bismillah...
"Ilmu itu merupakan khazanah (perbendaharaan). Kunci untuk mendapatkannya ialah bertanya. Kerana itu bertanyalah kamu, kerana dengan bertanya ia akan diberikan ganjaran empat golongan. Iaitu, orang yang bertanya, orang yang mengajar, orang yang mendengar, dan orang yang mencintainya."
Jangan jadi seperti saya waktu zaman sekolah dolu2, bukan main malu lagi nak bertanya. Di sekolah saya amatlah pendiam, mungkin kerana mulut saya dipenuhi emas dan galian. Maka untuk mengelakkan emas dan galian itu terkeluar berjejeran dari mulut saya yang cumil ini, saya mengambil keputusan untuk berdiam diri.
Pada tahun 2005, saya sedang menuntut dalam tingkatan 5. Dan pada masa itu, saya amat lemah dalam matapelajaran fizik dan matematik tambahan. Setiap kali ujian, sayalah yang paling cemerlang,gemilang dan terbilang dalam matapelajaran tersebut kerana apabila cikgu hendak menulis markah dalam buku rekod saya,beliau akan menukarkan pen yang asalnya bertinta biru kepada merah. Ia hanya berlaku kepada saya sahaja dalam kelas tersebut. Hoho~ sungguh istimewa Cik NurQaseh ni..
Sehinggalah pada suatu hari menjelang ujian percubaan SPM, Pn.Paejah iaitu guru fizik saya dengan selamba menegur, "Nur,kamu ni ngape dah tau bengap tapi diam jer taknak tanye ape2.." Hoh?!!! Tersentak saya mendengarnya. "Ape?? Cikgu cakap kite bengap?? Mulut cikgu takde insurans takaful ke?" Saya merasakan segala emas dan galian yang ada di dalam mulut berhamburan keluar di depan cikgu Paejah. Lalu tak semena-mena hati saya menjadi sebak..Wuuu~ bergenang air dikelopak mata..spoil betul. Malu giler sebab menangis depan cikgu.
Cikgu hanya tersenyum,lalu dia berkata, "Nur bukan tak pandai,tapi malu tak bertempat. Orang cakap bengap tau plaks nak mara." Untuk meredakan tangisan saya,cikgu Pajah memeluk saya dengan sepenuh kasih seorang guru...isk3~ sangat sedey ketika itu. Dan semenjak itu saya sering bertanya kepada sesiapa saja jika saya tiba2 mengalami penyakit 'bengap'. Apabila keputusan SPM diumumkan, alangkah tergezutnya saya apabila mendapat 6C dalam matapelajaran fizik..thehehe..(kire ok la daripada 9G yang slalu saya dapat).
"Sesiapa yang mati selagi masih mencari ilmu untuk membina agama Islam,Syurga akan dekat di tempatnya dengan para Nabi." (Rasulullah SAW)
Allahu'alam...
Tahu Takpe, Tak Tahu Tanye...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kata mereka:
Post a Comment