RSS
Container Icon

Saya Sayang Kamu...(^_^)v

bismillah...

Saya sayang awk... Saya sayangggg sangat kat awk... Itulah kata-kata yang terlalu mudah untuk diucapkan oleh saya suatu ketika dahulu..thehehe... Tapi sekarang sorry sket yer. Agak berat nak mengungkapkan perkataan tu pada sembarangan orang (sebab dah kene sound dengan mak dan abang,saya tak dibenarkan bergaul rapat dengan lelaki).

"Ape?? Ko dah pandai kapel yer??" Panggg!!! Adess,pedih pipi saya ditampar oleh abang kandung sendiri. Drama swasta ini berlaku dua tahun yang lalu semasa saya baru menamatkan persekolahan (mase tu umo da 20tahun da..kire da besau la kan). Abang saya hairan melihat saya terlalu asyik dengan telefon bimbit,lalu dia bertanya sama ada saya telah menjalinkan hubungan dengan seseorang. Dengan segan silu saya mejawab YA.. Ya dan itu lah yang terjadi,ditampar dan ditengking free of charge.

Inilah realiti kehidupan saya...Terasa agak dikongkong. Tambahan pula saya tidak pernah berenggang dengan keluarga, malah tidak pernah masuk ke sekolah asrama, malah tidak pernah keluar bersiar-siar pada hujung minggu, malah tidak pernah membeli baju raya sendiri, malah tidak berani mengajak rakan2 lelaki untuk datang beraya ke rumah, malah dan banyak lagi malah...

Berbalik kepada soal 'couple' tadi,saya memulakan cinta lutong tersebut sewaktu hampir tamat tingkatan enam atas. Saya ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah saya rasai. Nikmat bercinta yang saya rasakan tidaklah se'syok' mana kerana tidak mengalami frasa2 berdating dan memadu asmara di taman2 bunga mahu pun berpegangan tangan menuju ke pawagam,shopping complex dan sebagainya. Sehinggakan pasangan saya itu merasa bosan lalu meninggalkan saya sendirian, "Hish, sume tak boleh. Nak jumpe sekejap tak boleh, nak teman gi mancing tak boleh..boring la camnih!!" Begitulah dialog yang dia ungkapkan kepada saya,dan sungguh saya berkecil hati dengan beliau.

Hari berganti hari,ada beberapa calon yang ingin menzahirkan niat dihati mereka. Saya tertarik pada seorang pemuda yang mempunyai perbezaan umur 5tahun dan dia agak matang. Dia nampak begitu bersungguh-sungguh ingin memiliki saya,tetapi disebabkan amaran keras abang dan mak, saya mencabar pemuda tersebut supaya meminta izin daripada ayah terlebih dahulu.

Merasa tercabar dengan permintaan tersebut,ditakdirkan pada suatu petang dia sudah terpacak didepan rumah saya lalu dia memperkenalkan dirinya kepada ayah. Pada mulanya ayah agak peramah,tetapi setelah dia menyatakan niatnya muka ayah terus berubah. Ayah berlalu tanpa berkata sepatah pun dan akhirnya pemuda tersebut pulang dengan hampa. Thehehe..lantak la.

Dan pada malam itu saya di'brain wash' oleh ayah (kaw2 punyer).
"Ko jangan nak menggatal lagi dik. Baru abis blajau da pandai nk becinte yer." Hoho~ masuk ni dah 3 orang yang bagi amaran.

Sekarang saya sudah meningkat dewasa,hampir menginjak ke angka 23,24,25 dan seterusnya.. Dan baru-baru ini mak ada menyatakan sesuatu tentang jodoh saya. "Kalo ko da jumpe budaknye,suro die datang jumpe ayah." Hehehe..yess da ade green light..tapi masalahnya...siapakah calon yang malang tersebut???

Entahlah...

P/S: Tengah bosan sebenarnya, takdak idea nk tulis ape...huhu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 kata mereka:

UkhTi_ ATiRaH said...

Salam dik..

(",)..Bila baca kisah adek ni, akak teringat kisah akak..

(",)..Seeloknya tanyalah pendapat ayah kerana dia seorang lelaki yg melihat kita membesar, dan hanya dia yg tahu baik buruk perangai kita..dan laki yg seharusnya bagaimana yg akan dipilih...(",)..

wassalam..

nurqaseh said...

salam..

time kasih yer kerana bg pendapat. ayah nak sy kawin dgn lelaki yg cmne sy pun tak tau la,tpi of coz la yg baik2. mak ayah mana yg taknak tgk anaknya bahagia. tpi skang belum ada yg berani dtg rumah lg..haha..