RSS
Container Icon

Fiqh Dan Tunang Saya.....(^^,)v

bismillah...



Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. KepadaNya kita memuji, memohon petunjuk dan pertolongan serta meminta perlindungan dari segala keburukan. Maka sesiapa yang diberikan petunjuk oleh Allah, nescaya tiada sesiapa yang dapat menyesatkannya.
Alhamdulillah atas peluang yang Allah berikan kepada Cik NurQaseh untuk terus menulis di ruangan QalamCahaya yang tak berapa nak glamer nih. Ada la beberapa kerat yang baca blog dhaif saya ni,tapi semua tu tak jadi masalah. Why bother what people will read, just write because idea and thought will be no limits, just write!!



Kelmarin saya dapat satu undangan ke majlis pertunangan rakan baik saya. Malangnya saya tak dapat memenuhi undangan tersebut kerana ada tugas di pejabat. Kalau takde keje,bleh saya tolong jadi makeup artis... Alhamdulillah majlis rakan saya itu berjalan dengan lancar, dan beliau nampak haapy memanjang. Yelah, dah hampir-hampir ke alam rumah tangga. Cik NurQaseh bila lagi??? Ramai yang cakap Cik NurQaseh macam budak belum baligh a.k.a kanak-kanak ribena. Isk,isk,isk... (T_T). Takpe,takpe... Jangan terkejut bila dapat kad jemputan dari saya nanti yer kawan-kawan... Buat rakan saya Amiza dan Ain, tahniah kerana selamat melahirkan baby masing-masing. Alhamdulillah semuanya selamat, dan saya doakan agar anak-anak mereka nanti menjadi anak yang soleh. Buat si Haisyah yang sedang menunggu hari untuk meletup, harap anda kuatkan semangat yer... Tahniah jugak sebab bakal jadi ibu. (eii,tak sangka la korang ni dah jadi mak budak!!)



Bercakap tentang bertunang nih, dulu-dulu saya ada baca tentang fiqh wanita bab pertunangan. Khitbah/meminang ni maksudnya pendahuluan ikatan pernikahan (permintaan seorang lelaki pada wanita untuk dinikahinya). Si peminang disebut khottoban manakala yang dipinang disebut makhtuban. Kebiasaannya, orang lelaki la yang masuk meminang perempuan. Tapi kalau macam bapak saya dulu, ada orang perempuan yang nak pinang dia (bapak saya yang cakap..tak tau la kot dia auta jer...haha).



Sebelum bertunang, ada beberapa keadaaan yang perlu diambil perhatian. Pertamanya ialah keserasian antara kedua belah pihak. Rasulullah SAW melarang lelaki menikahi seseorang perempuan kecuali dengan izin perempuan tersebut. Baginda bersabda, “Tidak dinikahi seorang janda kecuali sampai dia minta dan tidak dinikahi seorang gadis sampai dia mengizinkan. Mereka bertanya “Ya Rasulullah, macam mana nak tau dia suka ker tak?" Baginda menjawab, “Jika dia diam.." ... Jadi siapa-siapa yang masuk meminang saya nanti kalau tengok saya diam, maknanya saya setuju la tu... wooha!!
Tapii..kena tengok betul-betul perempuan yang nak dipinang tu benar-benar redha. Kadang-kadang diam tak beerti setuju. Ada yang diam takut nak bukak mulut sebab takut bapak dia kasik penampar (bagi kes jodoh yang ditentukan ibu bapa). Jadi kalau anda nampak si perempuan tu bila ditanya setuju ke tak tapi dia diam,muka masam jer maksudnya tak setuju la tu... (memandai je NurQaseh ni)




Hukum khitbah ini adalah 'harus' tetapi Imam As-Syafie(buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah al-istihbab/sunat. Dan Dr. Abd. Karim Zaidan(buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah) mengatakan bahawa hukum al-istihbab/sunat ini lebih aula/baik dari hukum 'harus' tadi. Perancangan Cik NurQaseh pulak, taknak bertunang..,nak bernikah terus untuk menjimatkan kos dan masa.... hehehe...



"Diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu tenteram dengannya dan dijadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang...." Sifat-sifat yang perlu ada pada diri kita mahupun pasangan yang kita pilih tu semestinya yang beragama, bertaqwa, berakhlak, taat, beramal soleh, amanah, bertanggungjawab bla bla bla....
"Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka hendaklah kamu kahwinkannya. Jika kamu tidak mengahwinkannya,nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi ini..." (Hadis riwayat Tirmidzi)



Yang keduanya ialah keturunan. Pilihlah pasangan dari keturunan yang baik agama dan akhlaknya ye kawan-kawan. Kalau nak pilih yang sebaliknya pun boleh jugak,saya tak marah...(^^,)v.. Ada seorang rakan saya masa zaman persekolahan dulu, adik beradik dia ada 14 orang... Alhamdulillah, murah rejeki mak ayah dia. Subur dan sihat...hihi.. Sabda Nabi,"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan subur kerana aku berbangga dengan umat yang ramai pada akhirat nanti.." Cik NurQaseh pulak target nak 7 orang anak...hihihi...Bleh ker gitu?



Seterusnya, pilih yang masih perawan/dara/teruna (bagi yang belum berkahwin)... Isu sensitif nih..huhu.. Rezeki, ajal, jodoh semua Allah dah tentukan, jadi tak kiralah sesiapa pun yang Allah takdirkan untuk kita, maka masing-masing buatlah yang terbaik hanya semata-mata mengharap keredhaan dari Allah. (^^,)v
"Hendaklah kamu memilih perempuan yang masih dara kerana mereka menuturkan kata-kata yang baik, mampu mempunyai anak yang ramai dan lebih redha kepada kehidupan yang susah..." (riwayat Ibn Majah)



Ciri lain pula ialah pasangan yang kita pilih tu bukan dari kaum kerabat ataupun saudara mara kita sendiri. Ini adalah untuk mengurangkan risiko penyakit keturunan seperti asma, sakit jantung, dan lain-lain lagi. Macam Cik NurQaseh ni ada masalah asma...Begitu juga dengan abang saya, dia pun ada asma. Bila datang jer penyakit, mesti berbunyi-bunyi nafas kami adik beradik. Selain daripada untuk menghindarkan dari penyakit keturunan, ia juga boleh meluaskan hubungan persaudaraan sesama Islam. Macam nenek dengan atuk saya la...,nenek orang Indonesia, atuk orang Malaysia. Jadi, saya ada keluarga kat Malaysia dan Indonesia....huhu... Nenek sebelah ayah pulak datang dari Pakistan sana... Uishh...merata-rata saudara-mara saya nih...



Adat dalam memilih pasangan, mestila kita cari yang sekufu/sama taraf. Macam saya nih, lepasan STPM jer mana la layak dengan lepasan Oxford atau Al-Azhar (cewah,citarasa tinggi). Kalau dapat ok jugak...hihihi... Tapi yang pastinya sekufu itu harus dinilai dari sudut yang betul seperti firman Allah, "Apakah orang-orang yang beriman itu sama seperti orang-orang yang fasiq? Mereka sama sekali tidak sama..." Yang harus diutamakan adalah yang sekufu dari sudut agama, iffah dan ketaatan seseorang itu pada agama.



Seterusnya, sunat melihat bakal isteri sebelum dipinang. Tengok la 2 @ 3 jika perlu untuk memastikan keadaan wanita tersebut supaya nanti tak kaciwa selepas perkahwinan. Yela,dalam gambar nampak cun je....sekali tengok depan2 kaki pendek sebelah, jari terlebih satu, itu kurang, ini kurang... Mula-mula suka, lepas dah tengok tak suka pulak...huhu... Tapi sekarang ni dah tak ada masalah macam tu lagi kot. Sebelum kawin pun hari-hari ngadap muka pasangan masing-masing. Dah kenal luar dan dalam...hehehe... Pesan Rasulullah SAW kepada al-Mughirah bin Syu'ban, "Lihatlah perempuan itu, semoga ia akan mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua..." (riwayat Tirmidzi). Perempuan pun diharuskan melihat bakal suami yer. Tak aci la lelaki je yang tengok...



Kalau nak tengok bakal isteri kita, jangan plak tengok lebih-lebih. Ada batas-batasnya.. Dibenarkan melihat cuma kedua tapak tangan dan mukanya sahaja, jangan lihat tang lain ye... "Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan yang zahir padanya..." (an-Nur:31). Kalau si lelaki ni tak puas hati jugak sebab hanya dapat tengok muka dengan tapak tangan jer, hantarlah wakil perempuan untuk lihat selain dari muka dan tapak tangan bakal isteri. Selalunya orang lelaki akan tengok tumit orang perempuan, tapi kalau macam saya ni pakai stokin. Orang tak dapat tengok... Pasal ape ye orang lelaki suka check2 bahagian tumit ni? haaaa....tu kena tanya abah anda di rumah....hehehe....



Allahu'alam....




p/s: Segala apa yang saya tulis tu adalah berdasarkan pembacaan dan diskusi2 bersama tok2 guru yang diiktiraf...kalau saya ada salah dan silap informasi sila tegur2 ye... saya cuma lepasan STPM jer...tak pandai mana pun...(^^,)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 kata mereka: