RSS
Container Icon

Masalah Yang Ditimbulkan Isteri


bismillah....


Saje nak share nota kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Surau Pak Tuyu (13/7/2012).. Mende ni pun dah banyak kat FB, tapi takpelah, nak share jugak sebab saya takde mood nak menulis walaupun ade banyak citer nak kongsi nih... 



- Kitab Muhimmah -

" Masalah yang ditimbulkan Isteri "


1. Diriwayatkan isteri Nabi pun lawan ckp Nabi,apatah lg kita ni..wanita diciptakan dari tulang rusuk yg bengkok,tidak lurus..bila bernama isteri,suamilah yg akan menjaga,bagi nasihat dan buat teguran.


2. Bila salah cakap sikit merajuk,silap gurau sikit menangis,kalau dia yg salah cakap takpe pulak.,selalu nak betul je..terima sajelah karenah isteri..kalau tak ikut, tak berbinilah kita.


3. Bertolak ansur dan ikutlah dalam perkara yg remeh,jangan lawan belaka..tapi jika dia buat perkara yg salah disisi agama barulah kita lawan.


4. Orang yg paling baik dan beriman adalah orang yg paling baik pada isteri serta anak-anaknya, kata Rasulullah.


5. Sayangilah isteri dgn cara yg betul,tegur isteri jika dia tak ikut perintah agama.


6. Wajib bagi nafkah utk isteri makan dan minumnya dua kali sehari,kalau lebih itu lg baik..itu tanda sayang seorang suami pada isterinya.


7. Orang yg sayang isteri sentiasa bg hadiah utk isterinya,sentiasalah bagi buah tangan kalau pergi mana-mana..ingatlah selalu padanya,biar dia senang hati selalu..ini tidak, kalau makan kat kedai suami makan tomyam,bungkus kat isteri roti canai je.


8. Biar isteri makan sedap-sedap lebih dari suami,pasal dia bini kita..banyak susah payah yg dia lakukan untuk kita,lahirkan anak kita,besar jasa isteri pada suami.


9. Bila dah beranak susah payah pulak nak didik anak-anak kita,bagi la hadiah biar suka hati selalu..tanda kasih sayang kita padanya.


10. Jika sayang pada isteri jangan la bg dia buat kerja rumah selalu,biar dia banyak rehat..bg cuti kat dia. (yg ni aku suke...haha)


11. Jgn disebabkan satu perangai buruknya kita membenci isteri,banyak lagi benda baik yg dia lakukan utk kita berbanding keburukan..jangan sesekali hanya pandang pada kekurangannya.


12. Bila isteri buat silap,tegurlah..jangan hukum selalu,isteri ada kebaikan dan kelemahannya..normal la tu.


13. Kena molek isteri comel doh tp dok pandai masak...putih lepuk doh tp kentut busuk pulak..ada lebih dan ada kekurangan.


14. Tengok buku resepi macam-macam jenis,nangis-nangis suruh belikan buku resepi tapi makan kat kedai semacam..eksyen je lebih.


15. Isteri yg dikurniakan pada kita tu memang dah sesuai untuk kita,Allah yg jodohkan kita..terimalah segala kekurangan isteri,mungkin itu kafarah untuk dosa-dosa kita sebelum ini.


16. Tak mencabarlah sesebuah rumahtangga itu jika isteri jenis diam je,tak membebel langsung atau bertengkar dgn kita..tak seronok..kalau isteri suka membebel barulah seronok dalam rumahtangga ni.. (yeke ni..?? aku baru nak bukak mulut, laki dah lari kuar rumah..)


17. Nabi kita kata jangan sesekali sepak terajang atau maki hamun isteri..tapi malam-malam kita ajak tidur dengan kita pulak.


18. Ni lepas mu sepak terajang bini mu,mu ajok bersama (jimak) dengan dia pulak..jahatnya suami yg jenis mcm ni!!


19. Walaupun isteri kita tak secantik bidadari,cantik masa atas pelamin je..dia tetap isteri kita,terimalah segala kekurangannya.


20. Bila kita nak bertengkar dengan isteri kita, ingat dan renungkanlah mase kita berkasih dulu.. Dulu panggil sayang sokmo,ni dop bila bertengkar gi panggil beruk! patutnya panggil sayang jugak la.


21. Saidina Umar berkata biarlah isteri bermulut jahat sikit, banyak dah pengorbanannya..tukang masak untuk kita, tukang basuh baju kita, jahit baju kita,padahal itu tak wajib pun bagi dia.


22. Dalam Islam tak wajib pun suami tinggal bersama isteri,tapi wajib melawat dan jenguk isteri..ni dok sapa tok laki nok keluor rumah pun payah.


23. Antara jasa isteri lg,dia susukan anak kita..bukan kita yg bagi susu, kalau kita yg tukang bg..keringla anak kita,nok tubik susu kot mane? haha...


24. Suami jangan kedekut dgn isteri,ni lebihkan kawan-kawan dari isteri! nak bukak air cond waktu tinggal isteri dalam kereta pun sayang..rela matikan enjin biarkan isteri kepanasan,berape sen sangat duit minyak kalu bukak air cond,kedekut nak mampus!


25. Walau dah bagi nafkah makan minum utknya,bagi la jugak duit bulanan,kalu boleh biar RM2000 sebulan... (mak ai,banyaknye...tapi aku suke! aku suke!) belikan hadiah yg mahal-mahal, nim gi beli jam pasar malam je harga lima belas ringgit..jam spongebob.!! Belilah barang kemas,rantai dan gelang..beri pada isteri,isteri kita jugak, bukan org lain pun!


26. Sekarang dah dekat bulan puasa,nanti nak raye,cer tanya org puang kita,siap tak lg baju raye? anak-anak punye pun belum beli lg,tp tak ape la..isteri kita kan,layanla dia...siapa suruh mu kawin dgn dia! kalu mu maroh, mu kawin dgn org laki la!


27. Bila kita ada isteri,kita terhindar dari lakukan dosa dan maksiat..besarnye jasa isteri terhadap kita..elakkan kita dari berzina..boleh pergi pada isteri kita yg halal.


28. Isteri kita kat dunia sekarang ni akan jadi isteri kita jugak kat Syurga..,jadi umur 17 tahun..comel pulak tu sebab telah di"convert" secantik Bidadari hinggakan kita sendiri pun tak berapa cam kerana terlampau cantik.


29. Di Akhirat nanti isteri kita yg suka membebel di atas dunia ni tak membebel doh la kat sana,akan sentiasa bernyanyi-nyanyi utk kita dgn suara yg sgt merdu,disebut didalam hadis Nabi.


30. Janji Allah,setiap kali kita pandang wajah isteri kita didalam syurga..maka setiap kali pandang wajahnya akan jadi semakin cantik.






Allahu'alam..okbai~


p/s : ujung tahun nikoh laa.... zzZZz












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 kata mereka: