RSS
Container Icon

Putus Cinte...Alahai~ Boringnye...


bismillah...


Petang-petang cenggini terasa nak makan ABC lak. Dah la panas, bahang, berasap-asap bumbung rumah kite...sudahnya, kite duduk dalam kete,bukak aircond.. Tiba-tiba ada adek ni telefon, nak meluahkan rase hati lettew.


bla bla bla.........


bla bla bla.........


bla bla bla.........


bla bla bla.........



Hmm..macam biasa la, putus cinta. Pakwe dah bertunang dengan orang lain. Pakwe kelentong bla bla bla.... Munafik bla bla bla.... Penipu, bla bla bla....


Ape yang boleh aku cakap kat kau dek, sabarlah banyak-banyak ye. Kau nak nanges sebaldi ke, sebesen ke, mahupun se'kolah' ke, aku tadah je dek... Takde benda yang aku nak bebelkan kat kau sebab benda tu memang lumrah kehidupan.. Nanges la puas-puas sampai kau tak larat lagi nak nanges...sampai satu saat kau akan terfikir sendiri, ape ke bengapnye kau menangis pada makhluk yang tak sudi. Menangis sambil marah-marah dan maki-maki.. Cube menanges, sambil cakap Alhamdulillah, ~  Terasa nak maki lagi, ucap Alhamdulillah lagi dan lagi dan lagi..  aku dah try dah dek...berkesan dowh! Nyaman je rasa...


Alhamdulillah, sebab Allah S.W.T pilih kau bertemu dengan lelaki spesies buaya jadian tersebut. Alhamdulillah, sebab Allah S.W.T nak naikkan darjat kau, nak suruh kau berubah jadi lebih bagos dari sekarang ni. Alhamdulillah, sebab Allah S.W.T nak kau jaga diri baik-baik, lebih baik dari sebelumnya. Alhamdulillah, sebab Allah S.W.T nak gerakkan kau supaya jadi MAHAL. Ibarat harga emas, dulu murah la jugak, sekarang dah mahal, pastu kejap-kejap naik, pastu turun sikit, pastu naik mencanak-canak plak harganya..semalam aku baru pegi Wah Chan, tengok emas...buy 1, free 1 beb...(arghhh!!)
Tapi mahalnye kau sebagai perempuan memang tak sama dengan harga emas. Aku yang bercakap ni pun terasa pedih ulu hati dengan kata-kata aku sendiri. Yaaa!! memang la aku cakap tak serupa bikin pun. Atleast, kau dan aku sama-sama nak berubah, walaupun terpaksa merangkak atau berguling-guling di atas bara api. (aku harap muka kita masih lagi comel walaupun sedang merangkak)


Adek, kau masih muda, masih remaja, masih bertenaga, dan kepala hotak kau masih lagi fresh.. Boleh disumbatkan dengan berbagai ilmu yang baik, mahupun yang tak baik. Macam aku ni dah tak berapa muda sangat, bukan main lembab lagi nak masukkan sesuatu ilmu dalam kepala ni. Sebab dulu otak aku ni banyak serap benda yang tak berfaedah, yang lagho dan yang tak baik contohnya seperti bercintan cintun walaupun aku tak berdating tiap2 minggu seperti kau..hua3.. Oleh kerana itu wahai adek, pilih la jalan yang betul kelak kau tak menyesal di kemudian hari. Dan aku nak bagitahu, aku dah hafal surah Ar-Rahman ok... Kau ade?? haha...(ye,ini memang statement riya' dan takabbur) Dengan kelembapan yang aku alami, akhirnya berjaya jugak aku hafal surah yang keberapa ntah yang dah aku hafal. InsyaAllah, kalau umur aku panjang, lagi 200 tahun aku akan jadi hafizah walaupun aku tak skolah pondok.


Adek, aku tahu kau tak kuat...Semua orang tak kuat., hatta Penjejak Awan dan Penjejak Badai yang ade beribu hikmat, hatta Sang Kelembai yang mampu terbang, hatta Najib yang ada banyak wang. Yang kuat dan super power hanyalah Dia. Dia yang pegang hati kau...Yaaa!!! Serahkan je pada Dia. Doalah banyak-banyak ye...kalau selama ni kau solat nak cepat je, express semacam je, lepas tu berdoa asal boleh je...kompom sekarang ni kau akan solat dan berdoa sambil menanges teresak-esak..Kannn??? Kau ingat aku tak tahu??? Yaaaa!!! Amek la kesempatan ni untuk kenal dengan lebih dekat dengan Pencipta kau. See! si lelaki spesis buaya jadian itulah menjadi asbab kau dekat dengan Tuhan.. Jadi ucaplah Alhamdulillah, terima kasih Allah.. Dan jangan lupa ucapkan terima kasih kat lelaki buaya jadian tersebut sambil ketawa terbahak-bahak dan berguling-guling di atas jalan raya...Biau dia rasa kau memang tak kesah pun kalau dia takde dalam hidup kau lagi... Apedehal~


Kau tahu dek, aku ni ada banyak lagi masalah ummat yang aku nak fikir selain daripada masalah cinte kau dan adek-adek yang lain. Jangan kecik hati ye...ehe...Hidup ni bukan lama sangat pun. Usia kanak-kanak kau habis cuma untuk main-main, belajar ABC bla bla bla... Bila dah remaja, usia kau habis untuk bercintan cintun, lepas tu putus, lepas tu bercinta lagi, lepas tu putus, lepas tu bercinta lagi....sampailah kau kawen, itu pun umur kau dah berapa agaknye dan kau belum mati-mati lagi. Lepas tu usia dewasa kau habis untuk kejar cita-cita kau, kumpul harta, kumpul wang serta kejar pangkat.. Dan bila kau dah tua (kalau belum mati-mati lagi), kau akan habiskan usia kau kat atas katil hospital, atau di kerusi roda, atau duduk termenung sorang-sorang kat anjung rumah, berfikir sape nak uruskan harta-harta kau bila dah mati nanti. Alahai~ boringnye...


Bercinta patotnye indah. Nikah, lepas tu ada anak soleh, solehah, kacak, comel, rambut perang dan panjang, hidung mancung (macam err...hehe). Tapi sebab takde kejujuran, takde keikhlasan, takde kesetiaan, semua jadi sia-sia. Yang sihat jadi sakit, yang gembira jadi merana, yang muda makin tua.. Pastu mati.... Takde bekalan hidup masa muda remaja sebab dah terbuang untuk seronok-seronok bercinta..huh! nafsu belake... Makanya, bila kau dah terkena sekali, kenanglah benda tu sebagai satu iktibar buat kau. Supaya kau tak buang masa lagi..Supaya kau belajar, belajar dan terus belajar...cari ilmu duniawi dan ukhrawi...Biar dunia yang kejar kau, bukan kau yang kejar dunia..Dan bila tiba masenye nanti adela jodoh untuk kau, kalau kau tak mati-mati lagi..


Adek, satu lagi aku nak pesan, jangan le gatal-gatal tulis status cinta dan rase kachiwa kau tu kat timeline fesbuk. Menyampah aku baca..haha... Jujurkan akak kau yang sorang ni?? Aku dulu bila terkena macam kau, mak aku la yang jadi fesbuk untuk aku. Daripada kecik sampai sekarang, aku update status dekat mak je...kau ade?? Bercinta pun sorok-sorok..keh3...bila putus cinte jangan gah sangat nak tunjuk kesedihan tu kat orang. Dan jangan sesekali kau bukak aib lelaki spesis buaya jadian tu walau kau marah macam mana sekalipun.. Sabar, senyum, ucap alhamdulillah... Nangeslah kau sorang-sorang kat bahu mak kau. Mase tu kau akan rase, mak kau lah kekasih hati yang setia. Aku buat gitu le dulu.. Dan, Allah tu bersedia bile-bile mase je nak tunggu kau mengadu kat Dia. Daripada kau borak panjang-panjang dengan aku kat tepon, menanges macam orang mati laki, baek ko pegi smayang.


Dah panjang dah rasenye aku taip. Sebab tu tadi aku cuma dengar ape yang kau luahkan kat aku. Malas aku nak bagi nasihat kat kau...Sebab orang yang tengah frust dan patah hati takkan dengar satu hape pon yang orang lain cakap. Yang die tahu nanges, marah, nanges, termenung, nanges...alahai~ boring betul. Tunggu kau cool dulu, baru bace ape yang aku tulis ni ye laling =)
Dan aku ade satu ubat untuk rawat hati kau... thehehehehe... ubat memang selalunya tak best. Mesti kau ngantok bile kena ubat ni kalau kau tak biasakan diri.




taraaaa......


tak best kan?? kau lebih suka baca Oh!bulan daripada yang ini kan?
tau dah... nak tak nak, kau kena amek jugak 'ubat' dan 'penawar' nih...
(ni Quran yang penah aku miliki dan aku beri kepada seorang makhluk)


pen off....kbai~


p/s : adek, bile kau bace, kau jangan marah kalau bahasa aku kasau-kasau sikit.. Dan jangan komen ape-ape kalau tanak identiti kau diketahui oleh pembaca blog aku yang beribu-riban ni..hahaha.. kau ade??

p/s/s : the smile on my face doesn't mean my life is perfect. I just appreciate what I have and what God has blessed me.... =)

p/s/s/s : ingat tentang mati tu lagi lazat daripada ingat kawen, ingat cinte, ingat buah ati, yang ntah dapat ker tidak. Esok lusa kau mati, babai la buah hati... bile dah jadi mayat, pakwe pun dah tak ingat...









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS