RSS
Container Icon

Wanita & Akhlak

bismillah...

Saya ada terjumpa satu email dalam blog seorang sahabat. Emailnya berkisar tentang kepayahan beliau dalam mengawal nafsu syahwatnya. Saya baca pun naik takut...sila baca email tersebut dibawah,

Assalamualaikum,

(minta admin padam nama saya sebelum release)

Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

Tolonglah wahai wanita, aku ingin jaga mataku dan imanku

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni oranglelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...

Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...

Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orang warakk.. aku bukan orang alim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..



Sampai macam tu sekali kaum lelaki akan rasa bila melihat wanita2 yang terlalu ghairah menonjolkan anugerah2 yang dipinjamkan Allah. Saya pun malu jugak bila tengok kaum sejenis saya menyarungkan pakaian yang selayaknya disarungkan oleh buah nangka..

Apa yang hendak dibuktikan oleh wanita2 seperti ini? Saya ada seorang rakan yang terkena kejutan budaya apabila menyambug pelajarannya di Kuala Lumpur. Dahulu manis bertudung, kini rambutnya sudah bertukar warna. Dahulu cantik berbaju kurung, kini seluar pendek menjadi pilihan. Saya yang melihat pun terasa seksa!

Acap kali saya bertanya, kenapa jadi begini...jawapannya tetap sama. 'Aku nak enjoy2 dulu. Boyfriend pun supporting. Waktu muda sekali je beb.' Hmm,alangkah bagusnya kalau seluruh pemuda dan pemudi Islam menyahut seruan As-Syahid Imam Hasan Al-Bana untuk sama2 menegakkan syiar Islam dan membangunkan kembali roh2 Islam yang kala ini bagai kapas berterbangan tiada tujuan.

Mengapa wanita jadi begitu? Saya juga seorang wanita. Mengikut perspektif saya, wanita itu bagaikan coklat yang nampak keras tetapi mudah cair. Sekuat mana pun seseorang wanita itu mencanang akan kekuatan hatinya, pada hakikatnya wanita adalah lemah. Perlu ada yang menjaga.. Perlu ada lelaki yang melindungi. Ayah, abang atau suami..

Mengapa wanita jadi begitu? Mungkin ada yang mempengaruhi.. Lelaki,sangat kuat pengaruhnya. Saya membuat kesimpulan, walau sebaik mana pun wanita itu, jika lelaki yang mendampinginya buruk pekerti maka lama kelamaan akan terpalit juga keburukan itu pada si wanita. Dan jika lelaki yang mendampingi baik akhlaknya, insya'allah baik juga wanitanya.

Lelaki dilahirkan sebagai pemimpin. Justeru tidak hairanlah kaum hawa mudah dipengaruhi dari sisi yang baik ataupun dari sisi gelap.

Banyak lagi cabang2 kehancuran akhlak umat Islam, bukan hanya tentang pakaian si wanita, malah sistem kekeluargaan juga diambang kehancuran. Bagaimana anak2 gadis tidak berpakaian seksi kalau ibu bapanya menghalalkan perbuatan mereka. 'Up to date' katanya...

Entahlah...

Islam itu tinggi martabatnya, yang rosak ialah sebahagian penganutnya sendiri. Saya memetik kata2 sahabat saya, Islam itu hanya akan dipandang tinggi cuma dengan akhlak! Dengan akhlak! Dengan akhlak! Apa bezanya orang Islam dengan bukan Islam jika mereka mengamalkan gaya hidup orang yang bukan Islam. Waima sekarang ini pun ramai orang2 bukan Islam yang menyamakan Islam dengan agama mereka. Na'uzubillah!



p/s: Alhamdulillah, saya masih dalam pelindunganNya dan moga2 istiqamah la hendaknya..Saya pun bukannya baik sangat. Takut kalau hati berubah..ish!


p/s lagi: Dalam usaha memperbaiki diri..(^_^)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 kata mereka:

sani tensai said...

...aku berlindung denganmu ya Allah...semoga aku sentiasa beringat dan kuat...

Jamal Rafaie said...

Tak kira ustaz, engineer, pilot, doktor atau peguam, lelaki tetap adalah lelaki..

Lelaki yang normal akan tertarik dengan wanita. Itulah hikmahnya Allah mewajibkan wanita menutup aurat.. Tapi tak tahu la kenapa ramai sangat wanita yang membuka aurat sekarang ni..

Kuatkan semangat kalau ada orang yang memperli nur sebab pakai tudung labuh.. Amik tamsilan ini :

"Buku yang dibalut dan dilarang untuk dibaca di kedai buku selalunya mahal harganya.

Tetapi buku2 seperti majalah dan komik boleh dibaca sesuka hati oleh pembaca tanpa membelinya, tuan kedai buku pun kadang2 membiarkan sahaja pembeli membelek buku itu.. Selalunya buku atau majalah itu murah harganya.

Wanita yang solehah dan menjaga maruahnya ibarat buku yang dibalut, dilarang membaca sebelum membelinya, dan harganya adalah mahal.

Sebaliknya untuk wanita yang tidak menjaga auratnya, ibarat komik2 di kedai mamak yang boleh dibaca sesuka hati dan murah harganya"

Bukan saya nak merendahkan wanita yang tak menutup aurat, siapa la saya kan, tetapi kita boleh mengambil iktibar dalam tamsilan itu.. Moga Allah melindungi awak Nur.. Insya-Allah.