RSS
Container Icon

Patutkah Saya Berniqab???


bismillah...

Niqab...Anda tahu apa itu niqab? Niqab bukanlah sejenis makanan mahupun model kereta buatan German. Niqab, jilbab, khimar(kata dasar bagi khamr kalo tak silap), hijab, burqa mempunyai maksud yang hampir sama pada am nya iaitu penutup. Bukan penutup makanan, penutup acara apatah lagi penutup botol. Niqab ialah sesuatu yang digunakan wanita muslim untuk menutup wajah mereka. Yang sebenarnya saya ingin berkongsi sedikit rasa hati saya kepada semua pembaca blog QalamCahaya (kalau ade yang bace la,blog saya bukan glamer sangat pun..hoho~)

Adakah saya patut memakai niqab? Sejak memasuki zaman remaja lagi saya sudah berminat dengan pemakaian niqab dan menanam azam untuk istiqamah memakainya apabila dewasa kelak. Tetapi niat itu tenggelam timbul dek kerana saya tidak begitu berkeyakinan dan menganggapnya sebagai satu angan2 kosong. Kerana apa saya berfikiran begitu? Kerana saya bukanlah dari golongan yang mempunyai pendidikan agama yang best2 (biasa2 jer).

Saya mengajukan persoalan ini kepada mak,lalu dia berkata jikalau saya memakai niqab mungkin agak sukar untuk mendapat pekerjaan. Ye tak ye jugak...dah la tengah menganggur ni. Selalu juga saya terfikir layakkah saya mengenakan niqab kerana seseorang wanita itu apabila berniqab maka dia akan dianggap seorang perempuan yang baik2, alim, warak,bla bla bla... Tetapi saya tidaklah begitu,hanya biasa2 sahaja...terlalu biasa. Entah mengapa hati ini bagai ditarik-tarik untuk berniqab. Lalu pada musim haji yang lalu mak dan ayah terpilih untuk menjadi tetamu Allah, dan dikesempatan itu saya meminta supaya mak memborong seberapa banyak jubah dan purdah dengan syarat semuanya mesti berwarna hitam.(peberet kaler tu)

"Janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dengan sombong dan berbangga diri. Sesungguhnya Allah membenci orang-orang yang sombong dan berbangga diri." (surah Luqman:18).

Baru-baru ini saya menemukan surah Luqman ini dan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Al Bukhari, "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya melebihi buku lali,maka dia masuk neraka."

Ditambah dengan hadis riwayat Tirmizi yang saya baca, "Allah tidak akan melihat orang yang melabuhkan pakaian seterusnya menzahirkan kesombongannya."

Rasa bimbang pula jika timbul perasaan demikian ketika berniqab. Yelah siapalah saya yang hina dina ni. Takut nanti iman tak seberapa tapi berlagak sombong seperti dialah yang maksum di dunia ini. Mungkin akan timbul perasaan sebegitu tanpa kita sedari, siapa tahu. Saya ada meminta pandangan beberapa orang sahabat. Salah seorang daripada sahabat saya berkata,setiap perbuatan biarlah dibuat dengan ikhlas kerana Allah bukan kerana takut untuk menghadapi persepsi masyarakat terhadap kita.

Sahabat saya yang lain pula berkata, "Takpe, slow2 la dulu Nur.. Kalau ko kawin dengan aku, da tentu aku suruh ko pakai niqab nanti..thehehe.." Cehh,bleh plak camtu. Entahlah,mungkin suatu masa nanti saya akan berniqab juga, mungkin selepas berkahwin kelak, mungkin tak lama lagi, mungkin dan mungkin...arghhhhh!!!! Penin..penin...

Cukuplah sampai disini....Salam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 kata mereka:

UstazCahaya said...

Salam ziarah adik NurQaseh;-)

Tahniah kerana memiliki azam untuk memakai niqab. Pernah baca novel Zaliza Mas- 'Namun Kupunya Hati"? Jika belum adik boleh baca reviewnya di sini:

http://hurulmardhiyah.blogspot.com/2010/01/namun-kupunya-hati.html

Novel ini mengisahkan seorang wanita yang memakai niqab. Jika adik belum mengenali Saudari Hurul Mardhiyah; dia adalah seorang pelajar kejuruteraan yang memakai niqab.

Membaca tentang perbincangan adik dengan ibu tentang niqab, saya teringat pula sebuah kisah lucu tentang itu. Boleh baca di link di bawah:

http://ustazcahaya.blogspot.com/2010/01/kisah-seorang-ibu-melarang-anaknya.html

Itu saja. Wasalam wrb;-)

nurqaseh said...

salam ustaz..
tu la azam je lebih...tapi buatnye belum lagi..huhu

imranulkhalis said...

buleh tu.....

Nanti buleh bincang same2..

nurqaseh said...

hoho..bincang dengan inchik majin bu yer?? hehehe

UkhTi_ ATiRaH said...

Salam adek nur..

Syukran kerasan sudi bertandang ke teratak akak..

insya Allah, Allah akan memberi adek kekuatan utk memakainya..

(",)

shuhada said...

salam ukhti..

alhamdulillah, setiap muslimah pasti akan rasa keinginan untuk mentabir wajahnya dari pandangan lelaki ajnabi..ukhti dh ada keinginan, cuma perlu tinggikan keyakinan dan sdikit push dari org sekeliling.teruskan pengkajian..jgn risau tentang pekerjaan..insyaAllah rezki Allah akan kurniakan yg penting kt tunjukkan effort dan yakin dgn diri..ana dah lihat ramai wanita berniqab yg berjaya dalam pekerjaan..w'alam

NurQaseh said...

wslm ukhti shuhada....

sebenarnya, saya dah berniqob dah pun... best rasenye, rasa selamat dan rasa tenang....speechless... huhu..

syukran sudi singgah,, (^^,)v