RSS
Container Icon

Ratapan Si Hamba Gila (T_T)

bismillah....



Segala puji bagi Allah dengan pujian yang sebenarnya dan rasa syukur bagi ALlah dengan rasa syukur yang sebenarnya. Segala puji bagi Allah yang menegakkan langit tanpa tiang,yang membentangkan bumi dengan hamparan yang luas.


Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan manusia dalam kesusahan. Segala puji bagi Allah yang Maha Esa, tempat bergantungnya segala makhluk, Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan dan tidak ada seorang pun yang setara dengan-Nya.


Selawat dan salam sentiasa dilimpahkan ke atas Abu az-Zahra', sebaik-baik dan semulia-mulia Nabi, selama udara masih berhembus, selama burung-burung masih berkicau di udara dan selama bintang-bintang bersinar di langit yang gelap, dan juga bagi keluarganya serta bagi para sahabatnya.


Wahai sekalian manusia! Kepada Allah aku adukan kekerasan hati ini walau setiap hari ada manusia yang menyampaikan nasihat. Jika kamu memang benar sudah tahu maka apakah yang telah kamu lakukan??


Wahai diriku! Jawapan apakah yang akan aku beri ketika memberikan pertanggungjawapan pada hari yang susah dan sangat mengerikan itu.


Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa Allah menciptakannya dari setitis air yang hina? Wahai diri yang mengutamakan kemahuan dan kepentingan! Wahai diri yang melampaui batas-batas hukum Allah!! Wahai diri yang melanggar perintah-perintah Allah! yang memakan nikmat-nikmat Allah! yang bernaung di bawah langit-Nya dan berpijak di atas bumi-Nya! Wahai diri yang malang...sesungguhnya aku pasti akan dihadapkan di sisi-Nya...


Wahai orang yang memakmurkan kerosakan dunia
Adakah kemakmuran bagi perosak dunia??
Wahai orang-orang yang berusaha mengumpulkan harta benda
Kesenangan terhadap dunia adalah kesedihan
Wahai yang meletihkan badan kerana mengejar dunia
Mengapa engkau meletihkan badan demi sebuah kerugian!
Hadapkanlah dirimu kepada ruh
Lalu sempurnakanlah dengan keutamaan-keutamaan
Sebab engkau jadi manusia adalah dengan ruh bukan kerana jasad






Aku ingat firman Allah... Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah??


Apakah yang memperdayakanku sehingga aku berani berbuat maksiat kepada Allah? Apakah yang telah memperdayakanku sehingga aku berani melanggar perintah-perintah Allah? Apakah yang memperbodohkan ku sehingga berani merosak kehormatan Allah? Bukankah dahulu diri yang fakir ini hanyalah setitis mani yang hina? Bukankah dahulu diri ini belum ada?


Betapa malangnya, betapa hinanya dan betapa rendahnya manusia ini. Diciptakan dari setitis air yang hina, yang sebelumnya tidak ada, lalu dilahirkan, namun setelah diri ini besar, ia berjalan di muka bumi ini dengan sombongnya. Dia melupakan Allah yang Maha Esa yang telah menciptakan dirinya!


Aku meratapi diriku yang celaka, meski aku meratapinya aku tetap akan mati jua. Dimana orang-orang yang dicintai? Dimana orang-orang yang dirindui? Pasti pandangan aku nanti kosong dan lompong.. Yang tinggal hanyalah amal ku yang sedikit dan dosa ku yang menggunung....



p/s: entah apesal saya rasa down sangat akhir-akhir ni walaupun tasbih setiasa ditangan. Bulan lepas banyak sangat kematian, bila fikir-fikir rasa ngeri pulak. Saya sempat buat syair lagi, lepas tu nangis tiba2.. Mereng ke hape saya ni tak tau la.. Muda-muda lagi dah rasa macam ni... yang pasti pada Allah saya berserah. Tiada daya upaya saya melainkan dengan izin Allah. La haula wala quwwata illa billah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 kata mereka: