RSS
Container Icon
Showing posts with label dari hati NQ. Show all posts
Showing posts with label dari hati NQ. Show all posts

La Tahzan, Innallaha Ma'ana...

bismillah...


Penatnya berlakon... Pura-pura ketawa, pura-pura cool, pura-pura tiada masalah... NurQaseh sudah penat!





Ya Allah sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu, dan anak hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku ditangan-Mu, hukuman-Mu jatuh kepadaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu, yang Engkau turunkan kepada kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu. Hendaklah Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku pelenyap duka dan kesedihanku... Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hal yang menyedihkan dan menyusahkan, lemah, bakhil, penakut dan lelaki yang menindas...




p/s : kata dia, seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya di akhirat kelak...maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!




(T_T)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Si Laila....

bismillah....


Alhamdulillah, segala puji bagi Khaliq yang melimpahkan kurniaNya kepada hamba yang pendek lagi kiut ini... Segala puja bagi Dia yang memercikkan cahaya hidayah bagi hamba-hamba yang dikehendakiNya.


Saya tak berapa sihat hari ni tapi sempat jugak saya buat kuih pau kacang untuk mengalas perut yang dah 2 hari tak makan nasik. Saya uli-uli doh tepung, sambil itu saya kesat hingus saya yang berjejeran keluar...Muahaha...todia rahsia kelazatan dan kelembutan kuih pau Cik NurQaseh. Sape2 nak order boleh halo-halo saya nanti yer.



Dah banyak hari saya dok termenung sorang-sorang, fikir punya fikir punya fikir sampai dah tak larat nak fikir. Banyak benda saya fikir sampai incik migrain datang menari-nari dalam kepala saya ni. Hmm,saya asyik berfikir tentang 'itu'...Apakah itu??? Ade laa...mane bleh bagitau!



Lepas saya berfikir tentang 'itu', saya berfikir tentang seorang kawan saya yang sorang ni. Dia non-muslim (hindu) tapi semenjak dua menjak ni mulutnya tak henti-henti bertanyakan soal agama Islam kepada saya. Saya dah nampak dah sifat-sifat mahmudahnya kepada saya sejak dia mula bekerja disini. Tiap-tiap kali datang kerja dan balik kerja, mesti dia beri salam (Muslim tidak digalakkan memulai salam kepada non-muslim). Tak lupa juga dia salam dan cium tangan saya sesuai dengan status juniornya itu. Junior2 pun badan macam orang dah kawin dan nampak matang, kalah Cik NurQaseh yang seperti budak sekolah TASKI(takpela asalkan comel...kikiki). Walaubagaimanapun, adalah wajib saya menunjukkan akhlak yang baik dihadapan beliau meskipun kadang-kadang ke'gila'an saya datang, dialah yang menegur saya kembali....




Kah kah kah kah kahhh.....!!!!



Astagfirullah....akka,jangan ketawa banyak sangat la...nanti hati ada mati juga...



Hambek kaw! Siap cakap 'astagfirullah' lagi tu... Saya saje je gelak banyak-banyak nak uji dia.. (cet! poyo). Saya agak berbangga dengannya kerana setiap kata-kata saya masih beliau ingati walaupun saya sendiri tak ingat..(-_-") Begitu ramai rakan-rakan non-muslim yang saya kenali sejak dari zaman persekolahan lagi. Ada Kristian, Buddha, Hindu, ateis pun ade... Yang paling saya ingat ialah bila seorang rakan saya berkata... "even God is not perfect..." Isk3.. May God gives guidance to you dear....


Mulut-mulut non-muslim di pejabat saya ni sememangnya sangat-sangat peramah dan sejibik macam mulut orang melayu, maksud saya dari segi bahasa,tatabahasa, morfologi dan sintaksis...(-_-"). Ok,saya nak tanya diri saya sendiri, selalunya kalau orang melayu melatah diorang akan cakap ape ye? Jom try buat uji kaji sikit...




Cucuk sikit ketiak makcik cleaner...


Opocot mak ngkau tergolek!!! (ni ok lagi,macam saya la...haha...ini menunjukkan ke'tua'an saya ye)



Cucuk budak-budak pompuan yang muda-muda daripada saya plak....



Oh p****t!!! S**l laaa.. terkejut saya!



Cik NurQaseh cucuk sikit lagi...



Oh n***k..!! Kak! jangan le cucuk2..tergezut I taw!



What the fish! Malu saya dengar walaupun saya join gelak sekali. Benda dalam kain semua terhambur dari dari mulut gadis2 Melayu yang comel. Ok cukup setakat tu ujikaji saya terhadap orang Melayu... Jom ikot saya terjah non-muslim kat opis saya ni....zaaassss...


Cucuk sikit sis....


Ya Allah! terkejut I...


Cucuk lagi yang lain,..


Ya Robbi Ya Tuhanku... U ni takde kerja lain ka?


See! Sumpah saya tak tipu. Yang kafir ni sebut apa ye? Yang muslim tadi sebut apa sampai saya terpaksa blurkan perkataan tu? Tapi saya tahu anda paham maksudnyakan? Sekarang ni dah jadi terbalik pula bila mana non-muslim tu lebih redha dengan kalimah-kalimah suci daripada si muslim yang lebih suka mencarut perihal dalam kain sendiri. Pelik kan? Berbalik kepada kawan non-muslim saya yang tadi, saya namakan beliau sebagai Laila(bukan nama sebenar). Saya dah cakap kat dia awal-awal kalau convert Islam nanti guna nama Laila, dan dia pun memang suka nama tu. Yang menariknya pasal si Laila ni, bila saya terlewat sedikit untuk solat dia akan ingatkan. Dan bila saya agak kurang sabar dalam satu2 perkara, beliau akan kata..."Sabar kak..Sabar tu separuh daripada iman." hehe...pandai ko Laila.



Pernah dia bertanya kenapa orang Islam tak boleh makan ayam yang non-muslim sembelih. Saya dengan segala senang hati menjawab, dah nama pun non-muslim sudah tentu kepercayaan dan keimanan kita berbeza. Setiap sembelihan orang muslim tu ada disebut nama Allah keatasnya, dan apa yang bertentangan dengannya dikira fasiq. Jadi si Laila ni pun fahamlah Muslim tak boleh makan sembelihan non muslim because of the different faith. Cakap bagi dia senang faham jer.. Lepas tu dia ada cerita kat saya, beberapa tahun yang lalu menjelang Deepavali, sebuah keluarga Muslim iaitu kawan kepada ayah si Laila ni datang beraya di rumahnya. Mak si Laila ni macam biasalah masak masakan India, roti nan, kuah dhal, kari ayam bla bla bla.... Bila lihat senarai makanan tu memang makanan yang halal dimakan oleh orang Muslim kerana takde unsur-unsur najis mughallazah disitu. Jadi keluarga Muslim yang datang beraya ni pun dengan suka hati perutnya membahamlah segala juadah yang terhidang. Si Laila yang dok sekali kat situ pun termenung sekejap.



"Eh,ayam tu kan amma beli kat orang cina....." Laila bermonolog dalam hati, tapi beliau diamkan aje. Laila bagitau saya,dia pelik sebab keluarga Muslim tak bertanya langsung pasal sumber-sumber makanan tersebut. Lepas dia bercerita tetang kisah itu si Laila jadi takut. Beliau bertanya kepada saya,adakah dia berdosa kerana membiarkan keluarga Muslim terbabit makan ayam yang konpem tak halal. Saya pun tak tahu nak jawab ape...telan air liur dua tiga kali jugaklah. Dia takut nanti dia kena seksa lepas mati. Sentap saya dengar! Kita sendiri pun tak fikir sejauh tu, sedangkan dia yang non-muslim boleh membayangkan soal seksa neraka hanya kerana seekor ayam.






Disebabkan saya duduk bersebelahan dengan Laila, maka senanglah beliau bersoal jawab dengan saya yang tak habih mengaji ni. Suatu hari, Laila bertanya kepada saya bagaimana keadaan orang Islam dalam kubur nanti. Saya pun dengan muka yang selamba menjawab... "kalau saya banyak dosa, bila saya dah mati nanti saya kene seksa. Dasyat betul dalam tu...Kubur jadi sempit,patah tulang2, ade ulau besau bla bla bla...." Pastu saya terfikir, eh betul ke cara aku jawab nih. Karang tak pasal2 dia gelakkan saya. Pastu saya pandang Laila...dia tengah termenung. Rupa-rupanya dia sedang membayangkan bagaimana keadaannya diseksa. Muka dia pucat, katanya dia takut... Bertambah sentap saya dengar. Saya boleh bercerita dengan muka selamba, dia pulak yang takut.



Pernah suatu hari Laila bertanya, 'sembahyang tu wajibkan? kalau tak buat berdosa kan?' saya jawab yer betol... Lepas tu dia tanya lagi, kenapa kat opis ni ada orang Islam yang sembahyang dan ada yang tak sembahyang?? Hmmm...dah agak dah dia nak tanya soalan tu. Seperti penganut agama lain, ada yang taat dan ada juga yang tidak. Saya katakan padanya, umat Islam akhir zaman ini sangat lemah. Jadi jangan pandang kepada umatnya yang lemah, tapi pandanglah kepada agama Islam itu sendiri. Menurut kajian Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, sebanyak 80% umat Islam di negara ini masih lagi tidak meyempurnakan solat 5 waktu. Mungkin kerana mereka masih belum baligh kot. Husnulzhon jelah... 80% tu bukan angka yang sikit,lebih dari separuh derr! No wonder lah non-muslim pandang sebelah mata jer dekat kita.


Giliran saya pulak bertanya kepada Laila. Saya dengan muka penuh ke'blur'an menanyakan soalan yang agak sensitif...

Laila, kenapa you all sembah patung? kan patung tu takleh bergerak...


Hishh,kenapa you tanya? Dah mak bapak buat macam tu, I ikotlah..


Oooo...macam mana kalau you tersesat dalam hutan,patung tu pulak takde mase tu. Macam mana you nak berdoa?


Entahlah, I pandang atas and pray lah...Usually people do like that... hihi..


Oooo...erm,betul ke tuhan you ada banyak?


Yup,god have family...mother, father, even a baby god.


Oooo...kalau macam tu bile diorang dah tua nanti diorang akan meninggal, then who's gonna be your God??


Haiisshh!! God never die lah!!


Okay...sorry...hihi... :)

Ketika ini muka Laila penuh dengan tanda tanya.... (Tuhan,percikkan hidayahMu ke atasnya...amiin)


Disebabkan terdapat agak ramai non-muslim dalam persekitaran saya, terpaksalah saya bawa kitab fiqh kemana-mana saja saya berada khususnya di pejabat. Almaklumlah, Cik NurQaseh ni belajar sampai tingkat 4 jer. Tak belajar tinggi-tinggi. Tambahan pulak dengan pakaian saya ni membuatkan orang berfikir CikNur mempunyai ilmu agama yang dasat. Aduss! Geleng kepala saya dengar. Jadi bila Laila atau orang lain bertanya kepada saya yang bodong ni, senanglah saya semak jer kat dalam kitab. Tapi kalau saya betul2 tak tahu, saya jawab tak tahu...takot saya nak jawab lebih2, karang terbagi ajaran sesat lah pulak. Eh tiba-tiba je rasa penat nak menaip... banyak yang saya nak cerita tentang pengalaman saya dengan non-muslim tapi cukup2lah tu, blog ni saya sendiri yang baca...haha.. sebelum tu,sedikit perkongsian mengenai fiqh berinteraksi dengan non-muslim


* konsep kongsi raya atau deepa raya yang kononnya menggambarkan keharmonian bermasyarakat sebenarnya adalah salah. Setiap Muslim tidak boleh redha dan rela kepada agama lain kerana ia menyebabkan seseorang itu kufur.

kata hukama:- Arridha bilkufri kufru wa bilma'siati ma'siat (redha dengan kekufuran adalah kufur, dan reda kepada maksiat adalah maksiat)

*tidak harus bagi seorang Muslim menghadiri perayaan agama lain. (rujuk surah Furqan ayat 72, tafsir al-Qurtubi juzuk 13,hal.85-86)

*tidak menjadi kesalahan dalam Islam bagi seorang muslim memasuki rumah ibadat agama lain untuk tujuan yang tidak bercanggah dengan syariat(utk menghadiri seminar, perbincangan,perjumpaan tokoh dsb)

*Harus bagi non-muslim memasuki masjid jika bertujuan baik seperti mendengar syarahan agama,melihat cara solat umat Islam,berdialog dsb. Pastikan non-muslim memenuhi kehendak syarie.

*Ucapan selamat yg dibolehkan adalah ucapan yg tidak mengandungi rasa redha dengan agama lain,tapi sekadar melahirkan kemesraan. (contoh ucapan yg terdapat keredaan terhadap agama kufur: semoga dimuliakan pada hari raya ini dsb)

*Nabi SAW menulis surat kepada non-muslim dan disertakan salam berbunyi 'Salamun alaykum manittaba'al huda' (sejahteralah ke atas mereka yg mengikut petunjuk)

*Jika ada non-muslim yg memberi salam, jawablah dengan lafaz 'waalaykum'. (rujuk Ahkam ahli zimmah,juzuk 1 hal.156-157 karya Ibn Qayyim)

*Dibolehkan berbuka puasa bersama non-muslim. Tapi jangan plak Muslim tumpang makan sekaki dengan non-muslim pada bulan Ramadhan disiang hari. Itu nak kena penampor namanya.

*Darah yang dikeluarkan semasa proses pendermaan dan kemudian dimasukkan ke dalam tubuh adalah suci. Oleh itu harus darah non-muslim dimasukkan ke dalam tubuh badan Muslim. (ade beberapa pertimbangan yg tak mengharamkan menerima darah dari non-muslim)

*Tidak harus bagi Muslimah mendedahkan aurat di hadapan wanita non-muslim.



ok, cukup setakat tu...taip sampai esok pun tak habis....Kalau ade salah silap, tegur2 lah ye...Allahu'alam.



p/s : tengah sedih sebenarnya nih...untuk mengurangkan rasa sedih,kite baca kitab sampai migrain.

p/s : bersyukurlah kerana dilahirkan dibawah lembayung Islam. Hidayah milik Allah, carilah ia...semat baik2 di dalam hati. Terkadang orang Islam sendiri berkata, aku masih tak dapat hidayah...hidayah tu ada cuma mereka yg makin jauh meninggalkan hidayah. :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Futurism...

bismillah....



Maaf, seminggu tanpa apa-apa apdet.... Saya berasa futur.... :(




Musim hujan ni macam2 plak rasa......


Saya tak akan membiarkan entri ni suatu entri yang sia-sia... Renung2kan bait-bait syair Ibnu Faridh ini...

Selamatkan dirimu dari cinta pembawa bencana,

Aku tidak memilihnya selagi masih ada akal di kepala,

Menghirup ketenangan hidup,

Kerana permulaan cinta adalah ketenangan,

Pertengahannya derita dan kesudahannya nyawa melayang…




p/s : Wanna rise above the storm. Hopefully I will find the sunshine.......

p/s lagi : Jangan futur2, tak baik taw! Kena kuat semangat ye NurQaseh!!



.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dia Jodoh Saya...

bismillah...


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertakhta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menjadikan bulan dan bintang, yang menghamparkan cinta dan kasih sayang... Best layan lagu Opick kat atas tu. Ada tiga lagu yang menjadi kegemaran saya, lagu Opick - Bila Waktu Tlah Berakhir dan Rapuh, serta lagu Hadad Alwi- Doaku...


Rapuh... Memang rapuh sangat-sangat hati Cik NurQaseh ni. Kadang-kadang tak setia dengan Rabb, kadang-kadang tersasar jauh, kadang-kadang asyik gelak-gelak suka-suka sampai terlupa nak menangis. Sekali Allah buat saya menangis, hambek kaw! Jatuh terduduk saya menangis sorang-sorang. Eh,lari tajuk... Nak cerita pasal benda lain sebenarnya...


Nak cerita pasal JODOH. Asyik-asyik pasal jodoh2 dan kawen2 jer Cik NurQaseh ni.. Sukati saya la, blog saya...thehehe. Ada sebab sebenarnya saya tulis pasal jodoh ni. Sebabnya beberapa hari yang lalu ada sorang bekas rakan sekelas saya ni mengadu baru putus kasih dengan kekasih hatinya, awek lah senang citer. Biasalah budak-budak muda. Belum nak kahwin lagi dah bercinta, kau pun sama NurQaseh...hahaha...(tu dolu2 punya cerita daa). Dia datang la mengadu, awek dah lari,sape la nak kat dia yang cuma keje kampung bla bla bla.... waktu dulu mesra yang amat, berjalan berpegangan tangan, sama-sama bergelak tawa, sama-sama gembira di taman astakona, bila susah dia tolong. Tapi kalau asyik susah jer, dia pun boring gak last-last kau kena tinggal.


Dia pun tanya saya, kenapa dia rasa awek dia tu adalah jodoh dia tapi tak disangka-sangka jodohnya pergi. Kenapa awek dia tu memang dah ada ciri-ciri wanita yang dia yang dia mahukan tapi tak kekal(oi der, mane ada yg kekal selain Dia). Jodoh yang macam mana yang kau nak ni derr?? Dia kata, awek dia dulu cantik, putih gebu, manja pulak tu, baik hati, educated, bla bla bla.... Memang sentap la bila awek idaman dia tak nak dekat dia lagi.


Dengar sini Cik NurQaseh nak bercerita, pada suatu hari Si Abu pergi ke shopping komplex untuk membeli baju raya. Dah seploh tahun dia beraya dengan baju yang sama (tipu la tu), nak jugak Abu merasa baju raya yang baru. Ketika mencari-cari baju yang dia mahukan tiba-tiba dia terpandang sepasang baju yang sangat cantik,elok kainnya dan halus jahitannya. Abu pun tak cakap banyak,terus beli baju tersebut. Setibanya beliau dirumah, Abu pun try baju yang baru dibeli. Dia perhatikan dirinya sendiri dihadapan cermin dan mengerutkan dahi. Abu hairan, kenapa dirinya kelihatan berlainan apabila mengenakan baju tersebut. Beliau sangka dengan baju tersebut beliau akan kelihatan hensem seperti Shah Rukh Din tetapi rupanya lebih ke arah Rajnikhan. Abu pun menanggalkan pakaian baru itu dan memakai pakaian yang biasa dipakainya, dan dia berasa selesa dengan pakaian itu walaupun tidak semahal pakaian yang baru tadi.


Sebagai seorang penyibuk rumah tangga orang yang tidak terlatih,saya sering bertanya kepada teman-teman mahupun sepupu sepapat saya tentang bagaimana ciri-ciri pasangan hidup yang mereka mahukan. Of coz lah ramai nak yang cantik, hensem, ada kerjaya yang bagus, tahfiz al-quran, ade subaru/lancer, soleh dan solehah...semuanya nak yang hampir sempurna. Tapi bagi saya jodoh tu bukanlah tentang ciri-ciri yang dinyatakan di atas. Bagi Cik NurQaseh yang hanya pandai bercakap nih, jodoh tu sebenarnya adalah mengenai keserasian dan kesecocokan. Dalam hal ini, sudah tentulah Allah Taala yang Maha mengetahui siapa yang paling secocok untuk berdamping dengan kita di sepanjang kehidupan. Macam Abu tadilah, dah beli baju baru dan mahal tapi tak selesa. Last-last baju yang seploh tahun pakai tu jugak yang best dan serasi dengan badan dia.


Mungkin kita akan dijodohkan dengan orang yang tidak cantik, ilmu agama pun lebih kurang je, ibadah pun kadang-kadang malas nak buat. Tapi Allah jodohkan kita dengan dia, bermakna dialah pasangan yang secocok dengan kita. Dia bengkok, anda luruskan. Anda silap, dia betulkan. Dia beku,anda cairkan.. :P Satu lagi kalau nak yang soleh, JADILAH solehah. Main nak-nak jer tak boleh la derr... Diri kita adalah cerminan jodoh kita nanti.


"perempuan tu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka utamakanlah agama nescaya kamu akan berbahagia."


Di atas adalah hadith Rasulullah SAW yang sangat mahsyur. Semua boleh faham bahawa agama tu yang penting... Faktor agama tu mesti menjadi HARGA MATI dan tak boleh ditawar-tawar. Bila dah dapat calon yang agamanya baik, barulah pergi kepada faktor-faktor yang lain. Adalah juga beberapa orang yang saya kenal, mereka berkata kepada saya yang bakal isteri/suami mereka HARUS dikalangan orang-orang yang soleh dan tak pernah kapel2, tak pernah buat dosa, suci dalam debu gitu. Derr,mana ada orang yang tak pernah buat dosa. Saya lihat ada sedikit keangkuhan di situ. Ye saya tahu masih ada segelintir manusia yang hidupnya tidak pernah terjebak dalam noda dan dosa, alhamdulillah. Tapi tak perlu nak memperkecilkan mereka yang pernah tersilap haluan. Barangkali mereka lebih mulia disisi Allah. Ingat lagi kisah pelacur dengan ahli ibadat yang hampir berzina? Last2 mereka tak jadi berzina kerana Allah menghadirkan rasa takut akan api neraka kepada lelaki tersebut. Lepas tu lelaki tu menyesal dan terus beribadat sampai dia meninggal. Perempuan tersebut pun bertaubat nasuha dan berkahwin dengan saudara lelaki tadi yang juga merupakan ahli ibadat. Dari rahim bekas pelacur tersebut kini berisi dengan kalimat2 thayyibah, telah melahirkan manusia2 yang dipilih Allah untuk menjadi nabi. Allahuakbar!



Berbalik kepada keserasian tadi, sesungguhnya Allah juga yang Maha Mengetahui siapakah yang paling secocok dan serasi buat kita. Tapi tak salah pun nak tetapkan kriteria2 yang kite suka, kaye ker cantek ker pandai ker ikot sukalah, Cik Nur tak marah pun. Yang penting ialah YAQIN kita terhadap Allah...yakinlah bahwa pilihan dari Allah tu adalah yang terbaik. Ikhtiarlah, solat istikharah macam yang orang selalu sarankan.


"Ya Allah... jika dia adalah jodohku, maka mudahkanlah urusanku dengannya. Namun jika dia bukan jodohku, maka jauhkanlah ia dariku, dan berilah aku kekuatan serta keikhlasan untuk menerima apapun ketetapanMu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui atas apapun yang terbaik untukku."


Thehehe....bleh try letak nama NurQaseh di situ....haha...


*****

Tak perlu memiliki harta melimpah, tapi cukuplah dia gemar bersedekah.

Tak perlu berbudi pekerti luhur, tapi semoga dia bukan wanita yang keras kepala, tipis nuraninya, dan buta mata hatinya.

Tak perlu memiliki kecerdasan dan IQ yang tinggi tapi cukuplah jika dia sedar dengan kerelaan menyerahkan diri sepenuhnya dalam tanggungjawab suami.

Tak perlu harus selalu memahami, tapi cukuplah dia jika tak memberatkan.

Tak perlu harus selalu melayani, tapi cukuplah jika dia ikhlas dalam tanggungjawabnya.

Tak perlu harus pandai memasak, tapi cukuplah jika dia sedar dan mengerti bahawa dalam makanan ada keberkatan,itulah yang paling mahal dari kelazatan.

Tak perlu harus pandai mengurus rumah, tapi cukuplah jika dia boleh menjaga kehormatan ‘rumah’.

Tak perlu harus terlalu pandai dalam mendidik anak, tapi cukuplah jika dia tahu dan sedar, bahawa waktu bersama keluarga itu lebih penting dari wang yang ditaburi untuk anak-anak. Dan, kasih sayang itu tak boleh digantikan maaf dan penyesalan.



Allahu'alam...


p/s : panjangnya entri...tah ape yang saya tulis tah. Kadang2 saya sendiri tak paham sebab...tengah down ni....mata pun dah bengkak.... (T_T).



.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Si Pencabut Segala Ke'best'an.... (-_-")

bismillah...


Alhamdulillah atas segalanya, yang buruk mahupun yang baik kerana tiap-tiap apa yang berlaku semuanya adalah di atas ketentuan Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui segala rahsia yang terjadi.



Tahun baru 2011 dah menjelma, pejam celik pejam celik kejap jer dah setahun. Dan seperti biasa saya pasti akan menyentuh bab-bab kematian bila tahun baru hijrah atau masihi atau hari lahir saya menjelma. Ada sorang kawan yang selalu baca blog saya ni pernah tanya, naper la ko asyik sebut pasal mati je. Kenapa ko nak mintak sangat mati ke? Aih, tak payah mintak-mintak ceq. Kullu nafsin dza'iqatul maut! Semua orang akan rasa, tak payah nak mintak-mintak. Cuma mintalah diberi husnul khatimah. Moga Allah kabulkan doa kita...Amiin Ya Robb...



Baru masuk tahun baru ada berita yang menyedihkan iaitu tentang kematian pelakon Faizal Yusof. Ala bekas hubby si CT Nordiana tu... Allahyarham meninggal dunia kerana dah sampai masa Allah ambil nyawa dia, atas asbab serangan jantung secara tiba-tiba. Allahyarham baru berumur 33 tahun if i'm not mistaken, dan baru mendirikan rumah tangga buat kali yang kedua. Tak sangka kan...... Tiba-tiba roh berpisah dari jasad..... huff~



Dah beberapa hari saya tak dapat nak melelapkan mata dan terlalu banyak berfikir. Saya ditegur kakak tentang mata saya yang semakin sepet dan tidak bermaya. Aiseymen! Mata saya ni aset penting taw! Dah ramai yang terkena panahan mata saya nih...ehe.. Saya pun perasan mata saya makin lama makin kecil (bleh ker gitu?) dan tak bulat macam dulu. Isk! Takpelah, asalkan mata hati saya sentiasa celik dan terang(teranglah sangat). Berbalik kepada soal kematian tadi, saya akui saya terasa amat amat amat takut ganda 23 apabila memikirkan soal itu. Hek eh, kan ke Cik NurQaseh ni selalu gelak-gelak macam orang gile, takkanlah boleh fikir pasal tu kot. Setiap orang takkan terlepas dari soal kematian walaupun sejahat mana pun dia. Kita selalu dengar ada hamba2 Allah berkata, dosa aku ape ko peduli, kubur lain-lain!! Walaupun dia cakap macam tu, tetap juga dia ingat kat kubur, rumah transit dia yang kedua. huhu...





Nabi cakap, 'aksiruumin dzikri hazimillazzat'. Maksudnya, ' perbanyakkanlah mengingati si pencabut segala kesenangan'. Dulu saya takde pun nak ingat-ingat pasal mati ni. Alah,muda lagi bai... Rilek arr, enjoy-enjoy dulu. Sampailah ada suatu tahun tu, saya tak ingat tahun bila, seorang demi seorang kawan saya meninggal. Kawan setadika dan sekolah agama saya dulu dah menyahut panggilan ilahi atas asbab NYAMUK. Yaa, dia kena demam denggi.. Lepas tu sorang lagi meninggal atas asbab eksiden, yang sorang lagi pun eksiden masa nak pergi picnic dekat air terjun Sagil. Todia, mau tak menggigil buah pinggang saya menunggu giliran saya pulak nanti.



Apakah 'Hadzim al-ladzat' (si pencabut segala kesenangan)? YAA,si pencabut segala kesenangan itu adalah kematian. Dalam kehidupan yang serba moden ni biasanya ramai yang menyibukkan diri dengan hal-hal yang lagho. Macam sayalah... Sekejap nak sambung belajar sana sini, sekejap nak kerja itu ini, sekejap nak meniaga pastu kumpul duit banyak-banyak beli lancer sebijik skyline sebijik, lepas tu pulak nak jadi photographer la, jadi tukang kebun, lepas tu nak kawen la, beranak 8 orang bla bla bla.... Peh, nafsu aje yang ada dalam hidup kau NurQaseh! Tak kisah lah apa pun impian kita yang penting jangan sesekali melupakan soal kematian kerana kematian tak pernah melupakan kita. Setiap hari kita akan diziarahi oleh malaikat maut sebanyak 70 kali sehari. Macam mana la malaikat maut ziarah kita yer. Agak-agak dia dok mengintai kita kat sebalik tingkap ke? Tahu tak malaikat maut tu dok tenung muka kita 70 kali sehari... Time bawa subaru s204 dia tengok muka kita, time dating dengan awek dia tengok muka kita, time gelak-gelak tengok wayang dia tengok muka kita, time buat wayang dia tengok muka kita... Nasib baiklah malaikat maut tu makhluk ghaib. Kalau tidak, mau terkencing-kencing kita!



Kalaulah kita semua sedar bahwa Izrail tu sentiasa memerhati nescaya takkan ada seorang pun di antara kita yang lalai dari mengingati mati. Semua pasti akan menangis teresak-esak mengenangkan dosa setinggi langit dan bumi, dan semua pasti akan berlumba-lumba menambah amalan. Ada hadis Rasulullah SAW yang saya baca tentang malaikat maut yang merenung wajah manusia sebanyak 70 kali sehari. Ketika Izrail merenung wajah seseorang itu dan dia sedang bergelak tawa, maka berkatalah Izrail, "Alangkah hairan aku melihat manusia ini, sedang aku diutus Allah untuk mencabut nyawanya tetapi dia masih berseronok dan bergelak ketawa." Perhatikan sepanjang kehidupan ni kita banyak ketawa atau menangis. Kalau menangis sebab ex boyfriend kawen dengan orang lain, baik terjun longkang jer lah.



"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang pengetahuan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.


Semasa dua malaikat yang mengawal dan menjaganya, menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatanya, yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya atau perbuatan yang dilakukannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia menerima dan menulisnya..


Dan apabila sampai ajal seseorang datanglah Sakaratulmaut membawa kebenaran yang telah dijanjikan serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu: Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya! Dan lagi apabila sampai saat yang ditentukan ditiuplah sangkakala, saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan.


Dan setelah itu datanglah tiap-tiap orang ke Padang Mahsyar, disertai dua malaikat yang satu menjadi pembawa dan yang satu lagi menjadi saksi, serta dikatakan kepadanya :'Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang perkara hari ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungi mu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam."



Allahu'alam...



p/s: Selamat pengantin baru buat dia disana....moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat....


.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baru Punya Tahun....

bismillah...


Selamat Hari Raya eh, Selamat Tahun Baru Masihi saya ucapkan kepada anda semua... Di tahun baru ini sama-samalah kita tingkatkan amal, jaga hati dan sentiasa bermuhasabah diri kerana tahun makin bertambah umur makin berkurang. Dah nak mati dah kite ni... Sentiasa ingat mati walaupun kita sedang bekerja keras merealisasikan azam kita untuk berjaya. Mana tahu sedang kita bekerja mencari duit untuk kawen, beli skyline, beli lancer, subaru, buat rumah dan segala bagai, tiba-tiba kita dijemput untuk meramaikan ahli-ahli kubur. Jemput makan kenduri ok lagi...Ni dijemput malaikat maut menuju alam barzakh..seram saya!



Wahh...seronot tengok flower fire ni... (-_-")






Err...insaf saya.... (T_T)



Dari Anas bin Malik ra, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda 'Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga waktu terasa pendek, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu kilatan api.... -Hadith riwayat Tarmidzi.



Aduhai diri.......... (T_T)



p/s : Jalok ngapora seng akeh-akeh kalau ade salah silap sepanjang tahun ni... (Jawa+bahasa Melayu) huhu....



.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hakikat Ilmu....

bismillah...





Hari ini saya belajar benda baru...


Makhluq ini tiada kuasa, tetapi Allah lah yang Maha Berkuasa.


Belajar (menuntut ilmu) diwajibkan untuk semua muslimin dan muslimat.


Tapi hakikatnya ilmu datang dari Allah, bukan dari belajar. Begitu juga dengan rezeki, ia datang dari Allah dan bukan dari kerja kita!


Kita belajar kerana perintah Allah dan sunnah Nabi.


Jika Allah kehendaki, dengan belajar - Allah berikan ilmu.


Jika Allah kehendaki, dengan belajar - Tapi Allah tidak berikan ilmu.


Jika Allah kehendaki tanpa belajar pun - Allah berikan ilmu.


Laa'ilaha'illallah... Belajar itu makhluq, Allah yang Berkuasa.


Mari luruskan yakin kita kepada Allah... :)


p/s: Wa qul rabbi zidnii ilma....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

'Juara'

bismillah...


Si pemuka pentas
Jangan rakus biar ikhlas
Nampak emas jangan lemas
Cantik budi akhlak kemas
Supaya manis tak cuma di kertas
Bukan sampah tapi khalifah
Buka kitab amal sunnah
Barulah jajahan tiada musnah
Juga kepimpinan tiadalah punah...

NurQ,
Kota Politikus,
10.24pm, 23/10/10


Saya snap pic ni dibalik pokok...thehehe


Penat sungguh saya hari ni, seawal 6 pagi keluar dari sarang kerana ada tugasan di luar. Program Juara Rakyat yang berlangsung dengan jayanya di kawasan yang telah diaturkan, dan berbagai-bagai program telah di buat dengan kerjasama penduduk kawasan tersebut yang tersangatlah supporting... Yang paling menarik perhatian saya ialah tarian poco-poco dan lebih 10 tarian lain telah dipersembahkan para penduduk. Cik Nur nak join gak...haha...tapi join tengok jer la. Bendera parti berkibar megah dan saya rasa saya sorang jer kot yang lain sikit. Hehe...

Sudah-sudah! dah pukul 10.43 malam...nak balik dulu noh. Ngantuk + lapau nasik + letih... tata...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hati Saya... (^_^)

bismillah...


Alhamdulillah, segala puji dan puja bagi Tuhan sekalian alam yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.



Agak lama juga saya meninggalkan QalamCahaya kerana saya dilanda kebingungan dan kemurungan tahap lapanbelas. Di sini saya cuma ingin menyatakan kemaafan saya kepada sesiapa yang mengenali saya di alam maya atau pun di alam nyata. Ampun dan maaf saya pinta kerana saya sedar diri ini terlalu banyak khilaf yang masih belum diperbetulkan atau sedang diperbetulkan.


Jika saya ada berhutang dengan anda harap dihalalkan, kalau nak tuntut bleh hubungi saya pada 26hb ni kerana 25hb gaji saya dah masuk.. (-_-")
Kalau anda rasa anda ada berhutang dengan saya, sila2 lah 'bank in' kan hutang anda ye, jangan cakap banyak.


Dikesempatan ini juga saya menyeru kepada diri saya sendiri agar sentiasa menjaga hati dengan baik kerana segalanya bermula dari segumpal darah bernama hati. Sepanjang hidup saya yang singkat ini, bermacam-macam perkara yang telah berlaku ke atas diri saya dan berbagai-bagai perkara juga saya lakukan yang akhirnya menyebabkan kerosakan hati. Bila hati sudah rosak, maka segala fungsi urat saraf turut terjejas... (-_-")


Jaga hati dan didik hati untuk mencintai syariat. Bila sudah mencintai pasti akan ada rasa untuk mentaati. Jaga hati supaya terjaga solat dan lain-lain ibadat. Jika waktu solat sengaja dilewat-lewatkan, itu bermakna hati belum cukup terjaga. Eh,bukankah Cik NurQaseh jugak pernah melewatkan solat kerana sibuk bekerja atau kerana bercucuk tanam? Ye,memang pun... Kerana saya adalah manusia biasa yang masih dalam proses pembelajaran. Tapi adakah patut dibiarkan kelalaian itu menjadi satu kebiasaan? Jawapannya ada pada hati. Jika hati dijaga maka ia akan menjaga dan akan terjagalah anggota tubuh kita.


Saya bukanlah ustazah, pelajar sekolah pondok, bini ostat ataupun mak kiai yang hendak menunjuk pandai. Diri sendiri pun tak berapa betul ada hati nak bagi nasihat kat orang lain.. Hek eh, bila masa plak saya nasihatkan orang lain. Kan ke saya tengah nasihat diri sendiri....


Ye,saya tahu saya tak belajar tinggi bertingkat-tingkat tapi tak bermakna saya ni adalah mangkuk tingkat atau mangkuk hayun atau mangkuk jamban. Untuk mengelakkan saya memperkecilkan diri sendiri maka saya perlu muhasabah diri dan menjaga hati. Hati lagi! Apa perlunya saya muhasabah diri?? Of coz ia sangat perlu kerana apabila saya tak selalu muhasabah diri, saya pasti akan berkata "aku tak masuk U pun ade ker nyusahkan ko?" Itu adalah kata-kata yang sangat merosakkan hati yer kawan-kawan. Bila hati saya terjaga, maka sebetulnya saya akan berkata begini, "oh,tak mengapalah... Aku sudah berusaha dan aku berserah pada Allah." Baik betul hati saya, skema pulak rasanya.


Jagalah hati, muhasabah diri... Sekiranya saya tidak melakukan kedua-dua perkara ini, saya amat yakin dan pasti yang saya akan terus memperkecilkan serta merendah-rendahkan diri sendiri. Itu sangat tidak sihat yer kawan-kawan. Biar kita "merendah diri" tapi jangan sesekali "merendah-rendahkan diri". Seperkara lagi, bila saya tak selalu muhasabah diri dan menjaga hati, saya akan meninggikan diri, dalam erti kata lain sombong. Kita fikir kita sudah bagus? Tidak! Ada yang lebih bagus.. Kita fikir kita sudah hebat? Tidak! Allah Maha Hebat! Kita fikir dengan membina bangunan bertingkat-tingkat itu sudah gah? Ye,memang gah...Gah dengan kesombongan dan kebongkakan yang bila-bila masa Allah boleh tarik balik kemegahan itu tanpa sempat nak kelip mata pun. Oleh itu, jaga hati, muhasabah diri...



Sukakah Cik NurQaseh hidup susah, kais pagi makan petang, kais petang makan dinner? Sudah tentulah taknak. Semua orang nak hidup senang, tapi bukan senang nak jadi senang. Bila tengok orang lain senang kita pun berusaha untuk senang. Tapi bila usaha kali pertama tu tak menjadi mulalah hati ni berkata-kata, "naper orang lain senang je kaya, aku keje macam nak mampus tak kaya-kaya jugak. Kayap jer ade, tak best ah!." Itu adalah pengalaman saya sendiri semasa menjalankan perniagaan yang saya rasa boleh berjaya,tapi akhirnya gulung tikar kerana pakai tiles (-_-"). Bila hati terjaga maka hati itu sentiasa muhasabah diri, sentiasa berfikir, berzikir dan berlapang dada. Satu hal lagi, bila nampak orang lain senang mulalah fikir yang orang tu makan rasuah, tak bayar zakat, bla bla bla.. Biaq pi la depa senang pun. Depa keja keras-keras mana hang nak taw. Jangan menambah dosa dengan andaian-andaian yang belum tentu betul. Jaga hati,muhasabah diri. Setiap kejayaan atau kesenangan perlu ada daya dan pengorbanan. Cik Nur pun boleh jadi kaya jika ada usaha dan sanggup berkorban. Cewwah!! Cakap senang! Ye,memang senang pun. Berkorbanlah NurQaseeeehh!!



Adakah Cik Nur nak dimurahkan rezeki?? Of coz laa..sampai bila nak hidup susah. Orang yang hidup susah ni tak boleh nak sedekah, takboleh bayar zakat,tak boleh bantu orang susah sebab die pun susah! Kalau saya mahu senang, maka saya perlu senangkan orang lain. Senangkan ibu bapa saya, senangkan orang-orang yang saya cintai. What you give, you will get back. Tapiii saya tak ada duit. Masuk bulan ni dah 4 bulan saya tak bagi mak ayah duit. Saya sangat-sangat-sangat sedih mengenangkan diri ini yang tak mampu nak menyenangkan mak dan ayah (T_T). Oh! NurQaseh ku...Jangan bermuram durja kerana ada jalan nak menyenangkan mak dan ayah. Jalannya ialah menyenangkan hati mereka bukan dengan wang ringgit tapi dengan berbakti kepada mereka walaupun bakti ko tu tak seberapa. Tolong basuh baju ker, mesin rumput ker, buat reban ker, ataupun memasak walau masakan saya tak rasa garam tapi cukup menggembirakan hati mak dan ayah. Disitu dah dapat keberkatannya dan dengan izin dari-Nya Allah akan lapangkan rezeki kita. Yang pastinya, jaga hati, muhasabah diri. Bila hati terjaga, maka keikhlasan akan terpancar. Kalo tolong mak masak pastu mulut bebel-bebel tu tak ihklas namenye. (saya tak macam tu..kot...err)



Fungsi hati yang paling saya suka sekali ialah mencintai dan menyayangi dan all the jiwang-jiwang things walaupun saya bukanlah seorang minah jiwang. Jaga hati,muhasabah diri. Terus terang saya katakan menyintai seseorang itu sangatlah mengasyikkan sehinggalah bila kita tersedar,terhantuk dan tersentak yang cinta itu hanyalah mainan perasaan semata-mata. Fikirkan dalam-dalam untuk siapa aku bercinta? Untuk apa aku bercinta? Untuk suka-suka? Untuk seks? Untuk kahwin dan tambah isteri? Bagi remaja yang baru mula nak bermain-main cinta saya sarankan agar hentikanlah. Tak best mana pun, percayalah! Kalau anda tak serius nak berumah tangga dalam tempoh yang terdekat,maka lupakanlah. Anda hanya akan menambah dosa dari hari ke sehari sehinggalah anda diijabkabulkan dengan pasangan anda itu. Aii,biasak ar budak darjah enam pun bercinta gak. Ye,saya tahu...Saya pun pernah mengalami. Tapi bila fikir balik, lebih banyak mudharat dari manfaat. Tapi fitrah manusia untuk saling mengasihi, maka sukati ko lah nak bercinta ker taknak. Saya sudah menyintai begitu ramai manusia, dan manusia paling tulus menyintai saya ialah Rasulullah SAW serta kedua ibu bapa saya. Kelakarnya,baru sekarang saya tersedar! Jaga hati,muhasabah diri. Hati yang dijaga selalunya akan terlindung dari segala perkara yang best. hehe.. Hati yang kurang dijaga pula akan selalu terdedah kepada perkara2 yang best itu tadi. Paham tak?? Tak paham? Lantak la...


Saya selalu mendengar, carilah cinta Allah sebelum mencari cinta manusia. Tetapi saya bertemu dengan cinta manusia kemudian barulah hendak merangkak menyintai Allah.


Hmm..Untuk apa saya tulis semua nih, saya pun tak tahu. Saya rasa cukuplah setakat ini dahulu. QalamCahaya akan saya tinggalkan untuk beberapa waktu... Maaf sekali lagi yer! Jangan lupa, jaga hati muhasabah diri... Saya sayang diri saya sendiri... :)


Allahu'alam...


p/s: Sayonara...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Berazam.... (^_^)v

bismillah...


Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua blogger dan pembaca QalamCahaya yang tegar mahupun yang sekadar dipinggiran... (-_-")


Tahun baru ni, seperti biasa kita akan ada azam baru... Azam tahun lepas yang tak tercapai tu kita bawak ke tahun ini... Berusaha untuk dapatkannya, banyakkan berdoa dan tawakkal...Hijrah kita dari yang tak berapa nak baik, kepada yang lebih baik. Dan yang sedia baik, istiqomahkan diri anda dengan ke'baik'an tersebut agar menjadi terbaik dikalangan yang baik-baik.. (-_-")


Apekah encik Azam saya pada tahun 1432 Hijrah ini?? Eh azam bukan Encik Azam. Sekarang ni malas nak cakap banyak... tengok jela gambar-gambar kat bawah ni..





Saya berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh dengan ikhlas, bertanggungjawab, amanah, profesional, tak main-main, tak merayau-rayau, tak mengulau dan tak mengutuk di belakang boss (depan2 insyaallah)




Saya akan kumpulkan harta, dan habiskannya dan kumpul balik, pastu habiskan, pastu kumpul balik, pastu habiskan pastu bla bla bla bla.....




Saya nak pi umrah...nak pegi sana tak nak balik-balik... amiin.




Further study....yang ni dah 5 taon KIV... PJJ lah nampaknye,..




Aha! Ni yang paling saya suka... skyline yang sangat menyelerakan... nyum nyum... (nafsu!! nafsu!!)




Kawen?? Waaaa....saya suke!! Tapi...........KIV lagi 2 taon la...




Gulpp!! err, azam saya nak mati dalam khusnul khatimah... amiin...



Ya Allah! Engkaulah yang kekal, qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah, ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami. Kami mohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kami kepada kejahatan. Dan kami mohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubah segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang Maha Tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan periharalah kami dari azab api neraka. Dan semoga selawat Allah selalu dilimpahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat baginda.... Amiin..



Allahu'alam...



p/s : there's something in my head.. I feel pain and it's getting worse. Jadi saya tak dapat nak update QalamNur selalu.... kalau update pun tak banyak cakap (taip) kot... huhu.. :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selepas Hujan....

bismillah...



Alhamdulillah... Hujan turun lagi. Lebatnya luar biasa, seperti mengerti akan gelojak di hati saya. Hati ini juga sedang dilanda hujan...dingin tapi menyegarkan...

Eceh! Bermadah la pulop... Tengok la gambar-gambar situasi saya yang baru pulang dari pejabat semalam... Cakap banyak takde!




Kelihatan rintik-rintik hujan yang sangat lebat. Sempat Cik NurQaseh snap gambau kereta putih kt sebelah...




Berhenti kat tepi jalan dulu, nak pakai spek mata...




Keluar dari kereta terus terpijak lecah...




Hek'eh, ape ayah buat tu??




Oho, longkang under construction... Orang yang buat jalan tu dah lari dulu sebab hujan.. Ayah tolong tutup lubang.




Uih, best main bola atas rumput basah nih...




Bunga kesayangan saya, cantik bila dibasahi hujan...




Hijau...lokasi kat tepi rumah...




Hijau jugak...lokasi kat belakang rumah... Saya suka bau rumput dan pokok-pokok yang sedang kebasahan ni... Segar, nyaman...subhanallah...




Kelihatan nenek jiran sebelah duduk di beranda rumah saya, menikmati kehijauan, keharuman, kedinginan, kebasahan, dan keindahan alam selepas hujan...




Selesai menutup lubang di tengah-tengah jalan, ayah terus layan chuchu dia...




Kerusi gunting rambut kepunyaan ayah.. (ada kena mengena ke dengan hujan?)




Kete kontot yang banyak berjasa... (sekali lagi, ada kena mengena ke dengan ujan??)



Puisi Selepas Hujan...


Dia curahkan hujan dari langitNya
Ketika jiwa terasa hangat dengan keegoan
Titisnya menyerap ke dalam nadi
Kedinginan menyelinap di segenap sendi

Ketika itu bait-bait puisi sufi menari-nari
Dalam kotak ingatan ini
Ilham yang datang selepas hujan
Tidaklah selebat ilham As-Syafie
Kembaranya segenap bumi demi mengais ilmu yang dicintai
Apatah lagi sehebat cintanya Rabiah al-Adawiyah
Yang tangisnya lebih lebat
dari hujan di malam hari
Tembok taqwa Uwais menenggelamkan fana
Merintih meraung kala tertutup jendela-jendela
Bersujud menangis kala jiwa-jiwa enak terlena

Ilham selepas hujan
Mengalir deras membawa pergi segala kotoran
Dingin mencengkam di segenap tubuh
Dan rindu itu menjengah kamar usang di hati
Rindu pada KekasihNya yang sejati
Abu Az-Zahra!! Malu bibir ini mengucap cinta
Sedang amanatnya sering dilupa... terlupa??

Hujan...
Tolong jangan berhenti...



p/s : Hidup ini sentiasa berhujan walaupun panas... (-_-") Hujan rahmat Allah yang tak pernah putus....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sufism : Jalan Mencari Yang Haq

bismillah...


Man a'rafa nafsahu faqad 'arafa rabbahu
"Siapa yang mengenal dirinya pasti dia akan kenal Tuhannya..."


Man a'rafa rabbahu faqad a'rafa nafsahu
"Siapa yang mengenal Tuhannya pasti dia akan kenal dirinya..."



p/s : (@_@)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sufism...

bismillah....



4.34 am....As usual... but today's post is more short and compact...




Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan...
-Ahli Sufi-




mood : unidentified... (@_@) giler!





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I Nak Pinang U Bleh??

bismillah...


4.37 am...masih tak tidur-tidur. Tengah layan buku sebab siang tadi tak sempat nak baca walaupun sehelai. Bila dah baca, seperti biasalah akan terasa fenin-fenin kerana keletihan lalu kepala hotak saya meminta untuk berehat sebentar.



Tiba-tiba jer nak cerita pasal kawin-kawin.Sapa nak kawin angkat kening! Thehehe... Kalau ditanya soalan tu pastinya kebanyakan orang akan cakap YA termasuklah saya sendiri. Ada yang nak tambah lagi,lagi dan lagi. Ada jugak yang taknak kawin atas sebab-sebab tertentu. Yang tu lantak pi la... Tepuk dahi tanya la diri, tepuk Pak Seman tanya la iman.



malu ah nak pi pinang...hik3...


Apa kata anda kalau perigi cari timba. Ok tak? Katakanlah saya minat giler kat seorang lelaki ni, dah la baik, hensem pulak tu, pemalu, jaga akhlak bla bla bla... Saya segan nak cakap saya suka kat dia. Tapi kalau saya tunggu dia mulakan ntah bile la dia nak cakap. Silap hari bulan dia dah kawin 4 saya masih dok tunggu dia..



Perigi cari timba memang sesuatu perkara yang melawan arus kerana yang sepatutnya timbalah yang mencari perigi. Tapi zaman dah berubah, pakai jer bathtub takpun guna shower... Kebiasaan yang kita dengar, lelakilah yang memulakan langkahnya terlebih dahulu. Tapi siapakah yang menentukan lelaki mesti mencari wanita? Adakah ia adat ataupun syariat? Salahkah kalau perigi mencari timba? eceh! macam forum perdana plak.



Katakanlah saya cadangkan kepada mak dan ayah saya untuk meminang lelaki tersebut, lalu dengan tidak semena-mena mak saya berdiri di atas bukit sambil mencekak pinggang...
kau giler ke dik? tak penah dibuat orang pompuan pinang lelaki! Mak taknak! Malu mak, mana mak nak letak muka Aishwarya Rai mak nih..
Nak malu apa plak mak. Bukannya saya pi pinang bapak dia...
Kau tak malu ker nanti orang cakap kau anak dara tak laku?



See! Balik-balik kita risaukan apa orang lain akan kata. Kenapa kita tak setting balik kepala otak kita agar kita lebih risau apa Allah kata. Manusia ni kalau tak kawin diorang mengata, kalau dah kawin pun diorang mengata, kalau kawin muda diorang mengata, kalau kawin dah berumur pun diorang mengutuk jugak. Ada berjuta-juta manusia kat atas muka bumi ni, cakap siapa yang kita nak ikut? Kalau nak senang ikutla cakap Allah, patuh perintah Allah sebab Allah hanya ada satu.




MALU... Memanglah malu. Saya pun malu kalau nak mintak mak ayah saya pinangkan lelaki yang saya suka tu. Tapi kan lebih baik begitu...Malu yang berlandaskan syari'at, malu yang bertempat. Bila masuk bab-bab dating, berpakaian dedahkan aurat kenapa takde orang bukak mulut? Sebabnya perkara tu dah jadi kebiasaan. Bila yang haram tu jadi kebiasaan, perkara yang baik lama kelamaan akan ditinggalkan dan terus jadi sesuatu yang tak berapa normal atau songsang atau terbalik atau apa saja. Bila seseorang tu nak buat baik orang lain akan pandang dia macam alien atau paling koman pun orang akan kata "budak ni dah buang tebiat nak mampus".



Tak rasa low class ker kalau pompuan yang melamar lelaki?
Aik,pandai-pandai cakap orang low class... Katakanlah saya seorang perempuan yang berhati kering, saya takkan peduli apa orang kata, low class ke, low fat milk ke, low blood pressure ke lantak pi la. Bukankah tinggi atau rendah martabat seseorang layak diukur dan dinilai pada pandangan Allah? Kita tak menghina syari'at. Kita akan jadi hina baik lelaki mahupun perempuan, apabila syari'at itu kita langgar dengan sesuka hati dan limpa. (-_-")



Katakanlah mak ayah saya setuju nak pi lamar jejaka idaman saya ni, lepas tu diorang konpius. Hek'eh,macam mana dengan hantaran, belanja hangus, belanja hangit tu semua? Pihak lelaki atau perempuan yang nak kena sediakan? Uishh..dah tentu la lelaki. Tapi saya mintak hantaran tak banyak pun, cukup la Nissan skyline GTR sebijik. Yang pastinya itu tak termasuk dalam prinsip Islam. Yang wajibnya akad nikah. Walimah, kenduri tu semua pandai-pandailah berunding bila lamaran pihak perempuan tadi dah diterima. Tapi ini cuma cakap-cakap Cik NurQaseh je. Realitinya?? Macam mana perempuan nak mulakan dulu? Ah, malunyaa.... hik3...(Cik Nur menutup muka sambil berlari masuk ke bilik lalu melanggar dinding dengan dasyatnya. Sape suruh tutup muka! Gedik!)



Cuba lihat contoh Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Bagaimana proses-proses lamaran itu berlaku. Adakah kita terus mintak mak ayah datang ke rumah lelaki tersebut untuk merisik, berpantun dua tiga kerat pastu bagi cincin kat pihak lelaki? hoho...Tak pasal-pasal kena back hand..
Siti Khadijah membuat operasi risikan melalui perantaraan iaitu Maisarah. Maisarah lah yang menjadi spy yang memerhatikan karektor dan akhlak Nabi Muhammad SAW sewaktu berdagang bersamanya. Makanya perlu ada orang 'perantara' yang dipercayai dan diyakini sebagai penyalur maklumat tentang calon yang disasarkan itu.



Jadi bila spy sudah menyatakan peribadi calon itu begitu dan begini, lepas tu mak ayah pun berkenan, kita sendiri pun memang dah berkenan, maka hantarlah wakil untuk bertanya secara terhormat, dan jelas maksud yang ingin disampaikan. Bila sudah mendapat respon yang baik dan persetujuan dah dicapai, maka pernikahan pun diatur. Senangkan? Macam mana kalau lamaran perempuan tu ditolak? Itu tak bleh nak kata apa la...Kalau perempuan tu hati kering pi pinang lelaki, dah tentu la dia berhati kering juga bila lamarannya ditolak. Maksudnya dah bersedia hadapi risiko2 dan tindak balas yang negatif. Dan takde sebab untuk malu kerana kita dah berusaha mengikut syari'at, mudah-mudahan Allah terima usaha kita walaupun gagal.




Ironisnya, bila kita nak mulakan sesuatu yang sejajar dengan kehendak Islam dan akhlak Islamiyyah secara otomatik pipi kita akan jadi merah kerana malu. Takut orang mencemuh, takut diejek, kerana ianya agak janggal. Sekali lagi, jika anda wanita yang berhati kering yang bertempat, maka anda tidak akan kesah ape saja orang nak kata. Mula-mula memang janggal, tapi lama-kelamaan ia akan diterima kerana sesuatu yang selaras dengan syari'at sudah tentu selaras dengan fitrah manusia...



Mulakan dengan hemat dan terhormat dengan mengikuti jejak langkah Siti Khadijah, walaupun dah berumur 40 tahun tapi boleh je pinang Nabi Muhammad yang baru 25tahun.... Tapi pastinya setiap apa yang kita lakukan tidak akan terlepas dari dugaan dan rintangan. Jadi serahkan pada yang Dia yang Maha Berkuasa ke atas hamba-hambaNya..... Dah suboh dah,..


Allahu'alam...



p/s : Hati Cik NurQaseh belum cukup kering lagi. Nak kene layor atas api gamaknye..

p/s lagi : Entri ni untuk cik NurQaseh sendiri, nanti nak try ah.... hahaha...

lagi2 p/s : Masih cuba membebaskan diri daripada belenggu adat yang tak bersendikan syariat..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hidungku Yang Chomel

bismillah....



Segala puji bagi Allah yang menurunkan penyakit, segala puji bagi Allah juga yang memberi penawar kepada segala kesakitan. Alhamdulillah, tepat jam 12:01 tengah malam semalam umur saya telah menginjak naik. Yang bertambah cuma angka, tapi tempoh untuk 'bermimpi' di alam yang fana ini semakin singkat. Selamat hari tua untuk diri saya sendiri.






Mungkin untuk mengingatkan saya tentang ke'tua'an yang saya alami, Allah telah menurunkan penyakit demam dan selsema ke atas saya semalam. Bagai nak tercabut hidung saya akibat dari aktiviti pem'bersin'an yang sangat kerap akibat diserang oleh kuman streptococcus dan kembarnya staphylococcus ditambah dengan mukus jernih yang menjejer keluar dari kedua-dua lobang idung saya sehinggakan lapisan cilia dalam lobang idung saya ni hampir gondol akibat kerap menggosok-gosok idung dengan jayanya. Kepala saya berdenyut-denyut dengan pantas seakan mahu mencabar kepantasan denyutan nadi saya, oh! berlawan-lawan pulak ye.. Disebabkan saya mempunyai sinusitis, seperti biasa doktor memberikan antibiotik, antihistamin, ubat anagelsik tah hape jadah yang mempunyai bau seperti perut lembu yang belum dibasuh.



Terus terang saya katakan, saya tak suka makan obat! Tuan doktor, saya tanak makan obat2 ni semua. Ada tak cara lain yang lebih efektif dan inovatif untuk hilangkan penyakit saya ni??



Ada...Doktor akan masukkan endoskop kemudian doktor akan letakkan obat di pintu-pintu ostia dan terus masuk ke rongga idung untuk membuka ostia yang tersumbat. Bila ostia Cik NurQaseh dah terbuka, senanglah Cik NurQaseh bernafas dengan riang dan gembira... Oh! kalau begitu, lobang idung saya akan mengembang dengan maksima dan boleh disumbatkan dengan ibu jari kaki jika doktor menggunakan cara yang tersebut!



Tuan doktor, saya takmau nanti idung saya kembang walaupun tak dipuji. Ada tak cara lain yang lebih berkesan, terkesan dan dikesan untuk sembuhkan penyakit saya ni??



Ada... Doktor terpaksa melakukan pembedahan ke atas hidung chomel cik NurQaseh. Doktor akan masukkan jarum kecil seperti jarum mengait bulu kambing, lalu ditusuk ke dalam rongga sinus maxilla dan disembur dengan air sabun axion untuk membasuh rongga sinus.. Aduuuh!!! sakit giler... Baru dengar dah rasa sakit, cemana ni tuan doktor...



Tuan doktor, ada tak cara lain yang tak rasa sakit dan boleh sembuhkan penyakit saya ni??




Hmmmm.... Ada...



Bahawa musibah dan penyakit serta apa saja yang terjadi, semuanya sudah di takdirkan Allah...At-Taubah:51.. Musibah dan penyakit adalah ketetapan Allah, dan Allah lebih menyayangi Cik NurQaseh lebih dari rasa sayang Cik Nur terhadap diri sendiri. CIk NurQaseh harus tahu bahawa Allah telah memilih suatu penyakit bagi Cik Nur dan meredhainya, kerana dia lebih mengetahui kemaslahatan daripada diri Cik Nur sendiri. Dia Maha Bijaksana, yang meletakkan segala sesuatu ditempatnya yang sesuai. Jadi, musibah itu merupakan kebijaksanaan sekaligus rahmat dari Allah. CIk Nur jugak kena tahu bahawa hak Allah atas diri Cik Nur dalam menghadapi cubaan, ujian dan penyakit ini adalah sabar, kerana sabar merupakan konsikuensi dari ubudiyah dalam kesempitan.... Jadi kalo Cik Nur nak ubat yang takde bawu perut lembu, taknak lobang idung mengembang, taknak kena cucuk idung dan dibasuh dengan sabun axion, Cik Nur banyakkan lah berdoa, menangis dan muhasabah diri ye... sekian trima kaseyy...





isk3...malu saya dibuatnye... (-_-")




Err..tuan doktor... saya sebenarnye.... err... nak amek MC seminggu... Buleh ka??




kediiiisshhhh!!!!




p/s: MC dapat sehari jer...isk3....(T_T)

p/s lagi : tajuk kat atas tak bleh blah...haha....tak tau nak letak tajuk ape...takde motif langsung....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Menghampiri Lubang Kubur NurQaseh!

bismillah...


trutt...truutt...



"Hello kak Qaseh...di mana anda?"



"Kat rumah la dik...Awatnya?"



"Kenape lambat datang opis??"



"Sori dik, akak tengah cuci jamb*n tadi. Satgi akak mai la.."



Suka-suki hati saya je nak datang lambat ye...Apa nak jadi dengan Cik NurQaseh ni...isk3(-_-")
Nak buat macam mana, dah mak saya suruh cuci itu, cuci ini... Makanya lambatlah saya ke tempat keje. Sesampai saya di pejabat, mereka semua dah tunggu....





Allah selamatkan kamo...Allah selamatkan kamooo...Allah selamatkan........dan seterusnya....


Aikk...Bukan besday saya Jumaat minggu depan ke? Tapi takpelah, rejeki jangan di tolak... huhu... Makan time!!



Tak pernah umur saya sambut besday ni...kek hari jadi tak pernah wujud dalam kamus dewan cik NurQaseh hatta kek pisang pun tak pernah saya sentuh ketika hari lahir saya.. Thehehe... ibarat kata Prof. Dr Syeikh Yusof al-Qaradhawi, kenapa nak disambut usia yang makin lama makin tua dan seterusnya ke lubang kubor... (-_-) Tapi takpela kot,niat nak makan sama-sama supaya boleh merapatkan lagi hubungan sesama staf yang kadang-kadang termasuk dalam political office. Ada team A, team B.. Tak puas hati, masuk bilik meeting..masing-masing cucuk itu cucuk ini. Cucuk sate takpela, boley bakau lepas tu bagi saya makan.



Bila dapat kumpul ramai-ramai sambil membaham makanan yang banyak ni rasa best pulak. Masing-masing dah lupa sekejap dengan political office ni. Buat kawan-kawan, incik eksekutif, puan bos kecik saya, terima kasih banyak-banyak sebab bagi saya makan dan bagi saya hadiah walaupun hari lahir saya belum menjelma lagi. Bos besau takde, dia pergi Europe...kalau dia ada lagi meriah kot.



Sesungguhnya dunia yang Cik NurQaseh rasakan adalah terlalu singkat tapi perjalanannya masih jauh (-_-") Camne tuu? Entahlah... Saya rasa seperti baru je mak pakaikan saya pampers, pakaikan baju untuk saya, tepekkan bedak kat muka saya, suapkan makanan untuk saya. Tup tup dah nak jadi mak orang dah saya ni... isk3...



Tidaklah saya tahu berapa lama lagi saya akan hidup, dan tidaklah saya tahu ujian apakah yang akan Allah berikan untuk saya pada hari yang mendatang. Jika saya pergi menghadap-Nya dalam usia yang muda, saya berharap Allah memercikkan kesabaran dalam hati-hati insan yang menyayangi saya. Takmo nangis-nangis, takmo sedih-sedih..Kena ceria je macam Cik NurQaseh (^_^)v. Nangis sikit takpela kot.. Dan jika ditakdirkan Allah panjangkan umur saya dan Dia memanggil saya di usia tua, maka saya memohon agar dipercikkan kesabaran dalam jiwa saya kala menghadapi kehilangan orang-orang yang saya sayangi (I luv u mak ayah (T_T)...) Apa pun, yang paling saya harapkan ialah Allah mengambil saya dengan cara yang terbaik...husnul khatimah.. Bukan hanya saya, tetapi juga anda serta insan-insan yang saya sayangi. Matikan kami dalam Husnul khatimah ya Allah, jauhi kami dari su'ul khatimah...



Bak kata seorang blogger yang saya hormati, hidup ni cuma mimpi jer! Dalam kubo nanti baru kita akan sedar dari mimpi yang panjang... Hek eh, dah ade dalam kubo aku skarang ni ye! Mana pergi orang-orang yang nyanyi lagu hepi besday untuk saya? Mana pergi orang-orang yang dulu selalu puji saya? Mana pergi orang-orang yang dulu mengaku sayangkan saya? Mana ada semuanya! Tinggallah saya sorang2 dalam tu dipukul dipalu...(jauhkan aku dari azab kubur ya Allah!)



Pesanan untuk diri saya yang makin tua ni, dunia yang kau duduk ni perlu kau lihat dari kacamata akhirat. Dunia ni penuh kesedihan, penuh duka, penuh airmata. Sekarang kau ketawa-ketawa, boleh jadi esok kau menangis,menangis,menangis dan menangis NurQaseh. Dunia ni memang indah,tapi fana. Jangan kau ikutkan nafsu yang akan himpit kau dalam kubur nanti. Amal ibadah,pekerjaan,makan,minum,tulis blog,main gasing, hatta kau tidur sekalipun mesti kau lakukan kerana Allah. Akhir kata, kau jaga diri baik-baik ye NurQaseh... Itulah serba sedikit pesanan saya untuk diri saya sendiri... (-_-")




Allahu'alam...



p/s: belive me, I dont like cupcake....

p/s lagi: entri ni ditulis selepas saya mencuci tandas ofis pada waktu malam sebab saya basuh pinggan mangkuk semua kat tandas. Pantry dah sesak... Ape yg saya nak bagitahu ialah, kerja cuci-mencuci ni memang seswai dengan saya.. (-_-")

lagi2 p/s: Oke,saya balik rumah dulu..dah malam dah ni...chow sin ci...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nur Kom-kom

bismillah...



Eh NurQaseh!!!





NurQaseh ker nih??





Omaigod!!





Wut happen to you bebeh!




Awat macam hantu kom-kom jer skang???






Sampai hati kawan-kawan saya panggil saya hantu kom-kom yea!!





Nanti la korang...malam ni hantu kom-kom nak datang rumah korang...





Kasi jotos kepala korang smua...




p/s: tiap2 kali keluar terserempak dengan member atau orang asing hatta makhluk asing sekalipun, mesti depa akan tanya sejak bila jadi macam ni, camna dapat hidayah bla bla bla.... naik muntah saya jawab(wlupun jwpn x menepati soklan)... pasni tanak jawab lagi okeh!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Akhi...Ku Tunggu Pinanganmu...

bismillah...


Akhi..

Tak ingin kami termangu dalam penantian panjang,hanya menunggu engkau untuk menjemput kami. Kadangkala kami menangis tersedu,mengingat usia yang kian mendekati masa di mana pesona kian memudar. Kami takut bila engkau tak besegera,kami tak mampu menahan waktu atas Nya. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..





Akhi..

Jangan engkau puja puji kami bila pujianmu hanyalah janji-janji yang tak menentu. Hanya membuatku terlena dan terbuai hingga kami lupa bahwa kita sedang bermaksiat. Kau puji diriku,tapi kau hanya ingin membuatku tersenyum dan makin terbuai rayuanmu. Tidak.. tidak akhi,kami ingin kau puji setelah kau halal bagiku. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu.. Akhi..


Akhi..

Tak akan kami langgar iffah ku dengan ajakan khalwat dari mu. Engkau pun sebenarnya tahu,hal itu hanya akan menimbulkan badai kelabu yang membuat kita tak berdaya kerna pihak ketiga yang tak lain adalah syaitan yang ada di sekeliling kita. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..


Akhi..

Jagalah sikapmu pada kami,maka akan kami jaga sikapku padamu,kami lemah akan sanjunganmu. Kecintaan ini ingin kami persembahkan kelak untuk suami,cinta dan kasih ini yang akan kami tuai untuk mencari ke redhaan suami kelak. Jadi bagaimana mungkin kami mencintai pada hal yang tidak halal bagi kami, tentu Allah tak akan pernah redha pada kami. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..


Akhi..

Jilbabku untuk melindungi kehormatan kami,santun kami untuk menjaga iffah . Jangan kau lenakan kami agar kami lepas kehormatan di hadapanmu sebelum engkau halal bagi kami. kami ingin engkau ikut menjaga kehormatan kami dengan menjaga kami,bukan malah membawa pada kenistaan. Agar kau mampu menjaga kami secara utuh,Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..


Akhi..

Kami memang tak sesempurna Aisyah dalam kecerdasan nya ataupun Fatimah dengan kelembutannya. Tapi kami akan berusaha cerdas layaknya Aisyah dalam naunganmu dan kami akan berusaha selembut Fatimah dalam menenangkanmu. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..


Akhi..

Kau memang tak sehebat Ali ataupun sekuat Umar,tapi kau akan menjadi hebat layaknya Ali ketika kau menjaga kami dalam kelemahan kami dan kau akan sekuat Umar agar kami tidak selalu menjadi tulang yang bengkok. Kami perlukan imam yang boleh menjaga keimanan,bukan yang membawa kami pada jurang maksiat. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..


Sungguh,kami memang tidak mampu bertahan kala kami jatuh hati,tapi kami tak akan menunjukkan pesona kami hanya kerna cinta yang menuntut nafsu pada keramahan syaitan pada kami. Bukanlah jatuh cinta bila kau ajak kami pada kemaksiatan. Bila kau memang jatuh cinta pada kami,jangan kau bebankan deritamu pada hati yang akan menuntutmu untuk berbuat nista. Izinkan kami menjaga hatimu,agar kita dapat menjelang bersama dalam Jannah Nya.Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..


"Jika engkau memiliki cinta

Dan telah terdorong dengan kerinduan

Maka anggaplah jarak perjalanan itu dekat

Kerna kecintaan dan kerelaanmu pada penyeru

Ketika mereka menyeru..!!

Maka katakanlah,kami penuhi panggilanmu.

Seribu kali dengan sempurna

Janganlah kau berpaling

Hanya kerna melihat gerimis

Jika engkau melihatnya "( Fii Zilalil Mahabbah )"



p/s: Akhi...Ku tunggu pinanganmu...(T_T)
credit to Bukan Muslimah Biasa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS