RSS
Container Icon

Pengalaman Saya Di Tangkap Basah


bismillah...

Agak malu saya hendak berkongsi cerita ini di laman QalamCahaya, tetapi akan saya kuatkan juga hati dan semangat saya untuk berkongsi dengan anda semua agar dapat dijadikan iktibar dan pengajaran.

Peristiwa ini berlaku 5 tahun yang lepas sewaktu saya berada di tingkatan 5 Sains Teknikal. Saya mempunyai seorang teman istimewa dan saya amat menyayanginya...sungguh! Saya sayang padanya. Ke mana2 pun kami sentiasa bersama sehinggakan ramai yang cemburu. Bukan apa,dia sangat "good looking", smart dan bijak dalam pelajaran. Tambahan pula kami berdua menjadi pengawas, (lagi la the jelez thing makin menebal dalam diri mereka).

Nak dipendekkan cerita,pada suatu hari saya dan si dia merancang untuk ke sebuah taman selepas tamat kelas tambahan. Dan kami pun jalan beriringan menuju ke taman tersebut yang agak sunyi. Pada mulanya kami merancang untuk mengulangkaji pelajaran berdua, tetapi saya perasan matanya kerap menyoroti wajah dan tubuh saya yang kecil molek comel dan sewaktu dengannya (weekkks~). Saya jadi tidak keruan. Ah! mengapa timbul perasaan sebegini!

Tanpa saya sedari, tangannya mula menyentuh jari-jemari saya dan seterusnya ke anggota badan yang lain.. Dan waktu itu saya akui saya sudah tidak tertahan lagi. Maklumlah remaja seperti kami punya nafsu yang sedang bergelodak dan sukar dikawal. Suasana di situ pula bagai menyebelahi kami, sunyi sepi dan kedudukan kami agak tersorok di celah2 rimbunan pokok. Sangat sesuai untuk membuat onar...

Dia terus menyentuh dan lagi dan lagi....sehingga titis-titis hujan turun membasahi,kami tidak peduli. Saya dapat rasakan lengan dan tengkuk saya sudah berbekas dan kemerah-merahan akibat dari gigitan cintanya. Dan kami terus hanyut di dalam dunia yang kami cipta sendiri....tiba-tiba...

"Masyaallahhh..!! Amende korang buat ni haa??" Terkejut gorila kami dibuatnya. Tanpa kami sedari rupa2nya gelagat kami diperhatikan sejak dari tadi.

"Ado00iiii, adoidoiyaii.. Sakiit ni..cepat ler buang kerengge kat belakang aku nih!!" Jerit saya kepada Naimah,teman baik saya itu. "Ko bole sabau tak...Aku nak halau kerengge ni kat atas tudung ko dulu dowh..." Bagaimana lagi saya harus bersabar sedang badan saya pedih2 digigit kerengga2 tersebut.

"Tu lar sape suruh korang duduk kat tepi pokok nih...Tak nampak ke de rumah kerengge kat sini. Da ujan da ni..tak nak balik ker?" Kata pakcik tukang kebun yang 'menangkap basah' kami berdua. Dan dalam kebasahan, kami terus pulang ke rumah...

Sejak dari peristiwa itu,kami tidak lagi duduk berdekatan pokok berkenaan kerana tidak mahu sejarah berulang lagi.. END OF THE STORY...


***********************************************


Satu lagi kes yang membabitkan pasangan ditangkap basah, tapi ini yang saya baca dalam akhbar Kosmo hari ini. Tajuknya "Pasangan Pelajar Agama Dicekup Khalwat."

SEREMBAN- Sepasang kekasih dari sebuah kolej agama swasta di Selangor yang menginap di sebuha hotel tiga bintang di sini terbongkar apabila mereka dicekup oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, Isnin lalu.

Pasangan yang masing-masing berusia 20tahun merupakan pelajar jurusan al-Quran, Sunnah dan Syariah di kolej tersebut.
Mereka ditahan pada pukul 1.30 pagi ketika berada berdua-duaan di dalam bilik hotel itu.

Difahamkan pasangan itu mendaftar masuk ke hotel tersebutpada pukul 8 malam sebaik sampai ke bandar ini dari kolej mereka.

Jurucakap JAINS berkata, pasangan itu ditahan dalam satu pemeriksaan rutin selepas membuat semakan di buku pendaftaran dan mendapati ada satu pasangan beragama Islam bermalam di situ.

"Selepas pintu bilik hotel diketuk dan dibuka terdapat seorang wanita berbaju T labuh paras lutut berada di bilik itu. Wanita itu memberitahu dia berseorangan tetapi selepas diperiksa, kami jumpa seorang lelaki bogel bersembunyi dalam tandas," kata beliau di sini semalam.

Kata beliau,pasangan itu mengaku masih belajar di kolej agama swasta di Selangor dan datang ke Seremban pada Ahad lalu kononnya untuk pergi ke perpustakaan di sini.

"Mereka memberi alasan terpaksa bermalam di hotel tersebut kerana tiada wang untuk pulang ke kolej," jelasnya..


p/s: Moral of the story,

1) jangan duduk kat pokok yang ade kerenggere

2) jangan mandi bogel...ahaks..

3) dah tau takde duit, jangan la tido kat hotel 3 bintang.. tido la kat bus stand ker,kat jejambat ker..baru nampak macam takde duit...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 kata mereka:

Faarihin said...

hadoi.. Qaseh..Qaseh.. cerita yang pertama berjaya buat suspen yer.. hahahaha.. buat akak gelak aje..(^__^)

cerita yang kedua..
ish2.. janganlah menjatuhkan imej golongan2 agamawan ni.. khuatir nanti orang dah tak hormat akan golongan agama lagi nanti.. Nauzubillah.. jauhkan perkara ini dari kita semua..

nurqaseh said...

yer betol... saya baca pun terkilan jgk, tpi benda dah jadi nak buat camne...ada la hikmahnya buat hamba2 Allah yg tersebut. pengajaran buat kite semua, didikan agama setinggi mana pun manusia tetap manusia. dan perkara yg paling besar dlm diri manusia adlh nafsu.. nk ckp lebih takleh takot kene diri sendiri..huhu..

BaDBoYs said...

alamak oi nur...terangkat bulu roma aku baca story ko...buat suspen je. nasib baik aku baca sampai abis kalau tak ko dah kena cop ngan aku..apa2 pun taniah memang best..

Faarihin said...

yup.. betul tu dek.. bab2 ni la paling takut kan.. moga2 mereka yg terlibat itu cepat2 bertaubat..

mael.. said...

:-)..berdebar bila baca..hee.
bahaya gak entry macam ni...

nurqaseh said...

hehe...tme kasey ler kpd semua yg sudi bca entri sy nih...ala saspen sikit jer tuh....hoho~

Ahmad Zulfadhli said...

haha.. buat saspen orang jer.. entri nie membuat orang tertarik nak bace sampai habis.. tahniah.. :D

Ahmad Zulfadhli said...

Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Faarihin said...

p/s: dek.. akak dah ok lah.. biasalah ada masa dia k.o ada masa dia ok.. hehehe.. tq yer dek.. (^__^)