RSS
Container Icon

Anugerah Bintang Popular dan Anugerah Allah...

bismillah....



Segala puji bagi Allah yang maha mendengar serta maha melihat. Segala puji bagi Allah yang maha memberi pertolongan. Segala puji bagi Allah yang memberi kelancaran pada majlis Anugerah Bintang Popular 2009 yang berlangsung malam tadi. thehehe...

Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan dengan izin Allah. Buatnya tiba2 bumbung runtuh ker, kena bom ker,tak ker haru biru dibuatnya. Takut artis2 yang terlibat tak boleh nak lari laju2 sebab kain sendat sangat ditambah pula dengan barang kemas yang berat2 (nak naik tangga pentas tu pun macam tersangat seksa jer sebab takleh nak bukak langkah luas2). Bertambah payah la nak selamatkan diri.. Syukur, semua tu tak berlaku. Kerana apa? Kerana Allah masih sayangkan mereka semua (termasuk saya dan anda).

Selesai sahaja Buletin Utama, semua dah dok mengadap tv. Memang acara seperti ini bagaikan magnet tanpa kutub yang boleh menarik jutaan penonton termasuklah hamba dhaif, Cik NurQaseh ni..hoho~ Saya pun tak pernah tertinggal untuk menonton ABP ini saban tahun(tapi solat sunat taubat 2 rakaat setahun pun susah nak buat). Ianya satu majlis anugerah yang sangat berprestij di Malaysia dan amat berkesan dalam memilih artis mana yang layak mendapat anugerah. Sehinggakan solat isya' juga sengaja dilambat-lambatkan dek penangan ABP. Kalaulah Allah menarik nyawa saya malam tadi tanpa sempat saya menunaikan kewajipan yang satu itu, alangkah ruginya saya.

Daripada hos, para pemenang, persembahan nyanyian, hinggalah ke pakaian artis2 menjadi bualan sepanjang anugerah itu berlangsung(dan sambung sampai ke esok pagi utk acara umpat-mengumpat di ofis, di pasar ikan, kedai runcit, juga di sekolah). Ala,biasa la tu...cam tak biasa plak...

Yang sebenarnya, saya amat cemburu akan kecantikan artis2 Malaysia nih. Muka cun melecun, kulit putih gebu, rambut pun cantik berkilat, badan die pehhh...solid habis. Ini la masanya nak tunjukkan anugerah2 yang Allah beri. Lalu, anak buah saya yang berusia empat tahun bagaikan terpukau dek kecantikan artis2 tersebut.

"Acu,nanti Cicah dah besau Cicah nak jadi macam akak Steksi bleh?" kata Cicah sambil menunjukkan penyanyi Stacy yang sedang terkinja-kinja di atas pentas. (Stacy tu die panggil Steksi..hua3)

Hmmm...terlopong seketika mendengar pengakuan kanak2 comey itu. Nak marah, budak lagi. Nak bagi nasihat, pun budak lagi..bukannya dia paham. Senyum jela, habih citer... Lihatlah bagaimana besarnya peranan artis dalam masyarakat sekarang. Kalau dulu bila cikgu tanya tentang cita-cita, tak seorang pun yang akan jawab nak jadi artis. Kalau adapun mesti kena 'brainwash' dengan cikgu tersebut. Tapi sekarang, masyarakat dah tak kisah tentang semua itu. Ibu bapa pun dah ramai yang hantar anak2 pergi kelas vokal dan kelas muzik...lepas tu masuk pertandingan menyanyi.

Kalau suara2 merdu kanak-kanak itu semua digilap dalam bidang taranum al-quran, qiraat dan yang sama level dengannya kan lebih elok. Sudah semestinya ilmu akhirat itu lebih penting dari ilmu dunia yang anugerahnya cuma dapat di dunia (tu pun kalo dapat la. Kalo dah sampai berkurun jadi penyanyi tapi tak dapat pape tak tau la nak cakap camner).

Yang saya agak 'kagum' dengan ABP semalam ialah bagaimana mereka yang berpakaian seksi dan seksa tersebut membacakan Al-Fatiha untuk Allahyarham Din Beramboi. Boleh ke macam tu? Saya rasa macam agak tak sopan pula. Apa pun Allah sahajalah yang layak menilai hamba2-nya. Mana tahu suatu hari nanti Allah beri petunjuk kepada mereka, dapatlah mereka menjadi ahli syurga, insya'allah. Dan siapa tahu,saya pula yang Allah uji keimanannya lalu saya jatuh tersungkur di kaki neraka, na'udzubillah..minta dijauhkan...

"Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka mereka layak menerima bala Allah SWT . Antara 15 perkara itu ialah..., orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari2) alat2 yang melalaikan(muzik)"
-Hadis Riwayat Tarmidzi-

Sesungguhnya dunia ini sudah dipenuhi dengan hiburan2 yang melalaikan. Dan itu adalah salah satu tanda bahawa betapa hampirnya kiamat. Sentiasalah berdoa agar Allah sentiasa melindungi kita dari kelalaian, bukan untuk diri kita sendiri bahkan untuk semua umat Islam. Kerana apabila didalam kubur itu nanti kita akan ditanya siapa saudara mu..dan anda sendiri tahu jawapannya. Usah disalahkan mereka yang anda lihat terlalu asyik dengan hiburan kerana mereka sebenarnya sedang diuji. Maka sama-samalah berdoa semoga kita semua sentiasa beroleh hidayah dari Tuhan Maha Yang Esa..

"Demi Zat yang menggenggam jiwaku, sekiranya kalian tidak pernah membuat dosa nesacaya Allah akan mematikan kalian dan digantikan dengan kaum yang berbuat dosa, lalu mereka memohon ampun kepada Allah dan Allah mengampuni mereka."

Allahu'alam...


p/s: Cik NurQaseh suka karaoke...tapi dalam bilik air jer...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 kata mereka:

Jamal Rafaie said...

Salam..

Nak tengok abang saya menang ke tak semalam, nampak gayanya tak dapat lagi anugerah penyampai radio paling popular. Asyik jadi finalis je, bila nak menang ntah..

Biasa la bila orang kuar tv lawa2 sebab make-up, bila tak make-up? haha..

Ramai pompuan yang tak tahu yang sebenarnya jika menutup aurat mereka akan menjadi lebih cantik.. Percayalah..

Hari tu Wardina ada kata yang artis ni tak boleh dijadikan ikon.. Habis semua artis melenting bila dia cakap macam tu, termasuk la kat rancangan TERJAH!

Hakikatnya artis sekarang memang dah jadi ikon kepada masyarakat, "biasalah artis pergi clubbing, seksi2".. Apa lagi yang kita perlu cakap?

Satu hari wartawan tanya kepada seorang artis, "Nama ada perkataan Islam. tapi perangai tak macam Islam pun". Dia jawab "tu nama yang bapak I bagi, bukan dari hati I sendiri. Insya-Allah satu hari nanti I akan berubah"..

Nauzubillah.. Moga kita dijauhkan dari semua itu.. Hisy.. Banyak pulak cakap kali ni, dah macam wartawan hiburan pulak.. Hehe..

"Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi"

Wasalam..

NUR QASEH HJ. MUHAMAD said...

salam incik jamal,

wah da boleh jadi wartawan melodi versi islamik...hehehe..

tu la pasal, artis2 ni memang tak boleh dijadikan ikon. tapi hakikatnya dah ramai yang terikut-ikut gaya mereka ni. clubbing, dadah, beli beg sampai 40k.

yang pakai tudung pulak ada yang pakai macam nak taknak jer. lepas tu peminat pun ikut...cube kalo artis2 ni pakai tudung labuh,kan elok.

hehe...nama best tapi tak melambangkan peribadi si pemilik. doakan jela supaya mereka diberi hidayah. (t'masuk saya skali..huhu)

lastly,thanks coz visiting my blog...