RSS
Container Icon

I Need You Encik Syukur....

bismillah...


Alhamdulillah, puji dan puja bagi Allah, Raja segala raja, penguasa kerajaan langit dan bumi. Ape kes Cik NurQaseh ni tenggelam timbul sejak akhir-akhir ni ye? Takde pape la kawan2, I'm okayyy...U happy, I'm happy, we all happy, we lived happy-happy together...Cik NurQaseh asyik down je kan, nampak tak brutal lah macam tu. Lek2 sudaa...



Apa khabar anda disana? Moga diberi kesihatan yang baik, kegembiraan dan keberkatan dalam hidup hendaknye, Amiin... Sudahkah anda mengucapkan syukur kehadrat Ilahi pada pagi yang sangat best ini? Kalau belom, cepat-cepat ucapkan rasa syukur anda kepada Allah kerana anda tak mati-mati lagi, dapat hirup oksigen yang nyaman, dapat bergurau sende dengan orang-orang yang tersayang, masih lagi menerima gaji yang beribu riban, masih mampu menukar Subaru S204 kepada Vellfire, masih mampu lagi menukar Satria GTi kepada Perodua Alza, masih mampu lagi menyusahkan mak bapak anda, masih mampu lagi melihat orang mati tatkala orang yang mati itu sudah tidak mampu melihat anda. Tidak lupa juga ucapkan rasa syukur kepada Allah, kerana tidak mengirimkan bencana alam yang hebat-hebat seperti yang berlaku di Jepun baru-baru ni. Allah tak kirim bencana kat kita, tapi Allah kirim peringatan bagi orang-orang yang tahu berfikir. Kalau anda tidak pernah menerima rawatan pesakit mental, maka anda tergolong dalam golongan orang-orang yang tahu berfikir. Fikir-fikirkan dan selamat beramal....cehh! dah macam dr.Fadzilah Kamtumi plak.



Ucaplah alhamdulillah, syukur kita kepada Allah 2x
Selawat ke atas Nabi Muhammad Ya Rasulullah 2x
Syukur...syukur...syukur Ya Allah...
Syukur, alhamdulillah


Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera
Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur

Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan...


Ni namenye lagu kumpulan Hairan,eh Raihan.. Masa kecik2 selalu dengar lagu. Saya rasa dah hampir seploh tahun dah saya tak dengar lagu ni. Maklumlah jarang-jarang dengar radio, TV pun dah jarang tengok. Alhamdulillah, syukur kerana saya sudah jarang menonton TV, lagho sungguh! Walaupun saya jarang menonton TV, saya masih dapat menghiburkan hati saya dengan bahan-bahan bacaan yang berbentuk ilmiah, berunsur sains, keagamaan dan kewangan Islam. Baikkan saya?? Wahahai... Itu cuma 20% bahan bacaan saya yang berunsur ilmiah. 80% lagi bahan bacaan saya adalah seperti di bawah... Saya dapat belajar teknik-teknik mempertahankan diri seperti hikmat Sepuluh Hala Tak Terkalah, hikmat Seribu Pedang Pulang Ke Asal, hikmat Pedang Tanpa Nama dan macam-macam hikmat lagi lar...



(ni mende lagho ker tak agak2 anda...ehehe)
ada separuh rak buku sebenarnya...baca dari zaman tok kaduk sampai la sekarang...
ensem si Yi Feng nih...



Arghhh!! Saya sudah mula merapu!!



Berbalik ke topik asal, apa perlunya kita menjadi orang yang bersyukur... Mestilah kena bersyukur, kaw tu kan hamba yang hina dina. Takkanlah nak berlagak macam dunia ni kaw yang punya. Apa yang saya baca, definisi bersyukur yang pertama adalah melihat ke dalam. Ke dalam apakah?? Bukan melihat ke dalam baju atau ke dalam tandas, tetapi melihat ke dalam diri kita. Explore kemampuan kita dari sekecil-kecil zarah hingga sebesar-besar gajah. Ramai orang-orang yang kurang berjaya yang saya jumpa termasuk diri saya sendiri sering berkata 'aku tak pandai', 'kimia aku dapat 9G', 'aku tak cantik'. 'tak ensem', 'tak soleh' dan sebagainya... Apa kaitan semua ini dengan rasa bersyukur? OK, definisi melihat ke dalam ini bermaksud sikap yang aktif bukannya pasif atau cepat merasa puas dengan apa yang ada. Jangan salah paham plak ye, bukan maksudnya kita tak perlu bersyukur dengan apa yang ada, cuma kita perlu bekerja kuat untuk dapat apa yang kita nak. Saya nak jadi solehah, nak jadi wanita yang berilmu, tapi sekarang ni saya bersifat brutal dan tak berapa nak pandai. Adakah saya perlu terus-terusan bersifat brutal dan tak berapa nak pandai?? Sudah tentu tidak, saya perlu berusaha lebih kuat untuk jadi solehah dan berilmu. Saya mengimpikan sebuah Evo 10 dengan enjin yang sangat dasyat, tapi sekarang ni saya ada Satria GTi jer, alhamdulillah, ada jugak kereta. Tapi tak salah kalau saya berusaha lebih untuk mendapatkan Evo 10 tersebut... Misal kata saya tak cantik, bukan saya yang kata, orang lain yang kata. Adakah saya perlu terus-terusan menjadi orang yang tak cantik?? Sudah tentu tidak, saya boleh jadi cantik dengan akhlak yang terpuji dan keyakinan diri yang tinggi. Sudahlah huduh, berkawan pule dengan binatang... Jangan luar tak cantik, dalam pun macam hampeh! (Cik NurQaseh cakap macam dia tu bagus sangat...ngeee~~)Kesimpulannya, bersyukur dengan apa yang ada tanpa memandang rendah kemampuan diri. Ambek jer yang positif... Sampai masa kita dah nak mati nanti, boleh la kita ucapkan, "Ya Allah, aku sudah berusaha menggunakan segala kudrat yang Engkau berikan kepada ku sehabisnya ke jalanMU, dan tidak ada sedikit pun yang tinggal...maka masukkan aku dikalangan hamba yang benar-benar bersyukur..." Ameen...



Definisi bersyukur yang kedua ialah terlihatnya tanda-tanda nikmat Allah pada lidah hamba-Nya dalam bentuk pujian, di hatinya dalam bentuk cinta pada-Nya dan pada organ tubuh dalam bentuk taat dan tunduk(rujuk kitab Abdul Hamid al-Bilali, Taujih Ruhiyah, jilid 1). Yang ni adalah pendapat Ibnu Qayyim ye kawan2. Ibnu Qoyyim kata, rasa syukur ni dikira complete kalau kita :-



Mengakui nikmat Allah pada diri kita

Maksodnye mengakui bahawa segala kenikmatan ini adalah pemberian dari Allah,dan usaha yang kita lakukan hanyalah wasilah (perantara) bagi datangnya nikmat tersebut. Kenikmatan tersebut merupakan sebuah cubaan bagi orang-orang yang beriman. Siapa nabi yang paling kaya?? YAAA,betol tu...Nabi Sulaiman AS ialah Nabi yang paling kaya, lebih kaya dari Sultan-sultan dan raja-raja Arab Saudi ye. So,jangan nak berlagak...Nabi Sulaiman yang kaya-raya tu sendiri kata kekayaan adalah sebahagian dari anugerah Allah untuk menguji samaada aku ni bersyukur atau kufur! Tak salah pun nak jadi kaya... Nabi Allah Sulaiman seorang yang kaya, tapi zuhud, merendah diri dan bersyukur. Sekarang ni kita dah boleh tengok sangat-sangat ramai orang kaya-kaya. Ada kereta mewah, rumah besau, bini lawa, anak-anak blajau dekat over the sea, dan semua merasa bangga dan bersyukur atas nikmat yang diberikan (husnulzhon ye). Misal kata saya banyak wang. Hari Isnin pandu kereta BMW, hari Selasa pandu Skyline, hari Rabu pandu Bugatti Veyron, hari-hari lain pakai Aston Martin jer sudah... Kalau takde iman dan amal agak2 apa jadi pada Cik NurQaseh yang kaya raya tersebut??? YAAA..betol tu...Cik NurQaseh akan hilang rasa syukur,lalu berlagak sombong lah ia dengan harta-harta pinjaman tersebut. Apa guna mengucap syukur, kalau tak beramal...bak kata orang tua-tua tanam tebu dipinggir bibir. Mulut kata Alhamdulillah la, saya dapat anugerah itu ini...tapi tak solat. (takpe,boley berubah pelan-pelan kayuh ye). Sebab itu Ibnu Qoyyim cakap, tanda orang bersyukur bukan setakat mengaku tang lidah je, tapi hati yang mencintai, dan tubuh yang taat beribadat... Lagu Raihan kat atas pun ade cakap macam tu jugak ye kawan2, tak payah susah2 beli kitab Taujih Ruhiyah tersebut..ehehe...


Yang kedua Ibnu Qoyyim cakap,rasa syukur ni dikira complete kalau kita:-



Menyanjung Allah atas nikmat yang diberikan


Macam mana kita nak sanjung Allah? Macam saya nyanyi lagu Raihan tadilah...Ucaplah alhamdulillah, syukur kita kepada Allah... Kalau kita sanjung Ramli Sarip, kita nyanyilah gugusan hari-hari, indah bersama mu Kameliaaa.. bangkitkan kembali,rinduku mengajak mu kesana.. cewwah! kalau kite sanjung kak Limah, Kite bakoo jer!! kite bakooo!!! Eh,maaf! saya ter'merapu' sekali lagi... :(

Kembali ke topik...Allah lah yang paling layak kita sanjung, Dia yang paling layak menerima pujian atas segala anugerah yang kita kecapi.. "Aku dapat bini cantek...kalau bukan sebab aku ni pandai tekel pompuan, dah tentu aku tak dapat..." Ini adalah statement yang sangat busuk dan berlagak ye kawan-kawan. You are nothing la beb! (including me..wahahai). Nikmat isteri dan orang-orang yang kite sayang, nikmat harta kekayaan, nikmat kesihatan, nikmat ilmu kepandaian, adalah dari Dia. Saya tak payah cakap pun semua orang dah tahu...Cuma saya saje je lorat2 nak mengingatkan, kita ni manusia yang sering alpa, selalu leka. Dunia fatamorgana dan segala hiasan ni lah yang kita bangga-banggakan sehingga kufur nikmat...na'udzubillah. Lawan kepada syukur adalah kufur. Jangan jadi macam Qorun, Allah bagi harta bertimbun-timbun sampai tak habis makan. Kaum nabi Musa ni dok nasihat la macam-macam kat dia, tapi perangai dia macam haraam. Dia kata 'aku dapat harta-harta ni semua sebab ilmu yang aku ada...' Giler berlagak si Qorun ni, lalu Allah benamkan Qorun dengan harta-harta dia sekali dalam tanah.. Hambek kaw, pegilah shopping dalam tanah tu...Kalau nak tengok istana Qorun,pegi la Mesir. Kat situ ada tinggalan sejarah dia. Tempat dia kena benam tu pulak namanya Bahirah Qorun (danau Qorun). Ade time kite pegi Mesir ye B...ngehehe...


Bila ada orang puji kita, ucaplah 'alhamdulillah' kerana ianya pujian kepada Allah. Hamdu (pujian) disampaikan secara lisan kepada yang dipuji, walaupun ia tidak memberi apa-apa, baik kepada kita (yg dipuji) ataupun orang lain, kerana memang memuji tidak memerlukan "balasan". Untaian kata itu mengalir secara "ikhlas".

Adehh,penatnye laa Cik NurQaseh menaip....


Yang ketiga Ibnu Qoyyim cakap, rasa syukur ni dikira complete kalau kita :-


Menggunakan nikmat untuk mendapatkan keredhaanNya

Maknanya disini,nikmat yang kita ada kita gunakan untuk jalanNya. Kalau kite ada kereta mewah, gunakanlah dijalan kebaikan, pegi la masjid bawak kete mewah tu niat kerana Allah,bukan nak menunjuk-nunjuk. Bila orang non-muslim tengok kat parking masjid semua kete dasat2... Perghh,dasat tol orang Islam ni. Dah la kaya, beriman pulak tu, semayang tak tinggal, kuliyyah tak pernah miss, tengah-tengah malam pon tengok2 ada lagi kete2 mewah ni kat car park masjid. Depa buat qiamullail plak...pernah berlaku ke macam ni??? Harap-harap adelah ye. Bagi yang sempurna anggota tubuh, buat la yang elok2...jangan buat tak senonoh. Ada mata, ditengoknya cite blue la, tengok orang pompuan punya ehem2 la, yang pompuan plak pakai seksi2. Eh, benda-benda ni saya tak cakap pun takper lah! Semua orang tahu fikir, tapi saya nak cakap jugak! Ada tangan peganglah buah tasbih untuk berzikir, jangan pegang buah lain selain buah-buahan. Gunakan nikmat tu sebaik mungkin ye kawan-kawan (termasuk yang tengah menaip ni).... banyak lagi nak taip ni, tapi kepala saya dah fenin dah ni...migrain sudah datang. Taip sikit lagi ah.



Rasulullah pernah menyatakan bahawa salah satu tanda kebaikan seorang muslim, iaitu dia meninggalkan hal-hal yang kurang berfaedah bagi peningkatan keimanannya. Jadi,buatlah kebaikan walau sebesar zarah sekalipun, dan bersyukurlah atas nikmatNya walaupun ia hanya nikmat yang kecil bagi kita. Kene usaha lagi untuk perbaiki diri, untuk jadi orang kaya yang bersyukur, untuk jadi ilmuwan yang bersyukur, untuk menjadi masyarakat yang bersyukur, dan kita semua adalah HAMBA, jadi sedar2 sikit status kite ni.



Allahu'alam...



p/s : bersyukurlah kerana Cik NurQaseh belum mati-mati lagi...sempat lagik nak tobat nih.


p/s lagi : terasa amat stress bila orang tak faham kita, asyik kita jer nak faham orang...tapi apekan daya, lalui jer lah...Allah dah pinjamkan dia untuk saya, jadi jangan banyak cakap! bersyukurlah.... :)





.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 kata mereka:

Anonymous said...

syukurlah atas apa yg ada ... kadang2 pandang kebawah utk kita rasa syukur..pandang keatas utk kita berusaha mencapai kejayaan dan pandang di alam barzakh utk kita buat pesediaan ..pandang di alam akhirat pelu dgn ilmu dan tauhid..rukun iman kena faham betul2 baru lah nampak