RSS
Container Icon

Cepat Besar, Cepat Kaya, Mati Cepat...

Bismillah...

"Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu iaitu nikmat sihat dan waktu lapang." (HR Bukhari)


Segala puji bagi Allah yang menciptakan siang dan malam. Segala puji bagiNya juga yang menciptakan cinta dan kasih sayang. Pejam celik pejam celik dah hari khamis malam jumaat. Rasa macam baru jer pegi pasar malam hari sabtu lepas. Bertambah lagi hari, meningkatnya usia, dekatnya ajal, dan makin berkoyan-koyan masalah yang timbul.

Cik NurQaseh tetap maintain macam dulu jugak, tak tinggi-tinggi dan tak jugak kaya-kaya. Kayap ade lar..hua3.. Terlihat pula akan anak2 buah saya yang dua orang tu. Dah semakin besar, semakin gemok, semakin lincah, semakin pandai melawan maksu dia, semakin cantik dan semakin tak comel(da besau da tak comel lagi macam maksu die).

Amalan meminum susu formula yang tak putus-putus, maka hasilnya kanak2 riang tersebut menjadi semakin hyper aktif dan pandai pula menghafal lirik2 lagu yang ntah hape2. Tang baca ABC atau alif ba ta, ada je alasan. Kalau saya ada anak nanti,saya bagi minum susu kambeng jer..
Anak2 buah saya dah tak minum susu ibu sebelum mencapai umur setahun lagi, sebab ibu diorang sibuk bekerja atau mungkin sudah kehabisan stok susu, ceh! Saya pulak minum susu ibu sampai dah nak masuk tadika..ehehe. Sebab tu saya tak degil (yela tu)..


"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa." (HR Tirmidzi).


Zaman yang terlebih moden ni, kanak-kanaknya pun moden jugalah. Si Cicah yang baru 4tahun tu pun dah pandai godam2 laptop. Si Rayyan yang baru setahun lebih tu pulak dah pandai menari shuffle. Sungguh! Saya tak tipu..Sangat hebat.

Dulu semasa saya kecil, saya selalu ikut ayah pegi kebun, halau beruk daripada makan buah mangga. Lepas tu pegi mengaji dengan arwah imam Hussin, balik mengaji pegi lanyak beskal jiran sampai terkoyak lutut (jiran tu yg bawak,saya jadi pembonceng jer sebab tak reti bawak beskal..muahaha). Balik rumah kena balun lagi dengan tali pinggang ayah. Malam tu ayah pulak yang ajar mengaji,sampai meleleh air mate dan air idung skali. Ayah marah sebab baca tak lancar.

Kalau dulu bila ayah jegilkan je biji mata dia, saya dah menggigil satu badan...takut nak buat jahat. Tapi sekarang, jegilkan la sampai nak terkeluar biji mate tu, takdenya budak2 sekarang heran.. Kalau marah takut memberontak pulak, kalau tak marah takut makin besar kepala. Teringat saya suatu kisah yang berlaku dihadapan saya di mana seorang ayah dan anak yang saya rasa dalam lingkungan 10-11 tahun, sedang membeli barang di pusat beli belah.

Si anak cakap, "bah,adik nak transformers tu!".

"Ala,tak payah le..kite beli buku jer nak?" Jawab si ayah.

Si anak menjawab balik, "Kalo abah taknak beli transformer tu, adik lari rumah!".

Setelah diugut oleh anak sendiri barulah si ayah mengalah. Cuba bayangkan kalau saya buat macam tu masa kecil2 dulu..
"ayah, nak beli oltromen taro yang tu." kata saya.
"tak payah la,beli air kotak je. Hilang jugak haus." Jawab ayah.
"Ala! Nak jugak! Kalo ayah tak beli orang lari rumah malam ni!" Kata saya pulak. Agak-agak ayah saya jawab apa ye? hehehe...


Paanggggg...!!!!

Dia jawab dengan tangan jer.

Banyak bezanya suasana zaman dulu dan sekarang. Walaupun zaman transformer tidaklah terlalu jauh meninggalkan zaman ultraman, tapi perbezaannya sangat2 terasa.


"Manfaatkanlah lima kesempatan sebelum datang kesempitan. Manfaatkan usia mudamu sebelum kamu tua, manfaatkan sehatmu sebelum sakit, gunakan kekayaanmu sebelum kamu miskin, gunakan waktu lapangmu sebelum kamu sibuk dan manfaatkan hidupmu sebelum kamu mati." (HR al-Hakim)



Yang berlalu biarkan berlalu. Sekarang saya dah dewasa, dah boleh kawin gamaknye...tapi takde orang pinang2 pun. Wahaha.. Bila dah besar nih terasa pulak nak jadi kaya. Nak ada banyak duit, nak beli kereta sendiri. Setakat ada lesen jer tak ada kereta nak buat hape. Kesian saya..ish3.. Takpe2 slow2 la dulu. Beberapa hari yang lepas saya ada terlihat satu promo untuk tambah pendapatan. Nampak macam best je, tapi kena guna banyak duit jugak tu untuk buat modal. Saya pun abaikan jela benda tu.. Duit tak cukup.

Saya sering berfikir, macam mana la orang2 yang banyak duit boleh banyak duit diorang yer.. Jadi penyanyi je dah boleh jadi jutawan. Boleh beli beg tangan RM40k.. Perghh,membazir giler! Kalau la saya diberi RM40k tu saya akan beli kamera idaman saya..hehe.,tu je. Yang selebihnya masuk kat tabung Gaza (ecece,baiknye Cik NurQaseh).

Berapa ramai jer muslim yang kaya di dunia ni. Ramai agaknye kot, tapi lebih ramai lagi muslim yang miskin dan melarat. Asal saya cakap nak jadi kaya jer, mesti ada je orang2 yang bagi pandangan yang sinis. Mereka kata, buat apa jadi kaya kalau kurang budi bahasa. Ek eleh,yang pegi jadi orang kaya tak sedar diri buat apa. Tengok jer macam sahabat Rasulullah Abdul Rahman bin Auf, kaya taw tak! Dah la kaya, peribadinya pulak first class.

Bayangkan kalau kita semua umat Islam kaya harta,kaya akhlak, kaya budi pekerti pasti Islam akan dipandang tinggi.


Dahulu abang saya ada buat bisnes, dan saya pun join sekali lar dengan harapan bisnes kami akan establish dalam masa 2 tahun dan kami akan jadi kaya raya dengan jayanya..hohoho~ Tapi apakan daya, kecundang ditengah jalan. Cet! Adat la tu, mula2 nak bertapak mesti la ada jatuh2 sikit. Lepas ni saya nak buat bisnes yang lain plak...dengan bakat yang Allah beri, saya akan gunakannya sebaik mungkin. Insya'allah...

Tapi tak tau lah sempat ke tidak saya nak merealisasikan cita-cita saya yang sangat2 banyak nih. Sebab ajal tu datang tanpa kita sedar. Beberapa hari yang lepas kita dikejutkan dengan kematian anggota kumpulan Spin, Achik yang meninggal akibat nahas jalanraya. Macam tak percaya pulak... Arwah muda lagi, umur baru 27 tahun. Macam2 yang dia nak buat untuk senangkan keluarga dia, anak2 pun masih terlalu kecil. Tiba2 Allah ambil nyawa dia.

Saya juga pernah kehilangan seorang sahabat. Susah nak percaya yang dia dah tak ada.. Masa yang kita ada ni terlalu singkat. Kadang2 ajal datang dengan cara yang sukar kita jangka. Boleh jadi masa makan kuih koci pun kita boleh tercekik lalu mati..huhu.. Kena langgar dengan kapal terbang kawalan jauh pun boleh meninggal (ada kes dulu).. ish3.. Kalau saya ditakdirkan mati waktu muda ni, tak tau la apa bekalan yang saya bawa sebab saya rasa saya takde apa2 pun. Hanya menagih rahmat dan kasih sayang dari Allah sahaja..


"Laksanakan segera amal soleh kerana tujuh hal: sebelum datang kemiskinan yang membuatmu lupa, kekayaan yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan yang melumpuhkan, kematian yang mendadak, dajal sebagai makhluk jahat yang sentiasa mengintip atau datangnya kiamat yang sangat pahit dan amat mengerikan." (HR Tirmidzi).


Sesungguhnya masa yang ada untuk kita didunia ni amat2 singkat. Saya nak ingatkan pada diri saya sendiri, biarla saya tak update blog ni selama beberapa kurun sekali pun tapi yang penting saya update amalan saya sehari-hari. Iman tu boleh bertambah dan berkurang, maka kita kene la perbaikinya sentiasa, bukan masa nak solat jer.. Harap2 istiqamah la hendaknya.. amiin..


Allahu'alam..



p/s: bila la nak beli kamera RM3k nih..hoho~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 kata mereka:

sani tensai said...

merancang dan ingat mati...:)