RSS
Container Icon

10 Tanda Kau Wajib Kawen

bismillah....



Maaf dah lama tak apdet blog....semua salah pesbuk, bukan salah Cik NurQaseh ye. Maaf sekali lagi sebab tak ada masa nak apdet blog kerana agak sibuk bekerja, menjahit, runsing dengan kesihatan ayah, dan kadang-kadang berselisih faham dengan CekSu yang saya sayangi. Jadi malam ini saya malas nak taip panjang2, saya kopi pes aje ye.... maaaffffff!!!!!!!!!! Saya tujukan artikel ini buat kawan-kawan yang hampir melangsungkan pernikahan dan juga untuk my lovely CekSu. (woi ceksu! ko ingat ko comel ker bile merajuk lame2?)



Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :


1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



artikel ini dikopipes dari ILuvIslam.Com oleh saya tanpa kebenaran.... maaafffff!!!!


p/s: Ya Robb, buleh tak transfer sakit ayah kat saye... pls~~ (T_T)

p/s lagi : I love you not for what you are, but for what I am when I'm with you. I love you not only for what you have made of  yourself, but for what you are making of me...ecece....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tak Kenal Maka Tak Cintan

bismillah...


Alhamdulillah hamdan katsiron thoyyiban mubarokan fih kamaa yuhibbu Robbuna wa yardho, wa asyhadu alla ilaha illallah wahdahu laa syarika lah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rosuluh. Allahumma sholli ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam...



Alhamdulillah segala puji dan puja bagi Tuhan sekalian alam, pnguasa kerajaan langit dan bumi, salawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwassallam... Akhirnya Cik NurQaseh telah tamat tempoh berhibernasi dan kembali ke ruang dhaif QalamCahaya untuk berceloteh tentang itu dan ini, merepek-repek tak tentu pasal sekaligus membuatkan diri ini perasan bagus. Wahahai....



Apa kabau anda di sana? Moga sihat-sihatlah hendaknya.... Alhamdulillah, saya diberi kesihatan yang agak baik, walau terkadang ditimpa penyakit malas, migrain dan angau. Buat sahabat-sahabat saya yang berada di bumi Mesir, kalau dah balik Malaysia tu halo2 la saya ye... Buat Hosni Mobarak, padan muka kaw! Buat staf-staf SPR yang ada di kawasan ni, keje elok2 ye... Sila sediakan payung, makanan dan minuman untuk saya nanti, kalau tak saya tak nak pi mengundi. Ngeh3.... Buat kakak-kakak ipar saya, selamat beranak saya ucapkan. Dah sakit-sakit dah tu nampaknye. Pi minum air selusuh bagi baby cepat keluar ye. Buat bos saya, sila masukkan KWSP dan Socso saya secepat mungkin. Kalo tak saya terjun longkang depan opis ni... Haa, takot..takot....



Hari ini hari Isnin ye kawan-kawan. Hari ni saya tak pi kerja kerana mata saya kelihatan seperti mata beruang panda yang sangat comel. Hari ini juga adalah hari bersejarah bagi para pencinta di luar sana kerana hari ini adalah hari kekasih. Siapa yang mengaku diri dia kekasih Cik NurQaseh diminta datang ke rumah dan sila jumpa mak ayah dengan segera ye! Wahahai... OK sudah-sudah la merepek NurQaseh ye.. Hari ni hari Valentine, sory la saya tak sambut hari yang tak glamer ni. Saya sambut hari raya dengan hari dapat gaji jer. Masa zaman jahiliyah dulu pun tak pernah sambut. Dulu masa zaman saya sekolah, ramai jugak follower si Saint Valentine ni. Kalau ramai yang jadi follower QalamCahaya sedap la sikit dengar... ni jadi follower si kafirun, adoyai. Dulu masa sekolah saya mana ada pakwe, yela time selekeh2 dulu takde orang nak, sekarang pun selekeh jugak tapi ada orang nak. Hahaha...



Saya ingat lagi waktu tingkatan satu, seorang kawan saya yang bernama Ifa mengucapkan selamat hari kekasih kepada kekasihnya (xkan cikgu besau lak). Selalunya bila ucapkan I love u, happy valentine's day, I want u, I bite2 u, let sleep2 together dan sebagainya, mesti kita ucap dengan nada romantis, bisik2 gitu. Lain pulak dengan si Ifa ni, dia jerit nama buayafren dia dari tingkat 4. "Sayaaaanggg, hepi valentine's daayyy, I lap youuuu!!!" Mak ai, gugur bulu idung dengar. Itu sepuluh tahun yang lalu, budak-budak sekarang dah advance. Saya pernah jumpa remaja yang buat french kiss kat tepi tangga. Ape lagi saya pun join la, eh silap! Saya sound la diorang dalam hati. Pehh,makin tinggi pendidikan, makin maju dunia, makin takde moral pulak.



Sudah terang, jelas dan nyata tanpa dengung, Hari Valentine tu haram disambut. Dalam internet dah bermacam-macam artikel tentang ke'haram jadah'an hari valentine ni tapi masih juga ramai orang Islam yang tak endah. Saya sendiri pun dah malas nak copy paste artikel pasal ni. Dalam fesbuk jangan cakaplah, ramai yang tulis status anti-valentine, tapi yang pro valentine pun boleh tahan ramai. Bercakap pasal fesbuk ni, kelmarin saya sudah kembali berfesbuk. Hihihi...tak istiqomah ye NurQaseh! Bukan macam tu, saya nak skodeng sesuatu dalam fesbuk tu. Ada seseorang yang perasan saya buka akaun fesbuk, ape lagi kena basuh la... Akekeke... Maaf Encik B!! Jangan marah2, nanti mate bertambah sepet. :p



Berbalik kepada hari Kekasih itu tadi, esok juga merupakan hari memperingati kekasih kita yang sejati iaitu Abu Azzahra, Rasulullah Sallallahi'alaihiwassallam. Ni baru betul kekasih. Takkan sia-sia kita tumpahkan air mata kita untuk Baginda, dan takkan sia-sia keringnya bibir kita berselawat ke atas baginda. Bayangkan seharian saya menangis kerana merindui boyfriend saya, menangis kerana menyakiti hatinya, menyalahkan diri sendiri atas kebodohan saya kerana tidak menjaga hatinya dengan baik. Seharian air mata saya mengalir entah berapa baldi... Akhirnya apa yang saya dapat? Adakah Allah menjanjikan pahala yang berganda, atau Allah menjanjikan syurga Firdaus buat saya kala saya menangis mengenangkan boyfriend? Sudah tentu tidak. Tapi apakah yang kita dapat jika kita menangis merindukan Rasulullah SAW dan menyalahkan diri kerana tidak menjadi ummat yang baik? Subhanallah, besar ganjarannya...



Ingat tak lagi kisah buraq dan pelepah tamar yang menangis kerana Rasulullah? Buraq tu adalah haiwan tunggangan Rasulullah SAW ketika peristiwa Isra' dan Mi'raj. Semasa peristiwa tersebut, Allah menyuruh malaikat Jibril memilih seekor Buraq untuk dijadikan tunggangan Rasulullah naik ke langit. Jibrail pun pergi la pilih buraq dekat Jannatu Adnin (taman Syurga). Ada 40,000 Buraq kat situ, Jibrail tak tahu nak pilih yang mana satu, lalu Jibrail bertanya kepada Allah, Buraq mana satu yang aku nak pilih. Allah pun berkata pilihlah Buraq yang sedang menangis. Dalam banyak-banyak Buraq, akhirnya Jibrail terpandang Buraq yang sedang menangis.

"Wuuuuu~~~~"

"Hai Buraq, kenapa engkau menangis?

"Ya Jibril, aku sudah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun yang lalu dan pemilik nama itu sudah tertanam dalam hatiku. Sungguh aku sangat rindu padanya. Aku laksana dibakar api kerinduan....isk3... (T_T)"

"Baiklah, aku akan menyampaikan engkau pada orang yang engkau rindukan.."


Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.


Macam mana dengan kisah pelepah tamar menangis? Begini kisahnya, dari Jabir RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadith Bukhari, “Nabi SAW selalu bersandar pada sebatang pohon tamar, ketika menyampaikan khutbah Jumat, Sayyidina Abu Bakar mencadangkan agar dibina mimbar yang baru. Nabi SAW bersetuju dan sebuah mimbar yang terdiri dari 3 anak tangga dibangun.



Ketika Nabi SAW duduk di atas mimbar yang baru untuk berkhutbah, para Sahabat mendengar pelepah tamar itu menangis seperti anak kecil. Nabi SAW mendekati pelepah kurma yang sedang menangis ini dan bertanya kenapa ia menangis. Pelepah tamar tersebut mengatakan ia menangis kerana ia tidak lagi digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengingat Allah SWT.Rasulullah saw kemudian menyuruh agar dikafankan pelepah tamar dan mengatakan bahawa ia akan dibangkitkan di dalam syurga. Inilah satu-satunya pokok tamar di syurga yang berasal dari dunia.



See! Buraq dengan pelepah pun menangis kerana rindu pada Rasulullah. Belum lagi saya ceritakan tentang kerinduan Bilal Bin Rabah sampai koyak dan luluh hatinya sehingga taknak mengalunkan azan kerana teringat saat-saat bersama Rasulullah SAW... Hmmmm,Cik NurQaseh ni ada ker rindu sampai macam tu sekali?? Yang sebetulnya Cik NurQaseh ni banyak sangat ketawa, fikir benda lagho... Hati jadi keras sampaikan kadang-kadang bila dengar kisah Rasulullah pun takde apa-apa respon. (T_T)



Tak kenal maka tak cinta. Saya ibaratkan seperti pasangan yang baru bercinta, baru nak ta'aruf dan belum berapa kenal lagi pasangan masing-masing. Mesti kejap-kejap bergaduh, sikit punya hal pun nak bergaduh. Sebab apa? Sebab tak kenal dalam-dalam. Bila kurang kenal maka kuranglah persefahaman. Macam tu juga dengan Rasulullah, tak kenal maka tak cinta. Kita hanya tahu sebut je, tapi hati?? Ye Cik NurQaseh tahu memang susah nak ada feeling lebih-lebih lagi dengan insan yang kita tak pernah jumpa dan sudah jauh meninggalkan kita. Feeling yang saya maksudkan ialah rasa cinta dan rindu yang membuak-buak terhadap Rasulullah SAW. Sila tanya diri sendiri, banyak mana anda rindu dan cinta pada Rasulullah. Kalau tanya pada diri saya, saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Kalau betul saya rindu, kenapa hanya bila waktu solat saya bersalawat padanya. Kalau betul saya cinta, kenapa sunnahnya yang saya amalkan sangat sedikit berbanding yang saya tak amalkan. Bagaimana nak cinta dan rindukan Rasulullah?? Ramai yang beri jawapan, kalau nak cinta dan rindu pada Baginda, kena ikut sunnahnya... Eh,tak kenal macam mana nak ikut sunnah!



Adakah dengan berarak sempena maulid nabi telah membuatkan kita cinta kepada Rasulullah secara keseluruhannya? Ada yang berarak sebab nak tunjuk pakaian beragam yang santek-santek, betol tak? Sambutan Maulid Nabi adalah bida'ah hasanah yang sangat dianjurkan. Pada sesiapa yang cakap itu adalah bida'ah dhalalah,lantak kau lah... Seperti yang saya katakan, tak kenal maka tak cinta. Cinta perlukan masa...
Ambil masa untuk mengenali baginda dan telusuri sirahnya serta ikuti sunnahnya sedikit demi sedikit. Kalau anda boleh ikut semuaaa sunnah baginda memang saye tabik spring laa...wa caya sama lu! Saya mengaku kelemahan saya, saya akui kecetekan ilmu yang saya ada. Maka saya ambil sunnahnya sedikit demi sedikit. Kalau nabi kata bela janggut itu sunnah, simpanlah janggut tu sikit kerana niat nak ikut sunnah nabi. Ada yang kata, ohoo..bela janggut nak ikut sunnah, tapi molot macam longkang, asyik nak kutuk orang je. Eh! biaulah dia nak bela janggut, ape kau susah?? Mentaliti masyarakat kita lebih kurang macam tu lah. Muhasabah diri kita. Kita hanya hamba yang lemah maka buat yang termampu tapi terbaik. Macam Cik NurQaseh la, mampu tutup aurat dan menjadi niqobi, tapi nakal tak bleh blah. Kita tak mampu nak jadi sempurna keseluruhannya, tapi teruskan berusaha ke arah kesempurnaan.



Bila dah kenal, akan ada rasa untuk mentaati. Kita akan ada rasa untuk terus mengamalkan sunnahnya meski kita kurang mampu lantaran kelemahan diri... Takpe,pelan-pelan kayuh ye. Kita nak jadi terbaik bukan untuk sehari dua dan kita tak boleh jadi terbaik dalam tempoh sehari dua. Ambil masa untuk kenali Rasulullah....ambil masa untuk menjadi ummat baginda yang terbaik, insyaAllah kita akan jadi ummah yang terbaik...


Allahumma sholli ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.



Allahu'alam....



p/s: saya doakan Encik Muhamad panjang umur dan cepat sembuh dan ampun maaf saya pinta kepada Encik B kerana telah memeningkan kepala beliau semalam... Saya janji tak buat lagi... (T_T)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS