RSS
Container Icon

Iman Seorang Gadis...

bismillah...

Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam kerana masih memberikan oksigen untuk saya bernafas di dunia yang fana ini. Saya ingin berkongsi suatu kisah tentang seorang gadis yang mempunyai keimanan yang tinggi kerana redha dan berlapang dada dengan jodoh yang ditentukan oleh Allah walaupun pada zahirnya pemuda tersebut tidak memiliki ciri2 menantu yang mak mertua sekarang inginkan. Begini kisahnya...

Ada seorang lelaki dari golongan Ansar yang sangat tidak menarik rupa parasnya serta pendek kemetot (seperti saya) bernama Julaibib. Beliau bukanlah dari kalangan keluarga yang terkenal mahupun golongan artis,sasterawan dan hartawan. Beliau suka mendekati wanita dan berbicara dengan mereka, tetap tidak seorang pun yang mahu menerimanya sebagai suami dan menantu. Keadaannya diketahui oleh Nabi Muhammad SAW dan ianya menjadi bahan fikiran Baginda kerana manusia yang normal itu harus berumahtangga. Oleh itu, Baginda berusaha mencarikan jodoh untuk Julaibib.

"Wahai Fulan,aku ingin meminang anak gadismu." Kata Nabi SAW kepada seorang sahabat.

"Wokey,cantekk! Dengan senang hatiku!" Jawab sahabat itu.

"Tetapi pinangan ini bukan untukku." Kata Nabi SAW lagi.

"What? Tetapi untuk siapa??" Tanya sahabat seakan terkejut kerana pada mulanya dia beranggapan Nabi Muhammad SAW yang menginginkan anaknya.

"Julaibib."
Jawab Nabi SAW.

"Ya Rasulullah,kalau begitu izinkan aku berunding dengan isteriku." Jawab sahabat itu.

Ia pun segera pulang ke rumahnya. Dalam hatinya timbul persoalan bagaimana nanti jika isterinya menolak atau menerima. Jika menolak pinangan Nabi,sudah tentu tidak baik bagi seorang Mukmin. Tetapi menerimanya juga berat. Bermenantukan lelaki seperti Julaibib akan menjadi buah mulut masyarakat kerana Julaibib dianggap lelaki yang tidak laku.

"Rasulullah ingin meminang anak gadis mu." Kata sahabat tersebut kepada isterinya sesampai di rumah.

"Baiklah, Dengan segala senang hati aku menerima." Jawab isterinya.

"Tetapi bukan untuk Baginda," kata sahabat.

"Dah tu untuk siapa?" Tanya isterinya.

"Julaibib," jawab sahabat.

"Hoh?!! Julaibib?? Aku tidak akan mengahwinkan anakku dengan beliau, demi Allah.. Tidak sekali-kali!" Jawab isterinya dengan tegas seperti cikgu matematik.

Tanpa pengetahuan mereka,anak gadis mereka telah terdengar perbualan itu tadi. Pada fikiran gadis tersebut, keputusan menolak Julaibib itu sebenarnya menolak ketentuan Rasul.

"Apakah ayah dan ibu menolak keputusan Rasulullah?" Demikian anak gadis itu bertanya kepada mereka berdua.

"Beritahu kepada Rasulullah bahawa aku menerima pinangannya untuk Julaibib, kerana Baginda tidak akan membiarkan aku dengan sia-sia." Tambah gadis itu lagi.

Mendengar jawapan tegas anaknya itu,maka beliau datang menemui Rasulullah dan berkata, "Kehendak engkau dipenuhi."

Maka Nabi Muhammad SAW pun mengahwinkan Julaibib dengan gadis itu. Sesungguhnya gadis tersebut mempunyai pandangan yang jauh serta iman yang tinggi. Beliau tidak memandang rupa paras yang tidak disukai orang tetapi lebih menghargai ketentuan Rasulullah terhadap dirinya.

"Ya Allah, limpahkanlah keberkatan-Mu ke atas gadis ini dengan sepenuhnya dan janganlah Engkau biarkan hidupnya dalam susah payah." Demikian doa Rasulullah untuk gadis itu.

Pernikahan mereka diselesaikan dan kedua mereka dipertemukann oleh Nabi SAW. Nama gadis ini serta ibu bapanya tidak dicatatkan oleh ahli sejarah (tapi takpe,kerana bagi saya kisah ketinggian iman gadis ini menyambut ketentuan Allah serta RasulNya adalah lebih penting daripada nama). Sejarah mengenali kemurnian gadis itu dari doa Nabi SAW untuknya.

Julaibib ini sebenarnya seorang pahlawan yang unggul walaupun tidaklah sekacak Shah Rukh Khan mahupun sehensem Din Beramboi. Beliau akhirnya gugur syahid dalam suatu peperangan bersama Baginda Rasulullah SAW dan Baginda sendiri ikut sama dalam menyempurnakan jasadnya.

Begitulah serba sedikit kisah yang dapat saya kongsikan. Kisah ini membuatkan saya termangu seketika. Dapatkah saya menjadi seperti gadis yang di atas, redha dengan ketentuanNya dan tidak mengikut kehendak hati dalam memilih pasangan. Kala ini jika ditanya bagaimana ciri2 lelaki yang diidamkan pasti ramai wanita yang menjawab, "Nak yang ensem,yang banyak fulus almaklum ler barang da mahal,yang caring,yang romantik gitu,yang macam hero cite itu cite ini,yang memahami bla bla bla bla.....last skali mestila yang baik agamanyer). Erkk,cik NurQaseh tak macam tu tau!! hoho~ poyos...

Saya tidaklah mahu mengulas lanjut tentang hal ini dengan panjang lebar, takut nanti terkena diri sendiri..hu3..maklumlah sebagai manusia, tentu sekali kita mempunyai kelemahan2 yang ada segelintir boleh menerima dan juga sebaliknya. Tapi satu saja pesan saya janganlah terlalu 'demand' sangat. Pilihlah kerana agamanya,kerana dalam agama tersebut sudah mencakupi segala hal.

Allahu'alam...

P/S: Mak cakap, umur 25/26 Cik NurQaseh dah boleh kawin...hoh! lagi 3/4 taun lagi daa....lamenye..hahaha...perangai cam bebudak takleh kawin lagi, kata mak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 kata mereka:

UstazCahaya said...

Salam Ziarah.

Kisah yang menarik.

Capt MUHAMMAD Azhar said...

Salam..

Tertinggal keretapi.. kalau benar dgn apa yg ada dalam fikiran saya nih, mereka tak sempat kawin pun.
Saiyyidina Uthman ra memberi belanja pada pemuda ini utk belanja kawinnya. Beliau langsung ke Pasar untuk membeli keperluan pernikahannya, tiba di pasar, Seruan Jihad diserukan.
Duit yg ada terus dia guna untuk beli baju besi dan lain lain peralatan perang. Terus ke Medan dan Syahid.
Dia memakai penutup muka (ninja) sahabat heran siapakah pemuda yg hebat tu? Dia mencantas ke kiri kanan menerjah ke tengah barisan musuh. AKhirnya Syahid. Bila dibuka penutup wajahnya, baru mereka tahu itulah Pemuda hitam yg dipinangkan wanita untuknya oleh Rasulullah s.a.w.