RSS
Container Icon

Kenapa Awak Lorat Sangat Nih....

bismillah...


Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi. Segala puji dan puja bagiNya juga kerana mengurniakan Cik NurQaseh sepinggan nasik goreng setelah penat menggergaji dahan pokok rambai milik ayahnya. Burp! Alhamdulillah... Terima kasih Allah..





Huwaa...Lama rasanya saya tak meng'update'kan blog QalamCahaya ni. Maklumlah sibuk dengan mukabuku@fesbuk. Saya aktif berblogging sejak awal tahun ini. Entri saya semasa bulan Januari memang banyak. Sehari satu entri, kadang2 lebih dari satu. Dan bila akaun fesbuk mula aktif, QalamCahaya saya sisihkan sedikit demi sedikit... Isk..isk..isk.. Kesian dia. Saya jadi gila dengan fesbuk. Hari-hari mengadap fesbuk. Kalau tak depan PC, saya akan berfesbuk melalui telefon bimbit. Tapi saya sayang QalamCahaya lebih dari fesbuk...


Dan tepat pada 12.15 minit petang hari Sabtu yang lepas, saya nekad untuk menghapuskan terus fesbuk dari hidup saya. Fuuhh!! Lega... Tak tergambar kelegaan yang saya rasa apabila melepaskan fesbuk. Ramai bertanya kenapa Cik NurQaseh lorat-lorat nak deactivate akaun FB? Biarkan jela FB tu, bukan tak boleh blogging sambil berfesbuk bla bla bla....


Saya melihat fesbuk adalah satu medium yang sangat baik untuk menyampaikan dakwah disamping meneroka hidup manusia yang berlainan fikrah. Bermacam-macam orang yang saya jumpa di fesbuk. Ada yang terlalu baik pada pandangan saya, ada yang sedikit nakal, ada yang nakal banyaaak..huhu.. Dipendekkan cerita niat saya berfesbuk pada mulanya adalah untuk suka-suka. Kemudian timbul niat untuk berkongsi sedikit kata-kata berhikmah yang sentiasa berlegar difikiran saya dan dizahirkan di fesbuk. Disamping itu saya juga memuat naik/upload gambar-gambar saya yang sedang cover cun (Cun la sangat).. Dan bila dah upload macam-macam gambar, banyak jugalah komen yang diterima.


"Subhanallah!! Cantiknya enti...."


"Comey...Nak kenal bleh?"


"Kekalkan imej sebegini ye enti..."


"Muslimah solehah, dambaan lelaki..."



Huwaaa... Kembang giler idung saya bila baca komen-komen macam nih. Kasi upload lagi gambar banyak-banyak. Kali ni yang lagi cun punyaa.. Dan hasilnya,,bertambah-tambah komen yang diterima dan idung Cik Nur dah berkembang tahap maksima. Dan sampailah suatu hari ada yang menegur saya secara berhikmah. Hamba Allah tersebut meminta saya berfikir apa perlunya saya meletakkan gambar-gambar tersebut. Tidak ada sebab lain selain dari untuk dilihat oleh mata-mata ajnabi lalu menerima pujian dari mereka. Saya cuma makhluk yang bakal menjadi busuk berulat sedangkan Sang Pencipta Yang Maha Kekal itulah yang selayaknya dipuji dengan pujian yang melambung tinggi!! Allahu Akbar... berdosanya saya.... (T_T)



Atas nasihat hamba-hamba Allah yang mengambil berat terhadap saya itu, saya memutuskan untuk memadam kesemua gambar-gambar difesbuk. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati kalian yang memberi teguran kepada saya walaupun ada yang menegur secara keras dan agak kasar..(takpe la, Cik Nur tak kecik ati pun). Walaupun sudah tiada lagi gambar-gambar cover cun, saya tetap aktif berfesbuk. Dari sehari ke sehari makin ramai yang menambah/add saya sebagai rakan mereka. Dan saya menerima mereka dengan hati yang terbuka..hihi.. Bila ramai yang add, ramai jugalah yang nak bertaaruf/berkenalan. Bila ramai yang nak bertaaruf, ramai jugalah yang nak masuk jarum. Bila ramai yang nak masuk jarum, ramailah yang nak mintak nombor telefon. (Cik NurQaseh bukan nak perasan hot ke apa, cuma menceritakan pengalaman yang sebenar...hihi).



Hanya Allah dan saya sendiri yang memahami diri saya sendiri (-_-") paham tak ayat saya nih? Buat-buat paham sudah la ye... Saya tahu kekuatan dan kelemahan diri saya, dan saya tahu hati saya sangat lembut dan mudah disentuh mahupun tersentuh.


"Ana ikhlas nak berkawan dengan anti..."


"Saya idamkan seorang wanita yang boleh bimbing rockers macam saya nih..."


"Boleh enti jadi zaujah ana? " (yang ni paling tak bleh blah)


"Qaseh, terimalah diriku sebagai suami mu..." (huwaa...ini dah tahap dewa 19 punye tak bleh blah)



Kadang-kadang tu rasa cair je hati ni bila dengar pujuk rayu lelaki. Bila dah lama-lama rasa menyampah pun ada. Sebab apa? Sebab perasaan tu semua dari syaitan semata-mata. Tapi ada juga beberapa insan yang saya rasa hati mereka betul-betul ikhlas nak berkawan dengan saya..(saya rasa laa...Allah sahajalah yang bleh menilai keikhlasan kita). Dan kami masih berhubung sehingga kini. Diharapkan ukhwah yang terbina antara kami mendapat keberkatan di dunia sehingga akhirat.



Berbalik kepada lamaran-lamaran tadi, saya ada juga sound seseorang dari suatu jemaah nih. Kerana apa? Biarlah rahsia...saya cuba nak elakkan dari memburuk-burukkan orang (tapi kalau saya ada tercakap, mintak maap la yer). Saya sendiri pun bukanlah baik sangat, tapiii memang tak patut betul la orang warak macam beliau buat macam tu...Takpelah,beliau sudah dimaafkan.



Bila dah ramai kawan di fesbuk, maka masa saya banyak terbuang di hadapan PC. Bila bukak je ruangan chat, maka ramailah yang nak berchatting. Dan bila saya sudah terasa syok berchatting, mula lah mengabaikan waktu solat. Asar dah 30 minit berlalu, "alah takpe, baru setengah jam....sambung chatting lagi la.." Getus saya dalam hati. Dah nak dekat maghrib baru terkial-kial nak amek wudhu'.. Ishh..Ishh,..Ishh, teruk giler Cik NurQaseh ni. Bila dah jadi tabiat solat dilewat-lewatkan, mula lah hati rasa tak tenang. Bila zikrullah mula berkurangan, mula lah rasa gelisah.



Bila hati rasa tak tenang, otak pun ligat memikirkan kata-kata yang menggambarkan frustasi diri. Bila idea datang menyinggah, mula lah kata-kata tersebut dizahirkan di status fesbuk. Bila ramai yang baca, ramailah juga yang klik "like" kat status tersebut. Tak kurang juga ada yang meninggalkan komen...


"Wah, pandainya berkata-kata..."


"Minta di copas status ini yah.."


"Sungguh dalam maknanya bla bla bla...."



Dan komen-komen semacam inilah yang membuatkan idung Cik NurQaseh kembali kembang tahap maksima. Hmmm...nak cerita tentang saya dan fesbuk sampai malam esok pun takkan habis. Dipendekkan cerita, bagi saya fesbuk boleh mengubah niat seseorang itu daripada A ke B. Daripada nak berdakwah kepada menunjuk-nunjuk. Daripada merendah diri kepada meninggi diri. Daripada diri seseorang tu tebal dengan sifat malu, terus berubah kepada seorang yang tak tahu malu sedikit demi sedikit. Tu pendapat saya yang lemah lagi hina ni la. Saya cakap bagi pihak diri saya seorang. Saya luahkan apa yang saya rasa. Ada orang cakap tu semua benda kecik jer. Pucuk pangkal hati masing-masing. Pandai-pandai la nak jaga hati dan niat dari terpesong. Buat apa la Cik NurQaseh nak lorat-lorat deactivate fesbuk. Huhuhu...sebab nak jaga hati dan niat ni lah Cik Nur deactivate fesbuk taw tak. Sebelum benda-benda yang kecil ni jadi besar, sebelum luka jadi barah, sebelum nasi jadi bubur, sebelum hati menjadi keras lebih baik saya elakkan.



Dan sememangnya Cik NurQaseh adalah seorang hamba yang sangat-sangat lemah, baru belajar istiqomah, baru belajar bermujahadah. Berperang dengan nafsu sendiri, berperang dengan kehendak duniawi. Bermujahadah melawan nafsu bererti berperang dengan diri kita sendiri. Apa yang di sukai oleh hawa nafsu akan disukai oleh diri kita sendiri. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja kita dapat menilai apakah kehendak itu baik atau jahat. Namun setakat tahu buruk atau baiknya belum cukup untuk kita mampu melaksanakan atau meninggalkan. Kita perlu bermujahadah dan terus bermujahadah. Ramai manusia yang tahu tapi tidak mahu. Dan ramai juga manusia yang mahu tapi tidak mampu. Syaitan tidak pernah tidur. Begitu juga nafsu, musuh yang tidak pernah tahu erti lesu. Sedikit sahaja kita terleka, pasti kita di tipu dan dihasutnya.



Bukankah manusia sebaik Nabi Adam pun boleh ditipu oleh iblis hingga terkeluar dari syurga? Oleh kerana kedua-dua musuh itu tidak pernah berehat dari menyerang kita, maka kita sewajarnya tidak berehat untuk mempertahankan diri. Bermujahadah tidak boleh bermusim atau mengikut ‘mood’.Setiap dosa yang kita buat kerana termakan hasutan syaitan adalah umpama titik hitam pada hati. Makin banyak kita berdosa, makin gelaplah hati. Bayangkan kalau kita bermujahadah sekali sekala… ia umpama mencuci pakaian yang sangat kotor sekali sekala.



Sudahlah jarang di cuci, kotoran yang terpalit makin banyak hari demi hari. Begitulah hati, jika malas ‘dibasuh’ dengan mujahadah, maka akan bertambah kotorlah ia hingga payah hendak dibersihkan lagi. Oleh itu, satu prinsip asas dalam bermujahadah ialah istiqomah.. Dan saya sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk terus istiqomah dalam perjuangan ini. Meski ada yang menyindir saya, "ala NurQaseh testing market je tuh.. Esok lusa dia buat akaun facebook yang lain.." hehe...terpulang lah pada mereka. Yang penting saya tahu apa yang saya buat, dan Allah mengerti hati hamba-hambaNya.



Kesimpulan yang saya buat, fesbuk adalah sesuatu medium yang tidak sihat bagi REMAJA PEREMPUAN YANG LEMAH seperti saya.... hihihi... saya jer taw. Hati anda kuat, anda boleh terus berfesbuk dengan jayanya. Gunakan fesbuk dengan sebaik mungkin yer kawan-kawan. Untuk yang ada bisnes, gunakanlah fesbuk untuk mencari rezeki yang halal. Satu lagi jangan tag orang sesuka hati. Buat semak jer..hahaha...



"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan) Allah berserta dengan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Al-Ankabut:69)



Allahu'alam...




p/s: tangan masih terketar-ketar kerana menggergaji dahan pokok rambai tadi.. Fesbuk dah takde... Buat jela ape-ape keje yang patut...hihihi... (^^,)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 kata mereka:

Capt MUHAMMAD Azhar said...

Katakanlah Bahawa solatku, ibadah ku, hidup dan mati ku hanya untuk Mu Ya ALLAH ...

Moga moga ALLAH menerimanya sebagai amal soleh jua...

saya pun tersentap dgn entri nih...
ALLAHU Robbi...

Anonymous said...

Salam dik..

Alhamdulillah, akak hy tersenyum membaca kisah adek. Alhamdulillah, terasa ingin benar berkenalan dengan rapat adek yg sorang ni..Alhamdulillah, akak ingin kongsi satu kata-kata.."Hati itu tenang pada kebaikan dan gelisah pada kejahatan"..

akak ada ceritakan kisah akak juga, http://atirah85.blogspot.com/2010/09/fb-dan-mainan-dosa.html

Boleh lah menyinggah, dan semoga bermanfaat ea dik..

Semoga Allah memberkatimu..:)

NUR QASEH HJ. MUHAMAD said...

salam ukhti atirah...

time kasih ye sebab singgah... huhu...alhamdulillah,Allah lindungi kita drpd terkena fitnah yg lebih besar. Mcm2 fitnah yg ada dalam FB. Dan kaum wanitalah yg bnyk terkena fitnah tersebut krn wanita adalah snjata syaitan...sblm jadi barah baik dielakkan.., :)

acap said...

sy pon ikhlas gak..hihi...

btul2 bnyak fitnah..baru je smlam jmpa 1 fb yg ade pic prmpuan berniqab...tp pelik nye dia ramah tamah sngt..asal bru add je da mntak no fon ...selidik2 punye selidik..rupenyer dia laki2 yg menyamar jd gadis yg berniqab..
Asstargfirullah...