RSS
Container Icon

Maaf...Saya Cakap Tak Serupa Bikin...


bismillah...


Sedang saya duduk termenung keseorangan selepas seharian diserang migrain, saya tiba2 terfikir tentang siapa sebenarnya diri saya. Selama ini rupa-rupanya saya berpura-pura menjadi jelmaan malaikat, berpura-pura menjadi "si pembela" bagi mereka yang lemah, menjadi "si baik" yang sangat2 prihatin akan nasib golongan yang tidak bernasib baik, menjadi "si pengkritik" bagi ketidakadilan di dunia ini.

Ini diri saya yang sebenar-benarnya...

1) Jika saya masuk kerja jam 8.35 am, sedangkan waktu mula kerja ialah jam 8.00 am saya sudah dikira lewat ke tempat kerja..TETAPI jika saya sembahyang Asar jam 6.00 pm atau hampir2 maghrib pun masih saya kira awal,sedangkan mengikut masa sembahyang Asar yang sebenar di Semenanjung Malaysia ialah sekitar 4pm-5pm. Bukankah ini salah faham namanya?

2) Saya mengeji dan mengutuk Amerika kerana jenayah2 perang yang dicipta mereka TETAPI saya tetap makan makanan buatan mereka (McD,Coke,Baskin n Robin...Arghhh!!), saya menggunakan barangan buatan mereka, saya menjadi peminat dan penonton setia filem2 mereka yang kaya propaganda itu. Adakah ini maknanya benci tapi sayang??

3) Jika ada pelancaran skim-skim amanah saham maka saya pun termasuk dalam kelompok manusia yang berduyun-duyun pergi melabur untuk masa depan kononnya. TETAPI apabila ada pelancaran tabung derma (saham akhirat) untuk membantu siapa2 yang memerlukan, hendak mengumpul RM1juta pun cukup payah daripada rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini termasuk saya, malah ada yang mengambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas oleh media. Mana yang lebih kita cinta?

4) Saya sangat sensitif dan terharu apabila mendengar atau melihat ibu bapa yang mendera anak2 kecil apatah lagi yang membuang bayi mereka merata-rata tak ubah seperti sampah, TETAPI saya jarang rasa sedih dan terharu apabila ramai ibu bapa yang mendera anak-anak mereka secara maknawinya dengan tidak mendidik anak-anak menjadi soleh, seperti mengenalkan mereka dengan Allah, bersembahyang, hormat orang tua, menutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur nanti. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di dunia kala ini? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga, iaitu buang anak ke dalam api neraka? Mana lebih hina, buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api neraka? Anak2 kecil yang dibuang dalam tong sampah belum tentu masuk neraka kalau mereka hidup tetapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke neraka juga.

5) Saya selalunya akan cepat2 mengucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu saya dan akan kenang budinya sampai bila2 TETAPI dengan Tuhan yang memberikan saya segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik setiap masa, saya jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih dengan cara yang dituntut-Nya.

6) Saya berasa amat malu apabila seseorang mendedahkan keaiban saya TETAPI jarang pula rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan saya lahir dan batin, kecil mahupin besar.

Senarai di atas adalah sedikit tentang diri saya yang cakap tak serupa bikin nih...ish3... Di bawah ini pula saya senaraikan situasi2 yang saya perhatikan dalam masyarakat sekarang.

1) Ramai lelaki memberi alasan hendak berpoligami kerana mahu ikut sunnah Nabi SAW TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh menyimpang dari sunnah. Mempergunakan agama untuk kepentingan diri. (kalo gitu gamak perangainye, camane la bini nak bagi kawen lagi).

2) Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh suami TETAPI ramai juga yang merelakan suaminya main kayu tiga,empat dan lima. (jangan tanya cik NurQaseh kalo nanti suami sendiri nak tambah bini..takde jawapannye lagi..huhu)

3) Kahwin empat lebih baik dari kahwin tiga, kawin tiga lebih baik dari kahwin dua, kahwin dua lebih baik dari kahwin satu sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI kahwin satu lebih baik dari kahwin dua,tiga dan empat jika tidak mampu berlaku adil. Hisab dan nilai diri dulu sebelum pilih yang mana satu.

4) Pemimpin2 selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu berkasih sayang sesama manusia, menyeru agar bersih cekap dan amanah dan sebagainya TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan, memotong tali persaudaraan dan mengotori tangannya sendiri dengan korupsi dan rasuah.


Ish..ish..ish..jahatnye saya ni..cakap tak serupa bikin.. Talam dua muka.. Lidah bercabang..bla bla bla....


p/s: Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku tak betul, aku yang salah, kerana aku dia jadi begitu.... hurmmm...(T_T)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 kata mereka:

sani tensai said...

"Saya berasa amat malu apabila seseorang mendedahkan keaiban saya TETAPI jarang pula rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan saya lahir dan batin, kecil mahupin besar."

huhuhu...kadg2 da org pk dia dh rsa malu nak doa ngn Allah sbb dia tau dia byk dosa...tp lagi kita rsa kita berdosa, lagi la kita kna rjin berdoa ngn Allah...kan3...dlm kita nak improve dri kita supaya dkt ngn Allah, kwn2 lak x paham...x jaga aib kita...huhuhu

huhuhu...huhuhu...dan huhuhu...
(- -")

Faarihin said...

betul lah dek.. kadang2 kita kata orang.. tapi sebenarnya kita lebih teruk dari orang yg kita kata tu.. huuuu.. insaf2.. (TT__TT)

UstazCahaya said...

Salam Ziarah Dik nurQaseh..

Tulisan yang bagus, dan sangat menginsafkan..

Faridrashidi.Com said...

Kita selalu merasa kita adalah terbaik dan hebat, hakikatnya tidak.

Dan, percayalah.. manusia yang selalu muhasabah untuk memperbetulkan kesilapan perjalanannya adalah terkategori manusia bijak. Maka kamu sedang melakukannya. Teruskan.

Salam perkenalan dari saya,

Faridrashidi.Com