bismillah...
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah, Raja segala raja, penguasa kerajaan langit dan bumi. CIk NurQaseh masih lagi mamai sebenarnya nih. Rasa berat je kepala (itu kapla batu duduk ada dalam (-_-")).. Saya dah ok sikit dari orang2 kat hospital bahagia. Sudahlah, lupakan masalah2 Cik NurQaseh, saja je lorat2 nak ada masalah. Bila menghadapi masalah, satu perkara yang penting ialah tak putus berdoa dan mengharap sedikit kekuatan dari Yang Maha Esa kerana kita sebagai hamba tak punya apa2 kekuatan langsung. Hatta kau korek idung sekali pun adalah kerana Allah. Kalau tak kerana Dia, tak mungkin jari kite dapat bergerak-gerak dalam lobang idung. Begitu juga dengan soal aqal, soal hati, soal jiwa dan rohani. Jikalau bukan kerana Allah yang menggerakkan, maka akan matilah aqal, hati dan jiwa.
Semalam saya bekerja dengan penuh 'semangat' kemalasan dan ketiduran. Baru je nak terlelap kat meja, ada pulak seorang makhluk ni telefon saya. Seorang pakcik yang ntah dari mana ntah bertanya kepada saya, "Nak, betul ker ada YB meninggal tadi??" Hek eh, YB mane pulak yang meninggal idak le saye tahu. Saya call unit pemantauan ADUN diorang pun tak tahu. Akhirnya kakak ipar saya bagitahu yang ADUN Merlimau sudah meninggal dunia. Sebelum tu arwah dah kritikal sebab buat pembedahan jantung. Semoga Allah tempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Tengah malam tadi pulak YB Datuk Razali telefon rumah saya, dia mintak ayah datang ke rumah arwah untuk baca Quran beramai-ramai. Tapi ade sedikit masalah teknikal, ayah tak dapat datang.
Disebabkan rumah arwah dekat kampung saya (lokasi Cik NurQaseh sudah terkantoi), jadi ramailah yang datang melawat. Sebelum solat Jumaat tadi saya tengok banyak kereta Exco2 kerajaan yang lalu. Dah la jalan kampung saya ni kecik, siap ada incik pulis escort lagi tu. Kalau naik basikal pun kompem tergesel2 dengan kereta2 ni semua. Ayah saya dan jiran-jiran yang lain awal2 pagi lagi dah keluar pergi melawat di rumah arwah. Lupakan ideologi politik masing-masing. Malaikat tak tanya pun kau masuk parti apa. Saya lihat ahli-ahli kedua-dua parti yang sering bertelagah ni menuju ke jalan yang sama iaitu ke masjid dan ke tanah perkuburan. Tak kiralah kita ni ahli parti demokrat atau konservatif, syiah atau sunni, bermazhab syafie, maliki, hanafi atau hanbali, kita adalah ISLAM dan bersaudara. Ingat tak soalan bocor yang akan ditanya oleh 'pengawas peperiksaan ' dalam kubur nanti? Ala,soalan yang nombor 5 tu laaa....YAAA,tepat sekali jawapan yang berada dalam kepala hotak anda. Soalannya pendek dan berbunyi 'siapakah saudara mu??' Agak2 dapat tak kita jawab kalau kat atas dunia asyik hentam menghentam je? Tepuk dahi tanya sendiri, tepuk Pak Leman tanyalah iman.
Terasa nak pergi ke kuburan. Kali terakhir saya ke tanah perkuburan ialah ketika kawan kepada kakak ipar saya meninggal dunia. Saya tak kenal sangat dengan beliau, tapi saya tak tahan sebak tengok suami arwah dan anak2nya. Anak2 arwah sangat kuat dan tabah. Menangis tapi masih cuba untuk senyum... Saya temankan arwah dari rumahnya sampai ke perkuburan. Bila imam mula bacakan tahlil, secara automatik air mata mengalir. Saya lihat orang2 bukan Islam berbangsa Serani juga mendengar tahlil tersebut. Terkaku sebentar dan menarik nafas dalam-dalam... :(
Rasa tak nak je fikir pasal benda-benda yang menyeramkan tengkuk saya ni, tapi kena jugak fikir. Sebab pe? Sebab bila kita fikir kita akan rasa takut. Bila rasa takut akan ada rasa bersalah. Bila rasa bersalah akan ada rasa untuk bertaubat. Bila sudah bertaubat akan ada usaha untuk taat dan mengharap. Bagi Cik NurQaseh yang tak pandai sangat2 ni, setiap mukmin perlu ada al-Khauf wa ar-Roja'. Rasa takut dan mengharap... Nak cakap pasal khauf dan roja' ni saya sangat2 speechless. Ishh..diri sendiri pun tak betul. :( Cuma yang saya nak cakap ialah, Nabi yang dijamin masuk syurga, para sahabat, para tabi'in, para tabi'ut tabi'in semuanya hebat2 namun sering merasa takut dan rasa amalan masih belum cukup. Kita ni yang tak dijamin masuk syurga tapi masih tak takut pada dosa dan seksa neraka. :(
p/s : Seram pulak bila fikir macam mana anak2 saya nanti hidup di zaman yang semakin mencabar nih... Tengok la anak buah saya kat bawah ni....
Takut Dan Mengharap
12:22 PM |
prenggg preennggg..... dimana ada kemahuan, disitu ada highwaaaay...
(tengok! kecik2 dah merempit)
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 kata mereka:
klaka la plak citer cik Nur Qaseh ne. first part klaka ialah jari masuk lam lubang hidung. 2nd part dimana ada kemahuan disitu ada highway. tahniah.
dari entry ne, byk yg mnggtkan kita padaNya. 2 yg penting ye.
lawak2 juge, tpi ada nasihat n peringatan kan.
nice entry
kita manusia ni sama sahaja,yang membezakan kita hanyalah ketakwaan kepadaNya sahaja.
Post a Comment