RSS
Container Icon
Showing posts with label suke suki. Show all posts
Showing posts with label suke suki. Show all posts

Ke'syok'an Yang Membinasakan.....

bismillah...


Pukul 2.30pagi, saya tak dapat nak lelapkan mata... baru baca 5 1/2 helai buku pasal Ibnu Hazm terasa kepala hotak saya dah mula tepu bagai disumbat-sumbat seperti tauhu sumbat...


Pastu terasa nak update blog lalu saya menggunakan perkhidmatan pak Cik google. Taip 'budak sekolah' then klik images... waaaww....todiaa...





































Ohh!! sangat boring melihatnya... Kepala hotak saya yang tepu dengan ilmu tadi dah semakin berkurang nampaknya...


Sambung baca buku balik....




Allahu'alam....




p/s: ade gambar yg lagi dasyat tapi saya malu nk tengok lama2.... biasa la bebudak zaman sekarang, kan dah nak akhir zaman dah ni...doa jela senjata kita. Mana tau budak2 ni besok jadi alim ulama, ostat, ostazah ker dengan izin Allah.. Macam saya jugak la dulu nakal giler. Suka cium2,peluk2, pastu siap tido skali dgn dia. Sekarang dia dah mati... Tapi dia akan tetap saya kenang sampai bila2... Oh Citam...aku rindu padamu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Garang Itu Saya... v(^_^)v

bismillah...


I'm not cute.. I'm tough like Cik Nur..


"Pe hal ko pandang-pandang?!"

"Fuyyoo, garang giler awek nih. Tudung dah la labuh."

"Heh, suka hati aku la. Tak nyusahkan mak bapak ko pun."

"Wei, mak bapak jangan buat main ea.."

"Bile mase plak aku main2 dengan mak bapak ko."

"Hish budak ni! Ko pikir ko cantek sangat ker?"

"Ek'ele, kalo tak cantek yang ko pandang2 nape?"

"Setakat pandang jer.. Tak luak la weii.."

"Ahh! Malas nak layan ko!"


Garang ke Cik NurQaseh ni? Ish, mana ada garang. Tu fitnah semata-mata.. Kasar sikit ada la..thehehe..Biasa la tu. Orang Melakee...cam tak biase pulee...hahaha...


Saya bukanlah perempuan yang terlalu lemah lembut, ayu atau yang seerti dengannya. Ramai orang yang rapat dengan saya melabelkan saya sebagai seorang yang agak kasar sikit dan keras kepala (dah tu,takkan kepala lembik plak!). Dengan anak2 saudara saya jangan cakap la, memang garang habis..Tapi takde la sepanjang masa saya jadi garang.


Tempoh hari saya telah dinasihatkan oleh seseorang supaya menjadi gadis yang lembut dan 'cool'.. Bukannya tak boleh jadi lemah lembut, tapi susah sikit ler sebab dah terbiasa. Saya juga bukanlah gadis yang akan tergedik-gedik apabila ditegur lelaki hatta setampan Shah Rukh Din. Mak saya pun ada menasihati saya supaya tidak terlalu garang dan kasar...Hmm,salah ke? Bukannya saya menghina, maki hamun atau keluarkan kata2 kesat.


Saya ada seorang sahabat di alam maya yang saya kenali agak lama juga. Beliau pernah berkata,

"Nur, ko ni dalam gambar nampak macam ayu & solehah jer.. Tapi bile dah kenal, perghhh.. Dah macam makcik aku plak. Lembut la sikit."


Hmm,takkan la depan lelaki saya nak purak2 lemah lembut,..huh! plastik! I am who I am.. Kalau tak suke dah... Saya lemah lembut dengan suami saya jer taw..muahaha..


Ada juga sahabat yang menegur,

"Wah, kat dalam blog ayat bukan main baik lagi..Tapi, bila bercakap asyik nak marah jer." Saya nak jelaskan kepada mereka2 yang berkenaan, saya bukannya marah, tapi cara percakapan saya tu dalam nada bergurau. Tak reti beza ker? Hish!


Ada lagi yang komen,

"Pakai jubah dah ok.. Pakai jilbab dah ok.. Tapi garang la cik adik..."


Ahh, lantak le!


Lepas ni kalau ada kawan2 ajak borak, saya nak diam jer...Tak nak cakap ape2. Padan muke korang,..



Akhir sekali ada yang bagi nasihat,

"Nur, orang2 yang beriman tu adalah orang2 yang mendengar nasihat taw tak."


Hmmm, yela2... On the way nak jadi lemah lembut2 la nih!


p/s: siapa yang jadi suami saya memang "bertuah" ler...

p/s lagi: siapa cakap anak bongsu tu manja? cet! jauh panggang dari ayam panggang..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cepat Besar, Cepat Kaya, Mati Cepat...

Bismillah...

"Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu iaitu nikmat sihat dan waktu lapang." (HR Bukhari)


Segala puji bagi Allah yang menciptakan siang dan malam. Segala puji bagiNya juga yang menciptakan cinta dan kasih sayang. Pejam celik pejam celik dah hari khamis malam jumaat. Rasa macam baru jer pegi pasar malam hari sabtu lepas. Bertambah lagi hari, meningkatnya usia, dekatnya ajal, dan makin berkoyan-koyan masalah yang timbul.

Cik NurQaseh tetap maintain macam dulu jugak, tak tinggi-tinggi dan tak jugak kaya-kaya. Kayap ade lar..hua3.. Terlihat pula akan anak2 buah saya yang dua orang tu. Dah semakin besar, semakin gemok, semakin lincah, semakin pandai melawan maksu dia, semakin cantik dan semakin tak comel(da besau da tak comel lagi macam maksu die).

Amalan meminum susu formula yang tak putus-putus, maka hasilnya kanak2 riang tersebut menjadi semakin hyper aktif dan pandai pula menghafal lirik2 lagu yang ntah hape2. Tang baca ABC atau alif ba ta, ada je alasan. Kalau saya ada anak nanti,saya bagi minum susu kambeng jer..
Anak2 buah saya dah tak minum susu ibu sebelum mencapai umur setahun lagi, sebab ibu diorang sibuk bekerja atau mungkin sudah kehabisan stok susu, ceh! Saya pulak minum susu ibu sampai dah nak masuk tadika..ehehe. Sebab tu saya tak degil (yela tu)..


"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa." (HR Tirmidzi).


Zaman yang terlebih moden ni, kanak-kanaknya pun moden jugalah. Si Cicah yang baru 4tahun tu pun dah pandai godam2 laptop. Si Rayyan yang baru setahun lebih tu pulak dah pandai menari shuffle. Sungguh! Saya tak tipu..Sangat hebat.

Dulu semasa saya kecil, saya selalu ikut ayah pegi kebun, halau beruk daripada makan buah mangga. Lepas tu pegi mengaji dengan arwah imam Hussin, balik mengaji pegi lanyak beskal jiran sampai terkoyak lutut (jiran tu yg bawak,saya jadi pembonceng jer sebab tak reti bawak beskal..muahaha). Balik rumah kena balun lagi dengan tali pinggang ayah. Malam tu ayah pulak yang ajar mengaji,sampai meleleh air mate dan air idung skali. Ayah marah sebab baca tak lancar.

Kalau dulu bila ayah jegilkan je biji mata dia, saya dah menggigil satu badan...takut nak buat jahat. Tapi sekarang, jegilkan la sampai nak terkeluar biji mate tu, takdenya budak2 sekarang heran.. Kalau marah takut memberontak pulak, kalau tak marah takut makin besar kepala. Teringat saya suatu kisah yang berlaku dihadapan saya di mana seorang ayah dan anak yang saya rasa dalam lingkungan 10-11 tahun, sedang membeli barang di pusat beli belah.

Si anak cakap, "bah,adik nak transformers tu!".

"Ala,tak payah le..kite beli buku jer nak?" Jawab si ayah.

Si anak menjawab balik, "Kalo abah taknak beli transformer tu, adik lari rumah!".

Setelah diugut oleh anak sendiri barulah si ayah mengalah. Cuba bayangkan kalau saya buat macam tu masa kecil2 dulu..
"ayah, nak beli oltromen taro yang tu." kata saya.
"tak payah la,beli air kotak je. Hilang jugak haus." Jawab ayah.
"Ala! Nak jugak! Kalo ayah tak beli orang lari rumah malam ni!" Kata saya pulak. Agak-agak ayah saya jawab apa ye? hehehe...


Paanggggg...!!!!

Dia jawab dengan tangan jer.

Banyak bezanya suasana zaman dulu dan sekarang. Walaupun zaman transformer tidaklah terlalu jauh meninggalkan zaman ultraman, tapi perbezaannya sangat2 terasa.


"Manfaatkanlah lima kesempatan sebelum datang kesempitan. Manfaatkan usia mudamu sebelum kamu tua, manfaatkan sehatmu sebelum sakit, gunakan kekayaanmu sebelum kamu miskin, gunakan waktu lapangmu sebelum kamu sibuk dan manfaatkan hidupmu sebelum kamu mati." (HR al-Hakim)



Yang berlalu biarkan berlalu. Sekarang saya dah dewasa, dah boleh kawin gamaknye...tapi takde orang pinang2 pun. Wahaha.. Bila dah besar nih terasa pulak nak jadi kaya. Nak ada banyak duit, nak beli kereta sendiri. Setakat ada lesen jer tak ada kereta nak buat hape. Kesian saya..ish3.. Takpe2 slow2 la dulu. Beberapa hari yang lepas saya ada terlihat satu promo untuk tambah pendapatan. Nampak macam best je, tapi kena guna banyak duit jugak tu untuk buat modal. Saya pun abaikan jela benda tu.. Duit tak cukup.

Saya sering berfikir, macam mana la orang2 yang banyak duit boleh banyak duit diorang yer.. Jadi penyanyi je dah boleh jadi jutawan. Boleh beli beg tangan RM40k.. Perghh,membazir giler! Kalau la saya diberi RM40k tu saya akan beli kamera idaman saya..hehe.,tu je. Yang selebihnya masuk kat tabung Gaza (ecece,baiknye Cik NurQaseh).

Berapa ramai jer muslim yang kaya di dunia ni. Ramai agaknye kot, tapi lebih ramai lagi muslim yang miskin dan melarat. Asal saya cakap nak jadi kaya jer, mesti ada je orang2 yang bagi pandangan yang sinis. Mereka kata, buat apa jadi kaya kalau kurang budi bahasa. Ek eleh,yang pegi jadi orang kaya tak sedar diri buat apa. Tengok jer macam sahabat Rasulullah Abdul Rahman bin Auf, kaya taw tak! Dah la kaya, peribadinya pulak first class.

Bayangkan kalau kita semua umat Islam kaya harta,kaya akhlak, kaya budi pekerti pasti Islam akan dipandang tinggi.


Dahulu abang saya ada buat bisnes, dan saya pun join sekali lar dengan harapan bisnes kami akan establish dalam masa 2 tahun dan kami akan jadi kaya raya dengan jayanya..hohoho~ Tapi apakan daya, kecundang ditengah jalan. Cet! Adat la tu, mula2 nak bertapak mesti la ada jatuh2 sikit. Lepas ni saya nak buat bisnes yang lain plak...dengan bakat yang Allah beri, saya akan gunakannya sebaik mungkin. Insya'allah...

Tapi tak tau lah sempat ke tidak saya nak merealisasikan cita-cita saya yang sangat2 banyak nih. Sebab ajal tu datang tanpa kita sedar. Beberapa hari yang lepas kita dikejutkan dengan kematian anggota kumpulan Spin, Achik yang meninggal akibat nahas jalanraya. Macam tak percaya pulak... Arwah muda lagi, umur baru 27 tahun. Macam2 yang dia nak buat untuk senangkan keluarga dia, anak2 pun masih terlalu kecil. Tiba2 Allah ambil nyawa dia.

Saya juga pernah kehilangan seorang sahabat. Susah nak percaya yang dia dah tak ada.. Masa yang kita ada ni terlalu singkat. Kadang2 ajal datang dengan cara yang sukar kita jangka. Boleh jadi masa makan kuih koci pun kita boleh tercekik lalu mati..huhu.. Kena langgar dengan kapal terbang kawalan jauh pun boleh meninggal (ada kes dulu).. ish3.. Kalau saya ditakdirkan mati waktu muda ni, tak tau la apa bekalan yang saya bawa sebab saya rasa saya takde apa2 pun. Hanya menagih rahmat dan kasih sayang dari Allah sahaja..


"Laksanakan segera amal soleh kerana tujuh hal: sebelum datang kemiskinan yang membuatmu lupa, kekayaan yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan yang melumpuhkan, kematian yang mendadak, dajal sebagai makhluk jahat yang sentiasa mengintip atau datangnya kiamat yang sangat pahit dan amat mengerikan." (HR Tirmidzi).


Sesungguhnya masa yang ada untuk kita didunia ni amat2 singkat. Saya nak ingatkan pada diri saya sendiri, biarla saya tak update blog ni selama beberapa kurun sekali pun tapi yang penting saya update amalan saya sehari-hari. Iman tu boleh bertambah dan berkurang, maka kita kene la perbaikinya sentiasa, bukan masa nak solat jer.. Harap2 istiqamah la hendaknya.. amiin..


Allahu'alam..



p/s: bila la nak beli kamera RM3k nih..hoho~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maaf!

bismillah...

Maafkan saya...

Maafkan saya...

Maafkan saya...

Buat Cik Naimah dan Incik Farouk, kalau terbaca Qalam dhaif ni tolong maafkan saya yer...

Maaf..

Maaf..

Maaf sekali lagi..


p/s: moral of da story, jangan selalu buruk sangka yer kawan-kawan! Nanti hilang kawan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baik,Baik Dan Baik...

bismillah...


Saya nak jadi baik,


Saya nak jadi perempuan baik-baik,


Saya nak jadi yang baik-baik jer,


Saya nak sangat jadi yang terbaik,


Saya memang nak jadi baik,


Cik Nur tak baik ker?


Takde la baik sangat,


Baik sikit kot....ekeke,


Tak cukup baik lagi ker?


Ha'ah..memang pun,


Nape plak?


Sebab Cik Nur banyak buat silap,


Cik Nur bukan malaikat pun,


Bleh ker saya jadi baik?


Bleh jer,


Tapi takkan nak jadi baik sokmo,


Nakal la sikit2..ehehe,


Ni ape hal Cik Nur buat entri merepek ni?


Entah,


Cik Nur tengah pikir2 nih,


Bleh ke Cik Nur jadi baik,


Ah! Cukop2 la tu,


Wassalam...


"Akal itu adalah menteri yang menasihati, hati itu adalah raja yang menentukan, harta itu adalah tetamu yang akan berangkat dan kesenangan itu adalah suatu masa yang ditinggalkan."



p/s: gangguan emosi sikit...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salah Satu Tanda...

bismillah...




Antara tanda-tanda kiamat,

(1) wafatnya Nabi Muhammad SAW,

(2) penaklukan Baitul Maqdis,

(3) wabak kematian (penyakit yang menyerang haiwan dan menusia sehingga mati mendadak) yang menyerang kalian bagaikan wabak penyakit qu'ash yang menyerang kambing dan manusia.

(4) melimpahnya harta hingga seseorang yang diberikan kepadanya 100 dinar, ia tidak rela menerimanya,

(5) timbulnya fitnah yang tidak meninggalkan satu rumah orang Arab pun melainkan pasti memasukinya, dan

(6) terjadinya perdamaian antara kalian dengan bani Asfar (bangsa Romawi), namun mereka melanggarnya dan mendatangi kalian dengan 80 kelompok besar pasukan. Setiap kelompok itu terdiri dari 12 ribu orang.


p/s: sebenarnya saya nak highligh tentang penyakit tu jer. Maklum la gelombang H1N1 yang kedua telah menyerang kembali. Sekarang ni saya bercuti sebab rasa tak sihat. Tambah2 pulak dah ada kes kematian terbaru akibat H1N1, iaitu kematian seorang ibu dan anaknya yang sedang sarat mengandung. Rumah mereka sebenarnya tak jauh dari tempat tinggal saya. Sekarang dalam keadaan berjaga-jaga, demam sikit terus kena tahan wad. Tak tahulah nak pergi hospital atau tak sebab taknak kena tahan..thehehe...bleh ker gitu...

p/s lagi: saya mungkin tak dapat meng'update'kan QalamCahaya selama beberapa hari. Kalau lebih dari seminggu saya tak update, sila sedekahkan Al-Fatihah untuk saya...isk3...

lagi-lagi p/s: ahh! malas nak taip lagi. tak larat dah.. Salam sayang untuk semua....Assalamualaikum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anugerah Bintang Popular dan Anugerah Allah...

bismillah....



Segala puji bagi Allah yang maha mendengar serta maha melihat. Segala puji bagi Allah yang maha memberi pertolongan. Segala puji bagi Allah yang memberi kelancaran pada majlis Anugerah Bintang Popular 2009 yang berlangsung malam tadi. thehehe...

Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan dengan izin Allah. Buatnya tiba2 bumbung runtuh ker, kena bom ker,tak ker haru biru dibuatnya. Takut artis2 yang terlibat tak boleh nak lari laju2 sebab kain sendat sangat ditambah pula dengan barang kemas yang berat2 (nak naik tangga pentas tu pun macam tersangat seksa jer sebab takleh nak bukak langkah luas2). Bertambah payah la nak selamatkan diri.. Syukur, semua tu tak berlaku. Kerana apa? Kerana Allah masih sayangkan mereka semua (termasuk saya dan anda).

Selesai sahaja Buletin Utama, semua dah dok mengadap tv. Memang acara seperti ini bagaikan magnet tanpa kutub yang boleh menarik jutaan penonton termasuklah hamba dhaif, Cik NurQaseh ni..hoho~ Saya pun tak pernah tertinggal untuk menonton ABP ini saban tahun(tapi solat sunat taubat 2 rakaat setahun pun susah nak buat). Ianya satu majlis anugerah yang sangat berprestij di Malaysia dan amat berkesan dalam memilih artis mana yang layak mendapat anugerah. Sehinggakan solat isya' juga sengaja dilambat-lambatkan dek penangan ABP. Kalaulah Allah menarik nyawa saya malam tadi tanpa sempat saya menunaikan kewajipan yang satu itu, alangkah ruginya saya.

Daripada hos, para pemenang, persembahan nyanyian, hinggalah ke pakaian artis2 menjadi bualan sepanjang anugerah itu berlangsung(dan sambung sampai ke esok pagi utk acara umpat-mengumpat di ofis, di pasar ikan, kedai runcit, juga di sekolah). Ala,biasa la tu...cam tak biasa plak...

Yang sebenarnya, saya amat cemburu akan kecantikan artis2 Malaysia nih. Muka cun melecun, kulit putih gebu, rambut pun cantik berkilat, badan die pehhh...solid habis. Ini la masanya nak tunjukkan anugerah2 yang Allah beri. Lalu, anak buah saya yang berusia empat tahun bagaikan terpukau dek kecantikan artis2 tersebut.

"Acu,nanti Cicah dah besau Cicah nak jadi macam akak Steksi bleh?" kata Cicah sambil menunjukkan penyanyi Stacy yang sedang terkinja-kinja di atas pentas. (Stacy tu die panggil Steksi..hua3)

Hmmm...terlopong seketika mendengar pengakuan kanak2 comey itu. Nak marah, budak lagi. Nak bagi nasihat, pun budak lagi..bukannya dia paham. Senyum jela, habih citer... Lihatlah bagaimana besarnya peranan artis dalam masyarakat sekarang. Kalau dulu bila cikgu tanya tentang cita-cita, tak seorang pun yang akan jawab nak jadi artis. Kalau adapun mesti kena 'brainwash' dengan cikgu tersebut. Tapi sekarang, masyarakat dah tak kisah tentang semua itu. Ibu bapa pun dah ramai yang hantar anak2 pergi kelas vokal dan kelas muzik...lepas tu masuk pertandingan menyanyi.

Kalau suara2 merdu kanak-kanak itu semua digilap dalam bidang taranum al-quran, qiraat dan yang sama level dengannya kan lebih elok. Sudah semestinya ilmu akhirat itu lebih penting dari ilmu dunia yang anugerahnya cuma dapat di dunia (tu pun kalo dapat la. Kalo dah sampai berkurun jadi penyanyi tapi tak dapat pape tak tau la nak cakap camner).

Yang saya agak 'kagum' dengan ABP semalam ialah bagaimana mereka yang berpakaian seksi dan seksa tersebut membacakan Al-Fatiha untuk Allahyarham Din Beramboi. Boleh ke macam tu? Saya rasa macam agak tak sopan pula. Apa pun Allah sahajalah yang layak menilai hamba2-nya. Mana tahu suatu hari nanti Allah beri petunjuk kepada mereka, dapatlah mereka menjadi ahli syurga, insya'allah. Dan siapa tahu,saya pula yang Allah uji keimanannya lalu saya jatuh tersungkur di kaki neraka, na'udzubillah..minta dijauhkan...

"Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka mereka layak menerima bala Allah SWT . Antara 15 perkara itu ialah..., orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari2) alat2 yang melalaikan(muzik)"
-Hadis Riwayat Tarmidzi-

Sesungguhnya dunia ini sudah dipenuhi dengan hiburan2 yang melalaikan. Dan itu adalah salah satu tanda bahawa betapa hampirnya kiamat. Sentiasalah berdoa agar Allah sentiasa melindungi kita dari kelalaian, bukan untuk diri kita sendiri bahkan untuk semua umat Islam. Kerana apabila didalam kubur itu nanti kita akan ditanya siapa saudara mu..dan anda sendiri tahu jawapannya. Usah disalahkan mereka yang anda lihat terlalu asyik dengan hiburan kerana mereka sebenarnya sedang diuji. Maka sama-samalah berdoa semoga kita semua sentiasa beroleh hidayah dari Tuhan Maha Yang Esa..

"Demi Zat yang menggenggam jiwaku, sekiranya kalian tidak pernah membuat dosa nesacaya Allah akan mematikan kalian dan digantikan dengan kaum yang berbuat dosa, lalu mereka memohon ampun kepada Allah dan Allah mengampuni mereka."

Allahu'alam...


p/s: Cik NurQaseh suka karaoke...tapi dalam bilik air jer...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ape Ni Pakcik..!!!!

bismillah...

Segala puji bagi Allah yang masih memanjangkan umur Cik NurQaseh dan memberi peluang kepada saya untuk menghasilkan entri yang ke-3 pada hari ini.. Mwahaha..3 entri satu hari taw! Kalau datang rajin Cik NurQaseh ni, nak buat namblas puluh tiga ratus entri satu hari pon boley...

Tanpa merepek dengan lebih jauh, saya sebenarnya nak berkongsi satu kisah yang berlaku baru-baru ini. Kelmarin saya menemani sahabat saya ke sebuah farmasi untuk membeli ubat selsema. Sahabat saya, Naimah mengalami masalah selsema yang teruk dan mengakibatkan beliau terpaksa dikejarkan ke rumah sakit pada keesokan harinya..(auta jer nih)

Apa yang saya ingin kongsikan sebenarnya adalah tentang pemilik farmasi tersebut. Ianya adalah satu2 nya farmasi orang Melayu yang ada di pekan saya. Pada mulanya saya agak berat untuk ke sana,tetapi disebabkan Naimah sudah tidak tahan lagi dengan hingusnya yang berjejeran, maka terpaksalah saya melangkah ke tempat yang 'amat mengerikan itu'.

Sudah tiga tahun saya tidak menjejakkan kaki ke farmasi tersebut kerana saya tiga tahun yang lalu saya nekad untuk tidak ke sana lagi. Saya namakan pemilik farmasi itu sebagai En. Rahim(bukan nama sebenar..hehe). Sebenarnya saya pernah bekerja disitu sebagai pembantu farmasi selama beberapa bulan selepas tamat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Bosan duduk dirumah,saya mengambil keputusan bekerja disitu bersama sahabat saya, Nisa'.

Pada awal bulan pertama kami bekerja, en.Rahim mengajar kami tentang ubat-ubatan. Kami tiada masalah denga en.Rahim. Saya lihat beliau seorang yang alim dan warak kerana tidak pernah meninggalkan solatnya dan juga sering mengingatkan supaya tidak mengabaikan waktu solat. Beliau ialah salah seorang jemaah tabligh yang aktif suatu ketika dahulu. Kami pada mulanya amat menyenangi beliau.




Oleh kerana itu, saya mengabaikan satu pesanan salah seorang bekas pekerjanya semasa saya mula2 bekerja disitu. Jika saya 'alert' dengan pesanan bekas pekerja tersebut, mungkin kejadian yang tidak kami jangkakan tidak akan berlaku. Namun semua ini ketentuan Allah, kami redha. Masih terngiang-ngiang kata-kata kak Sara (bekas pekerja tu).

"hati-hati kalau keje kat sini. En.Rahim tu 'besar selera' dia".

Saya menganggap kak Sara cuma bergurau ketika itu. Sejurus selepas saya dan Nisa' sah menjadi pembantu farmasi disitu, Kak Sara terus berhenti bekerja. Pada bulan ke-2 kami bekerja, en.Rahim mula menunjukkan simptom-simptom penyakit 'gatal-gatal' (paham2 suda). Beliau sudah mula bercerita tentang hal-hal 'dalam kain'.. Kami masih lagi boleh bersabar dan bersangka baik, "orang tua ni nak cakap pasal pil viagra agaknye." Tapi...

Selepas itu beliau sudah mula menunjukkan belang yang sebenar. Saya pernah beberapa kali cuba disentuh oleh en.Rahim, tetapi disebabkan saya anak pendekar seni silat cakar beruang, maka dapatlah saya mengelak dan menepis 'serangan2' beliau itu. Nisa' sahabat saya juga begitu.

Pernah suatu hari en.Rahim bermonolog dengan saya, "Nur, kalau saya tak kawin dengan kak Fara, da tentu saya kawin dengan Nur".

Uwweeekkkkss...!!!! wek wek wek..!!

Termuntah saya di dalam hati (bleh ker gitu..haha). Kak Fara adalah isteri kedua en.Rahim yang berumur 28tahun ketika itu. Tak dapat saya bayangkan bagaimana en.Rahim boleh berfikiran jauh seperti itu. Dan tak dapat saya bayangkan juga jikalau saya menjadi 'isteri' muda en.Rahim yang ketika itu berumur 58tahun!

Kemuncak kami berada di 'neraka ' tersebut ialah ketika Nisa' sedang menyusun ubat-ubatan di atas rak seorang diri, manakala saya sedang mengambil sampel2 ubat di dalam bilik simpanan. Sedang saya mengambil sampel2 ubat tersebut, tiba-tiba saya terdengar jeritan Nisa'...

"Ape ni pak cik!!!! Tak suke laaa!!!"

MasyaAllah, Nisa hampir dicabul kehormatannya... Dengan serta merta saya bergegas mendapatkan Nisa' yang sedang menangis teresak-esak serta menariknya keluar dari farmasi. Sempat juga saya mengambil tempat pita pelekat yang diperbuat dari besi, lalu saya hayunkan ke arah en.Rahim..

Kami berhenti kerja serta merta. Fuhh, ngeri woo.... Alhamdulillah, Allah menyelamatkan kami berdua. Dan pada malam itu juga, sahabat2 lelaki yang sekelas dengan kami semasa tingkatan enam pergi menyerang en.Rahim. Enam lawan satu.. Saya jangka akan terjadinya pergaduhan bak filem tamil yang sering kita lihat tapi...

"Pakcik..saya ni bukan ape, saya cume nak pakcik sedar pakcik tu dah tua. Malu la kat masyarakat." Kata Hafiz, ketua samseng kelas 6 Atas Kemanusiaan.

Pehhh...punye la lembut ayat budak2 nih.. Sempat lagi tarbiyahkan orang tua tu. Patutnya ganyang jer orang tua tak sedar diri tu. Sebelum sahabat2 saya pulang, mereka memberi amaran kepada en.Rahim agar tidak mengulangi perbuatan tersebut serta kembali ke jalan Allah.. (baiknye korang...hahaha...tak samseng la camnih)

Dan selepas tiga tahun kejadian itu berlaku, saya sekali lagi menjejakkan kaki ke farmasi tersebut. Selamber jer saya masuk.. Apabila en.Rahim melihat kelibat saya serta merta beliau terduduk dan mengurut dada. Lalu beliau mengarahkan pembantu beliau melayani Naimah dan beliau terus masuk ke bilik. Ada titis2 dingin di kelopak matanya...

Sebenarnya,saya sudah pun memaafkn en.Rahim atas sikapnya yang suka mengambil kesempatan. Tidak ada langsung niat untuk membenci atau mahu membalas dendam. Allah itu Maha Pemaaf, apatah lagi saya yang hanya seorang hamba.....maafkanlah.... Dan Nisa' pula masih dibayangi peristiwa itu...

Allahu'alam...


p/s: ayah saya bile dengar jer saya kena kacau, dengan serta merta adrenalin beliau naik mendadak. Malam tu sebenarnya ayah dah rancang nak pergi tarik janggut en.rahim, tapi dibatalkan niatnya kerana ade orang datang rumah.hehehe...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nak Tolong Promote Sikit....ehe...

Bismillah....

Segala puji bagi Khaliq yang masih memberi peluang kepada pemilik blog dhaif QalamCahaya ini untuk terus memberi inspirasi kepada anda semua.. (hua3...inspirasi ape ntah).

Semalam, sedang saya termenung jauh memikirkan masalah negara, abang posmen secara tiba2 menyergah saya menyebabkan lamunan saya terhenti. Lalu abang posmen tersebut mengeluarkan bunyi hilaian jembalang tanah yang sangat dasyat (kuang ajau posmen nih). Walaupun begitu,kedatangan beliau memang amat2 saya nantikan...hehe...
Kemudian abang posmen merangkap sepupu saya itu pun mengeluarkan satu bungkusan yang berisi baju...hehe lagi...

tadaa...

Todia jubah yang dibeli dari seorang sahabat blogger saya iaitu pemilik blog Aumuni's Shop...selepas membuka bungkusan itu dengan sangat rakus, saya pun terus mencuba jubah tersebut dan saya amat berpuas hati dengan hasilnya. Cuma saya perlu menjahit sedikit kelim dibahagian bawah jubah kerana saiz saya yang pendek kemetot tapi comey :p... Wahaha..betapa anggunnya saya rasa apabila mengenakan jubah hitam bersaiz M tersebut.

Apa pun terima kasih kepada Kak Aisya kerana memberikan perkhidmatan terbaik serta mutu barangan yang dijual juga amat berkualiti (betol, tak tipu punye..). Sempat juga beramah mesra dengan Kak Aisya dan berbalas-balas SMS untuk merapatkan lagi sillaturrahim antara kami. (Lain kali ana beli lagi ye kak, jangan lupe bagi diskaun skali..mwahaha)


Allahu'alam...



p/s: sape2 nk beli baju muslimah, tudung, handbag dan purse bleh jenguk2 kat sini. harga amat2 berpatutan. Tak payah keluar duit minyak gi shopping complex. Duduk jer depan laptop dan pilih yang mana anda suka...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nur Majnun Lagi...

bismillah...


disini hamba berlari
duduk serta berdiri
meniti hari-hari yang sepi
sendiri...dan terus sendiri
masih kosong jiwa, kosong hati
meski mereka ada disisi
pengubat rindu kala sunyi
tapi hakikatnya hamba ini
selalu berdelusi
keliru antara realiti dan fantasi
letakkanlah harta menggunung tinggi
hadirkanlah lelaki-lelaki
yang punya iman penuh dihati
gugurkanlah bunga-bunga harum mewangi
turunkanlah dingin titis air mata bidadari
hiaskanlah kamar-kamar indah bak syurgawi
sungguh!!
hamba ini tidak peduli..
makin jauh hamba melangkahkan kaki
makin hamba tidak mengerti
apa sebenarnya yang dicari
ya Muta'aalii...!! Kau yang maha tinggi
tolonglah hambaMu ini
hamba gila yang minta dicintai
ya Hayyu...!! Kau yang menghidupkan sesudah mati
berapa lama lagi hamba akan terus begini
ya Nuuru...!! hanya Kau yang menerangi
cahaya terang yang hamba nanti
entah bila hambakan pergi
pergi menghadap Al-Baqii
yang sangat hamba rindui




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tanya Sama Itu Burung...(- -")

bismillah....



Segala puji bagi Allah yang menurunkan hujan di malam yang indah ini. Segala puji bagi Allah yang menciptakan jari jemari kontot Cik NurQaseh untuk sekali lagi meng'update'kan QalamCahaya yang dhaif ini. Segala puji bagi Allah yang memercikkan sedikit semangat dalam diri Cik NurQaseh untuk terus menulis.

Yang sebenarnya, saya tak rancang pun nak tulis entri malam ni. Tapi bagaikan ada yang menarik2 saya untuk duduk terpacak didepan laptop yang saya sayangi. Terngiang-ngiang kata2 sahabat saya, "Wake up!!! jangan berhenti menulis Nur!!" bersemangat je bila dengar...wahahaha..sape la yang bagi semangat kat Cik NurQaseh ni yer..

Ok2, tak nak merepek2 lagi dah...saya sebenarnya sedang minum air kacang soya yang lazat giler sambil mendengar lagu M.Nasir.. hoho~ (CIk NurQaseh memang minat kat M.Nasir sebab lagu2 dia halus seninya). Pernah dengar lagu Tanya Sama Itu Hud-hud?


Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margas tua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"


Sekali dengar macam pelik je lirik ni kan? Tapi sebenarnya lagu tersebut mempunyai maksud yang sangat medalam. Ayat2 sasteranya best giler pada saya. Kita pergi ke rangkap yang pertama,

tujuh puluh tiga pintu,
tujuh puluh tiga jalan,
yang sampai hanya satu jalan.

Maksudnya, pada akhir zaman ini umat islam akan berpecah kepada 73 golongan dengan 73 mazhab. Hanya satu golongan sahaja yang akan masuk syurga iaitu Ahlu Sunnah Wal Jamaah..

Rangkap kedua pula,

beribu-ribu margastua,
mencari raja si muraq,
yang sampai hanya tiga puluh.

Siapa si Muraq ni?? Muraq tu raja laa..kan da cakap da kat atas tu..haha. Ia menceritakan tentang pengembaraan burung hud-hud yang mencari raja Muraq. Kisah ni kalau tak silap berdasarkan syair lama Parsi yang bertajuk Mantiq Al-Tayr yang ditulis oleh Farid Ud-din Attar. Kitab tu sebenarnya adalah kisah pengembaraan spiritual yang beliau lalui semasa mencari hakikat hidup. Bacala kitab tu sendiri..hoho~

Rangkap ketiga pula,

lihat dunia dari mata burung,
atau dari dalam tempurung,
yang mana satu engkau pilih,
dalam kalut ada peraturan,
peraturan mencipta kekalutan,
dimana pula engkau berdiri....disini.

Saya rasa rangkap ketiga ni menceritakan tentang pilihan yang kita ada. Nak jadi burung atau nak jadi katak bawah tempurung.. Burung melambangkan kebebasan. Burung terbang hingga ke hujung ceruk dunia, sudah tentu banyak ilmu dan pengalaman yang ditimba. Sebaliknya dengan katak...tafsirkan la sendiri...huhu.

Peraturan manusia pula boleh diubah2 mengikut zaman. Peraturan manusia sudah pastinya tidak sempurna, maka dalam peraturan itu sebenarnya menimbulkan banyak kekalutan kerana banyak menyebelahi sesetengah pihak. Peraturan2 yang ditulis di dalam Al-Quran itulah satu2nya peraturan yang terbaik.

Rangkap keempat la pulok,

Ooh sang algojo,
Ooh nanti dulu...

Sape sang algojo nih? Sang algojo ni sebenarnya ialah orang yang menjatuhkan hukuman mati. Sang algojo dalam lagu ini mungkin terarah kepada Malaikat Maut. Lebih kurang macam ni la percakapan watak dalam lagu tu dengan malaikat maut... Oo0h malaikat maut, nanti dulu! jangan ambil nyawaku. Aku belum bertaubat lagik!!! (mandai2 jer)

Berikan ku kesempatan akhir ini,
untuk menyatakan kalimah sebenar,
berikan ku kesempatan akhir ini,
lai lai la lai lai..

Mungkin watak dalam lagu tersebut mahu malaikat maut memberikan kesempatan kepadanya unutk mengucapkan kalimah syahadah. Uikss...dah nak mati dah, bila tiba saatnya, takkan terlambat walau sedetik pun.

Rangkap akhir,

tanya sama itu hud-hud,
lang mengsilang,
kui mengsikui,
kerana dia yang terbangkan aku kemari.

Yang ni agak penin sikit nak mentafsirkannya. Kenalah baca kisah Mantiq Al-Tayr (musyawarrah burung)...rajin2 lah membaca yer..


Allahu'alam...


p/s: Esok kite dengar lagu Ramli Sarip pulok... ZzzzzzZZZzzzzz.....




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nur Majnun...

bismillah...


siapakah nur?
nur ialah seorang hamba
apakah nur?
nur adalah suatu cahaya
hamba dan cahaya
amat jauh berbeda
ibarat debu dan permata
hamba ini penuh dosa
tak setanding namanya
diberi segala kurnia
tapi sering saja alpa
lupa bersyukur padaNya

nur, hamba dan cinta
hamba ini mencari cinta
lebih dari cinta yusuf dan zulaikha
hatta cinta adam dan hawa
ahh! nur itu gila!
masakan hamba sepertinya bisa mendapat cinta
butir zikirnya saja boleh dikira

nur si cahaya,
cukuplah hamba ini menjadi pelita
dibakar sumbu hilanglah gelita
walau tidak seterang mana
kerana itu takdir si cahaya
juga takdir seorang hamba...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dua Tiga Kucen Berlari...Mana Nak Sama Si Kucen Kurap...

bismillah



Pe pandang-pandang...i tau la i cantik...




Heyy, pe ngendap2 i nak buang ayor nih!!




I tak tau la nape i kena seksa camnih...ingat cun ker??




Grrrr....i tak suke mandi..nape la diorang ni tak paham2..




I bukan bulldog...i suci taw...




I nak pegi carik ikan jap...jap jer...




Nape i macam nak bertukar jadi kanggaroo jer nih...




Amacam. Buruk tak i? Nak buat macam mane je...i bersyukur pe yang i ade...




I ni bunting da namblas lapan puluh ratus bulan dah...tapi nape tak beranak2 jugak yer...



I guna ubat gigi mukmin...bersih dan suci u... awww...



Nampak tak tulang2 i? ade macam zombi tak?



Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebgai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu.

Dalam kisah yang lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah, ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Bahkan kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan sangatlah serius, dalam sebuah hadis shahih Al bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.
Beberapa diantara orang terdekat nabi juga memelihara kucing. Aisyah binti Abu Bakar As siddiq, istri nabi amat menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Abdurrahman bin sakhr al Azdi. diberi jolokan Abu Hurayrah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Dalam buku yang berjudul Cats of Cairo, Baybars al zahir, seorang sultan dari dinasti mamluk yang terkenal tegas dan berani, ternyata sangat menyayangi kucing. Bahkan al zahir sengaja membangun taman-taman khusus bagi kucing dan menyediakan berbagai jenis makanan didalamnya.

Baybars Al Zahir, sultan dinasti mamluk yang mendirikan taman-taman untuk kucing.

Tradisi ini akhirnya menjadi adat istiadat di berbagai kota-kota besar negara islam. Hingga saat ini, mulai dari Damaskus, Istanbul, hingga ke Kaherah, masih boleh kita jumpai kucing-kucing yang berkeliaran di sekitar masjid2 tua dengan berbagai macam makanan yang disediakan oleh penduduk setempat.

Pengaruh Kucing dalam Seni Islam.

Pada abad 13, sebagai manifestasi penghargaan masyarakat islam, rupa kucing dijadikan sebagai ukiran cincin para khalifah, termasuk porselin, patung hingga mata wang. Bahkan didunia sastera, para penyair tak ragu untuk membuat syair bagi kucing peliharaannya yang telah berjasa melindungi buku-buku mereka dari gigitan tikus dan serangga lainnya.


Kucing yang memberi inspirasi bagi para sufi.

Seorang Sufi ternama bernama Ibnu Bashad yang hidup pada abad ke sepuluh bercerita, suatu saat ia dan sahabat-sahabatnya sedang duduk melepaskan lelah di atas atap masjid kota Kaherah sambil menikmati makan malam. Ketika seekor kucing datang kepadanya lalu Ibnu bashad memberi sepotong daging kepada kucing itu, namun tak lama kemudian kucing itu balik lagi, setelah memberinya potongan yang ke dua,dalam diam-diam ibnu bashad mengikuti kearah kucing itu pergi, hingga akhirnya ia sampai d isebuah atap rumah, dan didapatinya si kucing tadi sedang memberi sepotong daging yang diberikan ibnu bashad kepada kucing lain yang buta kedua matanya. Peristiwa ini sangat menyentuh hatinya. hingga ia menjadi seorang sufi sampai ajal menjemputnya pada tahun 1067.

Ada juga cerita tentang seorang sufi di Iraq yang bernama Shibli, ia bermimpi dosa-dosanya diampuni setelah menyelamatkan nyawa seekor anak kucing dari bahaya. Selain itu, ahli sufi juga percaya, bahwa dengkuran nafas kucing memiliki irama yang sama dengan zikir kalimah Allah.


Adakah manfaat kucing bagi dunia ilmu pengetahuan?

Salah satu kitab terkenal yang ditulis oleh cendikiawan muslim pada masa dahulu adalah kitab Hayat al Hayaawan yang telah menjadi inspirasi bagi perkembangan dunia zoologi saat ini. Salah satu isinya mengenai ilmu medik,ramai para doktor muslim pada masa dahulu yang menjadikan kucing sebagai terapi medik untuk penyembuhan tulang. Melalui dengkuran suaranya yang setara dengan gelombang sebesar 50 hertz. Dengkuran tersebut telah menjadi frekuensi optimal dalam menstimulasi pemulihan tulang.

Tak hanya ilmu pengetahuan, bangsa barat juga banyak membawa berbagai jenis kucing dari timur tengah, hingga akhirnya kepunahan kucing akibat mitos dan sihir dapat diselamatkan.

Di tempat Cik NurQaseh pulak, kucing adalah haiwan yang menjadi rebutan warga asing sehinggakan kucing jiran sebelah masuk dekat kawasan rumah mereka pun habis di'kidnap'. Untuk apa mereka meng'kidnap' kucing2 belaan tersebut? Ini kerana....mereka adalah pemakan daging kucen... buuueekkkkss!!!

p/s: Cik NurQaseh dah takde kucen da...Dulu ade patbelas ekor, tapi semua dah kiok sebab sakit tua...ish3...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Melukis Bukan Kerna Nama...ecece..

bismillah...

Tolonglah...tolong la jangan paksa2 saya.. Bengang giler kalau ada orang yang menggunakan unsur2 paksaan terhadap cik NurQaseh yang tak bersalah ni. Memang tekanan yang melampau-lampau sebab saya jenis yang tak suka dipaksa walaupun paksaan tu berunsur gurauan..

Kepada customer2 saya yang sedang menanti hasil lukisan saya harap bersabarlah hendaknya. Tak sampai berapa hari dah mintak drawingnye. Idea pun tak dak lagi.. Ingat suke suki jer ke nak lukis tak tentu pasal. Semalam baru siap satu lukisan, customer tu cakap nak gantung kat dinding opis dia.. Dia nak yang abstrak and colourfull, nah! hambek kaw... Gantunglah kat mana-mana pun, nenek saya tak marah. Bersengkang mata saya membuat karya tersebut.




Banyak cabaran yang terpaksa saya tempuh semasa menyiapkan hasil seni tersebut antaranya ialah diganggu oleh makhluk2 Tuhan yang seolah-olah merelakan telinga mereka dipiat.. Kecik jer tengok budak2 ni..memang rasa nak terkam pastu baling kat luar rumah. Dah nak maghrib nanti ambek bawak masuk dalam rumah balik...erk! bleh ke gitu??

Mak pulak, asyik panggil 'dakdekkkk....!!!!'.. Kalau slow ala2 romantik takpe la,ni sikit punye kuat.. dakdek gi kedai beli telur, dakdek gi tanam sayur, dakdek gi basuh slipar, dakdek gi siang musang, dakdek gi bagi biawak makan,...bila masa plak lukisan dakdek nak siap ni mak???

Lagi sorang customer tu macam tak paham2 lak, lagi mau paksa2.. "nak jugak! nak jugak! Abg tak kire ko siap kan jugak gambar abg cepat2." Sekeh pale tu kang.. Pastu bila tengok saya macam dah bengang je boleh plak gelak2. Memang rasa nak melotop time tu juga.. Hish,tensen yang amat..




Kalau saya berkarya untuk orang lain, saya amat2 perlukan ketenangan. Yelah,kalau orang tu nak lukisan yang ceria dan sejuk mata memandang, masa tu pulak jiwa saya tengah kacau.. Alamatnya memang tak jadi le. Lain la kalau saya sendiri yang tentukan 'mood' lukisan tersebut. Nak tonggang terbalik ke apa ke saya tak kesah asalkan ada nilai2 artistik dan mempunyai makna yang tersendiri. Saya tak peduli tentang bayaran, tapi kepuasan tu yang saya inginkan. Memang puas bila dah siapkan sesuatu kerja tu dengan baik, hasilnya pun insyaallah bagus.

Tapikan...tak lama dulu ada la seorang sahabat ni berkata, tak baik lukis gambar potret nanti kat akhirat muka2 yang kita lukis tu mintak nyawa kat kita. Saya pun tanya la ostat2 dan tok2 imam saya yang setia dibelakang saya. Mereka kata memang benar, ada hadis yang mengukuhkan dalil tersebut. Tak senang duduk saya dibuatnya.. Hampir beberapa bulan jugalah saya menahan tangan saya dari melakar wajah2 manusia di atas kanvas. Tapi last2 tak boleh tahan jugak...tak tau la nak buat macam mana lagi.

Sejak bila Cik NurQaseh suka berkarya? Sejak dalam rahim mak lagi saya memang suka sangat2 melukis....habis dinding2 perut mak saya conteng.. Saya tak pernah belajar melukis secara formal pun. Pendidikan seni masa sekolah rendah tu adala...Alhamdulillah,bakat kurniaan tuhan ni amat2 saya syukuri.




Kalau saya ada rezeki lebih,saya nak beli kamera yang harga ribu2 tu. Nak jadi photographer, bukan sebab duit tapi sebab minat. Pastu saya nak buka galeri seni saya sendiri (ada ke orang nak tengok??). Nak lukis gambar best2 dalam masa yang sama nak snap gambar yang best2 jugak. Kalau boleh nak gi Palestin, nak tangkap gambar suasana di sana. Kata orang, sekeping gambar boleh menceritakan seribu persoalan. Banyak betul angan2...dan saya akan jadikan kenyataan sedikit demi sedikit.

Buat masa ni saya lukis acrylic painting dan potret tanpa warna. Karya2 saya takde la sehebat mana, amatur.. Hanya untuk2 suka2 jer. Jadi kepada customer2 tetap saya..tolonnggg laa,tolongg la sabau yer.. Jangan paksa2 saya, tau la saya menyiapkan lukisan2 anda tu semua. Tak pasal2 saya sakit kepala terus tak jadi buat ape2.




p/s: "dakdek" tu adalah nama panggilan saya dikampung nih. Gabungan budak+adek= dakdek (^_^)v

*lukisan2 yang kat atas tu sume bukan saya yang lukis yer...thehehe...tu incik google bagi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya Buang Anak, Anak Buang Saya

bismillah...

Mak dan ayah, kenapa mak dan ayah marah saya? Kenapa marah sangat bila saya mengandung? Inikan cucu mak dan ayah juga... Cuma bezanya dia anak luar nikah.

Kenapa mak dan ayah buang saya sekarang hanya kerana saya mengandung anak luar nikah? Kenapa mak dan ayah tak buang saya semasa saya baru lahir? Tidaklah nanti saya menconteng arang ke muka mak dan ayah.

Kenapa mak dan ayah bertanya KENAPA saya jadi begini? Bukankah dahulu mak dan ayah yang memberi kebebasan kepada saya.. Saya jadi begini kerana nikmat kebebasan yang mak dan ayah berikan.

Bukankah dahulu mak dan ayah tidak pernah melarang saya berkawan dengan teman lelaki saya? Mak dan ayah merestui hubungan kami bukan? Hinggakan ke mana saja kami pergi mak dan ayah tak kisah kerana percaya dia boleh menjaga saya, asalkan tidak pulang lewat malam. Tahukah mak dan ayah tempoh yang mak dan ayah berikan itu sudah cukup untuk kami berzina?





Kenapa mak dan ayah terlalu mempercayai saya hanya kerana saya bertudung dan belajar agama? Apakah mak dan ayah percaya saya akan mengikuti jejak langkah mak dan ayah yang taat pada agama itu hanya kerana saya seorang pelajar yang mengambil kos Al-Quran dan Sunnah? Lupakah mak dan ayah pada bait-bait lagu Raihan "Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa"..?

Kenapa mak dan ayah membenci teman lelaki saya sekarang sedangkan dahulu dialah yang menjadi kesayangan mak dan ayah. Dialah yang diharap-harapkan dapat menjaga saya sepanjang saya berada di luar pemerhatian mak dan ayah.

Kenapa mak dan ayah baru hendak mengetahui perkembangan saya padahal dahulu mak dan ayah jarang sekali bertanya khabar saya. Soalan yang mak dan ayah ajukan cuma, "cukupkah duit belanja kamu?".

Kenapa baru sekarang mak dan ayah menyuruh saya memakai tudung dan menutup aurat sedangkan dahulu mak dan ayah tak kisah pun bila saya mewarnakan rambut saya. Jawapannya, "biasalah budak2 remaja memang suka bergaya." Tidakkah mak dan ayah sedar bahawa teman lelaki saya amat terangsang melihat mahkota dan liuk lentuk tubuh saya yang berbalut seluar jeans sendat dan baju baby T yang mak dan ayah belikan?

Kenapa baru sekarang mak dan ayah menyuruh saya bertaubat? Kenapa baru sekarang mak dan ayah marah serta menuduh saya tidak tahu malu kerana berzina? Bukankah mak dan ayah sendiri lalai dalam menunaikan solat dan hal itu saya kira mak dan ayah sendiri tidak malu kepada Tuhan. Salahkah saya mengikuti jejak langkah mak dan ayah?

Kenapa mak dan ayah sibuk mentarbiyah masyarakat agar kembali kepada Allah sedangkan anak2 mak dan ayah dirumah ini pun jarang2 solat berjemaah di rumah bersama-sama lantaran kesibukan mak dan ayah berdakwah di luar sana..

Kenapa mak dan ayah mahu menyekat kebebasan saya? Kenapa baru sekarang mak dan ayah mahu merampas telefon bimbit saya sedangkan telefon itulah yang mak dan ayah berikan sebagai ganjaran kerana saya cemerlang dalam pelajaran. Tahukah mak dan ayah dengan telefon itu saya menghubungi teman lelaki saya siang dan malam, berjanji setia dengannya, merancang tarikh dan masa untuk keluar bersama, dan dengan telefon itulah saya menghantar MMS gambar2 saya untuk tatapan teman lelaki yng saya cintai.

Kenapa mak dan ayah tidak dapat menerima kandungan saya? Patutkah saya menggugurkan saja anak yang tidak berdosa ini atau membuangnya apabila lahir kelak? Saya buntu...





Sekarang saya bakal menjadi ibu kepada anak teman lelaki saya. Bagaimana saya harus menghadapinya? Sudah tentu mak dan ayah tidak mahu menerima saya mahupun bayi ini... Saya sudah ambil keputusan, saya tidak mampu untuk membayar kos menggugurkan kandungan ini tapi apabila dia lahir kelak saya akan membuangnya sebagai mana mak dan ayah membuang saya kerana saya berzina.

Saya tidak mahu nanti apabila bayi ini dewasa kelak, dia pula yang membuang saya...

Kenapa mak dan ayah menangis...???

Kerana saya bukanlah anak yang baik...tapi tidak sedikit pun saya berharap untuk menjadi duri dalam kehidupan mak dan ayah bahkan sekalipun saya tidak pernah minta untuk dilahirkan ke dunia ini... Saya tidak tahu apa2 ketika keluar dari rahim mak. Saya cuma salah seorang bayi yang comel diantara berjuta-juta bayi yang ada. Saya membesar mengikut acuan yang mak dan ayah cipta untuk saya... Besar sangatkah kesalahan saya?


Maafkan saya mak dan ayah...
Maafkan ibu,anakku...





p/s:kadangkala ada ibu bapa yang kurang 'alert' dengan masalah anak2 remaja mereka..nah, sekarang saya senaraikan perkara2 yang dipandang remeh oleh ibu bapa sekarang..sesuatu yg terjadi pasti bersebab, jangan hanya tahu menghukum tapi tak mengkaji KENAPA jadi begitu..

lagi satu...
bersyukurlah sekiranya anda mempunyai ibu bapa yang sgt prihatin..
sayangggg mak ayahh!!!! muah muah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hoh!! Ada Penceroboh!!



Saya sedang diperhatikan!! Arghh tidakkk...!! Baru saya perasan ade orang yang amat2 saya kenali selama 22 tahun sedang menceroboh masuk ke dalam blog QalamCahaya ini... Eeiii...maluuuuunyeee!! Confirm lepas ni kena kutuk sekutuk-kutuknya... Tau la blog ni tak sehebat dan sefofular blog orang tu... =p

Lepas ni saya kena berhati-hati sikit bila nak menulis entri yang akan datang. Tak pasal2 NurQaseh a.k.a DakDek ni kena perli kaw2 punyer... Arrggghhh!! malu! malu! malu!


p/s: Eeeiiii...sibuk jer die..syoh syoh...gi main jauh2...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sakit Itu Datang Menyerang....


bismillah...

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini saya kerap mengalami sakit kepala yang luar biasa sakitnya. Mungkin terlalu banyak memendam rasa, mungkin terlalu banyak memikirkan sesuatu yang...entahlah..

Kepada yang sahabat2 yang mengenali saya, ampun maaf saya pinta kerana bukan niat saya untuk membuat hati2 anda risau, kerana saya sememangnya tidak pandai meluah... Kepada sahabat dunia akhirat saya,Naimah, jutaan terima kasih kerana sudi menjadi peneman saya kala susah dan senang (kau memang best!!) disaat yang lain sibuk dengan urusan mereka.. Mencipta kegembiraan dan gelak tawa walaupun ia hadir sebentar,cukup membuat sedikit kelegaan kepada saya..

Sesungguhnya hati saya kala ini tidak setenang sebelumnya, fikiran saya sangat2 berkecamuk dan mungkin itu yang menyebabkan kesakitan yang luar biasa di bahagian kepala.. Buat mak,adek mintak maaf banyak2 sebab tak buat kerja yang mak suruh tadi..mak tak tahu apa yang adek rasa. Adek pun tak nak mak tahu sebab tak nak mak risau..

Adoii,sudah2 lah tu..bertambah sakit kepala saya menyusun ayat-ayat yang skema..saya nak tido ni...salam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maaf...Saya Cakap Tak Serupa Bikin...


bismillah...


Sedang saya duduk termenung keseorangan selepas seharian diserang migrain, saya tiba2 terfikir tentang siapa sebenarnya diri saya. Selama ini rupa-rupanya saya berpura-pura menjadi jelmaan malaikat, berpura-pura menjadi "si pembela" bagi mereka yang lemah, menjadi "si baik" yang sangat2 prihatin akan nasib golongan yang tidak bernasib baik, menjadi "si pengkritik" bagi ketidakadilan di dunia ini.

Ini diri saya yang sebenar-benarnya...

1) Jika saya masuk kerja jam 8.35 am, sedangkan waktu mula kerja ialah jam 8.00 am saya sudah dikira lewat ke tempat kerja..TETAPI jika saya sembahyang Asar jam 6.00 pm atau hampir2 maghrib pun masih saya kira awal,sedangkan mengikut masa sembahyang Asar yang sebenar di Semenanjung Malaysia ialah sekitar 4pm-5pm. Bukankah ini salah faham namanya?

2) Saya mengeji dan mengutuk Amerika kerana jenayah2 perang yang dicipta mereka TETAPI saya tetap makan makanan buatan mereka (McD,Coke,Baskin n Robin...Arghhh!!), saya menggunakan barangan buatan mereka, saya menjadi peminat dan penonton setia filem2 mereka yang kaya propaganda itu. Adakah ini maknanya benci tapi sayang??

3) Jika ada pelancaran skim-skim amanah saham maka saya pun termasuk dalam kelompok manusia yang berduyun-duyun pergi melabur untuk masa depan kononnya. TETAPI apabila ada pelancaran tabung derma (saham akhirat) untuk membantu siapa2 yang memerlukan, hendak mengumpul RM1juta pun cukup payah daripada rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini termasuk saya, malah ada yang mengambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas oleh media. Mana yang lebih kita cinta?

4) Saya sangat sensitif dan terharu apabila mendengar atau melihat ibu bapa yang mendera anak2 kecil apatah lagi yang membuang bayi mereka merata-rata tak ubah seperti sampah, TETAPI saya jarang rasa sedih dan terharu apabila ramai ibu bapa yang mendera anak-anak mereka secara maknawinya dengan tidak mendidik anak-anak menjadi soleh, seperti mengenalkan mereka dengan Allah, bersembahyang, hormat orang tua, menutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur nanti. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di dunia kala ini? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga, iaitu buang anak ke dalam api neraka? Mana lebih hina, buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api neraka? Anak2 kecil yang dibuang dalam tong sampah belum tentu masuk neraka kalau mereka hidup tetapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke neraka juga.

5) Saya selalunya akan cepat2 mengucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu saya dan akan kenang budinya sampai bila2 TETAPI dengan Tuhan yang memberikan saya segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik setiap masa, saya jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih dengan cara yang dituntut-Nya.

6) Saya berasa amat malu apabila seseorang mendedahkan keaiban saya TETAPI jarang pula rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan saya lahir dan batin, kecil mahupin besar.

Senarai di atas adalah sedikit tentang diri saya yang cakap tak serupa bikin nih...ish3... Di bawah ini pula saya senaraikan situasi2 yang saya perhatikan dalam masyarakat sekarang.

1) Ramai lelaki memberi alasan hendak berpoligami kerana mahu ikut sunnah Nabi SAW TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh menyimpang dari sunnah. Mempergunakan agama untuk kepentingan diri. (kalo gitu gamak perangainye, camane la bini nak bagi kawen lagi).

2) Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh suami TETAPI ramai juga yang merelakan suaminya main kayu tiga,empat dan lima. (jangan tanya cik NurQaseh kalo nanti suami sendiri nak tambah bini..takde jawapannye lagi..huhu)

3) Kahwin empat lebih baik dari kahwin tiga, kawin tiga lebih baik dari kahwin dua, kahwin dua lebih baik dari kahwin satu sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI kahwin satu lebih baik dari kahwin dua,tiga dan empat jika tidak mampu berlaku adil. Hisab dan nilai diri dulu sebelum pilih yang mana satu.

4) Pemimpin2 selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu berkasih sayang sesama manusia, menyeru agar bersih cekap dan amanah dan sebagainya TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan, memotong tali persaudaraan dan mengotori tangannya sendiri dengan korupsi dan rasuah.


Ish..ish..ish..jahatnye saya ni..cakap tak serupa bikin.. Talam dua muka.. Lidah bercabang..bla bla bla....


p/s: Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku tak betul, aku yang salah, kerana aku dia jadi begitu.... hurmmm...(T_T)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Modem Yang Disayangi...

bismillah...

Saat mula kita bertemu, ada perasaan kagum dan bahagia hadir dalam jiwaku..
Saat aku memerlukan mu, kau sentiasa ada disampingku..
Bila ku terpandang wajah mu, sepantas kilat ku menekan-nekan laptop ku...
Ohh modem yang ku sayangi...
Mengapa tegar saja kau melukai hati ku..
Mengapa dengan sebegitu cepat kau merosakkan dirimu...
Buntunya aku tanpa kehadiranmu..
Kau berdusta dengan ku..
Dahulu kau kata kau lah yang terbaik...tatapi...lain pula yang jadi..
Sekarang dipersilakan kau ke longkang...
Dan of cozz akan ku potong segala-galanya..
Untuk ku beri ruang broadband yang baru..
Aku tak perlu lagi insan seperti mu..

p/s: hadoi tensen lak takde internet...tapi skang dah ade yer...huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wasiat Untuk Saya...

bismillah...

Kelmarin saya menerima satu wasiat yang diberi oleh seseorang yang saya sayangi.. Ia bukanlah wasiat tentang harta berkoyan-koyan, duit berkepuk-kepuk di bawah bantal, tanah kebun berekar-ekar, mahupun coklat mencurah-curah di ladang gandum.. (arghh!! pe merepek ni!!)

"Wahai NurQaseh binti Hj Sayang, jadilah kamu seorang yang selalu memberi (bersedekah) kerana tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Berikanlah sesuatu pemberian itu dengan seikhlas hati kamu hatta kamu terseksa sekalipun kerana kamu pasti akan mendapat bahagia pada akhirnya. Berbaktilah pada kedua orang tua mu, walaupun bukan dengan wang ringgit, cukup dengan menunjukkan akhlak yang baik serta doa yang tak putus2."

"Nape tetibe jer buat wasiat nih bang oii? Serem sejuk la plak.." Tanya saya yang tertanya-tanya.

"Ehem..ni bukan wasiat nak mati la dowh. Jangan pikir bukan2 plaks.."

Ini bukanlah pesannya yang pertama. Sepanjang saya mengenalinya,dia banyak mentarbiyah saya menjadi hamba Allah yang berguna.

Lalu saya pun berfikir apakah yang membuatkan si mamat nih berwasiat sedemikian..
i'm thinking..i'm thinking..i'm thinking..

Hoh..!! Tau dah.. Tapi tak mungkin..lambat lagi hari lahir si mamat tu.
I'm thinking..i'm thinking..i'm thinking..

Entahla..tak larat nak thinking lagi... Lalu saya bertanya buat kali yang kedua... dan jawapannya ialah...


"Abang sayang kamu..." huhuhu...terharunya...


p/s: Identiti individu-individu yang diceritakan dalam blog ini termasuk tuan tanah kedaung dirahsiakan..(macam la ade orang nak tau..thehehe).. yang dah tau tu buat2 tak tau jela...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS