RSS
Container Icon
Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Saya, Sains Dan Al-Quran

bismillah...

Dengan rasa rendah diri saya merafak sembah dan menadah kesyukuran kepada sang Khaliq kerana masih mengizinkan saya bernafas dan hidup bersama keluarga yang saya cintai... Sudah lama rasanya saya tidak meng'up date'kan QalamCahaya (padahal baru 4 hari) disebabkan komitmen2 yang perlu saya penuhi...(thehehe..bz taw!!).

Kelmarin,ayah saya ada membeli senaskah Al-Quran yang saya kira amat besar (ayah ni rabun,malas nak pakai spek plak tu) dan mempunyai maknanya sekali.. Saya berasa amat takjub apabila membacanya dek kerana saiz serta maknanya (yang ditulis sebijik-sebijik mengikut tulisan arab tersebut). Ok,yang sebenarnya saya nak berkongsi ilmu dengan pembaca2 QalamCahaya yang entah berapa kerat, tentang sains dan Al-Quran.. Daripada saya menulis entri yang bukan2 adalah lebih baik rasanya saya share2 ilmu yang tak seberapa nih..hoho~

Saya sangat suka subjek sains dan fizik tapi tak suka kimia (kimia pun tak suka saya agaknya...mase SPM dapat 9G..tak bleh blah). Dan amat rugi rasanya kerana saya tidak mengambil subjek biologi semasa berada di bangku sekolah dahulu semata-mata ingin mengambil matapelajaran lukisan kejuruteraan(nak amek sume tak bleh,otak saya agak benak sikit).. Walaupun saya ni tak berapa pandai,tapi saya gemar membaca untuk mengelakkan otak saya membeku seterusnya menjadi pelupa dan terus nyanyuk sebelum usia.

Ok2 back to the topic.. Seperti yang kita ketahui, Al-Quran adalah mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW. Kita imbas balik pelajaran agama islam tingkatan 1 (agaknye kot), mukjizat Nabi Muhammad SAW ada 2 jenis iaitu mukjizat hissi dan mukjizat ma'nawy. Mukjizat hissi ni adalah mukjizat yang hanya dapat disaksikan oleh mereka yang berada bersama Baginda ketika itu (contohnye macam bulan terbelah 2 tu la).. Allah juga telah menganugerahkan mukjizat yang teragung iaitu Al-Quran (ni mukjizat ma'nawy).

Al-Quran adalah Kalamullah yang diturunkan kepada Baginda menerusi malaikat Jibril a.s. Baginda seorang yang ummi (bukan ummi aida mahupun lagu ummi nyanyian hadat alwi), iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Surah pertama iaitu surah Al-Alaq diturunkan kepada Baginda pada 15 Ramadhan ketika Baginda berumur 40 tahun. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari berdasarkan keperluan pada masa itu. Ia dibahagikan kepada 114 surah dan mengandungi 86,430 perkataan dan 323,760 huruf2 arab. Jumlah ayat dalam Al-Quran ialah sebanyak 6236 ayat. Untuk memudahkan pembacaan, Al-Quran dibahagikan kepada 30 bahagian.

Sebelum saya pergi kepada ilmu sains,terlebih dahulu saya ingin menyentuh tentang pengukuhan akidah. Akidah Islam merangkumi aspek2 uluhiyyah, nubuwah, ruhaniyyah dan sam'iyat. Uluhiyyah berkaitan dengan ketuhanan, nubuwah tentang kenabian, ruhaniyyah tentang makhluk Allah yang ghaib seperti roh, malaikat, jin, iblis, bla..bla..bla.., dan sam'iyat berkaitan dengan perkara2 yang dikhabarkan oleh Allah dan Rasul seperti hari akhirat, syurga, neraka, dosa, pahala, bla..bla..bla..

Dalam hal ini, perkara2 yang berkaitan dengan ketuhanan boleh dibuktikan dengan dalil naqli (daripada Al-Quran) dan juga dalil aqli (akal atau logik). Sekarang ini terdapat sebahagian ahli sains yang ateis mula beriman dengan kewujudan Tuhan dengan menggunakan akal mereka. Namun hujah2 akal dan logik tak bole digunakan untuk membuktikan perkara2 yang berkaitan kenabian serta tak bole nak membuktikan perkara2 sam'iyat. Kini terdapat juga orang2 Islam yang meragui perkara2 tersebut. Akibat tidak mempercayai perkara ruhaniyyat dan sam'iyat maka manusia tidak lagi takut untuk membuat maksiat. (fuhh,penatnye menaip)

Sekarang tibalah masanya saya menyentuh tentang ilmu sains dan bab yang pertama ialah bidang kosmologi. Ehh ape tu kosmologi?? Ok2, kosmologi tu adalah ilmu tentang alam semesta, bagaimana alam ini terjadi, apa yang sedang berlaku kepada alam ini dan apa kesudahannya. Pada masa kini terdapat ramai ahli kosmologi yang bukan beragama Islam (tapi ramai yg ateis). Antara ahli kosmologi yang terkenal ialah Stephen Hawking, profesor terkenal di Universiti Cambridge..(ala yang pakai kerusi roda tu). Beliau mendakwa bahawa penemuan tentang alam ini mengembang merupakan kejayaan manusia yang paling bermakna sekali pada abad ke-20 (dalam buku History Of Time From The Big Bang To The Black Hole).

Lebih kurang 15 billion tahun yang lampau, satu letupan yang maha hebat telah berlaku. Ini adalah satu kejadian dimana ruang2 diisi dengan jirim2 yang menjadi asas kepada pembentukan alam semesta. Semenjak berlakunya letupan besar ini, alam semesta terus menerus mengembang dan menyebabkan jarak antara galaksi semakin jauh. Al-Quran terlebih dahulu menjelaskannya..





Firman Allah SWT:

Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah satu dan padu. Kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak jua beriman?
(al-Anbia:30)


Dalam surah ini Allah menjelaskan kepada kita tentang dua perkara iaitu permulaan kejadian alam semesta dan juga tentang asal usul kejadian organisme hidup. Tafsir Ibn Kathir mengatakan bahawa apa yang dimaksudkan dengan 'langit dan bumi pada suatu masa lalu adalah bersatu padu' ialah, langit dan bumi itu pada awalnya adalah satu unit dan berlapis. Kemudian Allah pisahkannya menjadikan tujuh lapis langit dan bumi.

Untuk ribuan tahun, ahli astronomi berusaha umtuk menjawab persoalan asas seperti saiz dan umur alam semesta ini. Adakah alam ini akan wujud selamanya atau akan musnah satu hari nanti? Pada tahun 1929, ahli astronomi bernama Edwin Hubble menemui penemuan penting yang menjawab persoalan2 tersebut. Dan kajian beliau menunjukkan bahawa alam semesta ini MENGEMBANG.. Al-Quran terlebih dahulu menjelaskannya..





Firman Allah SWT:

Dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan Kami dan Kami benar-benar mampu meluaskannya..(mengembang)
(Az-Zariat:47)

Alam semesta yang mengembang ini bersifat sementara dan berpenghujung..Tiada apa yang kekal kecuali Zat Yang Maha Agung, pencipta kita semua..

Adess..lenguh dah jari menaip..sebenarnya ada banyak lagi yang saya nak kongsi tapi untuk entri kali ini cukuplah setakat ini dahulu.


p/s: nantikan entri seterusnya, saya akan mengupas tentang matahari dan asal usul alam yang berbentuk asap plak yer..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Terima Nikahnya..



bismillah...

Saya sedang membaca buku ini (buku yang satu lagi tu pon belum habis bace).. Nampak macam best..memang best pun.

Saya tertarik dengan tajuk kecil buku ini iaitu Pedoman Bagi Yang Mencari. Antara isi kandungannya ialah 'perkahwinan bukanlah menghalalkan apa yang tidak halal sebelumnya...semata-mata. Perkahwinan ialah kombinasi cinta, perasaan, keinginan dan tanggungjawab.

Perang melawan keinginan nafsu adalah terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan dugaan2 selepas berumah tangga. Jika daya tahan dirimu terlalu lemah hingga menolak zina pun jadi masalah, dimanakah kekuatanmu untuk membina rumah tangga, memimpin keluarga dan menjadi pembentuk manusia berupa anak-anak??'

Itu serba sedikit yang dapat saya kongsikan. Dulu pernah saya terfikir untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang muda lantaran takut terjerumus ke lembah maksiat apatah lagi melihat remaja seawal 14 tahun pun sudah pandai melakukan aksi2 18sx! (ish3...kesian). Saya pernah berdebat dengan emak tentang remaja yang berkahwin muda kerana takut berzina...

"Elok sangat ler diorang ni kawen mude2..sok2 da kembung perut tu mak bapak jugek yang malu," kata saya. "Ah budak2 jaman sekarang ni dah takde mende lain yang dipikirnye.. Tang tu kemain leju(laju) je die nak buat. Sok kalo kawen mude2 kejap je da rase jemu, lagi plak kalo da beranak pinak. Dengan tak pandai jage anak, masak pun ala kadar, umah bersepah, muke ngko da rupe jembalang tanah..sok laki ngko pun lari," kata mak dengan bersungguh-sungguh mempertahankan ideologinya.

"Ko tengok ni dek, kesian budak ni kene dere," mak merujuk pada akhbar yang melaporkan kes penderaan bayi berusia enam bulan kalau tak silap saya. Si penderanya ialah ibu bapa bayi malang tersebut yang masing2 berusia 20 tahun.. "Tu la kawen ikot nafsu. Tanak pikir tanggungjawab," tambah mak lagi. (yela mak..zzZZz..)

Ada juga betulnya apa yang mak katakan, tapi bagi saya pucuk pangkalnya bergantung pada diri kita sendiri. Perkahwinan adalah sesuatu yang suci. Pertemuan antara dua hati yang saling mengasihi kerana Allah. 18,19,20,21...tidak kiralah berapa pun umurnya jika benar2 bersedia untuk berumah tangga, why not? Berani buat, berani tanggung...huhuhu...

Cinta + perasaan + keinginan + tanggungjawab = perkahwinan


p/s: masih menunggu prince charming saya datang melamar...thehehe... sape die agaknye ye...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedang Membaca...

bismillah...



p/s: Dalam kepayahan saya gagahkan juga diri untuk membaca buku ini...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS