Bismillah....
Segala puji bagi Khaliq yang masih memberi peluang kepada pemilik blog dhaif QalamCahaya ini untuk terus memberi inspirasi kepada anda semua.. (hua3...inspirasi ape ntah).
Semalam, sedang saya termenung jauh memikirkan masalah negara, abang posmen secara tiba2 menyergah saya menyebabkan lamunan saya terhenti. Lalu abang posmen tersebut mengeluarkan bunyi hilaian jembalang tanah yang sangat dasyat (kuang ajau posmen nih). Walaupun begitu,kedatangan beliau memang amat2 saya nantikan...hehe...
Kemudian abang posmen merangkap sepupu saya itu pun mengeluarkan satu bungkusan yang berisi baju...hehe lagi...
Todia jubah yang dibeli dari seorang sahabat blogger saya iaitu pemilik blog Aumuni's Shop...selepas membuka bungkusan itu dengan sangat rakus, saya pun terus mencuba jubah tersebut dan saya amat berpuas hati dengan hasilnya. Cuma saya perlu menjahit sedikit kelim dibahagian bawah jubah kerana saiz saya yang pendek kemetot tapi comey :p... Wahaha..betapa anggunnya saya rasa apabila mengenakan jubah hitam bersaiz M tersebut.
Apa pun terima kasih kepada Kak Aisya kerana memberikan perkhidmatan terbaik serta mutu barangan yang dijual juga amat berkualiti (betol, tak tipu punye..). Sempat juga beramah mesra dengan Kak Aisya dan berbalas-balas SMS untuk merapatkan lagi sillaturrahim antara kami. (Lain kali ana beli lagi ye kak, jangan lupe bagi diskaun skali..mwahaha)
Allahu'alam...
p/s: sape2 nk beli baju muslimah, tudung, handbag dan purse bleh jenguk2 kat sini. harga amat2 berpatutan. Tak payah keluar duit minyak gi shopping complex. Duduk jer depan laptop dan pilih yang mana anda suka...
2 kata mereka:
salam... terima kasih ke tuan punya "qalam cahaya".. terharu nye..
semoga ikatan bukan saja di ats jual beli tapi krn Nya juga..
terima kasih tas sokongan dan akak harap sentiasa mendapat sambutan dan sokongan adik dan semua :).
silalah kunjung ke aumuni's shop ye .. sambil membeli sambil berukhuwah :)
jom singgah sat...
Salam..
Wah.. Baju baru yer.. Cantik2.. Susah nak dapat kat kedai baju cam ni.. (ye ke? tengok baju pompuan banyak jual kat kedai).. hehe..
Teruskan dakwah!! Dengan pakaian pun kita boleh berdakwah.. Islam adalah cara hidup!
Post a Comment