RSS
Container Icon

Si Laila....

bismillah....


Alhamdulillah, segala puji bagi Khaliq yang melimpahkan kurniaNya kepada hamba yang pendek lagi kiut ini... Segala puja bagi Dia yang memercikkan cahaya hidayah bagi hamba-hamba yang dikehendakiNya.


Saya tak berapa sihat hari ni tapi sempat jugak saya buat kuih pau kacang untuk mengalas perut yang dah 2 hari tak makan nasik. Saya uli-uli doh tepung, sambil itu saya kesat hingus saya yang berjejeran keluar...Muahaha...todia rahsia kelazatan dan kelembutan kuih pau Cik NurQaseh. Sape2 nak order boleh halo-halo saya nanti yer.



Dah banyak hari saya dok termenung sorang-sorang, fikir punya fikir punya fikir sampai dah tak larat nak fikir. Banyak benda saya fikir sampai incik migrain datang menari-nari dalam kepala saya ni. Hmm,saya asyik berfikir tentang 'itu'...Apakah itu??? Ade laa...mane bleh bagitau!



Lepas saya berfikir tentang 'itu', saya berfikir tentang seorang kawan saya yang sorang ni. Dia non-muslim (hindu) tapi semenjak dua menjak ni mulutnya tak henti-henti bertanyakan soal agama Islam kepada saya. Saya dah nampak dah sifat-sifat mahmudahnya kepada saya sejak dia mula bekerja disini. Tiap-tiap kali datang kerja dan balik kerja, mesti dia beri salam (Muslim tidak digalakkan memulai salam kepada non-muslim). Tak lupa juga dia salam dan cium tangan saya sesuai dengan status juniornya itu. Junior2 pun badan macam orang dah kawin dan nampak matang, kalah Cik NurQaseh yang seperti budak sekolah TASKI(takpela asalkan comel...kikiki). Walaubagaimanapun, adalah wajib saya menunjukkan akhlak yang baik dihadapan beliau meskipun kadang-kadang ke'gila'an saya datang, dialah yang menegur saya kembali....




Kah kah kah kah kahhh.....!!!!



Astagfirullah....akka,jangan ketawa banyak sangat la...nanti hati ada mati juga...



Hambek kaw! Siap cakap 'astagfirullah' lagi tu... Saya saje je gelak banyak-banyak nak uji dia.. (cet! poyo). Saya agak berbangga dengannya kerana setiap kata-kata saya masih beliau ingati walaupun saya sendiri tak ingat..(-_-") Begitu ramai rakan-rakan non-muslim yang saya kenali sejak dari zaman persekolahan lagi. Ada Kristian, Buddha, Hindu, ateis pun ade... Yang paling saya ingat ialah bila seorang rakan saya berkata... "even God is not perfect..." Isk3.. May God gives guidance to you dear....


Mulut-mulut non-muslim di pejabat saya ni sememangnya sangat-sangat peramah dan sejibik macam mulut orang melayu, maksud saya dari segi bahasa,tatabahasa, morfologi dan sintaksis...(-_-"). Ok,saya nak tanya diri saya sendiri, selalunya kalau orang melayu melatah diorang akan cakap ape ye? Jom try buat uji kaji sikit...




Cucuk sikit ketiak makcik cleaner...


Opocot mak ngkau tergolek!!! (ni ok lagi,macam saya la...haha...ini menunjukkan ke'tua'an saya ye)



Cucuk budak-budak pompuan yang muda-muda daripada saya plak....



Oh p****t!!! S**l laaa.. terkejut saya!



Cik NurQaseh cucuk sikit lagi...



Oh n***k..!! Kak! jangan le cucuk2..tergezut I taw!



What the fish! Malu saya dengar walaupun saya join gelak sekali. Benda dalam kain semua terhambur dari dari mulut gadis2 Melayu yang comel. Ok cukup setakat tu ujikaji saya terhadap orang Melayu... Jom ikot saya terjah non-muslim kat opis saya ni....zaaassss...


Cucuk sikit sis....


Ya Allah! terkejut I...


Cucuk lagi yang lain,..


Ya Robbi Ya Tuhanku... U ni takde kerja lain ka?


See! Sumpah saya tak tipu. Yang kafir ni sebut apa ye? Yang muslim tadi sebut apa sampai saya terpaksa blurkan perkataan tu? Tapi saya tahu anda paham maksudnyakan? Sekarang ni dah jadi terbalik pula bila mana non-muslim tu lebih redha dengan kalimah-kalimah suci daripada si muslim yang lebih suka mencarut perihal dalam kain sendiri. Pelik kan? Berbalik kepada kawan non-muslim saya yang tadi, saya namakan beliau sebagai Laila(bukan nama sebenar). Saya dah cakap kat dia awal-awal kalau convert Islam nanti guna nama Laila, dan dia pun memang suka nama tu. Yang menariknya pasal si Laila ni, bila saya terlewat sedikit untuk solat dia akan ingatkan. Dan bila saya agak kurang sabar dalam satu2 perkara, beliau akan kata..."Sabar kak..Sabar tu separuh daripada iman." hehe...pandai ko Laila.



Pernah dia bertanya kenapa orang Islam tak boleh makan ayam yang non-muslim sembelih. Saya dengan segala senang hati menjawab, dah nama pun non-muslim sudah tentu kepercayaan dan keimanan kita berbeza. Setiap sembelihan orang muslim tu ada disebut nama Allah keatasnya, dan apa yang bertentangan dengannya dikira fasiq. Jadi si Laila ni pun fahamlah Muslim tak boleh makan sembelihan non muslim because of the different faith. Cakap bagi dia senang faham jer.. Lepas tu dia ada cerita kat saya, beberapa tahun yang lalu menjelang Deepavali, sebuah keluarga Muslim iaitu kawan kepada ayah si Laila ni datang beraya di rumahnya. Mak si Laila ni macam biasalah masak masakan India, roti nan, kuah dhal, kari ayam bla bla bla.... Bila lihat senarai makanan tu memang makanan yang halal dimakan oleh orang Muslim kerana takde unsur-unsur najis mughallazah disitu. Jadi keluarga Muslim yang datang beraya ni pun dengan suka hati perutnya membahamlah segala juadah yang terhidang. Si Laila yang dok sekali kat situ pun termenung sekejap.



"Eh,ayam tu kan amma beli kat orang cina....." Laila bermonolog dalam hati, tapi beliau diamkan aje. Laila bagitau saya,dia pelik sebab keluarga Muslim tak bertanya langsung pasal sumber-sumber makanan tersebut. Lepas dia bercerita tetang kisah itu si Laila jadi takut. Beliau bertanya kepada saya,adakah dia berdosa kerana membiarkan keluarga Muslim terbabit makan ayam yang konpem tak halal. Saya pun tak tahu nak jawab ape...telan air liur dua tiga kali jugaklah. Dia takut nanti dia kena seksa lepas mati. Sentap saya dengar! Kita sendiri pun tak fikir sejauh tu, sedangkan dia yang non-muslim boleh membayangkan soal seksa neraka hanya kerana seekor ayam.






Disebabkan saya duduk bersebelahan dengan Laila, maka senanglah beliau bersoal jawab dengan saya yang tak habih mengaji ni. Suatu hari, Laila bertanya kepada saya bagaimana keadaan orang Islam dalam kubur nanti. Saya pun dengan muka yang selamba menjawab... "kalau saya banyak dosa, bila saya dah mati nanti saya kene seksa. Dasyat betul dalam tu...Kubur jadi sempit,patah tulang2, ade ulau besau bla bla bla...." Pastu saya terfikir, eh betul ke cara aku jawab nih. Karang tak pasal2 dia gelakkan saya. Pastu saya pandang Laila...dia tengah termenung. Rupa-rupanya dia sedang membayangkan bagaimana keadaannya diseksa. Muka dia pucat, katanya dia takut... Bertambah sentap saya dengar. Saya boleh bercerita dengan muka selamba, dia pulak yang takut.



Pernah suatu hari Laila bertanya, 'sembahyang tu wajibkan? kalau tak buat berdosa kan?' saya jawab yer betol... Lepas tu dia tanya lagi, kenapa kat opis ni ada orang Islam yang sembahyang dan ada yang tak sembahyang?? Hmmm...dah agak dah dia nak tanya soalan tu. Seperti penganut agama lain, ada yang taat dan ada juga yang tidak. Saya katakan padanya, umat Islam akhir zaman ini sangat lemah. Jadi jangan pandang kepada umatnya yang lemah, tapi pandanglah kepada agama Islam itu sendiri. Menurut kajian Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, sebanyak 80% umat Islam di negara ini masih lagi tidak meyempurnakan solat 5 waktu. Mungkin kerana mereka masih belum baligh kot. Husnulzhon jelah... 80% tu bukan angka yang sikit,lebih dari separuh derr! No wonder lah non-muslim pandang sebelah mata jer dekat kita.


Giliran saya pulak bertanya kepada Laila. Saya dengan muka penuh ke'blur'an menanyakan soalan yang agak sensitif...

Laila, kenapa you all sembah patung? kan patung tu takleh bergerak...


Hishh,kenapa you tanya? Dah mak bapak buat macam tu, I ikotlah..


Oooo...macam mana kalau you tersesat dalam hutan,patung tu pulak takde mase tu. Macam mana you nak berdoa?


Entahlah, I pandang atas and pray lah...Usually people do like that... hihi..


Oooo...erm,betul ke tuhan you ada banyak?


Yup,god have family...mother, father, even a baby god.


Oooo...kalau macam tu bile diorang dah tua nanti diorang akan meninggal, then who's gonna be your God??


Haiisshh!! God never die lah!!


Okay...sorry...hihi... :)

Ketika ini muka Laila penuh dengan tanda tanya.... (Tuhan,percikkan hidayahMu ke atasnya...amiin)


Disebabkan terdapat agak ramai non-muslim dalam persekitaran saya, terpaksalah saya bawa kitab fiqh kemana-mana saja saya berada khususnya di pejabat. Almaklumlah, Cik NurQaseh ni belajar sampai tingkat 4 jer. Tak belajar tinggi-tinggi. Tambahan pulak dengan pakaian saya ni membuatkan orang berfikir CikNur mempunyai ilmu agama yang dasat. Aduss! Geleng kepala saya dengar. Jadi bila Laila atau orang lain bertanya kepada saya yang bodong ni, senanglah saya semak jer kat dalam kitab. Tapi kalau saya betul2 tak tahu, saya jawab tak tahu...takot saya nak jawab lebih2, karang terbagi ajaran sesat lah pulak. Eh tiba-tiba je rasa penat nak menaip... banyak yang saya nak cerita tentang pengalaman saya dengan non-muslim tapi cukup2lah tu, blog ni saya sendiri yang baca...haha.. sebelum tu,sedikit perkongsian mengenai fiqh berinteraksi dengan non-muslim


* konsep kongsi raya atau deepa raya yang kononnya menggambarkan keharmonian bermasyarakat sebenarnya adalah salah. Setiap Muslim tidak boleh redha dan rela kepada agama lain kerana ia menyebabkan seseorang itu kufur.

kata hukama:- Arridha bilkufri kufru wa bilma'siati ma'siat (redha dengan kekufuran adalah kufur, dan reda kepada maksiat adalah maksiat)

*tidak harus bagi seorang Muslim menghadiri perayaan agama lain. (rujuk surah Furqan ayat 72, tafsir al-Qurtubi juzuk 13,hal.85-86)

*tidak menjadi kesalahan dalam Islam bagi seorang muslim memasuki rumah ibadat agama lain untuk tujuan yang tidak bercanggah dengan syariat(utk menghadiri seminar, perbincangan,perjumpaan tokoh dsb)

*Harus bagi non-muslim memasuki masjid jika bertujuan baik seperti mendengar syarahan agama,melihat cara solat umat Islam,berdialog dsb. Pastikan non-muslim memenuhi kehendak syarie.

*Ucapan selamat yg dibolehkan adalah ucapan yg tidak mengandungi rasa redha dengan agama lain,tapi sekadar melahirkan kemesraan. (contoh ucapan yg terdapat keredaan terhadap agama kufur: semoga dimuliakan pada hari raya ini dsb)

*Nabi SAW menulis surat kepada non-muslim dan disertakan salam berbunyi 'Salamun alaykum manittaba'al huda' (sejahteralah ke atas mereka yg mengikut petunjuk)

*Jika ada non-muslim yg memberi salam, jawablah dengan lafaz 'waalaykum'. (rujuk Ahkam ahli zimmah,juzuk 1 hal.156-157 karya Ibn Qayyim)

*Dibolehkan berbuka puasa bersama non-muslim. Tapi jangan plak Muslim tumpang makan sekaki dengan non-muslim pada bulan Ramadhan disiang hari. Itu nak kena penampor namanya.

*Darah yang dikeluarkan semasa proses pendermaan dan kemudian dimasukkan ke dalam tubuh adalah suci. Oleh itu harus darah non-muslim dimasukkan ke dalam tubuh badan Muslim. (ade beberapa pertimbangan yg tak mengharamkan menerima darah dari non-muslim)

*Tidak harus bagi Muslimah mendedahkan aurat di hadapan wanita non-muslim.



ok, cukup setakat tu...taip sampai esok pun tak habis....Kalau ade salah silap, tegur2 lah ye...Allahu'alam.



p/s : tengah sedih sebenarnya nih...untuk mengurangkan rasa sedih,kite baca kitab sampai migrain.

p/s : bersyukurlah kerana dilahirkan dibawah lembayung Islam. Hidayah milik Allah, carilah ia...semat baik2 di dalam hati. Terkadang orang Islam sendiri berkata, aku masih tak dapat hidayah...hidayah tu ada cuma mereka yg makin jauh meninggalkan hidayah. :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 kata mereka:

hanyzan30 said...

Bismillah,
Ya Allah rahmati tuan blog ini di dunia,akhirat dan mempermudahkan segala urusannya...

syahir abu sahmah said...

terima kasih cik NQ..
tertarik dengan pencerahan ni..

misorkid said...

si laila...
nk bgi nama dia salsabila ley x?

NurQaseh said...

Incik Hanyzan dan incik Syahir...
Syukran jiddan... Moga Allah rahmati kalian... :)

Misorkid,
org dah cakap dh dgn visha, die xnak...bergulung lidah die nk sebut...kah3..

Afiqah said...

takut gak eh dgr cte akak ni.huu

Nur Ain Jamali said...

Salam :)
boleh sy tau kitab fiqh tajuk apa ye yg mnjdi peneman cik nur..ingt nk cari nnt..insyaAllah...