RSS
Container Icon

Kepincangan Masyarakat...Salah Siapa?

bismillah...


Kepincangan masyarakat kita kini...salah siapa?? Salah ibu mengandungkah? Ecece...macam tajuk forum la pulok. Siapalah saya yang hanya berkelulusan STPM ini untuk mengupas isu-isu besar seperti yang di atas. Tetapi disebabkan saya juga termasuk dalam masyarakat yang mengalami kepincangan tersebut, moleklah kiranya saya turut memberikan pendapat tentang masalah ini..

Kahwin lari ke Lombok, mengandung anak luar nikah, bersekedudukan, maksiat situ sana sini, rasuah, sodomi(hehehe..), bunuh saudara, bunuh isteri.. Malah, masyarakat kita yang dahulu hanya tahu membuang air, buang sampah, buang kutu dan buang pelepah kelapa kini sudah semakin 'advance' kerana mampu membuang anak sendiri malah dibakarnya seperti sampah. Tidak cukup dengan itu ada juga yang sanggup buang mak, buang ayah, dan segala jenis pembuangan sudah merebak ke seluruh negara yang kita cintai ini... Lebih dasyat dari itu, ULAMA CANTAS ULAMA..

Kenapa jadi begitu? Entahlah... Sukar untuk diberikan jawapan, malah jika anda bertanyakan sendiri kepada pelaku2 tersebut mungkin mereka juga tidak mengerti mengapa mereka harus melakukan perbuatan2 tersebut. Jikalau ada pun jawapan2 yang terhambur dari mulut2 si pelaku itu, mungkin jawapannya amat2 tidak munasabah sekali.

Pernah saya bertanyakan seorang rakan saya yang katanya 'ter'hamil anak hasil zina. Ketika itu saya bekerja sementara di sebuah farmasi, dan adalah serba sedikit pengetahuan tentang ubat-ubatan. Beliau bertanya kepada saya, adakah ubat2 yang dapat menggugurkan kandungan tersebut. Saya tidak pantas menjawab, dan bertanya adakah beliau hamil? Pada mulanya dia tidak mahu mengaku tetapi bangkai gajah yang manakah boleh disorokkan? Lainlah jika bangkai ayam senang jer nak tanam..ehh melalut daa..

Saya mula menyelami hati remajanya. Mengapa terjadi begitu, atas alasan apakah yang membolehkan dia dan teman lelaki berzina, dan apakah langkah yang akan beliau ambil selepas ini.. Menurutnya, teman lelaki beliau tinggal serumah dengannya bersama ibu bapa rakan saya ini.. Baca betul2, BERSAMA IBU BAPA RAKAN SAYA.. Saya berasa kagum akan ke'supporting'an ibu bapa beliau kerana membenarkan lelaki yang tiada talian darah dengan mereka tinggal bersama. Malah alasan yang mereka berikan ialah "fendi ni anak angkat makcik. Kesian takde tempat nak tinggal".

Dah namanya lelaki,bermusafir pula.. Tak reti2 nak cari rumah sewa?? Sangat2 supporting ibu bapa rakan saya itu. Terkadang terfikir kenapalah mak ayah saya tak supporting seperti itu..hoho~ Lalu mereka sama2 hanyut dibuai rasa cinta yang mengghairahkan lantaran saban hari dan waktu asyik melihat sesama sendiri. (Ibarat pergi kenduri, lauk dah ada depan mata takkan nak pandang jer.. Kite nyekik la skali..).

Itu dulu,sekarang rakan saya itu sudah pun melahirkan seorang lagi khalifah di dunia ini. Lahirnya tiada dipinta, kehadirannya tiada dirancang. Bayi tersebut sudah pun berusia 5 bulan. Malangnya,rakan saya tidak berkesempatan membesarkan anaknya kerana telah diserahkan kepada orang lain. Malah tiada lagi khabar berita dari rakan saya dan masih terngiang lagi kata-kata terakhirnya kepada saya, "aku ni tak layak nak jadi kawan kau lagi nur..kau tak jijik ke tengok aku ni?" Ada nada2 sesalan pada ucapannya. Demi Tuhan yang mempertemukan kami, tidak sedikit pun saya berasa jijik atau menyesal kerana menjadi sahabatnya. Saya berdoa supaya Allah dapat menemukan kami kembali..amiin...

Kerana apa rakan saya jadi begitu? Anda sendiri boleh berikan jawapan...

Semakin lama semakin saya merasa muak untuk menatap akhbar2 tempatan yang seperti tiada maklumat lain yang mahu disiarkan. Masalah kepincangan masyarakat yang saya kira amat2 serius dan sudah menjadi barah yang mungkin tidak dapat diselamatkan lagi. Saya melihat punca masalah ini bermula dari pemimpin. PEMIMPIN YANG BAIK MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BAIK. Mungkin ada sesetengah yang kurang menjadi ibarat pisang setandan tidak semuanya elok, adalah sesisip yang rosak. Tapi apa yang berlaku sekarang bukan lagi sesisip pisang yang rosak, malah pokok2 dan daun2nya sekali turut rosak.

Ada apa dengan pemimpin sekarang? Ada kereta mewah? Rumah besar? Harta berkoyan-koyan? Yaaa...memang itu yang pemimpin kita ada. Tetapi berapa ramaikah yang ADA usaha yang bersungguh-sungguh membangunkan rakyat mereka dari segi rohani dan jasmani? Saya tidak mahu mengupas labih lanjut, cukuplah saya menulis apa yang saya rasa sekarang.

Tertubuhnya pusat2 hiburan, pusat2 karaoke, kelab2 eksklusif, lahirnya artis2, hiburan2 yang mengasyikkan, rancangan2 televisyen yang melalaikan. Dari siapakah semua ini mendapat kelulusan? Malah penjualan rokok yang masih lagi berleluasa walaupun harga naik melambung-lambung dan gambar2 yang mengerikan sudah terlekat di kotak2 rokok tersebut. Namun masih juga mendapat sambutan. Jika benar bersungguh2, mengapa tidak dibatalkan saja lesen2 pengilang tersebut? Ehh,siapalah saya yang berkelulusan STPM hendak mempersoalkan tindakan kerajaan yang bijaksana ini.

Ada apa dengan artis sekarang? Badan seksi? Tangkap khalwat? Glamour? Clubbing? Beg tangan RM40k? Dadah? Yaaa...itulah yang mereka ada. Tapi berapa ramaikah yang ADA ciri-ciri islami yang boleh dijadikan contoh masyarakat? Yang menghairankan saya, bila tertangkapnya seorang peminum arak,mereka menghebahkannya. Mungkin dua,tiga atau sepuluh orang. Tetapi bagaimana dengan peminum2 khamr yang lain?? Beribu2,berjuta2 bahkan mungkin separuh daripada rakyat Malaysia.. Dan yang lebih menghairankan saya apabila khamr ini menjadi kebiasaan dalam golongan artis tetapi tiada tindakan pula yang diambil. Malahan saya pernah terlihat gambar seorang pemimpin 'pemuda' yang duduk di kelab, dikelilingi wanita dan di depannya botol2 khamr.. Mengapa mengambil tindakan yang saya lihat seolah seperti mahu tidak mahu sahaja? Ehh,siapalah saya yang berkelulusan STPM hendak mempersoalkan tindakan kerajaan yang bijaksana ini.

Ada apa dengan remaja sekarang? Seks bebas? Pornografi? SMS? Finalis rancangan realiti tv? Gangsterisme? Dadah? Rokok? Lari ke Lombok? Yaaa...itulah yang remaja sekarang ada. Tapi berapa ramaikah yang ADA cita-cita untuk menjadi remaja yang tinggi nilai moralnya, mulia pekertinya, dan Islam itu pegangannya? Saya juga remaja...dan usia remaja seperti kami terlalu banyak cabarannya. Kami, bukan tinggal di gurun pasir, kami bukan tinggal di hutan belantara, kami bukan tinggal di Planet Marikh, tetapi kami tinggal di Malaysia...Malaysia yang ADA segala-galanya. Pemimpin kami tidak kisah jikalau kami ke disko asalkan kami berusia 18 TAHUN KE ATAS. Pemimpin kami tidak kisah jikalau kami merokok, asalkan kami berusia 18 TAHUN KE ATAS. Pemimpin kami tidak kisah jikalau kami menukar agama sekalipun, asalkan kami berusia 18TAHUN KE ATAS..

Malah dikalangan para Ulama' di Malaysia ini sedang sibuk bertengkar, sedang sibuk saman menyaman antara mereka, sedang sibuk dengan anugerah2 yang mereka terima. Ibu bapa kami pun sibuk bekerja, sibuk mengumpul harta. Mereka terlepas pandang ke arah kami... Kami ini kian rosak,lantaran pemimpin-pemimpin kami,ulama-ulama kami dan ibu bapa kami yang bijaksana terlalu sibuk dengan urusan mereka...


wallahu'alam...

"Sesungguhnya yang halal itu terang(jelas) dan yang haram itu terang dan di antara keduanya pula terdapat perkara2 yang shubhat (tidak jelas halal atau haramnya) yang tiada diketahiu oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara2 yang syubhat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara yang haram. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging. Andai ianya baik, maka baiklah seluruh jasad itu. Dan sekiranya ia rosak,maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.."

p/s: ...(T_T)...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anda Sahabat Saya...




bismillah...

Sahabat,
jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah,
jika hari ini aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiyyah Pencipta.

Sahabat,
jika aku lemah tidak berdaya,
ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga,
jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
ajaklah aku meleraikan segera.

Sahabat,
jika pernah hatimu terluka,
luahkanlah kepadaku agar aku berubah,
dan jika aku lena tanpa terjaga,
iringkanlah lenaku dengan kalungan doa.

berjanjilah wahai sahabat,
ukhwah kita untuk selamanya..



Sempat pulak bermadah-madah...hohoho~ Bukan apa, saya rindukan sahabat2 saya , sahabat blogger mahupun sahabat dalam dunia yang nyata. Saya sayang anda semua...semua ok! No pilih kasih!

Harapan saya nanti dapatlah saya bertemu dengan anda selagi saya masih bernafas. Dan jika ditakdirkan Allah saya menyusul terlebih dahulu, doa anda saya nantikan...

p/s: nak pegi jumpe sahabat saya yang sorang nih, si naimah kaki gelak.. jumpa dia asyik nak tergelak jer... hu3... nanti nk jumpa yg lain plak...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Melukis Bukan Kerna Nama...ecece..

bismillah...

Tolonglah...tolong la jangan paksa2 saya.. Bengang giler kalau ada orang yang menggunakan unsur2 paksaan terhadap cik NurQaseh yang tak bersalah ni. Memang tekanan yang melampau-lampau sebab saya jenis yang tak suka dipaksa walaupun paksaan tu berunsur gurauan..

Kepada customer2 saya yang sedang menanti hasil lukisan saya harap bersabarlah hendaknya. Tak sampai berapa hari dah mintak drawingnye. Idea pun tak dak lagi.. Ingat suke suki jer ke nak lukis tak tentu pasal. Semalam baru siap satu lukisan, customer tu cakap nak gantung kat dinding opis dia.. Dia nak yang abstrak and colourfull, nah! hambek kaw... Gantunglah kat mana-mana pun, nenek saya tak marah. Bersengkang mata saya membuat karya tersebut.




Banyak cabaran yang terpaksa saya tempuh semasa menyiapkan hasil seni tersebut antaranya ialah diganggu oleh makhluk2 Tuhan yang seolah-olah merelakan telinga mereka dipiat.. Kecik jer tengok budak2 ni..memang rasa nak terkam pastu baling kat luar rumah. Dah nak maghrib nanti ambek bawak masuk dalam rumah balik...erk! bleh ke gitu??

Mak pulak, asyik panggil 'dakdekkkk....!!!!'.. Kalau slow ala2 romantik takpe la,ni sikit punye kuat.. dakdek gi kedai beli telur, dakdek gi tanam sayur, dakdek gi basuh slipar, dakdek gi siang musang, dakdek gi bagi biawak makan,...bila masa plak lukisan dakdek nak siap ni mak???

Lagi sorang customer tu macam tak paham2 lak, lagi mau paksa2.. "nak jugak! nak jugak! Abg tak kire ko siap kan jugak gambar abg cepat2." Sekeh pale tu kang.. Pastu bila tengok saya macam dah bengang je boleh plak gelak2. Memang rasa nak melotop time tu juga.. Hish,tensen yang amat..




Kalau saya berkarya untuk orang lain, saya amat2 perlukan ketenangan. Yelah,kalau orang tu nak lukisan yang ceria dan sejuk mata memandang, masa tu pulak jiwa saya tengah kacau.. Alamatnya memang tak jadi le. Lain la kalau saya sendiri yang tentukan 'mood' lukisan tersebut. Nak tonggang terbalik ke apa ke saya tak kesah asalkan ada nilai2 artistik dan mempunyai makna yang tersendiri. Saya tak peduli tentang bayaran, tapi kepuasan tu yang saya inginkan. Memang puas bila dah siapkan sesuatu kerja tu dengan baik, hasilnya pun insyaallah bagus.

Tapikan...tak lama dulu ada la seorang sahabat ni berkata, tak baik lukis gambar potret nanti kat akhirat muka2 yang kita lukis tu mintak nyawa kat kita. Saya pun tanya la ostat2 dan tok2 imam saya yang setia dibelakang saya. Mereka kata memang benar, ada hadis yang mengukuhkan dalil tersebut. Tak senang duduk saya dibuatnya.. Hampir beberapa bulan jugalah saya menahan tangan saya dari melakar wajah2 manusia di atas kanvas. Tapi last2 tak boleh tahan jugak...tak tau la nak buat macam mana lagi.

Sejak bila Cik NurQaseh suka berkarya? Sejak dalam rahim mak lagi saya memang suka sangat2 melukis....habis dinding2 perut mak saya conteng.. Saya tak pernah belajar melukis secara formal pun. Pendidikan seni masa sekolah rendah tu adala...Alhamdulillah,bakat kurniaan tuhan ni amat2 saya syukuri.




Kalau saya ada rezeki lebih,saya nak beli kamera yang harga ribu2 tu. Nak jadi photographer, bukan sebab duit tapi sebab minat. Pastu saya nak buka galeri seni saya sendiri (ada ke orang nak tengok??). Nak lukis gambar best2 dalam masa yang sama nak snap gambar yang best2 jugak. Kalau boleh nak gi Palestin, nak tangkap gambar suasana di sana. Kata orang, sekeping gambar boleh menceritakan seribu persoalan. Banyak betul angan2...dan saya akan jadikan kenyataan sedikit demi sedikit.

Buat masa ni saya lukis acrylic painting dan potret tanpa warna. Karya2 saya takde la sehebat mana, amatur.. Hanya untuk2 suka2 jer. Jadi kepada customer2 tetap saya..tolonnggg laa,tolongg la sabau yer.. Jangan paksa2 saya, tau la saya menyiapkan lukisan2 anda tu semua. Tak pasal2 saya sakit kepala terus tak jadi buat ape2.




p/s: "dakdek" tu adalah nama panggilan saya dikampung nih. Gabungan budak+adek= dakdek (^_^)v

*lukisan2 yang kat atas tu sume bukan saya yang lukis yer...thehehe...tu incik google bagi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya Buang Anak, Anak Buang Saya

bismillah...

Mak dan ayah, kenapa mak dan ayah marah saya? Kenapa marah sangat bila saya mengandung? Inikan cucu mak dan ayah juga... Cuma bezanya dia anak luar nikah.

Kenapa mak dan ayah buang saya sekarang hanya kerana saya mengandung anak luar nikah? Kenapa mak dan ayah tak buang saya semasa saya baru lahir? Tidaklah nanti saya menconteng arang ke muka mak dan ayah.

Kenapa mak dan ayah bertanya KENAPA saya jadi begini? Bukankah dahulu mak dan ayah yang memberi kebebasan kepada saya.. Saya jadi begini kerana nikmat kebebasan yang mak dan ayah berikan.

Bukankah dahulu mak dan ayah tidak pernah melarang saya berkawan dengan teman lelaki saya? Mak dan ayah merestui hubungan kami bukan? Hinggakan ke mana saja kami pergi mak dan ayah tak kisah kerana percaya dia boleh menjaga saya, asalkan tidak pulang lewat malam. Tahukah mak dan ayah tempoh yang mak dan ayah berikan itu sudah cukup untuk kami berzina?





Kenapa mak dan ayah terlalu mempercayai saya hanya kerana saya bertudung dan belajar agama? Apakah mak dan ayah percaya saya akan mengikuti jejak langkah mak dan ayah yang taat pada agama itu hanya kerana saya seorang pelajar yang mengambil kos Al-Quran dan Sunnah? Lupakah mak dan ayah pada bait-bait lagu Raihan "Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa"..?

Kenapa mak dan ayah membenci teman lelaki saya sekarang sedangkan dahulu dialah yang menjadi kesayangan mak dan ayah. Dialah yang diharap-harapkan dapat menjaga saya sepanjang saya berada di luar pemerhatian mak dan ayah.

Kenapa mak dan ayah baru hendak mengetahui perkembangan saya padahal dahulu mak dan ayah jarang sekali bertanya khabar saya. Soalan yang mak dan ayah ajukan cuma, "cukupkah duit belanja kamu?".

Kenapa baru sekarang mak dan ayah menyuruh saya memakai tudung dan menutup aurat sedangkan dahulu mak dan ayah tak kisah pun bila saya mewarnakan rambut saya. Jawapannya, "biasalah budak2 remaja memang suka bergaya." Tidakkah mak dan ayah sedar bahawa teman lelaki saya amat terangsang melihat mahkota dan liuk lentuk tubuh saya yang berbalut seluar jeans sendat dan baju baby T yang mak dan ayah belikan?

Kenapa baru sekarang mak dan ayah menyuruh saya bertaubat? Kenapa baru sekarang mak dan ayah marah serta menuduh saya tidak tahu malu kerana berzina? Bukankah mak dan ayah sendiri lalai dalam menunaikan solat dan hal itu saya kira mak dan ayah sendiri tidak malu kepada Tuhan. Salahkah saya mengikuti jejak langkah mak dan ayah?

Kenapa mak dan ayah sibuk mentarbiyah masyarakat agar kembali kepada Allah sedangkan anak2 mak dan ayah dirumah ini pun jarang2 solat berjemaah di rumah bersama-sama lantaran kesibukan mak dan ayah berdakwah di luar sana..

Kenapa mak dan ayah mahu menyekat kebebasan saya? Kenapa baru sekarang mak dan ayah mahu merampas telefon bimbit saya sedangkan telefon itulah yang mak dan ayah berikan sebagai ganjaran kerana saya cemerlang dalam pelajaran. Tahukah mak dan ayah dengan telefon itu saya menghubungi teman lelaki saya siang dan malam, berjanji setia dengannya, merancang tarikh dan masa untuk keluar bersama, dan dengan telefon itulah saya menghantar MMS gambar2 saya untuk tatapan teman lelaki yng saya cintai.

Kenapa mak dan ayah tidak dapat menerima kandungan saya? Patutkah saya menggugurkan saja anak yang tidak berdosa ini atau membuangnya apabila lahir kelak? Saya buntu...





Sekarang saya bakal menjadi ibu kepada anak teman lelaki saya. Bagaimana saya harus menghadapinya? Sudah tentu mak dan ayah tidak mahu menerima saya mahupun bayi ini... Saya sudah ambil keputusan, saya tidak mampu untuk membayar kos menggugurkan kandungan ini tapi apabila dia lahir kelak saya akan membuangnya sebagai mana mak dan ayah membuang saya kerana saya berzina.

Saya tidak mahu nanti apabila bayi ini dewasa kelak, dia pula yang membuang saya...

Kenapa mak dan ayah menangis...???

Kerana saya bukanlah anak yang baik...tapi tidak sedikit pun saya berharap untuk menjadi duri dalam kehidupan mak dan ayah bahkan sekalipun saya tidak pernah minta untuk dilahirkan ke dunia ini... Saya tidak tahu apa2 ketika keluar dari rahim mak. Saya cuma salah seorang bayi yang comel diantara berjuta-juta bayi yang ada. Saya membesar mengikut acuan yang mak dan ayah cipta untuk saya... Besar sangatkah kesalahan saya?


Maafkan saya mak dan ayah...
Maafkan ibu,anakku...





p/s:kadangkala ada ibu bapa yang kurang 'alert' dengan masalah anak2 remaja mereka..nah, sekarang saya senaraikan perkara2 yang dipandang remeh oleh ibu bapa sekarang..sesuatu yg terjadi pasti bersebab, jangan hanya tahu menghukum tapi tak mengkaji KENAPA jadi begitu..

lagi satu...
bersyukurlah sekiranya anda mempunyai ibu bapa yang sgt prihatin..
sayangggg mak ayahh!!!! muah muah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hoh!! Ada Penceroboh!!



Saya sedang diperhatikan!! Arghh tidakkk...!! Baru saya perasan ade orang yang amat2 saya kenali selama 22 tahun sedang menceroboh masuk ke dalam blog QalamCahaya ini... Eeiii...maluuuuunyeee!! Confirm lepas ni kena kutuk sekutuk-kutuknya... Tau la blog ni tak sehebat dan sefofular blog orang tu... =p

Lepas ni saya kena berhati-hati sikit bila nak menulis entri yang akan datang. Tak pasal2 NurQaseh a.k.a DakDek ni kena perli kaw2 punyer... Arrggghhh!! malu! malu! malu!


p/s: Eeeiiii...sibuk jer die..syoh syoh...gi main jauh2...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I Lap U...!!!

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)." (Al-An'am:116)




Bismillah...


Ada apa dengan 14 Februari ni yer? Bagi yang sedang ber'couple', 14 Februari adalah hari yang paling penting bagi mereka dan pasangan masing2 (tak semue) untuk meraikan hari tersebut.. Valentine's Day @ Hari Kekasih @ Idul Hubb adalah hari di mana pasangan yang bercinta merayakan hari tersebut dengan berdua-duaan, makan siang bersama, makan malam bersama, berjalan ke pawagam bersama, memadu asmara di tepi pantai bersama, tidur bersama..oopss!! tak tau la ni....huhuhu...

Semasa saya di bangku sekolah lagi Hari Kekasih ini sudah pun begitu popular dalam kalangan pelajar-pelajar termasuklah yang baru masuk tingkatan satu (cehh,baru baligh da memandai da). Teringat saya ketika berada dalam tingkatan Enam Bawah, saya sedang menuruni anak tangga untuk ke pejabat, tiba2 ada suara perempuan memekik dari atas bangunan, "Papa!! Happy Valentine's Day!! Luv u..!!!!." Saya menoleh ke belakang,rupa2 nya si budak junior yang empunya suara. Saya bermonolog dalam hati, 'papa tengkorak ko..gelimat je dengar dowh..' Pekikan pelajar tersebut ditujukan buat 'kekasih' nya yang kebetulan berselisih bahu dengan saya. Merah padam muka 'kekasih'nya itu menahan malu dek perbuatan pelajar perempuan tersebut.

Perlukah kita menyambut hari kekasih ini sebenarnya? Ntahlah...saya tak pernah meraikan hari lahir saya apatah lagi menyambut hari kekasih sebab macam tak best jer, buat kuih lagi bagus...hoho~

Saya ada terbaca tentang sejarah hari Valentongong opss, hari Valentine ni. Apa dan siapa Valentine yang selalu kita sebut2 itu? Valentine sebenarnya ialah seorang martyr (dalam Islam kita panggil Syuhada) yang diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari @70 Masihi, St. Valentine telah dibunuh kerana menentang kerajaan Romawi yang pada waktu itu diperintah oleh Raja Claudius 2. Untuk mengagungkan si Valentine yang dianggap sebagai seorang yang tabah dan pasrah dalam menghadapi ujian hidup, maka pengikut2 si Valentine ni memperingati hari kematian orang tua ni sebagai upacara keagamaan.

Tapi sejak abad ke 16 Masihi,'upacara keagamaan' tersebut telah hilang nilai2 agamanya dan berubah menjadi pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut "Supercalis" (bukan superpower yer). Setelah orang2 Romawi masuk agama Nasrani @ Kristian, pesta supercalis ni kemudiannya dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine.

Kisah yang di atas tu sebenarnya adalah salah satu daripada tiga versi Valentine. Dan yang saya tahu dan saya amat2 pasti sekali, hari Valentine ni adalah sesuatu yang menyimpang jauh dari akidah Islam. Ianya jelas2 bukan bersumber dari Islam melainkan sumber rekaan manusia yang diteruskan oleh orang2 Kristian malah diikuti pula oleh sebahagian umat Islam.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka." (Al-Baqarah:120)

Tujuan berkasih sayang di muka bumi ini adalah sangat baik, TETAPI ia bukan untuk seminit, sehari,setahun mahupun sepuluh tahun. Dan tidak bermakna kita harus atau untuk suka2 berkiblatkan Valentine tersebut kerana ia seolah-olah meninggikan agama lain selain Islam yang kita cintai. Islam itu memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan di bawah naungan Allah SWT. Dan manusia itu dipercikkan dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim oleh Allah SWT adalah kerana untuk berkasih sayang. Sabda Rasulullah,

"Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudara-saudaranya seperti ia cinta kepada dirinya sendiri."

Berbalik kepada hari Kekasih di Malaysia, sekarang ni ada pula kempen Malaysia's No Panties Promotion For Valentine's Day... (Eeeiii,amende la nih!!!). Nampak sangat kejahilan dan kejumudan masyarakat Malaysia yang terlebih moden. Hari Valentine's ni adalah hari untuk para penzina meraikan cinta mereka lepas tu 9 bulan akan datang ramai la bayi2 malang dibuang merata-rata seperti membuang kucing kurap.

Apa sebenarnya yang kita mahu? Kasih sayang yang bagaimana lagi yang kita inginkan? Entahla deyy....penin,penin...


p/s: Selamat Tahun Baru Cina Buat rakan2 sekolah saya. Time kasih la yang bagi limau berkotak2 tu yer... Dah senak2 perut saya dibuatnye...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya, Sains Dan Al-Quran

bismillah...

Dengan rasa rendah diri saya merafak sembah dan menadah kesyukuran kepada sang Khaliq kerana masih mengizinkan saya bernafas dan hidup bersama keluarga yang saya cintai... Sudah lama rasanya saya tidak meng'up date'kan QalamCahaya (padahal baru 4 hari) disebabkan komitmen2 yang perlu saya penuhi...(thehehe..bz taw!!).

Kelmarin,ayah saya ada membeli senaskah Al-Quran yang saya kira amat besar (ayah ni rabun,malas nak pakai spek plak tu) dan mempunyai maknanya sekali.. Saya berasa amat takjub apabila membacanya dek kerana saiz serta maknanya (yang ditulis sebijik-sebijik mengikut tulisan arab tersebut). Ok,yang sebenarnya saya nak berkongsi ilmu dengan pembaca2 QalamCahaya yang entah berapa kerat, tentang sains dan Al-Quran.. Daripada saya menulis entri yang bukan2 adalah lebih baik rasanya saya share2 ilmu yang tak seberapa nih..hoho~

Saya sangat suka subjek sains dan fizik tapi tak suka kimia (kimia pun tak suka saya agaknya...mase SPM dapat 9G..tak bleh blah). Dan amat rugi rasanya kerana saya tidak mengambil subjek biologi semasa berada di bangku sekolah dahulu semata-mata ingin mengambil matapelajaran lukisan kejuruteraan(nak amek sume tak bleh,otak saya agak benak sikit).. Walaupun saya ni tak berapa pandai,tapi saya gemar membaca untuk mengelakkan otak saya membeku seterusnya menjadi pelupa dan terus nyanyuk sebelum usia.

Ok2 back to the topic.. Seperti yang kita ketahui, Al-Quran adalah mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW. Kita imbas balik pelajaran agama islam tingkatan 1 (agaknye kot), mukjizat Nabi Muhammad SAW ada 2 jenis iaitu mukjizat hissi dan mukjizat ma'nawy. Mukjizat hissi ni adalah mukjizat yang hanya dapat disaksikan oleh mereka yang berada bersama Baginda ketika itu (contohnye macam bulan terbelah 2 tu la).. Allah juga telah menganugerahkan mukjizat yang teragung iaitu Al-Quran (ni mukjizat ma'nawy).

Al-Quran adalah Kalamullah yang diturunkan kepada Baginda menerusi malaikat Jibril a.s. Baginda seorang yang ummi (bukan ummi aida mahupun lagu ummi nyanyian hadat alwi), iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Surah pertama iaitu surah Al-Alaq diturunkan kepada Baginda pada 15 Ramadhan ketika Baginda berumur 40 tahun. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari berdasarkan keperluan pada masa itu. Ia dibahagikan kepada 114 surah dan mengandungi 86,430 perkataan dan 323,760 huruf2 arab. Jumlah ayat dalam Al-Quran ialah sebanyak 6236 ayat. Untuk memudahkan pembacaan, Al-Quran dibahagikan kepada 30 bahagian.

Sebelum saya pergi kepada ilmu sains,terlebih dahulu saya ingin menyentuh tentang pengukuhan akidah. Akidah Islam merangkumi aspek2 uluhiyyah, nubuwah, ruhaniyyah dan sam'iyat. Uluhiyyah berkaitan dengan ketuhanan, nubuwah tentang kenabian, ruhaniyyah tentang makhluk Allah yang ghaib seperti roh, malaikat, jin, iblis, bla..bla..bla.., dan sam'iyat berkaitan dengan perkara2 yang dikhabarkan oleh Allah dan Rasul seperti hari akhirat, syurga, neraka, dosa, pahala, bla..bla..bla..

Dalam hal ini, perkara2 yang berkaitan dengan ketuhanan boleh dibuktikan dengan dalil naqli (daripada Al-Quran) dan juga dalil aqli (akal atau logik). Sekarang ini terdapat sebahagian ahli sains yang ateis mula beriman dengan kewujudan Tuhan dengan menggunakan akal mereka. Namun hujah2 akal dan logik tak bole digunakan untuk membuktikan perkara2 yang berkaitan kenabian serta tak bole nak membuktikan perkara2 sam'iyat. Kini terdapat juga orang2 Islam yang meragui perkara2 tersebut. Akibat tidak mempercayai perkara ruhaniyyat dan sam'iyat maka manusia tidak lagi takut untuk membuat maksiat. (fuhh,penatnye menaip)

Sekarang tibalah masanya saya menyentuh tentang ilmu sains dan bab yang pertama ialah bidang kosmologi. Ehh ape tu kosmologi?? Ok2, kosmologi tu adalah ilmu tentang alam semesta, bagaimana alam ini terjadi, apa yang sedang berlaku kepada alam ini dan apa kesudahannya. Pada masa kini terdapat ramai ahli kosmologi yang bukan beragama Islam (tapi ramai yg ateis). Antara ahli kosmologi yang terkenal ialah Stephen Hawking, profesor terkenal di Universiti Cambridge..(ala yang pakai kerusi roda tu). Beliau mendakwa bahawa penemuan tentang alam ini mengembang merupakan kejayaan manusia yang paling bermakna sekali pada abad ke-20 (dalam buku History Of Time From The Big Bang To The Black Hole).

Lebih kurang 15 billion tahun yang lampau, satu letupan yang maha hebat telah berlaku. Ini adalah satu kejadian dimana ruang2 diisi dengan jirim2 yang menjadi asas kepada pembentukan alam semesta. Semenjak berlakunya letupan besar ini, alam semesta terus menerus mengembang dan menyebabkan jarak antara galaksi semakin jauh. Al-Quran terlebih dahulu menjelaskannya..





Firman Allah SWT:

Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah satu dan padu. Kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak jua beriman?
(al-Anbia:30)


Dalam surah ini Allah menjelaskan kepada kita tentang dua perkara iaitu permulaan kejadian alam semesta dan juga tentang asal usul kejadian organisme hidup. Tafsir Ibn Kathir mengatakan bahawa apa yang dimaksudkan dengan 'langit dan bumi pada suatu masa lalu adalah bersatu padu' ialah, langit dan bumi itu pada awalnya adalah satu unit dan berlapis. Kemudian Allah pisahkannya menjadikan tujuh lapis langit dan bumi.

Untuk ribuan tahun, ahli astronomi berusaha umtuk menjawab persoalan asas seperti saiz dan umur alam semesta ini. Adakah alam ini akan wujud selamanya atau akan musnah satu hari nanti? Pada tahun 1929, ahli astronomi bernama Edwin Hubble menemui penemuan penting yang menjawab persoalan2 tersebut. Dan kajian beliau menunjukkan bahawa alam semesta ini MENGEMBANG.. Al-Quran terlebih dahulu menjelaskannya..





Firman Allah SWT:

Dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan Kami dan Kami benar-benar mampu meluaskannya..(mengembang)
(Az-Zariat:47)

Alam semesta yang mengembang ini bersifat sementara dan berpenghujung..Tiada apa yang kekal kecuali Zat Yang Maha Agung, pencipta kita semua..

Adess..lenguh dah jari menaip..sebenarnya ada banyak lagi yang saya nak kongsi tapi untuk entri kali ini cukuplah setakat ini dahulu.


p/s: nantikan entri seterusnya, saya akan mengupas tentang matahari dan asal usul alam yang berbentuk asap plak yer..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rasulullah SAW Dan Pengemis Yahudi Buta

bismillah...

OK, hari ni saya tak nak pening2 kepala memikirkan ayat2 yang skema atau nak menaip mukaddimah yang panjang2... Hari ni terasa nak bercerita. Saya nak kongsikan kisah Rasulullah SAW dengan pengemis Yahudi yang buta. Begini kisahnya...

Ada seorang pengemis berbangsa Yahudi yang selalu duduk di suatu sudut pasar Madinah Al-Munawwarah. Apabila ada orang yang mendekatinya, dia selalu berpesan, "Wahai saudaraku janganlah kau dekati Muhammad. Dia itu orang gila, pembohong dan tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya." Walaupun si Yahudi buta ni selalu mencaci dan memburuk-burukkan Rasulullah SAW, namun Baginda tetap mendatanginya dengan membawa makanan tanpa berkata sepatah pun.

Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu tanpa disedarinya dan Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang kewafatan Baginda. Setelah Baginda wafat, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap hari kepada pengemis Yahudi buta tersebut.

Pada suatu hari, Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah Aisyah r.a. Beliau bertanya kepada Aisyah, "Anakku,adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?" Aisyah r.a menjawab, "Wahai ayahku, engkau adalah seorang ahli sunnah. Hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah sahaja,"

"Apakah itu?" Tanya Abu Bakar r.a. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana," Kata Aisyah r.a..

Keesokan harinya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan kepadanya. Ketika Abu Bakar hendak menyuapinya, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapa kaw??!" Abu Bakar menjawab, "Aku orang yang biasa mendatangimu."

"Bukan!! kaw bukan orang yang biasa mendatangiku!" jawab si Yahudi buta nih. "Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskan makanan tersebut dengan mulutnya sendiri dan setelah itu baru ia diberikan kepadaku," tambah pengemis tersebut.

Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang kepada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Manusia yang mulia itu telah tiada lagi. Dia adalah MUHAMMAD RASULULLAH."

Setelah pengemis buta itu mendengar cerita Abu Bakar r.a dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya dan Baginda tidak pernah memarahi aku walau sedikit pun. Dia mendatangi ku dengan dengan membawa makanan setiap pagi, alangkah mulianya..."

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya mengucap syahadah di hadapan Abu Bakar r.a..

Begitulah serba sedikit kisah berapa mulianya manusia yang bernama Muhammad SAW. Kala ini kita lihat berapa ramaikah yang mencontohi sifat2 mulia Baginda. Pantang orang mengata sikit, diamuknya satu kampung. Tak boleh orang tegur sikit dah nak saman menyaman. Asyik nak hangin satu badan. Saya pun kadang2 begitu juga...hoho.. Teringat pesanan seorang sahabat saya, jadilah seperti pohon kurma yang apabila ia dibaling kayu, ia menjatuhkan buah kurma(takkan stoberi plak..haha)..


p/s: Teori saya plak begini, biar orang baling taik kat kita, kita jangan baling taik balik. Tapi try bagi dia kuih... Kalau hari2 kita dok buat macam tu insyaallah lembut hati dia..(hoh! ape shi*t2 nih...Cik NurQaseh kadang2 agak tak senonoh sikit. Jangan mara aaa...)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Terima Nikahnya..



bismillah...

Saya sedang membaca buku ini (buku yang satu lagi tu pon belum habis bace).. Nampak macam best..memang best pun.

Saya tertarik dengan tajuk kecil buku ini iaitu Pedoman Bagi Yang Mencari. Antara isi kandungannya ialah 'perkahwinan bukanlah menghalalkan apa yang tidak halal sebelumnya...semata-mata. Perkahwinan ialah kombinasi cinta, perasaan, keinginan dan tanggungjawab.

Perang melawan keinginan nafsu adalah terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan dugaan2 selepas berumah tangga. Jika daya tahan dirimu terlalu lemah hingga menolak zina pun jadi masalah, dimanakah kekuatanmu untuk membina rumah tangga, memimpin keluarga dan menjadi pembentuk manusia berupa anak-anak??'

Itu serba sedikit yang dapat saya kongsikan. Dulu pernah saya terfikir untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang muda lantaran takut terjerumus ke lembah maksiat apatah lagi melihat remaja seawal 14 tahun pun sudah pandai melakukan aksi2 18sx! (ish3...kesian). Saya pernah berdebat dengan emak tentang remaja yang berkahwin muda kerana takut berzina...

"Elok sangat ler diorang ni kawen mude2..sok2 da kembung perut tu mak bapak jugek yang malu," kata saya. "Ah budak2 jaman sekarang ni dah takde mende lain yang dipikirnye.. Tang tu kemain leju(laju) je die nak buat. Sok kalo kawen mude2 kejap je da rase jemu, lagi plak kalo da beranak pinak. Dengan tak pandai jage anak, masak pun ala kadar, umah bersepah, muke ngko da rupe jembalang tanah..sok laki ngko pun lari," kata mak dengan bersungguh-sungguh mempertahankan ideologinya.

"Ko tengok ni dek, kesian budak ni kene dere," mak merujuk pada akhbar yang melaporkan kes penderaan bayi berusia enam bulan kalau tak silap saya. Si penderanya ialah ibu bapa bayi malang tersebut yang masing2 berusia 20 tahun.. "Tu la kawen ikot nafsu. Tanak pikir tanggungjawab," tambah mak lagi. (yela mak..zzZZz..)

Ada juga betulnya apa yang mak katakan, tapi bagi saya pucuk pangkalnya bergantung pada diri kita sendiri. Perkahwinan adalah sesuatu yang suci. Pertemuan antara dua hati yang saling mengasihi kerana Allah. 18,19,20,21...tidak kiralah berapa pun umurnya jika benar2 bersedia untuk berumah tangga, why not? Berani buat, berani tanggung...huhuhu...

Cinta + perasaan + keinginan + tanggungjawab = perkahwinan


p/s: masih menunggu prince charming saya datang melamar...thehehe... sape die agaknye ye...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS