bismillah..
Syukur ke hadrat ilahi,kerana diberi nafas untuk meneruskan kehidupan di bumiNya ini. Alhamdulillah,akhirnya hujan turun jugak di kampung yang permai dan aman sentosa ni...hu3...sejuknya terasa hingga ke tulang sepultura.. Kebosanan melanda hidup sy sepanjang hari ini kerana takdak keje yang nak dibuat. Setelah sejam memproses gumpalan2 kecil di bahagian mata, sy terus membelek akhbar hari ini.. Berita yang sangat menarik!'4 Penjahat Jahanam'. Itulah tajuk utama akhbar kosmo hari ini. Dalam akhbar tersebut jelas menunjukkan gambar2 suspek sedang membuat onar di dalam sebuah klinik yang mempunyai 4 orang nurse, seorang doktor dan seorang pesakit. Hoh! hensem2 belaka dan mereka semua berketurunan Melayu. Diulangi,MELAYU..
Hati siapa yang tak panas bila melihat anak bangsa sendiri merosakkan nama bangsa dan agama.. Dah la hensem2, merompak plaks..potong betul la.. Begitulah alkisahnya apabila perasaan tamak merajai hati dan rasa takutkan Allah ditolak ketepi.. Kemudian dimuka seterusnya, kes2 khalwat menjadi santapan mata sy. 'Nenek Mengaku Khalwat.' Hoh?! Amat dasyat nenek nih. Sy terkagum seketika dengan prestasi nenek tersebut. Tiba2 sy teringat akan kisah seorang hamba allah yang tidak pernah membuat kebajikan yang ditulis dalam sebuah hadis qudsi. Begini kisahnya...
Rasulullah SAW bersabda, "terdapat seorang lelaki yang tidak pernah membuat kebajikan sama sekali. Lelaki itu meninggalkan wasiat kepada keluarganya,'jika aku mati, bakarlah aku hingga menjadi abu. Kemudian taburlah sebahagian abu itu di daratan dan sebahagian lagi di lautan. Demi Allah! Jika Allah menghisabku, pasti Dia akan mengazabku yang tidak pernah tertimpa ke atas seorang pun di muka bumi ini. Tatkala lelaki itu meninggal dunia, keluarganya melaksanakan wasiat beliau. Lalu, Allah memerintahkan daratan supaya mengumpulkan abu yang disebar di daratan itu, dan memerintahkan lautan supaya mengumpulkan abu lelaki tersebut yang tersebar.
Kemudian Allah SWT bertanya kepada lelaki tersebut(setelah dihidupkan kembali), "mengapakah kau melakukan demikian?". Lelaki itu menjawab, "kerana aku takut kepada Mu wahai tuhanku, dan Engkau lebih mengetahui hal itu.Maka Allah SWT mengampuninya.
Dalam kisah hadis Qudsi ini begitu memberi pengajaran dan penuh hikmah. Seseorang yang selalu berbuat maksiat dan tak pernah beramal sedikit pun masih memiliki rasa takut kepada Allah. Keagungan Allah ada di depan matanya membuatkannya dia merasa takut akan hisab dan diazab oleh Allah sehingga memaksanya membuat wasiat yang bodo. Dia ingin mayatnya dibakar dan disebarkan dengan harapan dia tidak akan dihisab dan ingin selamat dari azab Allah. Ini bermakna dia yakin Allah itu ada. Dia juga yakin hisab Allah itu ada.
Namun, Allah Maha Kuasa tetap menghisabnya. Tiada yang luput dari hisab-Nya. Akhirnya Allah mengampuni lelaki tersebut berkat rasa takutnya pada keagungan Allah. Dalam Al-Quran Allah telah berfirman "Dan adapun orang -orang yang takut kepada keagungan Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya."
Jadi untuk perompak yang hensem2 belaka serta nenek yang sangat dasyat tersebut, kembalilah ke pangkal jalan. Hu3..juga peringatan ini ditujukan untuk diri sy, hamba Allah yang sangat hina. Sesungguhnya manusia tidak terlepas dari noda dan dosa. Kerana itulah Allah SWT bersifat pengampun dan mengasihi hamba2 Nya yang bertaubat.
Allahu'alam.
Takutilah DIA..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kata mereka:
Post a Comment