RSS
Container Icon

Salah Satu Tanda...

bismillah...




Antara tanda-tanda kiamat,

(1) wafatnya Nabi Muhammad SAW,

(2) penaklukan Baitul Maqdis,

(3) wabak kematian (penyakit yang menyerang haiwan dan menusia sehingga mati mendadak) yang menyerang kalian bagaikan wabak penyakit qu'ash yang menyerang kambing dan manusia.

(4) melimpahnya harta hingga seseorang yang diberikan kepadanya 100 dinar, ia tidak rela menerimanya,

(5) timbulnya fitnah yang tidak meninggalkan satu rumah orang Arab pun melainkan pasti memasukinya, dan

(6) terjadinya perdamaian antara kalian dengan bani Asfar (bangsa Romawi), namun mereka melanggarnya dan mendatangi kalian dengan 80 kelompok besar pasukan. Setiap kelompok itu terdiri dari 12 ribu orang.


p/s: sebenarnya saya nak highligh tentang penyakit tu jer. Maklum la gelombang H1N1 yang kedua telah menyerang kembali. Sekarang ni saya bercuti sebab rasa tak sihat. Tambah2 pulak dah ada kes kematian terbaru akibat H1N1, iaitu kematian seorang ibu dan anaknya yang sedang sarat mengandung. Rumah mereka sebenarnya tak jauh dari tempat tinggal saya. Sekarang dalam keadaan berjaga-jaga, demam sikit terus kena tahan wad. Tak tahulah nak pergi hospital atau tak sebab taknak kena tahan..thehehe...bleh ker gitu...

p/s lagi: saya mungkin tak dapat meng'update'kan QalamCahaya selama beberapa hari. Kalau lebih dari seminggu saya tak update, sila sedekahkan Al-Fatihah untuk saya...isk3...

lagi-lagi p/s: ahh! malas nak taip lagi. tak larat dah.. Salam sayang untuk semua....Assalamualaikum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 kata mereka:

sani tensai said...

much thing I don't know about but what are they...?

Unknown said...

Asalamualaikum
Rasa nak sayu dan hiba hati pcik membaca n3 anda kali ini. Berusahalah jaga kesihatan ya. Pcik faham situasi anda yang berdekatan dengan masalah keluarga.
Pcik doakan cepat sembuh ya. Pergilah jumpa ke hospital tuk rawatan. kena usaha..minta Allah limpahkan kesihatan. Tak bolehlah terlalu berserah ya...harus juga ke hospital jika keadaan mendesak. InsyaAllah