RSS
Container Icon

Amanat Seorang Pejuang

bismillah...

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tangan ku yang sudah mati(lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.

Aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku, yang sudah beruban putih dan berada dipenghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu, wahai bangsa Arab, kalian diam membisu dan lemah atau adakah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami hingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah.

Tiada satu pun kumpulan daripada kalian yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang ke atas kami dan menukarkan kami dari golongan yang mulia kepada golongan yang dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh, penjenayah serta pengganas!

Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan kami?

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu-sekutunya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat airmata kami dan meringankan bebanan kami?

Adakah pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya, dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan yang sebenar lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan:

"Ya Allah! Perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang temulang mereka,kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bentulah hamba-hambaMu yang beriman!"

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan doa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahwa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dalam keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, ornag-orang tua dan pemuda-pemuda kami.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian(menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada'.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa saja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Kami juga berharap kepada kalian supaya janganlah menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah! Janganlah menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini...

As-syahid Sheikh Ahmad Yassin,
1938-2004.





"Ya Allah! kami mengadu padaMu...
kami mengadu padaMu...
Kami mengadu padaMu...
Kami mengadu padaMu...
Lemahnya kami dan kurangnya helah kami.
Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang -orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepda orang-orang yang jauh yang akan menyerbu kami, atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

"Ya Allah! Kami mengadu padaMu, darah-darah yang tertumpah, maruah-maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah! Kami mengadu padaMu, berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya haluan kami, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat-umat disekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami..."



p/s: Saya ambil amanat ini daripada buku Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi. Sama-sama kita hayati dan teruskan berdoa untuk saudara2 kita yang ditindas bukan saja di Palestin bahkan tidak kira dimana saja mereka berada.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 kata mereka:

Jamal Rafaie said...

Sesungguhnya apa yang ditakuti oleh musuh Islam ialah kekuatan iman orang2 Islam.

Apa yang musuh takut dengan seorang tua yang uzur, dan hanya duduk di kerusi roda sahaja? Sehinggakan beliau dibom dengan peluru berpandu? Mampukah beliau mengangkat senjata? Membuat bom?

Itulah kekuatan yang sebenar.. Kekuatan iman dan jihad.. Yang ummat Islam zaman sekarang tidak memilikinya..