RSS
Container Icon

Wordless Wednesday Lah Sangat


bismillah...


jawohl! ngeh3...
bastian  schweinsteiger aka basti


"UM ERFOLGREICH ZU SEIN MUSST DU ALLES GEBEN"
Untuk Berjaya, Anda Perlu Berikan Segala-galanya




kata Lucius Maximus dari sokernet yang saye cedok..,Rafael van der Vaart ada menyebut sebelum perlawanan bahawa Die Nationalmannschaft hanya mempunyai 3 pemain berkualiti dalam skuad berbanding Belanda yang katanya semua berkualiti belaka..ceh! Beliau lupa kualiti semata-mata akan menjadikan sebuah pasukan itu hanya sekuat Tottenham Hotspur (haha).. Jerman mungkin kurang pemain berkualiti, tetapi mereka memberikan segala-galanya. Sama seperti bila tentera Wehrmacht mempertahankan bumi Deustchland dalam Perang Dunia Kedua, atau seperti bila Jerome Boateng sanggup patah tulang rusuk kiri menahan rembatan padu Wesley Sneijder (a.k.a Anjer? haha..).

Beliau berkata lagi..,sebuah produk Jerman sentiasa menekankan aspek seperti ketepatan, kejituan dan kesempurnaan baik dari segi penghasilan motokar. motorbot, motorsikal, beskal, seterika dan sebagainya. Ini adalah tradisi sejati Jerman yang dipupuk sejak terasasnya Magna Germania, tradisi yang kekal membezakan antara sebuah produk Jerman dan produk negara lain, seperti kereta buatan Malaysia contohnya yang selalu kerosakan power window.
Dan bagaimana terencatnya power window Proton itu dapat dilihat berjangkit ke dalam bola sepak Malaysia yang jugak terencat.. serta sempurnanya power window Audi, BMW, Mercedes atau VW itu dapat dilihat juga dalam sempurnanya bola sepak Jerman......kan???


dats why la I like German...okbai~


p/s : mak kate, "tido dakdekkk~ esok nak keje..."
       dakdek kate, "tak ngantok lagi ni mak..lek lu"
       mak kate, "kau sambung hafal lagi bagos dakdekkk~..."
       dakdek kate, "k fine~"

p/s/s : entri yg diperam..ingat nak publish gambau tu je, jadi la wordless Wednesday... huh! wordless lah sangat!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 kata mereka: