RSS
Container Icon

I Nak Pinang U Bleh??

bismillah...


4.37 am...masih tak tidur-tidur. Tengah layan buku sebab siang tadi tak sempat nak baca walaupun sehelai. Bila dah baca, seperti biasalah akan terasa fenin-fenin kerana keletihan lalu kepala hotak saya meminta untuk berehat sebentar.



Tiba-tiba jer nak cerita pasal kawin-kawin.Sapa nak kawin angkat kening! Thehehe... Kalau ditanya soalan tu pastinya kebanyakan orang akan cakap YA termasuklah saya sendiri. Ada yang nak tambah lagi,lagi dan lagi. Ada jugak yang taknak kawin atas sebab-sebab tertentu. Yang tu lantak pi la... Tepuk dahi tanya la diri, tepuk Pak Seman tanya la iman.



malu ah nak pi pinang...hik3...


Apa kata anda kalau perigi cari timba. Ok tak? Katakanlah saya minat giler kat seorang lelaki ni, dah la baik, hensem pulak tu, pemalu, jaga akhlak bla bla bla... Saya segan nak cakap saya suka kat dia. Tapi kalau saya tunggu dia mulakan ntah bile la dia nak cakap. Silap hari bulan dia dah kawin 4 saya masih dok tunggu dia..



Perigi cari timba memang sesuatu perkara yang melawan arus kerana yang sepatutnya timbalah yang mencari perigi. Tapi zaman dah berubah, pakai jer bathtub takpun guna shower... Kebiasaan yang kita dengar, lelakilah yang memulakan langkahnya terlebih dahulu. Tapi siapakah yang menentukan lelaki mesti mencari wanita? Adakah ia adat ataupun syariat? Salahkah kalau perigi mencari timba? eceh! macam forum perdana plak.



Katakanlah saya cadangkan kepada mak dan ayah saya untuk meminang lelaki tersebut, lalu dengan tidak semena-mena mak saya berdiri di atas bukit sambil mencekak pinggang...
kau giler ke dik? tak penah dibuat orang pompuan pinang lelaki! Mak taknak! Malu mak, mana mak nak letak muka Aishwarya Rai mak nih..
Nak malu apa plak mak. Bukannya saya pi pinang bapak dia...
Kau tak malu ker nanti orang cakap kau anak dara tak laku?



See! Balik-balik kita risaukan apa orang lain akan kata. Kenapa kita tak setting balik kepala otak kita agar kita lebih risau apa Allah kata. Manusia ni kalau tak kawin diorang mengata, kalau dah kawin pun diorang mengata, kalau kawin muda diorang mengata, kalau kawin dah berumur pun diorang mengutuk jugak. Ada berjuta-juta manusia kat atas muka bumi ni, cakap siapa yang kita nak ikut? Kalau nak senang ikutla cakap Allah, patuh perintah Allah sebab Allah hanya ada satu.




MALU... Memanglah malu. Saya pun malu kalau nak mintak mak ayah saya pinangkan lelaki yang saya suka tu. Tapi kan lebih baik begitu...Malu yang berlandaskan syari'at, malu yang bertempat. Bila masuk bab-bab dating, berpakaian dedahkan aurat kenapa takde orang bukak mulut? Sebabnya perkara tu dah jadi kebiasaan. Bila yang haram tu jadi kebiasaan, perkara yang baik lama kelamaan akan ditinggalkan dan terus jadi sesuatu yang tak berapa normal atau songsang atau terbalik atau apa saja. Bila seseorang tu nak buat baik orang lain akan pandang dia macam alien atau paling koman pun orang akan kata "budak ni dah buang tebiat nak mampus".



Tak rasa low class ker kalau pompuan yang melamar lelaki?
Aik,pandai-pandai cakap orang low class... Katakanlah saya seorang perempuan yang berhati kering, saya takkan peduli apa orang kata, low class ke, low fat milk ke, low blood pressure ke lantak pi la. Bukankah tinggi atau rendah martabat seseorang layak diukur dan dinilai pada pandangan Allah? Kita tak menghina syari'at. Kita akan jadi hina baik lelaki mahupun perempuan, apabila syari'at itu kita langgar dengan sesuka hati dan limpa. (-_-")



Katakanlah mak ayah saya setuju nak pi lamar jejaka idaman saya ni, lepas tu diorang konpius. Hek'eh,macam mana dengan hantaran, belanja hangus, belanja hangit tu semua? Pihak lelaki atau perempuan yang nak kena sediakan? Uishh..dah tentu la lelaki. Tapi saya mintak hantaran tak banyak pun, cukup la Nissan skyline GTR sebijik. Yang pastinya itu tak termasuk dalam prinsip Islam. Yang wajibnya akad nikah. Walimah, kenduri tu semua pandai-pandailah berunding bila lamaran pihak perempuan tadi dah diterima. Tapi ini cuma cakap-cakap Cik NurQaseh je. Realitinya?? Macam mana perempuan nak mulakan dulu? Ah, malunyaa.... hik3...(Cik Nur menutup muka sambil berlari masuk ke bilik lalu melanggar dinding dengan dasyatnya. Sape suruh tutup muka! Gedik!)



Cuba lihat contoh Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Bagaimana proses-proses lamaran itu berlaku. Adakah kita terus mintak mak ayah datang ke rumah lelaki tersebut untuk merisik, berpantun dua tiga kerat pastu bagi cincin kat pihak lelaki? hoho...Tak pasal-pasal kena back hand..
Siti Khadijah membuat operasi risikan melalui perantaraan iaitu Maisarah. Maisarah lah yang menjadi spy yang memerhatikan karektor dan akhlak Nabi Muhammad SAW sewaktu berdagang bersamanya. Makanya perlu ada orang 'perantara' yang dipercayai dan diyakini sebagai penyalur maklumat tentang calon yang disasarkan itu.



Jadi bila spy sudah menyatakan peribadi calon itu begitu dan begini, lepas tu mak ayah pun berkenan, kita sendiri pun memang dah berkenan, maka hantarlah wakil untuk bertanya secara terhormat, dan jelas maksud yang ingin disampaikan. Bila sudah mendapat respon yang baik dan persetujuan dah dicapai, maka pernikahan pun diatur. Senangkan? Macam mana kalau lamaran perempuan tu ditolak? Itu tak bleh nak kata apa la...Kalau perempuan tu hati kering pi pinang lelaki, dah tentu la dia berhati kering juga bila lamarannya ditolak. Maksudnya dah bersedia hadapi risiko2 dan tindak balas yang negatif. Dan takde sebab untuk malu kerana kita dah berusaha mengikut syari'at, mudah-mudahan Allah terima usaha kita walaupun gagal.




Ironisnya, bila kita nak mulakan sesuatu yang sejajar dengan kehendak Islam dan akhlak Islamiyyah secara otomatik pipi kita akan jadi merah kerana malu. Takut orang mencemuh, takut diejek, kerana ianya agak janggal. Sekali lagi, jika anda wanita yang berhati kering yang bertempat, maka anda tidak akan kesah ape saja orang nak kata. Mula-mula memang janggal, tapi lama-kelamaan ia akan diterima kerana sesuatu yang selaras dengan syari'at sudah tentu selaras dengan fitrah manusia...



Mulakan dengan hemat dan terhormat dengan mengikuti jejak langkah Siti Khadijah, walaupun dah berumur 40 tahun tapi boleh je pinang Nabi Muhammad yang baru 25tahun.... Tapi pastinya setiap apa yang kita lakukan tidak akan terlepas dari dugaan dan rintangan. Jadi serahkan pada yang Dia yang Maha Berkuasa ke atas hamba-hambaNya..... Dah suboh dah,..


Allahu'alam...



p/s : Hati Cik NurQaseh belum cukup kering lagi. Nak kene layor atas api gamaknye..

p/s lagi : Entri ni untuk cik NurQaseh sendiri, nanti nak try ah.... hahaha...

lagi2 p/s : Masih cuba membebaskan diri daripada belenggu adat yang tak bersendikan syariat..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 kata mereka:

شاح اندرني said...

Salam.. hehe.. Baca buku jangan melilau tak fikir pasal nikah.. (Komen saja nak megusik)

NUR QASEH HJ. MUHAMAD said...

wslm...eh tak bley ea? thehehe,..
dah bace buku pasal nikah kahwin, otak pun melilau la pasal kawin...

syahir abu sahmah said...

Bila yang haram tu jadi kebiasaan, perkara yang baik lama kelamaan akan ditinggalkan dan terus jadi sesuatu yang tak berapa normal atau songsang..
realiti yg kadang2 tidak kita teliti..

"ana" Muslimah ♥ said...

salam..
akak skong3 kata2 psitif adk! ((^_^)) ♥
**adk ada brkenan kt sapa2 ka? hehee.. ;)) ♥

NUR QASEH HJ. MUHAMAD said...

adee...ehehe....saya berkenan sgt dengan si maher anak pak zain tu...