bismillah...
Alhamdulillah atas segalanya, yang buruk mahupun yang baik kerana tiap-tiap apa yang berlaku semuanya adalah di atas ketentuan Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui segala rahsia yang terjadi.
Tahun baru 2011 dah menjelma, pejam celik pejam celik kejap jer dah setahun. Dan seperti biasa saya pasti akan menyentuh bab-bab kematian bila tahun baru hijrah atau masihi atau hari lahir saya menjelma. Ada sorang kawan yang selalu baca blog saya ni pernah tanya, naper la ko asyik sebut pasal mati je. Kenapa ko nak mintak sangat mati ke? Aih, tak payah mintak-mintak ceq. Kullu nafsin dza'iqatul maut! Semua orang akan rasa, tak payah nak mintak-mintak. Cuma mintalah diberi husnul khatimah. Moga Allah kabulkan doa kita...Amiin Ya Robb...
Baru masuk tahun baru ada berita yang menyedihkan iaitu tentang kematian pelakon Faizal Yusof. Ala bekas hubby si CT Nordiana tu... Allahyarham meninggal dunia kerana dah sampai masa Allah ambil nyawa dia, atas asbab serangan jantung secara tiba-tiba. Allahyarham baru berumur 33 tahun if i'm not mistaken, dan baru mendirikan rumah tangga buat kali yang kedua. Tak sangka kan...... Tiba-tiba roh berpisah dari jasad..... huff~
Dah beberapa hari saya tak dapat nak melelapkan mata dan terlalu banyak berfikir. Saya ditegur kakak tentang mata saya yang semakin sepet dan tidak bermaya. Aiseymen! Mata saya ni aset penting taw! Dah ramai yang terkena panahan mata saya nih...ehe.. Saya pun perasan mata saya makin lama makin kecil (bleh ker gitu?) dan tak bulat macam dulu. Isk! Takpelah, asalkan mata hati saya sentiasa celik dan terang(teranglah sangat). Berbalik kepada soal kematian tadi, saya akui saya terasa amat amat amat takut ganda 23 apabila memikirkan soal itu. Hek eh, kan ke Cik NurQaseh ni selalu gelak-gelak macam orang gile, takkanlah boleh fikir pasal tu kot. Setiap orang takkan terlepas dari soal kematian walaupun sejahat mana pun dia. Kita selalu dengar ada hamba2 Allah berkata, dosa aku ape ko peduli, kubur lain-lain!! Walaupun dia cakap macam tu, tetap juga dia ingat kat kubur, rumah transit dia yang kedua. huhu...
Nabi cakap, 'aksiruumin dzikri hazimillazzat'. Maksudnya, ' perbanyakkanlah mengingati si pencabut segala kesenangan'. Dulu saya takde pun nak ingat-ingat pasal mati ni. Alah,muda lagi bai... Rilek arr, enjoy-enjoy dulu. Sampailah ada suatu tahun tu, saya tak ingat tahun bila, seorang demi seorang kawan saya meninggal. Kawan setadika dan sekolah agama saya dulu dah menyahut panggilan ilahi atas asbab NYAMUK. Yaa, dia kena demam denggi.. Lepas tu sorang lagi meninggal atas asbab eksiden, yang sorang lagi pun eksiden masa nak pergi picnic dekat air terjun Sagil. Todia, mau tak menggigil buah pinggang saya menunggu giliran saya pulak nanti.
Apakah 'Hadzim al-ladzat' (si pencabut segala kesenangan)? YAA,si pencabut segala kesenangan itu adalah kematian. Dalam kehidupan yang serba moden ni biasanya ramai yang menyibukkan diri dengan hal-hal yang lagho. Macam sayalah... Sekejap nak sambung belajar sana sini, sekejap nak kerja itu ini, sekejap nak meniaga pastu kumpul duit banyak-banyak beli lancer sebijik skyline sebijik, lepas tu pulak nak jadi photographer la, jadi tukang kebun, lepas tu nak kawen la, beranak 8 orang bla bla bla.... Peh, nafsu aje yang ada dalam hidup kau NurQaseh! Tak kisah lah apa pun impian kita yang penting jangan sesekali melupakan soal kematian kerana kematian tak pernah melupakan kita. Setiap hari kita akan diziarahi oleh malaikat maut sebanyak 70 kali sehari. Macam mana la malaikat maut ziarah kita yer. Agak-agak dia dok mengintai kita kat sebalik tingkap ke? Tahu tak malaikat maut tu dok tenung muka kita 70 kali sehari... Time bawa subaru s204 dia tengok muka kita, time dating dengan awek dia tengok muka kita, time gelak-gelak tengok wayang dia tengok muka kita, time buat wayang dia tengok muka kita... Nasib baiklah malaikat maut tu makhluk ghaib. Kalau tidak, mau terkencing-kencing kita!
Kalaulah kita semua sedar bahwa Izrail tu sentiasa memerhati nescaya takkan ada seorang pun di antara kita yang lalai dari mengingati mati. Semua pasti akan menangis teresak-esak mengenangkan dosa setinggi langit dan bumi, dan semua pasti akan berlumba-lumba menambah amalan. Ada hadis Rasulullah SAW yang saya baca tentang malaikat maut yang merenung wajah manusia sebanyak 70 kali sehari. Ketika Izrail merenung wajah seseorang itu dan dia sedang bergelak tawa, maka berkatalah Izrail, "Alangkah hairan aku melihat manusia ini, sedang aku diutus Allah untuk mencabut nyawanya tetapi dia masih berseronok dan bergelak ketawa." Perhatikan sepanjang kehidupan ni kita banyak ketawa atau menangis. Kalau menangis sebab ex boyfriend kawen dengan orang lain, baik terjun longkang jer lah.
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang pengetahuan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.
Semasa dua malaikat yang mengawal dan menjaganya, menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatanya, yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya atau perbuatan yang dilakukannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia menerima dan menulisnya..
Dan apabila sampai ajal seseorang datanglah Sakaratulmaut membawa kebenaran yang telah dijanjikan serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu: Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya! Dan lagi apabila sampai saat yang ditentukan ditiuplah sangkakala, saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan.
Dan setelah itu datanglah tiap-tiap orang ke Padang Mahsyar, disertai dua malaikat yang satu menjadi pembawa dan yang satu lagi menjadi saksi, serta dikatakan kepadanya :'Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang perkara hari ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungi mu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam."
Allahu'alam...
p/s: Selamat pengantin baru buat dia disana....moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat....
.
Si Pencabut Segala Ke'best'an.... (-_-")
Selamat Berazam.... (^_^)v
bismillah...
Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua blogger dan pembaca QalamCahaya yang tegar mahupun yang sekadar dipinggiran... (-_-")
Tahun baru ni, seperti biasa kita akan ada azam baru... Azam tahun lepas yang tak tercapai tu kita bawak ke tahun ini... Berusaha untuk dapatkannya, banyakkan berdoa dan tawakkal...Hijrah kita dari yang tak berapa nak baik, kepada yang lebih baik. Dan yang sedia baik, istiqomahkan diri anda dengan ke'baik'an tersebut agar menjadi terbaik dikalangan yang baik-baik.. (-_-")
Apekah encik Azam saya pada tahun 1432 Hijrah ini?? Eh azam bukan Encik Azam. Sekarang ni malas nak cakap banyak... tengok jela gambar-gambar kat bawah ni..






Allahu'alam...
p/s : there's something in my head.. I feel pain and it's getting worse. Jadi saya tak dapat nak update QalamNur selalu.... kalau update pun tak banyak cakap (taip) kot... huhu.. :(
Segeralah Ke Syurga.......
bismillah....
Entri kedua saya untuk hari ini sempena ulangtahun kelahiran saya semalam iaitu hari Jumaat, 19 November 2010. 25 tahun yang lepas,pada tarikh tersebut berlaku suatu peristiwa yang tak mungkin dapat dipadam, dikikis mahupun di'liquid' dari lipatan sejarah negara Malaysia meski ada pihak2 tertentu yang cuba lari dari memperkatakan tentang peristiwa berdarah itu. Pada tarikh 19 November 1985, darah-darah para syuhada telah mengalir di bumi Memali dalam usaha untuk menegakkan hukum Allah. Saya tak pandai nak berpolitik, jadi saya tak nak beria-ria sangat cakap pasal politik. Cuma saya nak kongsikan ucapan As-Syahid Ibrahim Libya kepada pembaca QalamCahaya... Ucapannya membuatkan saya bersemangat dan sangat2 bersemangat untuk mencapai syahid...
"....sesuatu yang mesti diingatkan kepada saudara-saudara yang masih hidup lagi sesudah kami para mujahiddin ini bertemu dengan Allah SWT di dalam syurga Firdaus. Kalau saudara/i masih hidup lagi akan berdosa kepada Allah sekiranya zuriat akan datang akan kencing di atas kubur-kubur saudara kerana saudara hidup tidak mahu berjuang dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. Kami para mujahiddin yang sudah mati syahid dan dikuburkan berserta darah-darah merah.. kami berada di syurga dan saudara-saudara tetap berdosa dengan Allah Taala seandainya saudara masih berdiam diri....." -Ucapan di majlis tamrin Kawasan Baling, tahun 1985.
Selamat Menghampiri Lubang Kubur NurQaseh!
bismillah...
trutt...truutt...
"Hello kak Qaseh...di mana anda?"
"Kat rumah la dik...Awatnya?"
"Kenape lambat datang opis??"
"Sori dik, akak tengah cuci jamb*n tadi. Satgi akak mai la.."
Suka-suki hati saya je nak datang lambat ye...Apa nak jadi dengan Cik NurQaseh ni...isk3(-_-")
Nak buat macam mana, dah mak saya suruh cuci itu, cuci ini... Makanya lambatlah saya ke tempat keje. Sesampai saya di pejabat, mereka semua dah tunggu....
Allah selamatkan kamo...Allah selamatkan kamooo...Allah selamatkan........dan seterusnya....
Aikk...Bukan besday saya Jumaat minggu depan ke? Tapi takpelah, rejeki jangan di tolak... huhu... Makan time!!
Tak pernah umur saya sambut besday ni...kek hari jadi tak pernah wujud dalam kamus dewan cik NurQaseh hatta kek pisang pun tak pernah saya sentuh ketika hari lahir saya.. Thehehe... ibarat kata Prof. Dr Syeikh Yusof al-Qaradhawi, kenapa nak disambut usia yang makin lama makin tua dan seterusnya ke lubang kubor... (-_-) Tapi takpela kot,niat nak makan sama-sama supaya boleh merapatkan lagi hubungan sesama staf yang kadang-kadang termasuk dalam political office. Ada team A, team B.. Tak puas hati, masuk bilik meeting..masing-masing cucuk itu cucuk ini. Cucuk sate takpela, boley bakau lepas tu bagi saya makan.
Bila dapat kumpul ramai-ramai sambil membaham makanan yang banyak ni rasa best pulak. Masing-masing dah lupa sekejap dengan political office ni. Buat kawan-kawan, incik eksekutif, puan bos kecik saya, terima kasih banyak-banyak sebab bagi saya makan dan bagi saya hadiah walaupun hari lahir saya belum menjelma lagi. Bos besau takde, dia pergi Europe...kalau dia ada lagi meriah kot.
Sesungguhnya dunia yang Cik NurQaseh rasakan adalah terlalu singkat tapi perjalanannya masih jauh (-_-") Camne tuu? Entahlah... Saya rasa seperti baru je mak pakaikan saya pampers, pakaikan baju untuk saya, tepekkan bedak kat muka saya, suapkan makanan untuk saya. Tup tup dah nak jadi mak orang dah saya ni... isk3...
Tidaklah saya tahu berapa lama lagi saya akan hidup, dan tidaklah saya tahu ujian apakah yang akan Allah berikan untuk saya pada hari yang mendatang. Jika saya pergi menghadap-Nya dalam usia yang muda, saya berharap Allah memercikkan kesabaran dalam hati-hati insan yang menyayangi saya. Takmo nangis-nangis, takmo sedih-sedih..Kena ceria je macam Cik NurQaseh (^_^)v. Nangis sikit takpela kot.. Dan jika ditakdirkan Allah panjangkan umur saya dan Dia memanggil saya di usia tua, maka saya memohon agar dipercikkan kesabaran dalam jiwa saya kala menghadapi kehilangan orang-orang yang saya sayangi (I luv u mak ayah (T_T)...) Apa pun, yang paling saya harapkan ialah Allah mengambil saya dengan cara yang terbaik...husnul khatimah.. Bukan hanya saya, tetapi juga anda serta insan-insan yang saya sayangi. Matikan kami dalam Husnul khatimah ya Allah, jauhi kami dari su'ul khatimah...
Bak kata seorang blogger yang saya hormati, hidup ni cuma mimpi jer! Dalam kubo nanti baru kita akan sedar dari mimpi yang panjang... Hek eh, dah ade dalam kubo aku skarang ni ye! Mana pergi orang-orang yang nyanyi lagu hepi besday untuk saya? Mana pergi orang-orang yang dulu selalu puji saya? Mana pergi orang-orang yang dulu mengaku sayangkan saya? Mana ada semuanya! Tinggallah saya sorang2 dalam tu dipukul dipalu...(jauhkan aku dari azab kubur ya Allah!)
Pesanan untuk diri saya yang makin tua ni, dunia yang kau duduk ni perlu kau lihat dari kacamata akhirat. Dunia ni penuh kesedihan, penuh duka, penuh airmata. Sekarang kau ketawa-ketawa, boleh jadi esok kau menangis,menangis,menangis dan menangis NurQaseh. Dunia ni memang indah,tapi fana. Jangan kau ikutkan nafsu yang akan himpit kau dalam kubur nanti. Amal ibadah,pekerjaan,makan,minum,tulis blog,main gasing, hatta kau tidur sekalipun mesti kau lakukan kerana Allah. Akhir kata, kau jaga diri baik-baik ye NurQaseh... Itulah serba sedikit pesanan saya untuk diri saya sendiri... (-_-")
Allahu'alam...
p/s: belive me, I dont like cupcake....
p/s lagi: entri ni ditulis selepas saya mencuci tandas ofis pada waktu malam sebab saya basuh pinggan mangkuk semua kat tandas. Pantry dah sesak... Ape yg saya nak bagitahu ialah, kerja cuci-mencuci ni memang seswai dengan saya.. (-_-")
lagi2 p/s: Oke,saya balik rumah dulu..dah malam dah ni...chow sin ci...
Nur, Jangan Mati Dulu...!!!
Bismillah...
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan
disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa)
kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. - (Aali `Imraan 3:185)
p/s: al-Fatihah buat semua musliman dan muslimat yg terlebih dahulu menghadap Raja Yang Maha Agung... Saya akan menyusuli kalian nanti...