RSS
Container Icon

Wordless Wednesday


bismillah...




p/s : again......but I won't cry.....okbai =)  (ni aku sorang je yg paham..)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Spesifikasi Minima Calon Isteri Yang Lelaki Mahu


bismillah.



1. Solat fardhu cukup 5 waktu bila tidak uzur. 


2. Istiqamah (konsisten) baca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Baca al-Quran ni boleh tenangkan diri bagi perempuan yang emosi dia cepat marah or cepat berleter. (ye..sangat berkesan...tapi kalau tengah ABC, jage kau! haha...emosi sangat2 lah tak menentu..)


3. Menutup aurat. At least perlahan-perlahan ke arah tutup aurat dengan sempurna. Dari tudung singkat ke tudung tutup dada dan seterusnya. Dalam hati seorang lelaki yang baik sebenarnya suka yang bertudung labuh atau berpurdah walaupun dorang tak bgtau directly. 


4. Dia mungkin tak belajar tinggi-tinggi sampai Master, PhD. Tapi dia cintakan ilmu.


5. Tak perlu sangat pandai. Matang lebih perlu supaya dapat buat pertimbangan dengan baik. Tidak ramai lelaki suka isterinya lebih pandai dari suami. Jadi, kalau anda pandai, jangan menunjuk-nunjuk meninggi diri depan suami lak. Lelaki tercabar kelakian bila kamu bersikap demikian.


6. Lemah lembut, sopan. Garang pada tempatnya. Tegas pada tempatnya. Lelaki tak suka perempuan berlembut tiap waktu. Kena garang gak barulah lelaki hormat. 


7. Boleh memasak. Ciri ni perlu ada walaupun dia hanya pandai masak air, nasi, goreng telur mata kerbau je. Tak cun takpe, janji masak boleh. Kalau cun, masak failed watpe. Lelaki kahwin bukan nak jadikan u perhiasan je kat umah.










8. Muka natural. Make-up tu boleh. Tapi sebenarnya lelaki tak gemar perempuan make-up tebal2
Ala kadar je dah la. Make-up tebal kat mata memang kurang diminati. (CikNurQaseh makeup ye. tapi bagi manis2 gula je... kih3 :))


9. Tang pakaian pula. Tak kisah fesyen jenis apa, janji tutup aurat. Lelaki Melayu suka wanita berbaju kurung sebab nampak ayu je. Mungkin ada juga yang suka perempuan tu pakai jeans dan shirt, tapi dia tengok sekali je pun. Kalau pakai jubah or baju kurung, konfem dia tengok banyak kali. 


10. Wajah. Wajah tak perlu sangat cantik. Cantik budi pekerti tu lagi perlu. Sekurang-kurangnya mulut tu tak laser, tak mengata orang ikut suka hati dia je. Memang lelaki suka perempuan cantik, tapi kalau perangai tak elok dan menyakitkan hati, baik dia pilih yang sederhana je tapi boleh buat hati tenang. Kahwin ni nak cari ketenangan, bukan nak serabutkan otak dengan perangai2 entah pape kau.


11. Wanita materialistik dan cinta wang dibenci lelaki. Lelaki juga tak suka wanita yang kuat mengongkong, tuduh bukan-bukan, tidak percayakan pasangan, cepat prasangka. Sportingla sket. (yang ni ikot keadaan ye, bace point nombor 17)


12. Suka budak-budak. Ciri-ciri keibuan terserlah bila tengok budak, dia nak dukunglah ribalah. 


13. Pandai al-Quran walaupun takdelah pandai sangat. Sekurang-kurangnya dia boleh ngajar alif-ba-ta dan surah-surah lazim anak-anak nanti. Penting sebab ibulah guru pertama dalam keluarga. Ayah boleh ngajar, tapi garanglah.

14. Boleh hidup susah. Contohnya kahwin dengan lelaki miskin, walaupun perempuan ni dari kalangan orang senang, tapi dia boleh membiasakan dengan hidup susah bersama-sama suami. Oh sangat sweet hidup susah senang bersama-sama ni tanpa merungut-rungut tak boleh tahan dengan kemiskinan hidup.


15. Dia tak suka cakap yang tidak baik tentang lelaki dia dan cerita pula pada kawan-kawan dia. Andai suami dia tak baik sekalipun, dia bersyukur dia ada suami. Ramai kot yang tak dapat kahwin kat luar sana tu.


16. Suka bagi semangat. Sekurang-kurangnya dia cuba senyum walaupun hatinya sedih. Lelaki tak perlu hadiah2 segala bagai pun, cukuplah dengan satu senyuman dah orait dah pun.


17. Cinta. Bila dia cinta, selama-lamanya dia cinta selagi laki tu tak curang. (haa...memang..bila dah cinta, selamanya akan cinta,.kalau laki tu curang pun still cinta lagi, tapi sendiri mau ingat laa...prasangka tu sikit sebanyak akan wujud..so kena laki tu kena la bagi report hatta nak pegi ke kedai pak abu sekalipun)


18. Boleh berkongsi masalah. Walaupun tidak mampu selesaikan masalah, at least dia boleh jadi good listener dan tenangkan hati suami.


19. Ingat hari-hari penting. Contoh ingat tarikh perkahwinan, birthday dll yang penting. Tapi, kalau nak lagi cantik, ingat juga hari-hari penting dlm Islam. Cthnya, ingatkan hari Isnin dan Khamis untuk puasa bersama-sama.


20. Sikap malas memang ada, sampai terlupa buat segala kerja umah. Tapi bila suami pulang, dia tak segan untuk cium tangan suami dan minta maaf atas kemalasan beliau. Sekali-sekala malas tu boleh, tapi kalau hari-hari malas memang nak kena hantar masuk PLKN ni.


21. Hormat orang tua walaupun mertua wat tak mesra dengan dia. Cuba gak amik ati orang tua walaupun tak reti.


22. Boleh ingatkan suami supaya jaga solat, ingatkan anak-anak suruh solat. Kalau suami ada kekurangan, dia tolong cover dan juga sebaliknya. Tak salah isteri ingatkan suami tanggungjawab2 seorang suami. Bantu suami jaga keluarga supaya dapat masuk syurga satu famili.


23. Ingatkan awal-awal lagi anak-anak perempuan tentang aurat supaya tak berulang kes kejahilan yang sama seperti dirinya masa muda-muda dulu.


24. Sedia maafkan suami kalau suami ada wat salah. Pandai wat-wat majuk tapi jangan over majuk plak. Kalau suami nak cari lain, tanya dulu apa kekurangan diri. Kalau kurang, nak perbetulkan. Tapi, kalau suami nak kahwin lain gak, bincang elok-elok dulu sblm pasrah.


25. Kadang-kadang bangun malam dan doakan untuk pasangan dia panjang umur, bahagia dan tua bersama-sama sampai mati dan bersambung lagi bahagia di syurga nanti. Juga doa anak-anak jadi soleh dan solehah. Mungkin dia bukan seorang yang sangat baik, tapi dia ada impian punya suami dan anak-anak yang baik dan beragama. "Doaku Untukmu sayang - Wali Band" gitu.
26. Ada di sisi tika suami sakit, letih, stress. Bolehlah picit2 pale suami tu.


27. Dia redha, terima seadanya pasangannya itu. Tapi bukan awal-awal dah terima pasangan yang enggan ubah sikap buruk sebelum nikah.



28. Senyum selalu adalah ubat terbaik hati lara lelaki. Senyum itu sedekah :)


29. Malu. Antara ciri penting. Dia mungkin garang, tapi dia pemalu. Dia mungkin cakap banyak dengan kawan2 perempuan dia, tapi dia malu dengan lelaki. Yang terbaik, dia bukan saja malu dengan manusia pada tempatnya, tapi malu pada Allah...


30. Akhir sekali (kot) dan yang penting sekali, dia suka kamu dan setuju nak kawin dengan kamu ler. hehe. Spesifikasi panjang, tapi dia tanak nikah dengan kamu watpe gak. kikiki.


ni bukan Cik NurQaseh yang tulis.. Ni inchek Muhammad Rusydi yang tulis, saya kopipes aje kat FB... Pendapat seorang lelaki yang harus ditenung, direnung dan difikirkan oleh wanita-wanita diluar sane termasuk Nur Dakdek ni ha.. tapi ape yang penting adalah pandangan Sang Pencipta kepada kita, bukan hanya mahu terlihat sempurna di hadapan suami dan kekasih hati je.. Allahu Robbi~ pandanglah dakdek yang hina dina ni... isk isk isk~ :'(



p/s : tulisan kaler biru tu saya yang tokok tambah..


p/s/s : saya tak harap pun suami macam ustaz2 @ imam muda bagai... Cukup dia tahu dan faham agama, jujur dan setia... Bleh belajar sama-sama, susah senang sama-sama, hidup sama-sama, mati sa...ehh, takpela, saye mati dulu...suami leh kawen lain... ngeee~ 


p/s/s/s : yaayyyyy...!! baru hantar borang untuk keje baru.. ramai pakai kabel, datok2, tan sri2 bagai... ingat aku takde kabel ker? Allah kan ade... besau punye kabel laaa....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 Perkara Yang Dicintai


bismillah....


KLIK untuk tumbesaran gambau... :)



p/s : ye.....aku ngaku, aku cintakan Allah dan Rasul.... tapi dalam keadaan separa sedar (ataupun memang sedar sesangat), aku jugak cintakan 5 perkara yang buat aku lupa kepada Allah dan Rasul.... dasar munafiqun!

p/s/s : la'ilaha'illa anta subhanaka inni, kuntu minazzholimin... (T_T)

p/s/s/s : susah sebenarnye hidup ni... tapi biarlah susah masa hidup, asalkan taim mati nanti aku senang hati... ehe...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Belated Teachers Day


bismillah...


Rasanya memang dah terlambat untuk cik nurqaseh mengucapkan selamat hari guru untuk semua guru-guru di seluruh pelosok Malaya khususnya untuk guru-guru saya yang amat tabah dan sabar, dan tak lupa jugak untuk abang tersayang serta isteri beliau yang merupakan seorang guru..


Tahun lepas dah citer pasal cekgu hasnah kan? Hari guru tahun ni saya nak citer tentang hukuman2 yang pernah saya terima akibat kenakalan dan kebodongan saya masa sekolah dulu... Yela, kite ni tak berapa baik...dah la tak berapa baik, pandai pun takdela sangat. kih3...jasa-jasa cikgu semua akan saya kenang sampai mati....



  • darjah 1 -  Ustaz Zambri bantai belakang badan kite dengan buku teks sebab tak buat keje sekolah. Kite bagi alasan, "dah saye tak paham, camne nak buat ostat?" ingatkan ustaz zambri nak ajar dengan lebih jitu, tapi dibantainye kite... hukhukhuk... takpela~ tak nanges pun...  Tapi bile balik rumah teringat balik, meleleh air mate den~

  • darjah 3 - kene pulas dengan cikgu Marhaini sebab tak dapat jawab soalan matematik. Saya memang anti giler dengan cikgu matematik.. Dipulas-pulasnye lemak kat perot kite..saket tahu! haha... masa kena cubit tu tahan je, tak nanges langsung..cool~ lepas tu keluar pi toilet, baru nanges... wuuuuuu~

  • darjah 6 - buku latihan kene baling daripada tingkat 4 oleh cikgu Aiha.. cikgu bahasa melayu masa tu. Sebabnye, kite tak siapkan keje rumah karangan sebab ape ntah..lupe da.. dah bagitahu jujur-jujur pun kena denda jugak. Kite pun pegi turun bawah pungut buku tu balik.. Tengok-tengok buku tu dah koyak..kulitnye dah tercabot daripada isi, mungkin disebabkan cikgu Aiha menggunakan sepenuh tenaga dalam balingannye.. Sedih hati tengok bukunye.. wuuuu~ (T_T)  meleleh air mate masa pungut, pastu duduk kat tangga jap...

  • form 3 - kepala kene tolak dari belakang oleh ustazah Norlia sebab tak ikut baca ayat Quran, padahal masa tu saya tengah ABC.. menitik air mate saya, tak pasal2 kepala kena tolak...wuuuuu~ die ni garang woo.... Dia tak suka anak-anak murid panggil dia ustazah.. pernah dulu kertas latihan kena koyak-koyak depan muke saya sebab lambat hantar.. Hasil didikan ustazah norlia secara gerila membuahkan hasil apabila pendidikan Islam dapat straight A dari awal tahun sampai la PMR... =)

  • form 5 - kena halau dengan cikgu fizik, cikgu paejah sebab saya tidor dalam makmal.. yelah, dah ngantuk tido la kan..kalau lapau, kite makan la kan?.. ye dop? haha... cikgu paejah ni pon memang boleh tahan garang. Padahal saya tido dah nak dekat 20 minit kot, baru dia perasan.. Buat mata palsu, pastu lekat kat kelopak mata. haha... elok parking tetiba kena jerkah.

  • form 6 - tido kat dalam bilik tayangan masa subjek sejarah... walaupun ciknur duduk kat depaaaaan skali, ciknur tak dapat nak tahan mate ni daripada terlelap... maka tertido la ciknurqaseh di depan cekgu sendiri, sambil air liur basi berjejeran keluar... Naimah, kawan baik yg selalu duduk sebelah saya cakap cikgu tak marah pun.. dah banyak kali saya tido pun cikgu sejarah tetap tak marah.. Lama-lama timbul rasa bersalah sebab asyik tido je masa cikgu mengajar..haha... pastu dah tak tido2 dah atas kesedaran sendiri... pandai cikgu ni psyco... (saya memang anak murid yg tak mengenang budi, nama cikgu sejarah masa form 6 saya tak ingat)

  • form 6 jugak - Keluar sekolah sembunyi-sembunyi naik motor ikut pagar belakang, sampai terkoyak tangan kene dawai pagar tu.... wuuuu~ pedih woo... orang nak cari makanan je pun, bukan nak ponteng..Nasib baik cikgu tak nampak..tapi nasib tak baik tangan kena dawai.. itu makan die..haha..padan muke aku.. 

  • form 6 lagi - saya bersama-sama ahli pakatan, kelas ekonomi dan perniagaan telah memontengkan diri dari menghadiri kelas tambahan.. Kami berjalan dengan suka hati, riang dan gembira lalu menuju ke Kepsi (KFC) untuk mengalas perut yang lapar.. Sesampai sahaja di Kepsi, kami memesan satu set bucket combo....tetapi langkah kami terhenti apabila melihat kelibat seseorang yang sangat2 kami kenali... Arghhh!! tidak!! Knape cikgu Rosli pun makan kat Kepsi jugak! haha,.... padan la dengan muka kami... Cikgu Rosli tu guru kaunseling kat sekolah.. nasib baik tak kene marah..fuhh..kene kaunseling je gamaknye... sampai la sekarang ni, bile cikgu Rosli nampak je saya, dia akan panggil "oi budak ponteng skolah!".. knape muke saya je yang cikgu aim?? knape?? knape??



kesimpulannya, masa dulu-dulu cikgu masih boleh lagi denda dan pukul-pukul anak murid yang degil dan lemah macam saya... tapi mak ayah sikit pun tak kisah... sekarang? kene cubit sikit pun dah buat report bagai.. ehehe.... Selamat Hari Guru cikgu!!


*Selawat dan salam buat guru kita yang mulia, Rasulullah Salallahi alaihi wassalam... (T_T) miss him so much~



p/s : when I was kid, I didn't have a lappy, iPhone, android, wifi, galaxy tab and other stuff. I played outside with friends, bruised my knees, made up stories and played hide n seek. I ate what my mum made. I would think twice before I said "no" to my parents. Life wasn't hard, it was good and I survived. I think we were happier kids, and I wish I have a time machine... =)

p/s/s : story lambat publish akibat kekangan masa, bebanan tugas dan perubahan hormon yang mengakibatkan emosi kurang stabil....tambahan pula buah hati saya sedang berada di hospital...lagi la emo lebih2... okbai~





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 Perkara Keramat Buat Wanita


bismillah...



“Fatimah anakku, mahukah engkau menjadi seorang perempuan yang baik budi dan isteri yang dicintai suami?” Tanya si ayah Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.
“Tentu saja, wahai ayahku,” jawab Fatimah lembut.
“Tidak jauh dari rumah ini terdapat seorang wanita yang baik budi pekertinya bernama Siti Muthi’ah. Temuilah dia, teladani budi pekertinya yang baik itu.”
Gerangan amal apakah yang dilakukan oleh Siti Muthi’ah sehingga Rasulullah s.a.w. sendiri pun memujinya sebagai perempuan teladan? Maka bergegaslah Fatimah menuju ke rumah Muthi’ah bersama puteranya Hasan yang masih kecil itu.
Begitu gembira sekali Muthi’ah apabila mengetahui tetamunya ialah Puteri Nabi yang disanjunginya itu. “Sungguh bahagia sekali aku menyambut kedatanganmu ini, Fatimah. Namun, maafkanlah aku sahabatku. Suamiku telah beramanat, aku tidak boleh menerima tamu lelaki di rumah ini.”
“Ini Hasan puteraku sendiri. Dia kan masih anak-anak.” kata Fatimah sambil tersenyum.
“Namun, sekali lagi maafkanlah aku, aku tidak ingin mengecewakan suamiku, Fatimah.”
Fatimah mulai merasakan keutamaan Siti Muthi’ah dan menjadi semakin kagum serta berhasrat menyelami lebih dalam lagi akhlak wanita ini. Lalu dihantarlah Hasan pulang dan bergegaslah Fatimah kembali ke rumah Siti Muthi’ah.
“Aku jadi berdebar-debar,” Sambut Siti Muthi’ah. “Gerangan apakah membuatmu begitu ingin kerumahku, wahai puteri Nabi?”
“Memang benarlah Muthi’ah. Ada berita gembira buatmu dan ayahku sendirilah yang menyuruhku kesini. Ayahku mengatakan bahawa engkau adalah wanita berbudi pekerti yang sangat baik. Kerana itulah aku kesini untuk meneladanimu, Wahai Muthi’ah.”
Siti Muthi’ah gembira mendengar kata-kata Fatimah. Namun, Siti Muthi’ah masih ragu. “Engkau bergurau sahabatku? Aku ini hanya wanita biasa yang tidak punya keistimewaan apa pun seperti yang engkau lihat sendiri.”
“Aku tidak berbohong wahai Muthi’ah, ceritalah padaku agar aku bisa meneladaninya.”
Siti Muthi’ah terdiam, hening seketika.
Lalu tanpa sengaja Fatimah melihat sehelai kain kecil, kipas dan sebilah rotan di ruangan kecil itu. “Buat apa ke tiga benda itu Muthi’ah?” Tanya Fatimah.
Siti Muthi’ah tersenyum malu. Namun setelah didesak, beliau pun bercerita. “Engkau tahu Fatimah, suamiku seorang pekerja yang memeras keringat dari hari ke hari. Aku sangat sayang dan hormat kepadanya. Ketika dia pulang, cepat-cepat aku sambut kepulangannya. Ku buka bajunya, ku lapkan tubuhnya dengan kain kecil ini sehingga kering keringatnya. Lalu dia pun berbaring di tempat tidur melepaskan lelah. lalu aku kipasi beliau sehingga lelahnya itu hilang dan tertidur lena.”
“Sungguh luar biasa pekertimu, Muthi’ah. Lalu untuk apa pula rotan ini?” soal Fatimah lagi.
Jawab Siti Muthi’ah. “Kemudian, aku berpakaian semenarik mungkin untuknya. Setelah dia bangun dan mandi, ku siapkan pula makan dan minum untuknya. Setelah semua selesai, aku bertanya kepadanya, Oh kekanda, jika layananku sebagai isteri dan masakanku tidak berkenan dihatimu, aku ikhlas menerima hukuman. Pukullah badanku dengan rotan ini dan sebutlah kesalahanku agar tidak ku ulangi.”
“Seringlah engkau dipukul olehnya, wahai Muthi’ah?” tanya Fatimah berdebar-debar.
“Tidak pernah, Fatimah, bukan rotan yang diambilnya, tetapi akulah yang ditarik dan dipeluknya dengan penuh kemesraan. Itulah kebahagiaan kami sehari-hari,” jawabya lembut.
“Jika demikian, sungguh luar biasa, wahai Muthi’ah. Sungguh luar biasa! Benarlah kata ayahku, engkau perempuan berbudi baik,” kata Fatimah yang amat kagum dengan budi pekerti yang dimiliki oleh wanita berwajah tenang itu.
terdapat beberapa hadis yang yang menyatakan Kelebihan Wanita Solehah. Mudah mudahan dengan membaca dan menghayati Hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Moga Allah memberi keberkatan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Maksudnya: Empat perkara siapa dikurniakannya maka sesungguhnya dikurniakan kebaikan dunia akhirat, lidah yang sentiasa berzikir, hati yang sentiasa bersyukur, sabar atas segala ujian yang diberikan Allah dan isteri yang tidak mengkianati suaminya sama ada pada maruah diri dan harta.”
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tabrani dan al-Baihaqi.
Mutiara Kata
“Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan iaitu buku yang bermanfaat, anak yang soleh, isteri yang disayangi dan teman bergaul yang Soleh. Allah memiliki ganti untuk semua itu”.

muda sama2, tua sama2...insyaAllah kat syurga nanti sama2 jugak...
gambau credit to owner blog ni

Atok :
Yang, U tengok ladang teh kat belakang kita ni.... Cinta I pada U seluas ladang teh tau...Cube la kira banyak mana daun teh yang ada kat sini, banyak tu jugak cinta I pada U yang...
Nenek : Ele..takat ladang teh kat cameron highland ni je pun... Dah sampai Mlake nanti, dah tak nampak ladang teh nye yang oi... Cinta I pada U seluas langit.. Mana-mana pegi pun boleh nampak langit... Pandang atas, tengok langit yang luas tu yang....
Atok : Yelee... =)

p/s : saya takde lah baik mane... tak solehah pun...  tapi orang yang saya kenal semua baik-baik.... dulu masa kenal makhluk comel seperti patrick tu, ingatkan dia nakal...rupenye dia baik giler... saya je yang selalu buruk2 sangka,.. jahat cikNur Qaseh ni....huuuuu~  okbai!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Syair ke, Puisi ke Aku pun Tak Tau

bismillah....


Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat dihadapan mu,
ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah dihadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannnya,
ketahuilah, dialah seorang 'pertapa SETIA' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.


(mende alah ni aku kopipes kat mane ntah..haha..tak kuase nak pikir ayat jiwang2 lagi sekarang)






beberds..







p/s : baca tafsir mimpi ibnu Sirin..... hmm... mainan tido je kot~

p/s/s : saya cube lupekan semua walaupun ia adalah mustahil 
melainkan saya jadi arwah ataupun hilang ingatan akibat terhantuk
stering... hmm, bolehkan aje... keh3...

p/s/s/s : ok tak tajuk atas tu...hahaha... takde  mood betul 
nak pikir tajuk.



:'(




























  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mokcu Tapayah Kawen Arr...


bismillah...


Mokcu : Cah, mokcu nak tawen ar.... Boleh tak?


Cicah : Yeke? Bile mokcu nak tawen?


Mokcu : Besok....


Cicah : Yeke? Mokcu nak tinggal kat mane nanti?


Mokcu : Kat umah mokcu sendiri lar.... Mokcu tak dok kat sini lagi dah...


Cicah : Yeke? Jauh tak chu?


Mokcu : Wuuuuuuuu~  jaoooooohhh nau nau cah............


Cicah : Yeke?? Mokcu tak payah tawen la kalau macam tu.....


Mokcu : Apesal lak??



Cicah : Nanti Cicah rindu kat mokcu arr.... Nanti sape nak garukan montot Cicah memalam....


Mokcu : Abis macam mane mokcu nak ade bebi?


Cicah : Mama Cicah boley kuarkan bebi.... nanti mokcu amek la satu...


Mokcu :  ...............................................dushhhhhhh!!!!!................................................



mimi dan cicah....
mokcu takyah amek pon takpe cah.... korang memang depan mate aku hari2...


p/s : dah padam... okbai~








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kau Kena Tahu


bismillah...




LELAKI KENA TAHU, seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan memarahi anda untuk banyak perkara, tapi masih terus menerima anda seadanya walaupun anda telah menyakiti hatinya... tambahan ayat--------> kalau dapat kat aku ni bukan takat marah je, aku lacak-lacakkan je die.... belasah sampai lebam-lebam pastu karate tengkok die... huh! rasekan.... hua hua hua hua.......


p/s : dont wait for somenone to bring you flowers.. plant your own garden and decorate your own soul.. :)

p/s/s : ngantuk, dah berapa malam tak tido...okbai~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nilai Sebuah Masalah


bismillah...





masalah dan ujian yang menimpa adalah 'hadiah' dari Allah... menangislah, kerana ia dapat melegakan apa yang tak dapat dizahirkan oleh hati... tetapi masalah takkan selesai jika air mata dan air hidung terus-terusan bertakung dan berjejeran membasahi baju...ehe.., justeru, lahirkanlah kekuatan daripada air mata itu dan iringilah ia dengan doa, moga-moga masalah yang menimpa menjadi nikmat yang tidak terhingga... just sit back, relax, and enjoy the problem.... :')



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS