RSS
Container Icon
Showing posts with label pedoman. Show all posts
Showing posts with label pedoman. Show all posts

Sampai Syurga....

bismillah...


Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita,


Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.


Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.


Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.




Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”


Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.


Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?


Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:

Kasih...
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.


Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?

Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:

Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih...



Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!


Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?

Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya.


Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.


Allahu'alam...



p/s: You can give without loving, but you cannot love without giving... Eh, why Cik NurQaseh suddenly become very the jiwang?? adekah? adekah??? adekah??????





:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa Orang Islam Tidak Bijak...

bismillah...


Seni mencari pertolongan Allah dan apakah maksud kemenangan Ummat islam yang sebenar)


Aku malas nak ulas isu “kenapa Yahudi bijak”, (setelah di minta berbuat demikian) sebab aku tak ada pengalaman hidup bersama mereka orang yahudi, jadi aku tak tahu sejauh mana ‘kebijaksanaan’ mereka, tapi aku tahu kebodohan mereka, iaitu mereka bunuh Nabi sendiri, bila Nabi mereka yang lain, tinggalkan mereka selama 40 hari, mereka boleh pulak sembah lembu, tak ke bodoh?, dan bila Nabi mereka bagi perintah, mereka akan banyak usul sehingga perintah jadi tersangat susah nak amal, dan bila mereka tahu Nabi terakhir bukan dari yahudi, mereka tolak Islam dan terbukalah jalan ke neraka..


Walau bagaimanapun, kali ni, dalam ‘nota kepada diri’…, aku nak ulas isu “ kenapa orang islam tidak bijak” sebab aku hidup bersama orang islam sejak dari kecik sekecil embryo sehinggalah besar menjadi manusia sebesar aku… (size seluar 35)


Eloklah aku buat kajian setengah jam tentang kenapa orang islam tidak bijak kerana dengan terbongkarnya rahsia ini, dapatlah orang islam menjadi bertambah bijak lalu terselamatlah dunia ini yang dah banyak jadi rosak kerana kebodohan 'sesetengah' ummat islam…


KENAPA (SESETENGAH) ORANG ISLAM BODOH?


Straight to the point. Perkara pertama tentang kebodohan ummat islam adalah…, ok, aku jaga hati kamu, perkara pertama tentang kebodohan ‘sesetengah’ ummat islam adalah:

1) Lupa mati.

Apabila orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mayat, maka opposite kepada orang yang paling bodoh adalah dah tentu orang yang lupa pada mayat.. dan bila dah lupa pada mayat, akan dapat penyakit Wahan, aku dah tulis bab ni dulu.., dan aku mengaku, kadang kadang penyakit ni datang menimpa aku..oh! oh! Oh! (batuk sambil menangis)

2) Lengahkan solat.

Orang yang sengaja melambatkan solat adalah bodoh dan bangang, sebab Allah dah janji nak bagi azab khas untuk puak-puak ini, tapi mereka boleh pulak selamba lengahkan solat macam takde apa-apa yang berlaku terutama orang perempuan, Haid dan Malaikat maut boleh datang bila-bila masa.., boleh pulak habiskan tengok 'SPA Q' dulu baru solat maghrib.. ish ish ish..

3) Tinggal solat jemaah.

Ni pulak khas untuk lelaki, dah banyak aku tulis bab ni, pendek kata, lelaki yang dengan sengaja meninggalkan solat berjemaah adalah bodong dan bangang! Terutama lelaki yang dah habis drama 'Spa Q', boleh pulak tengok 'Naruto' sampai jam 8 malam, lepas tu solat sambil dengar berita kat TV, sebab berita tu penting konon, ni memang bodoh nak mampus ni..!

4) Tak solat

BODOH, BENGONG! BANGANG!

5) Bukak Aurat

Aku pelik bila ada parti ABC yang sanggup buat apa sahaja untuk pastikan kemenangan dalam pilihanraya, sanggup bayar duit claim minyak aku, sanggup keluar duit beli pengundi, sanggup bersekang mata turun padang tunjuk kebaikkan kepada rakyat, tapi tak sanggup pakai tudung tutup aurat sedangkan beliau orang islam yang mana bila korang pakai tudung tutup aurat dah tentu Allah suka dan bila Allah suka, dalam hadith bagitahu, Allah akan perintahkan penduduk langit jugak suka kat korang dan rohaniat akan sampai pada penduduk bumi jua yang mana akhirnya para pengundi islam juga akan suka dan insyAllah korang akan menang, tapi korang bila kalah rasa pelik sebab tak tahu punca kalah sedangkan ramai rakyat yang cerita kat aku mereka tak suka nak pangkah korang sebab korang tak tutup aurat dengan sempurna… itu rahsia korang kalah, simple sahaja..

Tutup aurat dan jangan masuk neraka! Kalau tak, itulah perkara yang paling bodoh pernah korang lakukan sepanjang hidup.., atau korang suka jika aku kafan korang naik keretamayat hanya tutup dada dan kemaluan?

Jangan jadi bodoh!

6) Tolak sunnah Nabi.

Orang islam yang tak mampu simpan janggut, atau tak mampu nak istiqamah solat berjemaah di masjid, tak payahlah nak hina orang yang mampu, cakap mereka hodoh macam kambing sebab simpan janggut dan korang mengaku hensem macam tapir sebab takde janggut.., tak payahler..

Mengaku sahajalah korang iman lemah sebab belum mampu ikut sunnah nabi dan berdoalah agar diberi kekuatan untuk ikut sunnah Nabi suatu hari nanti sebelum naik kereta mayat...

Sebab dalam hadtih bagitahu, orang yang tolak sunnah nabi, nabi tidak akan mengaku korang sebagai ummat di akhirat kelak.., oh.., maka janganlah buat keputusan yang bodoh.., kerana, apabila kita dah nama orang islam, wajiblah bagi kita ikut sunnah Nabi sampai naik keretamayat..

7) Tak Bantu Ugama

Aku rasa banyak lagi kebodohan ummat islam, tapi aku nak tulis sampai sini sahaja, lagipun aku sendiri terasa pedas semacam.., baiklah, aku nak pergi pada tajuk : Seni mencari pertolongan Allah dan apakah maksud kemenangan Ummat islam yang sebenar..


Perkara terakhir tentang kebodohan ummat islam adalah…, ok, sekali lagi, aku jaga hati kamu, perkara terakhir tentang kebodohan ‘sesetengah’ ummat islam yang aku nak tulis dalam 'nota ugama kepada diri' ini, adalah: Menunggu Bantuan Allah dalam bentuk ‘senjata’, iaitu sesetengah orang islam siang malam berdoa kehancuran kepada musuh islam, doa bala menimpa musuh islam, atau doa senjata mereka rosak dan doa semua orang kafir yang masih hidup agar masuk neraka dunia seterusnya neraka akhirat…


Bila ekonomi mereka naik, orang islam doa pertolongan Allah dalam bentuk ekonomi mereka hancur, biar mereka muflis, biar mereka menderita di dunia yang merupakan shurga mereka.. dan biar orang islam selesa sejahtera dalam penjara dunia..bla bla bla..


Bila senjata mereka canggih, orang islam doa pertolongan Allah dalam bentuk senjata mereka rosak, dan senjata orang islam menjadi ajaib, sekali tembak, sepuluh kereta kebal musuh hancur, biar senjata mereka meletup di makmal mereka, bla bla bla..


Bila orang kafir ramai, orang islam doa pertolongan Allah dalam bentuk bala bencana menimpa orang kafir sehingga mereka pupus.. biar datang tsunami, gempa bumi, twister, volcano, deep impact, vertical limit, avalanche, perfect storm, Armageddon, solar attack, dan lain lain…


Tapi, siang malam berdoa, dari depan Kaabah sehinggalah ke pentas mendeklimasikan sajak, orang islam tetap kena tindas, kena bunuh dan diperbodohkan.., malahan ekonomi orang kafir semakin naik, senjata mereka semakin canggih, dan sempadan mereka bertambah luas..,


Para penonton islam yang tidak terlibat dalam perperangan memberi bantuan dalam bentuk doa kehancuran kepada orang kafir, ya!, kamu tahu orang kafir itu mati masuk neraka, tapi kamu mahu cepatkan mereka masuk neraka melalui perantaraan doa kamu yang belum di makbulkan..

Soalan?

Apakah betul bantuan Allah yang kamu mintak itu dalam bentuk “orang kafir itu mati masuk neraka, tapi kami mahu cepatkan mereka masuk neraka melalui pertolongan Allah menghancurkan mereka?”

Kamu tahu apa itu pertolongan Allah yang sebenar?, Pertolongan yang kamu patut minta siang dan malam?

Kamu tahu?

Tapi, hamka, ini perang berdarah, memang kena doa hancurkan mereka..!

Baik, isu aku adalah tentang ‘Pertolongan Allah’ yang kamu nak, dalam bentuk apakah sebenarnya pertolongan Allah yang kamu nak? , adakah dalam bentuk “orang kafir itu mati masuk neraka, tapi kami mahu cepatkan mereka masuk neraka melalui pertolongan Allah menghancurkan mereka?”

Itu solan aku, Sama jugak kes perang tak berdarah, perang di Malaysia, perang yang hanya mengalir air liur.., iaitu mereka yang parti so call islamic bergabung dengan parti tak islamic lalu berperang dengan parti yang tak seberapa call islamic dan juga bergabung dengan parti tak islamic..

Yang parti so call islamic tapi bergabung dengan parti tak islamic akan doa bantuan Allah dalam bentuk: Allah hancurkan parti yang tak seberapa call Islamic juga bergabung bersama parti tak islamic..

Siang malam doa mintak bantuan Allah, terutama dekat musim pilihanraya…

Adakah benar bantuan Allah yang kamu mintak itu dalam bentuk “parti yang tak seberapa call islamic hancur masuk neraka?”

Kamu tahu apa itu pertolongan Allah yang sebenar?, Pertolongan yang kamu patut minta siang dan malam?

Kamu tahu?

Dan adakah kamu tahu apakah maksud kemenangan dalam islam?

Apakah itu maksud kemenangan dalam islam?

Berjaya hancurkan parti musuh?, Berjaya bunuh orang kafir?, Berjaya mufliskan mereka?, Berjaya bakar bedera mereka?

Jawapannya adalah:- ada dalam Al Quran, pergilah belek sebab korang pejuang islam yang sejati.., tapi sebab lepas ni korang akan ganggu aku melalui email suruh aku tulis jugak sebab korang perasan sibuk, maka aku tulislah sebab hari ini aku perasan rajin..

Dalam Al Quran menceritakan bahawa Pertolongan Allah yang sebenar adalah apabila Allah membukakan Pintu Hidayat kepada orang kafir…

Manakala maksud kemenangan Ummat Islam adalah apabila orang kafir masuk Islam berbondong-bondong..

Aku ulangi,

Pertolongan Allah yang sebenar adalah apabila Allah membukakan Pintu Hidayat kepada orang kafir…

Manakala maksud kemenangan Ummat Islam adalah apabila orang kafir masuk Islam berbondong-bondong..

Tapi sebelum Allah tolong orang islam, Allah dah bagitahu awal-awal dalam Al quran..

" Hai orang-orang mukmin, jika kamu bantu agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"

( Surah Muhammad; 47:7)

Jadi, apa bantuan yang Allah mahu sebelum Allah bagi hidayat pada orang kafir?

Jawapannya adalah:- pergilah rujuk ustaz sebab korang pejuang islam yang sejati.., tapi sebab lepas ni sekali lagi korang akan ganggu aku melalui email suruh aku yang bukan ustaz ni tulis jugak sebab korang perasan sibuk, maka aku tulislah jugak sekali lagi sebab hari ini aku perasan rajin..., jarang jarang jer aku rajin tau?

Err, kat mana tadi? Ok, sambung balik,

Jadi, apa bantuan yang Allah mahu sebelum Allah bagi hidayat pada orang kafir?

(maaf, sebab agak boring)

Allah mahu orang islam buat dakwah dahulu, barulah hidayat akan turun…

Dulu, orang kafir serang orang islam sebab tak suka orang islam dakwah mereka, maka Allah akan tolong orang islam zaman dulu sebab orang islam zaman dulu dah bantu ugama Allah, tapi hari ini,orang kafir serang orang islam adalah kerana orang islam tak dakwah pada mereka sebaliknya orang islam sibuk nak hancurkan mereka dan mereka pulak yang serang orang islam sebab orang islam akhlak buruk kerana orang kafir akan berbondong bondong masuk islam setelah lihat akhlak orang islam yang sempurna dalam peradaban manusia tetapi hari ini orang islam bergaduh sama sendiri dan tak buat dakwah pada orang kafir lalu orang kafir benci orang islam dan serang orang islam lalu orang islam minta tolong pada Allah bantuan tapi Allah tak bantu sebab orang islam tak bantu ugama Allah iaitu buat dakwah, apa lagi nak di kata?

“siapa yang BANTU agama ALLAH, Allah akan BANTU dia”

Itu asas paling simple, yang orang islam tak faham atau buat-buat tak faham, dan banyak kali dah aku tulis bab ni, maka tak payah aku ulang, boleh rujuk ustaz demi kebahagian hari akhirat sebab tiba tiba pulak aku perasan malas…


Sebagai rujukan.., aku paste terjemahan Al quran surah AN-NASR… baca dan pergi buat Dakwah!

Surah AN-NASR

(1)Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,

(2)Dan kamu Lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,

(3)Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat


Moral of the story 1:
Surah An Nashr mengkhabarkan maksud pertolongan Allah yang sebenar, juga berita tentang kemenangan ummat islam, sedang ummat Islam gembira dengan turunnya surah ini, turun juga perintah supaya bertubat pada Allah kerana Nabi Muhammad SAW akan wafat dan kerja Nabi akan di wariskan pada ummat akhir zaman, tiada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad, maka sekali lagi bertasbihlah kita semua dengan memuji Allah dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat...


Moral of the story 2 :
Sebenarnya, Allah tidak perlu pertolongan kita untuk membantu ugamanya, tapi Allah ingin muliakan manusia dengan memberi peluang ‘membantu’ ugama Allah dan sebagai janjiNya: Allah akan Bantu manusia…


Moral of the story 3:
Jangalah di tanya "mengapa orang Islam tidak di beri kuasa dan pemerintahan?" kerana apabila ahkam (perintah dan larangan) Allah tidak dapat di amalkan oleh orang Islam sendiri, kenapa urusan dunia ini perlu di beri kepada orang Islam?

Tujuan Allah memberi kuasa pemerintahan kepada orang Islam ialah supaya mereka menegakkan perintahNya di bumi ini. Sekira korang di serahkan pemerintahan sekarang adakah korang dapat menunaikan kehendak Allah itu?


Moral of the story 4
Fatimah r.aha menangis setelah turun Surah ini kerana sedih nabi dah nak wafat, namun tersenyum setelah Nabi berbisik pada fatimah dengan memberikan khabar bahawa Fatimah akan mati tak lama lagi...



Sekian...



p/s : Entri ni bukan saya yang tulis...Saya cilok kat encik Hamka/ keretamayat. Saya suka baca blog dia dan straight to the point. Baekk punya bahasa, senang nak faham, dan tak hipokrit. I loike!! Walaupun dia tulis secara melawak, kadang-kadang saya rasa nak nangis plak sebab terkena kat batang idung sendiri... (-_-")


p/s : kali ni copy paste entri orang je ye...tak larat nak mengadap lappy lama2...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mustafa Oh Mustafa!

bismillah...

Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah kerana Dia masih lagi memberi nikmat iman kepada hambaNya yang kerdil lagi cute ini..wahaha. Mood saya pada hari ini agak baik walaupun sesekali datang sedikit kemurungan disebabkan penyakit L.N yang diketahui agak bahaya untuk pesakit dan boleh menyebabkan kematian.

Saya sebenarnya baru selesai membaca buku Orientalisme dan Kristianisasi buat kali ke-49 (tipu je ni,baru 2 kali). Setelah dijalankan kaji selidik,rupanya ramai orang Islam yang menjadi duri dalam daging kepada umat Islam itu sendiri. Mereka ini pro barat dan pendukung ideologi2 orang2 barat. Salah seorang daripadanya ialah Mustafa Kemal Attartuk. Siapa yang tak kenal dengan si munafik ni. Ape? Tak kenal? Kalau tak kenal baca entri ni sampai habis.

Siapa Mustafa Kemal Atartuk sebenarnya? Mustafa Kemal Atatürk lahir pada tahun 1881 dan kiok(mati) pada 10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.



Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin .

Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki. Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.



Dosa Mustafa Kemal
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.



KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.


Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.


Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.


Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.


Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).


Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.


Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.


Allahu'alam...



p/s: Si Mustafa Kemal ni lahir di Salonika, kota yg terdapat ramai penduduk Yahudi. Jadi tak mustahil la kalau saya katakan nasab keturunannya berdarah Yahudi.. Sampai bila dah nak mati pun die buat wasiat supaya jenazahnya tidak disembahyangkan. Nampak sgt..

p/s lagi: Kat Malaysia ni pun ade ramai sebenarnya yang spesies dengan Atartuk. Tak bleh cakap, nanti kene tangkap plak.

lagi2 p/s: penyakit L.N tu singkatan daripada penyakit Lapar Nasik!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anda Kena Tipooo........


bismillah..

Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya..

Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. Dan juga.. Ia diguna pakai dalam khutbah multimedia di masjid-masjid di KL..!

Gambar PALSU 1

Batu Terapung PALSU 1

Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )

Gambar PALSU 2

Batu Terapung PALSU 2

Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?

Gambar PALSU 3

Batu Terapung PALSU 3

Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?

Gambar PALSU 4

Batu Terapung PALSU 4

Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Haa.. Jelas..?

Gambar PALSU 5

Batu Terapung PALSU 5

Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. Guna Photoshop..

Jadi.. Mana yang ASLInya..?

___________________________ …

Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..

Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj

Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj

Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.

SOALAN:

Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD

JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:

Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan

Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi

Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”

“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”

“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.


Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din

Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.

Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

Meneliti Batu Terapung

Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah

Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia

Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Batu Terapung Isra' Mikraj -Dari Atas-

Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.

Mengapa Berubah..?

Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.

Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.

SEBARKAN: Sila copy dan paste pesanan di bawah ini bermula dari tanda ** hingga ** serta sebarkan kepada kenalan anda melalui e-mail, messenger, blog atau laman sesawang yang anda kenali bagi menyampaikan info yang benar ini kepada kenalan anda dan kenalan-kenalan mereka.

** Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..

Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar sahih terkini dari bumi Palestine..

[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..? Sila ke;

http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/

Syukran.. **


p/s: copy paste jer..senang kojo den..mwahaha...da die yang suruh copy dan sebarkan...sile2 la copy dan pastekan kat mane2 je yang anda suka. yg penting kebenaran perlu ditegakkan, dan toksah dok pecaya kat propaganda org2 kapir nih.. saya pun tertipu jgk. dulu masa aktif dgn tagged punyalah ramai forward gambar yg palsu..cet!



*time kasih daun keladi incik shah bg info (^_^)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Amanat Seorang Pejuang

bismillah...

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tangan ku yang sudah mati(lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.

Aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku, yang sudah beruban putih dan berada dipenghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu, wahai bangsa Arab, kalian diam membisu dan lemah atau adakah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami hingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah.

Tiada satu pun kumpulan daripada kalian yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang ke atas kami dan menukarkan kami dari golongan yang mulia kepada golongan yang dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh, penjenayah serta pengganas!

Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan kami?

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu-sekutunya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat airmata kami dan meringankan bebanan kami?

Adakah pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya, dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan yang sebenar lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan:

"Ya Allah! Perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang temulang mereka,kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bentulah hamba-hambaMu yang beriman!"

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan doa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahwa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dalam keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, ornag-orang tua dan pemuda-pemuda kami.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian(menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada'.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa saja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Kami juga berharap kepada kalian supaya janganlah menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah! Janganlah menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini...

As-syahid Sheikh Ahmad Yassin,
1938-2004.





"Ya Allah! kami mengadu padaMu...
kami mengadu padaMu...
Kami mengadu padaMu...
Kami mengadu padaMu...
Lemahnya kami dan kurangnya helah kami.
Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang -orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepda orang-orang yang jauh yang akan menyerbu kami, atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

"Ya Allah! Kami mengadu padaMu, darah-darah yang tertumpah, maruah-maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah! Kami mengadu padaMu, berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya haluan kami, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat-umat disekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami..."



p/s: Saya ambil amanat ini daripada buku Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi. Sama-sama kita hayati dan teruskan berdoa untuk saudara2 kita yang ditindas bukan saja di Palestin bahkan tidak kira dimana saja mereka berada.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Manusia Jadi Tuhan..

bismillah...

Syeikh Kadir Al-Jilani berkata..
"Manusia itu apabila dia dalam kesusahan dia akan salahkan Tuhan, tetapi apabila dia sudah senang maka dia jadi Tuhan." Wana'uzubillah...


p/s: saya suka dengan ayat ni...terbukti kebenarannya. Ayat ni dah 2 kali menjadi post entri saya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beramal Tapi...

bismillah...





Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?

-Sayyidina Ali Karamallahu Wajhah-


p/s: pernahkah anda merasai hati yang tidak tenang walaupun anda beribadat kepadanya siang dan malam? saya pernah....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedang Membaca...

bismillah,

"barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka(orang-orang Islam)"
-Sabda Rasulullah SAW.



Sejarah permusuhan dan dendam Yahudi terhadap Islam memang tidak akan tamat. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 120 bermaksud: "orang2 Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka." Dan sesungguhnya musuh2 Islam tidak akan pernah berhenti untuk membawa Islam ke lembah kehancuran...

Selamat membaca kepada diri saya sendiri..hua3..


p/s: baru beli buku ni dekat MPH siang tadi. rambang mate dibuatnye, banyak sangat buku best2...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Innalillah...

bismillah




Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”

(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)


p/s: Al-fatiha untuk Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri (Din Beramboi) dan juga untuk hamba2 yang terlebih dahulu menghadap Tuan Punya Dunia... Insya'allah,kami akan menyusul selepas anda.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mengabaikan Dunia Atau Menolak Dunia


bismillah...

Segala puji bagi Allah yang menciptakan malam dan siang. Segala puji bagi Allah yang menciptakan cinta dan kasih sayang. Segala puji bagiNya jua untuk segala kenikmatan yang ada di dunia ini.

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Zaid bin Tsabit r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang niatnya keakhirat maka Allah s.w.t. akan menghimpun baginya semuanya dan dijadikan kaya hati dan datang kepadanya dunia merendah diri. Dan siapa yang niatnya dunia maka Allah s.w.t. akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinannya selalu membayang diruang matanya dan tidak akan datang kepadanya dunia kecuali yang ditentukan baginya."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Al-Aswad bin Qays berkata: "Saya telah mendengar Jundub berkata: "Umar r.a. masuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. sedang Nabi Muhammad s.a.w. diatas tikar yang telah berbekas dipinggangnya, maka menangis Umar r.a. melihat keadaan itu, maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apakah yang menyebabkan engkau menangis, ya Umar?" Jawab Umar r.a.: "Saya teringat kepada Raja Kaisar dan Kisra dengan segala kemewahan dunianya sedang Rasulullah adalah utusan Allah s.w.t. sehingga berbekas di pinggangmu garis-garis tikar." Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Mereka kaum yang telah diberi kontan kesenangan mereka didunia dan kami kaum yang ditunda kesenangan kami diakhirat."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya yang saya khuatirkan atas kamu hanya dua iaitu:

  • Panjang angan-angan dan

  • Menurut hawa nafsu

sebab panjang angan-angan itu melupakan akhirat dan menurut hawa nafsu itu menghalangi (menentang) hak, sedang dunia sudah berjalan membelakangi kami dan akhirat akan tiba kepada kami, dan masing-masing ada mempunyai anak-anak, maka jadilah kamu dari anak-anak akhirat dan jangan menjadi anak-anak dunia, maka sesungguhnya hari ini beramal dan tidak ada hisab sedang kelak hisab tidak ada amal. Perbanyaklah amal sekarang sebab kamu tidak dapat beramal pada hari esok."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan Albashri berkata: "Saya mencari khutbah Nabi Muhammad s.a.w. tiap Jumaat selama empat tahun tidak bertemu, tiba-tiba saya mendapat berita bahawa itu ada pada seorang sahabat Anshar dan ketika ditemui ialah Jabir bin Abdillah r.a., maka saya bertanya: "Apakah benar engkau telah mendengar khutbah Nabi Muhammad s.a.w. yang dibaca tiap Jumaat?" Jawabnya: "Ya, saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hai orang-orang, sesungguhnya untuk kamu telah ada petunjuk-petunjuk maka berhentilah pada petunjuk-petunjuk jalan itu, dan kamu juga mempunyai batas maka berhentilah (ikutilah) batas-batas yang telah ditentukan bagimu itu. Sesungguhnya seorang hamba yang mukmin berada diantara dua ketakutan, antara ajal masa yang lalu, ia tidak mengetahui bagaimana Allah s.w.t. akan berbuat kepadanya, dan masa yang akan datang juga tidak mengetahui apa yang terjadi pada dirinya. Kerana itu tiap orang harus berbekal untuk kepentingan dirinya sendiri dan

  • masa hidupnya untuk matinya

  • masa mudanya untuk masa tuanya

  • dunianya untuk akhiratnya

Maka dunia ini dijadikan untuk kamu dan kamu jadikan untuk akhirat. Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesudah mati tidak ada jalan untuk taubat dan sesudah dunia tidak ada tempat kecuali syurga atau neraka. Saya ucapkan kata-kata ini dan aku mohon ampaun kepada Allah s.w.t. untuk diriku dan untukmu."

Sahl bin Abdillah Attustari biasa membelanjakan kekayaannya dalam segala jalan yang menuju taat kepada Allah s.w.t., lalu ibu dan sanak saudaranya yang menyampaikan hal itu kepada Abdullah bin Almubarak, mereka berkata: "Bahawa orang itu jika sedekah tidak kira-kira kerana itu kami khuatir kalau ia menjadi miskin." Maka Abdullah bin Almubarak menyampaikan keluhan ibu dan saudara-maranya itu kepada Sahl bin Abdullah Attustari. Jawab Sahl: "Ya Aba Abdirrahman, bagaimana pendapatmu bila ada orang kota telah membeli tanah kebun didesa dan ia akan pindah kedesa itu, apakah harus meninggalkan apa-apa dikota, padahal ia tidak akan kembali lagi kekota itu?" Abdullah bin Almubarak berkata: "Sahl telah mengalahkan kamu dalam keluhanmu itu, iaitu siapa yang akan pidah ketempat lain tidak seharusnya ia meninggalkan apa-apa ditempat yang akan ditinggalkan itu, demikian pula orang yang akan pindah dari dunia keakhirat, mengapakah harus meninggalkan apa-apa didunia ini."

Abul Laits berkata: "Siapa yang sempurna akal, maka ia rela dengan sederhana didunia, dan tidak sibuk memperbanyak dan sibuk beramal untuk akhirat sebab akhirat itulah tempatnya nikmat, kekal sedang dunia akan rosak, tipuan dan fitnah."

Juwaibir meriwayatkan dari Adhdhahhak berkata: "Ketika Allah s.w.t. telah menurunkan Nabi Adam a.s. dan Hawwa kebumi, lalu dapat merasakan bau busuk dan kehilangan bau syurga, pengsanlah keduanya selama empat puluh hari kerana sangat busuknya dunia ini."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sungguh hairan ajaib bagi seorang yang percaya kepada tempat yang kekal abadi kemudian ia masih sibuk dengan tempat tipuan dan sementara."

Muhammad bin Almunkadir dari Jabir r.a. berkata: "Saya hadir dimajlis Nabi Muhammad s.a.w. tiba-tiba datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang bagus muka dan rambutnya, berpakaian putih, lalu berkata: "Assalamu alaikum, ya Rasulullah." Dijawab Nabi Muhammad s.a.w. "Wa alaikum salam warahmatullah." Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, apakah dunia ini?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Bagaikan impian orang tiudr, sedang penduduknya bakal dibalas dan disiksa." Lalu ia bertanya: "Dan apakah akhirat?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Kekal, sebahagian disyurga dan sebahagian dineraka." Lalu ditanya: "Apakah syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Gantinya dunia, bagi orang yang sanggup meninggalkannya mendapat kesenangannya untuk selamanya." Lalu ditanya: "Dan apakah Jahannam itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Gantinya dunia bagi yang cinta kepadanya, tidak akan pisah lepas dari Jahannam untuk selamanya." Lalu ditanya: "Maka siapakah yang sebaik-baik ummat ini?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Yang berbuat taat ketika didunia." Lalu ditanya: "Bagaimana didalamnya?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Bersungguh seperti orang yang mengejar gafilah." Lalu ditanya: "Berapa lama tinggal didalam dunia?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Seperti lamanya orang yang tertinggal dari gafilah-gafilah." Lalu ditanya: "Berapa lamakah antara dunia dan akhirat?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Sekelip mata" Maka pergilah orang itu dan tidak kelihatan, maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Itu Jibril datang untuk menzuhudkan kamu didunia dan menggemarkan kamu diakhirat."

Nabi Ibrahim a.s. ketika ditanya: "Mengapa Allah s.w.t. menjadikan engkau khalilullah?" Jawabnya: Kerana tiga sebab iaitu:

  • Tiada aku disuruh memilih dua macam melainkan saya pilih yang untuk Allah s.w.t. dari yang lain-lainnya

  • Saya tidak pernah risau hati terhadap apa yang dijamin oleh Allah s.w.t. dalam urusan rezekiku

  • Tidak pernah makan siang atau malam melainkan bersama tetamu

Seorang cendikiawan berkata: "Kehidupan hati itu dengan empat ilmu iaitu:

  • Ilmu

  • Ridho

  • Qana'ah

  • Zuhud

Maka ilmu iaitu yang menimbulkan ridho dan ridho menyampaikan kepada qana'ah (teriman) dan qana'ah itu menyampaikan kepada zuhud bererti meremehkan dunia (tidak rakus kepada dunia). Dan zuhud ada tiga tingkat iaitu:

  • Mengenal dunia dan meninggalkannya

  • Ibadat kepada Allah s.w.t. dengan adab

  • Rindu kepada akhirat dan berusaha mencapainya

Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: "Hikmat itu turun dari langit masuk kedalam semua hati kecuali hati yang ada empat macam iaitu:

  • Yang condong kepada dunia

  • Risau untuk hari esok

  • Hasud kepada saudara

  • Ingin kepada pangkat kedudukan

Yahya juga berkata: "Seorang yang sempurna akal iaitu yang berbuat tiga perkara iaitu:

  • Meninggalkan dunia sebelum ditinggalkannya

  • Membangun kubur sebelum dimasukkannya

  • Mengerjakan apa yang diridhoi Allah s.w.t. sebelum menghadap kepadaNya

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Siapa yang menghimpunkan enam macam maka bererti telah benar-benar berusaha untuk mendapatkan syurga dan lari dari api neraka iaitu:

  • Mengenal Allah s.w.t. lalu mentaatiNya dan mengenal syaitan laknatullah lalu menentangnya

  • Mengenal hak lalu mengikutinya dan mengenal bathil lalu menghindarinya

  • Mengenal dunia lalu mengabaikannya dan mengenal akhirat lalu berusaha untuk mencapainya

Ja'far Assadiq dari Muhammad Albaaqir dari Ali Zainul Abidin dari Alhusain bin Ali r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hai Ali, empat macam tanda celaka iaitu:

  • Kering air mata

  • Keras hati

  • Cinta dunia

  • Jauh angan-angan

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Andaikan dunia ini disisi Allah s.w.t. menyamai nilai satu sayap nyamuk maka tidak akan diberikan kepada orang kafir walau seteguk air."

Syahr bin Hausyab dari Abdurrahman bin Usman berkata: "Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. sembahyang subuh didekat tempat pembuangan kotoran, maka melihat ulat bergerak dalam kotoran, maka Nabi Muhammad s.a.w. menghentikan untunya menantikan orang-orang, lalu bertanya kepada orang-orang: "Apakah kamu mengetahui bahawa orang-orang ditempat ini jijik terhadap ulat ini?" Jawab mereka: "Benar, ya Rasulullah." Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Demi Allah yang jiwa Muhammad ada ditanganNya, sesungguhnya dunia ini lebih rendah (hina) disisi Allah s.w.t. melebihi dari hinanya ulat terhadap orang-orang yang mempunyai tempat ini."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Dunia sebagai penjara bagi orang mukmin dan kubur bagaikan bentengnya dan syurga tempat tinggalnya. Dan dunia ini sebagai syurga bagi orang kafir sedang kubur sebagai penjaranya dan neraka tempat tinggalnya."

Abul Laits berkata: "Erti sabda Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah: "Seorang mukmin meskipun adakalanya mewah dan nikmat, tetapi jika dibandingkan dengan nikmat dan kemewahan yang disediakan untuknya disyurga, maka seolah-olah ia berada didalam penjara, sebab seorang jika mati dan diperlihatkan kepadanya syurga dan kemuliaan yang ada didalamnya, ia sedar bahawa selama didunia seolah-olah dalam penjara. Sedang seorang kafir jika mati dan diperlihatkan kepadanya hukuman-hukuman dalam neraka, maka ia merasa bahawa ia tadi dalam syurga. Kerana itu seorang yang berakal tidak akan merasa gembira dalam penjara dan tidak akan mencari kesenangan dalam penjara. Maka seorang yang berakal harus memperhatikan apa yang telah dijelaskan Allah s.w.t. mengenai dunia dalam ayat-ayat Al-Quran, sebab dalam ayat Al-Quran dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. cukup perumpamaan yang jelas supaya orang mukmin jangan tertipu oleh dunia."

"Innama matsalul hayatid dunia, kama'in anzalanaahu minassama'i fakh talatha bihi nabaatul ardhi mimmaa ya'kulunnasu wal an'am hatta idza akhdzalatil ardhu zukhrufaha wazzayanat wa dhanna ahluha annahum qaadiruuna alaiha ataaha amrua laila au nahaa ra faja ainaaha hashieda ka'anlam taghna bil amsi, kadzalika nufasshilul ayaati liqaumin yatafakkarun." (Surah Yunus ayat 24)

(Yang bermaksud)"Sesungguhnya perumpamaan kerosakan dunia ini bagaikan air yang Kami turunkan dari langit maka meresap kedalam tanah dan menumbuhkan makanan orang-orang dan binatang-binatang, sehingga apabila bumi ini telah berhias dengan segala hasilnya dan indah dan pemiliknya telah mengira ia sangat berkuasa atasnya, tiba-tiba datang siksa Allah diwaktu malam atau siang hari, maka jadilah semua itu terketam habis, seakan-akan tidak ada apa-apa sejak kelmarinnya. Demikianlah contoh dunia ini. Kami jelaskan bagi orang-orang yang suka berfikir dan memperhatikan."

Nabi Muhammad s.a.w. didatangi seorang dari Syam, maka ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w. tentang luas tanah mereka dan berbagai kenikmatan yang mereka rasakan, lalu ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w. "Lalu kamu berbuat apakah?" Jawabnya: "Kami membuat berbagai macam makanan untuk kami makan." Ditanya: "Kemudian jadi apa?" Jawabnya: "Sebagaimana yang telah engkau ketahui, ya Rasulullah." (Yakni kencing dan kotoran) Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Maka demikianlah perumpamaan dan contoh dunia ini."

Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: "Dunia ini bagaikan ladang Tuhan Rabbul a'lamin dan manusia sebagai tanamannya sedang maut itu sebagai cangkulnya. Dan Malakulmaut itu sebagai pengetamnya dan kubur sebagai lombongnya dan kiamat sebagai lesungnya dan syurga atau neraka temapt pemuasnya, sebahagian syurga dan sebahagian dalam neraka Sa'ir."

Luqman Alhakiem berkata kepada puteranya: "Hai anak, sesungguhnya dunia ini adalah lautan yang sangat dalam dan telah tenggelam didalamnya kebanyakkan manusia, kerana itu jadilah perahu didunia ini taqwa kepada Allah s.w.t."

Kata pujangga: "Sesungguhnya ada hamba-hamba Allah yang cerdas cendikia (cerdik pandai) telah menceraikan dunia dan takut dari fitnahnya (tipu dayanya). Mereka memperhatikan benar-benar segala akibatnya dan ketika telah mengerti bahawa dunia ini bukan tempat hidup yang abadi, maka mereka menjadikan dunia ini bagaikan lautan dan menggunakan amal soleh sebagai bahteranya. Maka amal soleh itulah yang menjadi barang dagangan dan kerajinan beramal sebagai keuntungannya dan hari-hari sebagai gelombangnya dan tawakkal sebagai naungannya, dan kitab Allah s.w.t. penunjuknya dan menahan nafsu sebagai tali ikatnya dan maut itu ujungnya dan kiamat pasarannya dan Allah s.w.t. pemiliknya."

Alfudhail bin Iyaadh berkata: "Pada hari kiamat kelak akan tiba dunia berlagak dengan keindahannya, lalu berkata: "Ya Tuhan, jadikanlah aku rumah untuk sebaik-baik hambaMu." Jawab Allah s.w.t.: "Aku tidak rela kamu menjadi rumah mereka, jadilah kamu sebagai debu yang berhamburan." Maka seketika itu menjadi debu yang berhamburan."

Ibn Abbas r.a. berkata: "Pada hari kiamat kelak akan dihadapkan dunia ini berupa wanita tua yang kembung perutnya, tampak gigi siungnya, buruk rupanya, tiada seorang yang melihatnya melainkan membencinya, maka ia melihat orang-orang lalu orang-orang itu ditanya: "Apakah kamu kenal pada ini?" Jawab mereka: "Naudzu billah, jangan sampai kenal padanya." Lalu diberitahu bahawa itulah dunia yang dahulu kamu berebut, berbangga dan berperang kerananya." Dilain raiwayat: Kemudian diperintahkan supaya dilemparkan kedalam neraka, lalu ia bertanya: "Dimanakah pengikutku dan sahabat-sahabatku?" Maka ikut semuanya.

Abul Laits berkata: "Sebenarnya dunia ini tidak berdosa dan tidak ada siksa baginya, tetapi sengaja dilempar kedalam neraka untuk menunjukkan kehinaannya disisi Allah s.w.t., sebagaimana berhala-berhala yang dimasukkan kedalam neraka, sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Innakum wama ta'buduna min dunillahi hashabu jahannam antum laha wa ridun." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya kamu dan semua yang kamu sembah selain Allah itu akan menjadi batu bara neraka jahannam, kamu pasti akan masuk kedalamnya." (Surah Al-Anbiya ayat 98) Maka seharusnya seorang mukmin beramal untuk akhirat dan tidak melulu sibuk dunia kecuali apa yang menjadi kepentingan yang lazim dan utama tanpa menggantungkan hati dan fikiran padanya."

Nabi Isa bin Maryam a.s berkata: "Sungguh ajaib keadaanmu itu, kamu giat bekerja untuk mendapat dunia yang pasti akan tiba padamu, tetapi tidak pasti giat beramal untuk akhirat, padahal akhirat itu tidak dapat dicapai tanpa amal."

Abu Ubaidah Al-asadi berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang meresap dalam hatinya cinta dunia maka terikat hatinya dengan tiga iaitu:

  • Kesibukan yang tidak akan terlepas kesukarannya

  • Angan-angan yang tidak ada hujung puncaknya

  • Kerakusan yang tidak dapatmencapai kekayaan atau kecukupannya

Sedang dunia dan akhirat sama-sama kejar mengejar, maka siapa yang mengejar akhirat dikejar oleh dunia sehingga menerima cukup daripadanya rezekinya dan siapa yang mengejar dunia dikejar akhirat sehingga tiba matinya yang mencekiknya dengan tiba-tiba dan mendadak."

Ibrahim bin Yusuf dari Kinanah berkata: "Abu Hazim berkata: "Saya dapatkan dunia ini dua macam iaitu:

  • Sesuatu yang untukku tidak akan terlepas daripadaku

  • Sesuatu yang untuk orang lain maka tidak akan dapat saya kejar dan

  • Allah s.w.t telah menolak lain orang hakku sebagaimana menolak hak lain orang daripadaku

Maka didalam bahagian yang mana saya harus menghabiskan umurku? Juga saya dapatkan apa yang telah diberikan kepadaku dari dunia ini dua macam iaitu:

  • Yang satu akan terlepas daripadaku sebelum ajalku, maka saya tidak berdaya untuk mempertahankannya dan yang satu lagi

  • akan tetap ada padaku sehingga matiku sehingga saya tinggalkan kepada orang lain.

Maka didalam yang mana saya harus melanggar Tuhan untuk mendapatkannya?"

Al-A'masy dari Sufyan dari guru-gurunya berkata: "Sa'ad bin Abi Waqqash r.a. masuk ketempat Salman Alfarisi sedang sakit, maka menangislah Salman. Ditanya oleh Sa'ad: "Mengapa engkau menangis, hai Abu Abdillah? Rasulullah s.a.w. ketika meninggal ridho kepadamu." Jawabnya: "Saya tidak menangis kerana takut mati atau kerana rakus kepada dunia, tetapi Rasulullah s.a.w. telah berpesan kepada kami: "Hendaklah membawa bekal salah satu kamu dari dunia ini seperti bekal orang berpergian. Sedang dikelilingku ini macam-macam, padahal yang ada hanya bejana, ember, panci dan tempat berwuduk." Sa'ad berkata: "Hai Abu Abdillah, berpesanlah kepada kami untuk kami pergunakan sepeninggalanmu." Berkata Salman: "Hai Sa'ad, berdzikirlah (ingatlah) kepada Allah s.w.t. ketika akan mengerjakan sesuatu dan ketika menghukum dan ketika melaksanakan apa yang telah engkau putuskan dengan sumpahmu."

Juwaibir dari Adhdhahhaak berkata Nabi Muhammad s.a.w. ditanya: "Ya, Rasulullah, siapakah yang amat zahid?" Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang tidak lupa kubur dan kerosakan dan meninggalkan kelebihan dari perhiasan dunia, dan mengutamakan yang kekal daripada yang sementara dan rosak, dan tidak menghitung-hitung harinya dan menganggap dirinya dari golongan orang yang mati."

Seorang cendikiawan berkata: "Kami mencari empat macam tetapi keliru jalan iaitu:

  • Kami kira kekayaan itu dalam banyaknya harta, tiba-tiba dalam qana'ah (teriman)

  • Kami kira istirehat itu dalam banyak tiba-tiba dalam sedikit (ertinya bertambah banyak bertambah sibuk dan tidak dapat beristirehat)

  • Kami kira kehormatan itu dalam bentuk lahir tiba-tiba dalam taqwa

  • Kami kira nikmat itu dalam makan minum tiba-tiba dalam tertutupnya aib dan dosa dan Islam (ertinya jika Allah s.w.t. menutupi kesalahan dosa kita, maka itulah nikmatnya)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang pada pagi harinya menjadikan dunia ini kepentingannya yang utama maka Allah s.w.t. akan melazimkan dalam hatinya tiga macam iaitu:

  • Kerisauan yang tidak terputus-putus untuk selamanya

  • Kesibukan yang tidak ada istirehatnya untuk selamanya

  • Rasa kefakiran yang tidak ada ujungnya sama sekali untuk selamanya

Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "Tiada seorangpun pada tiap hari melainkan ia sebagai tamu dan hartanya sebagai pinjaman, tamu harus segera berangkat meninggalkan tempat sedang pinjaman harus segera dikembalikan."

Alfudhail bin Iyaadh berkata: "Kejahatan itu semua dikumpulkan dalam sebuah rumah sedang kuncinya ialah cinta kepada dunia dan kebaikan itu juga dikumpulkan dalam rumah dan kuncinya ialah zuhud (tidak tamak rakus) pada dunia."

Tsabit dari Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Allah s.w.t. telah berfirman (Yang berbunyi): "Yyafrahu abdiyal mu'min idza bashathtu lahu syai'a minad dunia, wa dzalika ab'adu lahu minni, wayahzanu idzaqartartu alaihid dunia wa dzalika aqrabu lahu minni." (Yang bermaksud): "HambaKu yang mukmin merasa gembira jika Aku luaskan sedikit daripada dunia, padahal yang demikian itu bererti jauh daripadaKu dan susah jika Aku seretkan padanya dunia, padahal yang demikian itu lebih mendekatkan ia kepadaKu."

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. membacakan ayat (Yang berbunyi): "Ayahsabuuna annamaa munidduhum bihi maalin wabaniin. Nusaari'u lahum fil khairaati, bal laa yasy'uruun." (Yang berbunyi): "Apakah mereka mengira bahawa apa yang Kami berikan berupa harta dan anak-anak itu. Kami menyegerakan untuk mereka semua kebaikan tetapi mereka tidak merasa (tidak mengetahui)." (Surah Al-mukminun ayat 55-56) Tidak merasa atau tidak mengetahui bahawa itu ujian bagi mereka bagaimana mereka mempergunakan pemberian Allah s.w.t. itu.

Anas bin Malik berkata: "Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. keluar dan memegang tangan Abu Dzar, lalu berkata: "Hai Abu Dzar, sesungguhnya dihadapanmu ada bukit penghalang yang sukar didaki, tidak dapat mendaki kecuali orang-orang yang ringan bawaannya." Abu Dzar bertanya: "Ya Rasulullah, saya ini termasuk yang ringan atau yang berat?" Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: "Apakah engkau mempunyai makan untuk hari ini?" Jawabnya: "Ya." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: "Apakah mempunyai makan untuk besok pagi?" Jawabnya: "Ya." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: "Apakah mempunyai makan untuk lusa?" Jawab Abu Dzar: "Tidak." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Andaikan engkau mempunyai makanan untuk lusa (untuk tiga hari) nescaya engkau termasuk orang-orang yang berat."


allahu'alam...


p/s: panjang sedikit entry kali ini. Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada yang membacanya. Ballighu anni walau aayah...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Takde Tajuk Lagi...hoho~

bismillah....




Rasulullah SAW bersabda, "Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan, lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan. Allah akan mencabut daripada hati seteru atau musuh kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan al wahn. Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahn itu? Ujar Baginda: Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati." (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)



p/s: tak tau nak tulis ape.. takde semangat la dua tiga hari nih, plus tak brape sihat sebab makan durian banyak sangat..hoho~

p/s lagi: sedang berusaha membuang dunia dari hati...ishh..susah3.. cakap senang, buat susah...

lagi2 p/s: agak celaru sikit akhir2 nih, plus penyakit cemburu giler yg datang secara tiba2 (jeles sebab ade sorang sahabat ni nak pegi buat umrah. Cik NurQaseh takde duit...huk3~~~)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Takde Tajuk...hua3

bismillah...




Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada dalam tiap2 diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipuan dan lain2 perkara tercela. Tapi jika ia jatuh pada tanah yang subur, maka akan tumbuhlah kesucian hati, keikhlasan, setia dan perkara2 yang terpuji..

-Pak Hamka


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kepincangan Masyarakat...Salah Siapa?

bismillah...


Kepincangan masyarakat kita kini...salah siapa?? Salah ibu mengandungkah? Ecece...macam tajuk forum la pulok. Siapalah saya yang hanya berkelulusan STPM ini untuk mengupas isu-isu besar seperti yang di atas. Tetapi disebabkan saya juga termasuk dalam masyarakat yang mengalami kepincangan tersebut, moleklah kiranya saya turut memberikan pendapat tentang masalah ini..

Kahwin lari ke Lombok, mengandung anak luar nikah, bersekedudukan, maksiat situ sana sini, rasuah, sodomi(hehehe..), bunuh saudara, bunuh isteri.. Malah, masyarakat kita yang dahulu hanya tahu membuang air, buang sampah, buang kutu dan buang pelepah kelapa kini sudah semakin 'advance' kerana mampu membuang anak sendiri malah dibakarnya seperti sampah. Tidak cukup dengan itu ada juga yang sanggup buang mak, buang ayah, dan segala jenis pembuangan sudah merebak ke seluruh negara yang kita cintai ini... Lebih dasyat dari itu, ULAMA CANTAS ULAMA..

Kenapa jadi begitu? Entahlah... Sukar untuk diberikan jawapan, malah jika anda bertanyakan sendiri kepada pelaku2 tersebut mungkin mereka juga tidak mengerti mengapa mereka harus melakukan perbuatan2 tersebut. Jikalau ada pun jawapan2 yang terhambur dari mulut2 si pelaku itu, mungkin jawapannya amat2 tidak munasabah sekali.

Pernah saya bertanyakan seorang rakan saya yang katanya 'ter'hamil anak hasil zina. Ketika itu saya bekerja sementara di sebuah farmasi, dan adalah serba sedikit pengetahuan tentang ubat-ubatan. Beliau bertanya kepada saya, adakah ubat2 yang dapat menggugurkan kandungan tersebut. Saya tidak pantas menjawab, dan bertanya adakah beliau hamil? Pada mulanya dia tidak mahu mengaku tetapi bangkai gajah yang manakah boleh disorokkan? Lainlah jika bangkai ayam senang jer nak tanam..ehh melalut daa..

Saya mula menyelami hati remajanya. Mengapa terjadi begitu, atas alasan apakah yang membolehkan dia dan teman lelaki berzina, dan apakah langkah yang akan beliau ambil selepas ini.. Menurutnya, teman lelaki beliau tinggal serumah dengannya bersama ibu bapa rakan saya ini.. Baca betul2, BERSAMA IBU BAPA RAKAN SAYA.. Saya berasa kagum akan ke'supporting'an ibu bapa beliau kerana membenarkan lelaki yang tiada talian darah dengan mereka tinggal bersama. Malah alasan yang mereka berikan ialah "fendi ni anak angkat makcik. Kesian takde tempat nak tinggal".

Dah namanya lelaki,bermusafir pula.. Tak reti2 nak cari rumah sewa?? Sangat2 supporting ibu bapa rakan saya itu. Terkadang terfikir kenapalah mak ayah saya tak supporting seperti itu..hoho~ Lalu mereka sama2 hanyut dibuai rasa cinta yang mengghairahkan lantaran saban hari dan waktu asyik melihat sesama sendiri. (Ibarat pergi kenduri, lauk dah ada depan mata takkan nak pandang jer.. Kite nyekik la skali..).

Itu dulu,sekarang rakan saya itu sudah pun melahirkan seorang lagi khalifah di dunia ini. Lahirnya tiada dipinta, kehadirannya tiada dirancang. Bayi tersebut sudah pun berusia 5 bulan. Malangnya,rakan saya tidak berkesempatan membesarkan anaknya kerana telah diserahkan kepada orang lain. Malah tiada lagi khabar berita dari rakan saya dan masih terngiang lagi kata-kata terakhirnya kepada saya, "aku ni tak layak nak jadi kawan kau lagi nur..kau tak jijik ke tengok aku ni?" Ada nada2 sesalan pada ucapannya. Demi Tuhan yang mempertemukan kami, tidak sedikit pun saya berasa jijik atau menyesal kerana menjadi sahabatnya. Saya berdoa supaya Allah dapat menemukan kami kembali..amiin...

Kerana apa rakan saya jadi begitu? Anda sendiri boleh berikan jawapan...

Semakin lama semakin saya merasa muak untuk menatap akhbar2 tempatan yang seperti tiada maklumat lain yang mahu disiarkan. Masalah kepincangan masyarakat yang saya kira amat2 serius dan sudah menjadi barah yang mungkin tidak dapat diselamatkan lagi. Saya melihat punca masalah ini bermula dari pemimpin. PEMIMPIN YANG BAIK MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BAIK. Mungkin ada sesetengah yang kurang menjadi ibarat pisang setandan tidak semuanya elok, adalah sesisip yang rosak. Tapi apa yang berlaku sekarang bukan lagi sesisip pisang yang rosak, malah pokok2 dan daun2nya sekali turut rosak.

Ada apa dengan pemimpin sekarang? Ada kereta mewah? Rumah besar? Harta berkoyan-koyan? Yaaa...memang itu yang pemimpin kita ada. Tetapi berapa ramaikah yang ADA usaha yang bersungguh-sungguh membangunkan rakyat mereka dari segi rohani dan jasmani? Saya tidak mahu mengupas labih lanjut, cukuplah saya menulis apa yang saya rasa sekarang.

Tertubuhnya pusat2 hiburan, pusat2 karaoke, kelab2 eksklusif, lahirnya artis2, hiburan2 yang mengasyikkan, rancangan2 televisyen yang melalaikan. Dari siapakah semua ini mendapat kelulusan? Malah penjualan rokok yang masih lagi berleluasa walaupun harga naik melambung-lambung dan gambar2 yang mengerikan sudah terlekat di kotak2 rokok tersebut. Namun masih juga mendapat sambutan. Jika benar bersungguh2, mengapa tidak dibatalkan saja lesen2 pengilang tersebut? Ehh,siapalah saya yang berkelulusan STPM hendak mempersoalkan tindakan kerajaan yang bijaksana ini.

Ada apa dengan artis sekarang? Badan seksi? Tangkap khalwat? Glamour? Clubbing? Beg tangan RM40k? Dadah? Yaaa...itulah yang mereka ada. Tapi berapa ramaikah yang ADA ciri-ciri islami yang boleh dijadikan contoh masyarakat? Yang menghairankan saya, bila tertangkapnya seorang peminum arak,mereka menghebahkannya. Mungkin dua,tiga atau sepuluh orang. Tetapi bagaimana dengan peminum2 khamr yang lain?? Beribu2,berjuta2 bahkan mungkin separuh daripada rakyat Malaysia.. Dan yang lebih menghairankan saya apabila khamr ini menjadi kebiasaan dalam golongan artis tetapi tiada tindakan pula yang diambil. Malahan saya pernah terlihat gambar seorang pemimpin 'pemuda' yang duduk di kelab, dikelilingi wanita dan di depannya botol2 khamr.. Mengapa mengambil tindakan yang saya lihat seolah seperti mahu tidak mahu sahaja? Ehh,siapalah saya yang berkelulusan STPM hendak mempersoalkan tindakan kerajaan yang bijaksana ini.

Ada apa dengan remaja sekarang? Seks bebas? Pornografi? SMS? Finalis rancangan realiti tv? Gangsterisme? Dadah? Rokok? Lari ke Lombok? Yaaa...itulah yang remaja sekarang ada. Tapi berapa ramaikah yang ADA cita-cita untuk menjadi remaja yang tinggi nilai moralnya, mulia pekertinya, dan Islam itu pegangannya? Saya juga remaja...dan usia remaja seperti kami terlalu banyak cabarannya. Kami, bukan tinggal di gurun pasir, kami bukan tinggal di hutan belantara, kami bukan tinggal di Planet Marikh, tetapi kami tinggal di Malaysia...Malaysia yang ADA segala-galanya. Pemimpin kami tidak kisah jikalau kami ke disko asalkan kami berusia 18 TAHUN KE ATAS. Pemimpin kami tidak kisah jikalau kami merokok, asalkan kami berusia 18 TAHUN KE ATAS. Pemimpin kami tidak kisah jikalau kami menukar agama sekalipun, asalkan kami berusia 18TAHUN KE ATAS..

Malah dikalangan para Ulama' di Malaysia ini sedang sibuk bertengkar, sedang sibuk saman menyaman antara mereka, sedang sibuk dengan anugerah2 yang mereka terima. Ibu bapa kami pun sibuk bekerja, sibuk mengumpul harta. Mereka terlepas pandang ke arah kami... Kami ini kian rosak,lantaran pemimpin-pemimpin kami,ulama-ulama kami dan ibu bapa kami yang bijaksana terlalu sibuk dengan urusan mereka...


wallahu'alam...

"Sesungguhnya yang halal itu terang(jelas) dan yang haram itu terang dan di antara keduanya pula terdapat perkara2 yang shubhat (tidak jelas halal atau haramnya) yang tiada diketahiu oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara2 yang syubhat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara yang haram. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging. Andai ianya baik, maka baiklah seluruh jasad itu. Dan sekiranya ia rosak,maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.."

p/s: ...(T_T)...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Melukis Bukan Kerna Nama...ecece..

bismillah...

Tolonglah...tolong la jangan paksa2 saya.. Bengang giler kalau ada orang yang menggunakan unsur2 paksaan terhadap cik NurQaseh yang tak bersalah ni. Memang tekanan yang melampau-lampau sebab saya jenis yang tak suka dipaksa walaupun paksaan tu berunsur gurauan..

Kepada customer2 saya yang sedang menanti hasil lukisan saya harap bersabarlah hendaknya. Tak sampai berapa hari dah mintak drawingnye. Idea pun tak dak lagi.. Ingat suke suki jer ke nak lukis tak tentu pasal. Semalam baru siap satu lukisan, customer tu cakap nak gantung kat dinding opis dia.. Dia nak yang abstrak and colourfull, nah! hambek kaw... Gantunglah kat mana-mana pun, nenek saya tak marah. Bersengkang mata saya membuat karya tersebut.




Banyak cabaran yang terpaksa saya tempuh semasa menyiapkan hasil seni tersebut antaranya ialah diganggu oleh makhluk2 Tuhan yang seolah-olah merelakan telinga mereka dipiat.. Kecik jer tengok budak2 ni..memang rasa nak terkam pastu baling kat luar rumah. Dah nak maghrib nanti ambek bawak masuk dalam rumah balik...erk! bleh ke gitu??

Mak pulak, asyik panggil 'dakdekkkk....!!!!'.. Kalau slow ala2 romantik takpe la,ni sikit punye kuat.. dakdek gi kedai beli telur, dakdek gi tanam sayur, dakdek gi basuh slipar, dakdek gi siang musang, dakdek gi bagi biawak makan,...bila masa plak lukisan dakdek nak siap ni mak???

Lagi sorang customer tu macam tak paham2 lak, lagi mau paksa2.. "nak jugak! nak jugak! Abg tak kire ko siap kan jugak gambar abg cepat2." Sekeh pale tu kang.. Pastu bila tengok saya macam dah bengang je boleh plak gelak2. Memang rasa nak melotop time tu juga.. Hish,tensen yang amat..




Kalau saya berkarya untuk orang lain, saya amat2 perlukan ketenangan. Yelah,kalau orang tu nak lukisan yang ceria dan sejuk mata memandang, masa tu pulak jiwa saya tengah kacau.. Alamatnya memang tak jadi le. Lain la kalau saya sendiri yang tentukan 'mood' lukisan tersebut. Nak tonggang terbalik ke apa ke saya tak kesah asalkan ada nilai2 artistik dan mempunyai makna yang tersendiri. Saya tak peduli tentang bayaran, tapi kepuasan tu yang saya inginkan. Memang puas bila dah siapkan sesuatu kerja tu dengan baik, hasilnya pun insyaallah bagus.

Tapikan...tak lama dulu ada la seorang sahabat ni berkata, tak baik lukis gambar potret nanti kat akhirat muka2 yang kita lukis tu mintak nyawa kat kita. Saya pun tanya la ostat2 dan tok2 imam saya yang setia dibelakang saya. Mereka kata memang benar, ada hadis yang mengukuhkan dalil tersebut. Tak senang duduk saya dibuatnya.. Hampir beberapa bulan jugalah saya menahan tangan saya dari melakar wajah2 manusia di atas kanvas. Tapi last2 tak boleh tahan jugak...tak tau la nak buat macam mana lagi.

Sejak bila Cik NurQaseh suka berkarya? Sejak dalam rahim mak lagi saya memang suka sangat2 melukis....habis dinding2 perut mak saya conteng.. Saya tak pernah belajar melukis secara formal pun. Pendidikan seni masa sekolah rendah tu adala...Alhamdulillah,bakat kurniaan tuhan ni amat2 saya syukuri.




Kalau saya ada rezeki lebih,saya nak beli kamera yang harga ribu2 tu. Nak jadi photographer, bukan sebab duit tapi sebab minat. Pastu saya nak buka galeri seni saya sendiri (ada ke orang nak tengok??). Nak lukis gambar best2 dalam masa yang sama nak snap gambar yang best2 jugak. Kalau boleh nak gi Palestin, nak tangkap gambar suasana di sana. Kata orang, sekeping gambar boleh menceritakan seribu persoalan. Banyak betul angan2...dan saya akan jadikan kenyataan sedikit demi sedikit.

Buat masa ni saya lukis acrylic painting dan potret tanpa warna. Karya2 saya takde la sehebat mana, amatur.. Hanya untuk2 suka2 jer. Jadi kepada customer2 tetap saya..tolonnggg laa,tolongg la sabau yer.. Jangan paksa2 saya, tau la saya menyiapkan lukisan2 anda tu semua. Tak pasal2 saya sakit kepala terus tak jadi buat ape2.




p/s: "dakdek" tu adalah nama panggilan saya dikampung nih. Gabungan budak+adek= dakdek (^_^)v

*lukisan2 yang kat atas tu sume bukan saya yang lukis yer...thehehe...tu incik google bagi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS