteri. So,kenalah ikut protokol-protokol atau etika-etika yang ditetapkan..huh!!! Nak buat macam mana, terpaksalah ikut untuk menjaga periuk nasi buat sementara waktu.


Baru beberapa hari bekerja, pelbagai perkara yang berlaku ke atas diri saya. Antaranya jatuh dari cerun sewaktu dalam perjalanan ke kafe. Kononnya nak ambil jalan pintas, diredahnya pokok2 bunga dan dipanjatnya bukit yang agak curam tersebut. Ditakdirkan Allah, jatuh terduduklah saya kerana tapak kasut agak licin..Cit!! malu taw! Nasib baik orang tak nampak. Tak tau lah kalau ada yang perasan..hihihi...


Keesokan harinya lain pula yang terjadi. Saya terkurung dalam tandas surau yang agak jauh dari pandangan orang ramai. Argghh!! Tidak!! Why this happen to me!! Saya bermonolog di dalam hati...huhu... Takpe, takpe..rilex..cool.. Saya mengaktifkan kuasa dalaman saya lalu memancarlah aura-aura positif yang berlegar-legar di dalam tandas tersebut. Dengan segala kudrat yang saya ada, saya mengetuk-ngetuk pintu tersebut sehingga lemah tulang sepultura saya. Alhamdulillah, ketukan dan bunyi bising dari tandas menggerakkan seorang jemaah lelaki untuk datang ke tandas yang serba mewah tersebut. (tandas 1st class,tapi pintu takleh pakai..atoiii!!)


"Tak boleh bukak ye dik...jap eh" kata jemaah lelaki itu.


"kalau bleh bukak takdelah lebam2 tangan aku ketuk pintu nih!" Monolog saya di dalam hati. Dalam hati jer taw, nak cakap depan-depan kang langsung dia tak nak tolong.


"Ye bang...tak boleh bukak pulak pintu ni. Tapi saye tak saspen pun...Takpe2,abang buat le apa yang patut. Saye cool jer nih..." jawap saya kepada lelaki tersebut.


Tak sampai lima minit kemudian jemaah lelaki tersebut berjaya mengeluarkan Cik NurQaseh dari tempat membuang bahan kumbahan itu. Fuhh! Legaa.... Rupa-rupanya lelaki tersebut yang mengimamkan solat zohor tadi. Pasti solatnya terganggu dek ketukan-ketukan saya dari tandas. Hohoho....sory le bro... Dan selepas pembebasan saya dari tempat kurungan yang mengerikan tersebut, saya bergegas menjalankan kewajipan saya sebagai hamba Tuan Punya Dunia.


Jiwa saya bukan di sini, tapi akan saya gagahkan juga kudrat untuk menabur sedikit khidmat yang tidak seberapa di tempat baru ini. Saya keseorangan di sini, hatta hendak bersolat pun saya seorang saja di bahagian jemaah wanita. Sunyi...Sepi...isk isk isk~~~


Sabda Rasulullah, "Mukmin yang mencampuri urusan manusia dan bersabar atas penyiksaan mereka adalah lebih mulia daripada mukmin yang tidak bercampur dengan menusia dan tidak bersabar atas penyiksaan mereka."


Saya tidaklah begitu terseksa,mungkin sedikit sunyi kerana di sini saya perlu memilih, sama ada untuk bekerja dan bercakap bila perlu atau saya mendaftar ke persatuan Umpat dan Cucuk yang ahlinya adalah kebanyakan pekerja-pekerja wanita. Buat masa ini saya hanya fokus terhadap tugas, tapi esok lusa tak tahulah jikalau saya TERmasuk ke dalam persatuan tersebut tanpa saya sedar..huhu...Minta dijauhkan.


Di sini juga saya terpaksa pendamkan keramahan saya kerana belum terbiasa dengan keadaannya. Alhamdulillah, Allah memilih saya untuk mencari pengalaman di tempat yang baru dan bertemu dengan insan-insan yang berbeza fikrahnya. Dan insyaallah, tempat ini juga akan saya tinggalkan setelah saya rasa cukup tempohnya berkhidmat di sini. Saya mengidamkan sebuah studio seni saya sendiri. Tempat saya menghasilkan karya dari cetusan ilham dari Dia pemberi segala ilham. Dan selepas itu, saya berhajat untuk pergi jauh dari sini.........jauh ke sana.....ke tempat idaman saya........Harap dikabulkan....amin ya Robb...

Allahu'alam..



p/s: masih di opis lagik!!!!!!!!!!!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 kata mereka: