bismillah...
Penatnya berlakon... Pura-pura ketawa, pura-pura cool, pura-pura tiada masalah... NurQaseh sudah penat!
Ya Allah sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu, dan anak hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku ditangan-Mu, hukuman-Mu jatuh kepadaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu, yang Engkau turunkan kepada kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu. Hendaklah Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku pelenyap duka dan kesedihanku... Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hal yang menyedihkan dan menyusahkan, lemah, bakhil, penakut dan lelaki yang menindas...
p/s : kata dia, seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya di akhirat kelak...maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
(T_T)
La Tahzan, Innallaha Ma'ana...
5:54 PM |
Labels:
dari hati NQ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 kata mereka:
salam... Kak/Cik/Puan/Dato/Datin... Nurqaseh,
kamu tiada rakan baik ke untuk kongsi masalah..
Ya, walaupun kamu seorang yang nampak kuat melalui blog dan penceritaan kamu, tetapi kamu juga perlu berkongsi masalah dengan orang yg rapat dengn kamu...
Allah telah hadiahkan saudara kamu untuk kamu fahami dan kongsi segala nikmat,atau masalah... untuk sama-sama mengerti erti kehidupan. :)
waalaikumsalam... eh sy belum dapat pingat lagi...jadi panggil Cik jer (^^,)
ramai yg jadi rakan baik....sangat2 baik, dan rakan yg paling baik adlh ibu sy... Tpi semuanya dtg daripada Allah,dan pada Dia sy mengadu. Bak kata anda di blog Suatu Hakikat Perjalanan, jika kita dekat dgn Allah, maka bantuan Allah juga sgt hampir. Kalau hati itu kenal Allah, maka cintanya amat bernilai.
Bila hati tu Allah uji, maka sedikit demi sedikit hati itu akn mengenal Allah...dan bg sy, biarlah ia begini, biar ia terus menerus menjadikan Allah tmpt mengadu yg mutlak. Terasa amat payah bila mana kita tpksa melaluinya seorang tpi percayalah, sy merasa nikmat! speechless :)
adakah sy gila? mungkin... huhu
Salam..
Ya, hebat jika dapat melaluinya seorang diri.
Akan tetapi lagi hebat jika kamu berkongsi dengan sahbat rapat tentang masalah dan bagaimana kamu menghadapinya. Pasti ia suatu hadiah pada rakan kamu kerana kamu memberitahu sesuatu yg berat dan juga bagaimana kamu mendekatkan diri pada Tuhan..
Kalau orang dulu, mereka mencari guru.. Hari ini, guru mencari murid.
JIka kita tak memberitahu mereka, maka mereka tak akan tanya.
Jika kita biarkan mereka,maka mereka akan terus lalai..
Begitu juga kita... Kita tidak sempurna.. kita perlukan yang lain,perlukan perkongsian..
Susah menghadapi masalah sendri..
Akan tetapi ia begitu nikmat bila kita dapat menghadapi masalah dengan bantuan Allah dan izinnya..
Dalam situasi ini, guru saya berpesan, janganlah kamu berasa kamu hebat,atau kamu kuat atau kamu cukup sempurna sehingga merasakn kamu mampu hadapi masalah seorang diri dengan tiada bantuan orang lain. Yakinlah, bahawa Allah sahaja yang memberi segala sesuatu. Tanpa kudrat daripada Allah atau izinNya, maka kita tidak mampu berdiri.
p/s: apapun, teruskan berusaha! Oh,kamu singgah diblog saya juga. Terima kasih... Saya buka blog kamu biasanya tutup lambat,sebab ada lagu best,Opick.
trm kasih krn beri nasihat yg sgt jitu..insyaallah akan sy ingat kalau sy tak lupe (-_-")
ye mungkin masalah perlukan perkongsian utk meringankan sedikit beban dihati...sy tak merasa kuat. kalau tidak masakan sy lelah dgn masalah...mungkin perlu muhasabah diri,dan kemudian barulah berkongsi... :)
syukran jiddan sekali lg...
Post a Comment