RSS
Container Icon

Wanita


Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,

Daya penarik wanita solehah itu, Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Begitulah serba sedikit gambaran tentang wanita solehah.. Persoalannya sekarang, berapa ramaikah wanita2 yang mempunyai ciri2 di atas pada akhir zaman ini?

Tidak perlu melihat wanita2 lain diluar sana. Cukup melihat diri saya sendiri. Semakin saya menginjak kedewasaan, semakin saya mengerti apa yang berlaku pada wanita masa kini. Saya seorang gadis pendiam, tetapi peramah apabila sudah mengenali antara satu sama lain(agaknye kot). Kerana itu,saya mempunyai ramai kenalan yang berbagai ragam dan berbagai latar belakangnya.

Semasa saya masih menuntut ditingkatan enam, saya mempunyai seorang sahabat dari sekolah aliran agama. Perwatakannya yang lembut dan raut wajah yang manis ditambah pula dengan latar belakang agamanya yang baik, sesiapapun pasti ingin mendekatinya. Apa yang saya ingin jelaskan disini ialah mengapa mudah benar hatinya berubah. Jalan hatinya terpesong hanya kerana seorang lelaki kabaret yang mendekatinya saat kami hampir tamat tingkatan enam.

Dia yang selalunya saya lihat bertudung labuh, berpakaian longgar dan kasut menutupi seluruh kakinya bukan lagi begitu. Sangat2 lain rasanya apabila dia mengambil keputusan untuk menunjukkan mahkotanya yang selama ini dijaga. Saya bertanya kepadanya, mengapa kamu jadi begitu.. Alasannya, aku amat mencintai lelaki yang sedang kau lihat sekarang.. Lelaki itu saya lihat dengan pandangan kebencian.

Sungguh! saya benci lelaki tersebut. Kerana dia, sahabat yang saya cintai berubah sebegitu rupa. Kerana dia, sahabat yang saya kasihi lupa akan perjuangannya. Saya akui, dahulu saya tidaklah bertudung labuh, berniqab, berjilbab dan apa2 yang seerti dengannya. Saya beperwatakan sangat2 biasa seperti kebanyakan gadis yang anda lihat. Tetapi saya amat bahagia jika mempunyai sahabat yang seperti itu, yang selalu mendekati tuhan, taat pada agamanya..

Selepas tamat tingkatan enam, saya tidak pernah menemui sahabat yang saya cintai itu. Kali terakhir saya melihatnya sedang membonceng tenggiling bersama teman lelakinya. Dan pada pertengahan tahun lalu,saya mendapat panggilan daripadanya. Dia menangis sesungguh hati..apa sebabnya biarlah saya rahsiakan. Sungguh saya terkilan dengan apa yang berlaku, tetapi peristiwa itu menyebabkan dia kembali menagih cinta Ilahi. Saya dapat rasakan kekesalan yang sangat berbekas dijiwanya dan terlalu menangisi apa yang dilakukannya dulu.

"'Seandainya aku melakukan begini dan begini, nescaya akan jadi begini dan begini'. Akan tetapi katakanlah: "Semua yang telah ditakdirkan dan dikehendaki Allah pasti terjadi."(Al-Hadith)

Hatinya sangat keras untuk menerima lelaki kala ini. Kerana menurutnya banyak pinangan yang ditolak kerana dia berasa kekurangan. Dan dia pernah berkata pada saya," biarlah aku menjadi pengemis cinta Ilahi. Itu lebih baik..." Dan saya akan terus bersama sahabat yang saya cintai biar apapun yang terjadi padanya.

Perjalanan hidupnya membuka mata hati saya.. Tuhan tidak melihat hamba2nya melalui pakaian yang dipakai. Tuhan tidak melihat hamba2nya melalui pendidikan yang tinggi menggunung. DIA melihat sejauh mana keimanan dan ketaqwaan hamba2 terhadapNya. Dan sesungguhnya, apa yang sukar untuk kita lakukan sekarang ialah istiqamah dalam membuat sesuatu kebaikan. Terlalu banyak dugaan yang harus ditempuhi, ibarat sebuah kapal yang ingin menuju ke destinasi. Bila tiba saat badai hadir mengganggu perjalanannya, hanya dua pilihan yang harus dipilih.. Teruskan atau berpatah balik..Dan berbahagialah orang2 yang yakin akan pertolongan Allah dan tetap pada tempatnya.

Bagi wanita2 di luar sana termasuk saya, untuk meniti hidup pada akhir zaman ini bukanlah mudah. Harus ada kekuatan walaupun terasa diri memang sangat2 lemah tapi ketahuilah kekuatan itu datangnya dari Allah jika kita bersabar dan istiqamah dalam amalan2 seharian. Dan kepada wanita2 yang pernah tersilap langkah, sesungguhnya Allah amat mencintai diri anda, kerana tidaklah kita dihidupkan melainkan untuk diuji.

"Demi Zat yang menggenggam jiwaku, sekiranya kalian tidak pernah berbuat dosa, nescaya Allah akan mematikan kalian dan digantikan dengan kaum yang berbuat dosa,lalu mereka memohon ampun kepada Allah dan Allah mengampuni mereka"

Allahu'alam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 kata mereka: