RSS
Container Icon

Usaha Dakdek Yang Tak Nampak Langsung Usahanya...


bismillah....





satu biji lori yang mana muatannya adalah gule pasir, suatu mase bila ditakdirkan dia eksiden dan terbalik, maka, yang akan keluar dari lori tersebut adalah gula pasir...bukannya aiskrim yang akan keluar.

satu biji lori yang mana muatannya adalah roti, suatu mase bila ditakdirkan dia eksiden dan terbalik, maka, yang akan  keluar dari lori tersebut adalah roti, bukannye burger yang akan keluar.

Jadi wahai NurQaseh Dakdek..., suatu mase nanti kau pasti akan jumpa dengan Allah SWT. Dan perkara yang akan keluar bila bertemu dengan Allah SWT adalah perkara yang ade dalam hati kau... Jadi bila kau berusaha untuk agama dan untuk akhirat, maka perkara inilah yang akan masuk ke dalam hati kau Dakdek, dan perkara ini jugalah yang akan keluar bile kau bertemu dengan Allah SWT nanti...


Jadi ape yang dah kau usahakan Dakdek??





Hmm..ntah..takde ape-ape kot...kbai!



p/s : tajuk ntahapehape...

p/s/s : tengah demam panas nih... hmm..suke la jugak~ makan jering gitu je pun takde rase ape-ape... =)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sampai Hujung Nyawa


bismillah...


0322 am tak tidur-tidur lagi. Ada musang lalu lalang kat luar rumah walaupun Cik NurQaseh tak nampak, tapi bau taiknye cukup membuatkan CikNur mengerti akan kehadirannya,.. Ayam mak aku habis kau kebas atas nama rantaian makanan...pfft!


Kita tinggalkan musang berbau taik tersebut. Nak cerita tentang semalam... Petang semalam saya terniat nak pergi ke rumah seorang ustaz ni, saje jela nak mintak nasihat, ilmu dan pendapat. Ustaz tua tersebut tinggal dengan isteri dia yang bukan ustazah (pun dah tua jugak). Sebelum nak pegi tu kite call dia, tapi tak berjawab. Tapi kite pegi jugak rumah dia... sampai je sana, terlihat kelibat seorang pemuda yang boleh tahan hensem tengah jemur tilam dan tikar...Sebenarnya tu cucu ustaz...thehehehe (gelak ada makna ni).. Saya tanya, "ustaz ade?",  budak tu geleng kepala. Dia cakap, "ustaz dah meninggal."


Hohhh...!!!! Innalillah~ terkejut betul saya. Rase macam baru je jumpa dia. Yang paling mengharukan, ustaz meninggal dah seminggu dah, lepas tu isteri dia pulak yang menyusul... Allahu Robbi... (T_T)
Saya doakan mereka berdua diredhai dan dicucuri rahmat Allah SWT.


Walaupun sedih, tapi terselit jugak rasa 'seronok' (aku pun tak tau macam mana nak gambarkan rasa tu). Bukan seronok sebab orang tu meninggal, tapi 'seronok' bila dengar suami isteri meninggal sama-sama. Muda sama-sama, susah senang sama-sama, tengok anak membesar sama-sama, tua sama-sama, mati pun sama-sama. Sehidup semati.. Dulu saya ingat lagi ada berita dalam paper, tentang sorang atok tu meninggal sebab sakit jantung tetiba, sejam kendian isteri dia pulak meninggal. Sebelum saat kematian tu, diorang berdua tengah menikmati minum petang bersama-sama sebelum atok tu kene serangan jantung.


Semuanya kuasa Allah belaka. Allah yang menciptakan perasaan untuk manusia berkasih-kasihan. Cinta dan kasih sayang tu teguh kerana pasaknya ikhlas. Ikhlas tak dapat dilihat dengan mata kasar, tapi dapat dirasai oleh mata hati... Sungguh! Indah sangat rasanya bila dapat bersama-sama orang yang kita sayang sampai hujung nyawa. Dan tentulah lebih indah bila Allah redha dengan cinta yang kita bawa semata-mata kerana-Nya. 


Saya sememangnya suka melihat sweet old couple, mendengar cerita-cerita mereka tentang kehidupan, pahit manis yang dah mereka tempuhi bersama. Bagaimana sabarnya diorang dengan ujian hidup, dengan takde duit nak besarkan anak-anak yang tiap-tiap tahun keluar...dengan pendidikan yang kurang pada zaman diorang...dengan sikap suami yang panas baran, tapi si isteri boleh tahan sampai berpuluh-puluh tahun.. Memang seronok dengar. Kita orang muda belum tentu dapat contohi kecekalan mereka. Mane tak nye, bercinta bertahun-tahun pun masih tak kenal siapa pasangan kita. Yang nampak cume lakonan.. Mana letaknya ikhlas? Setakat bercinta sebab tengok orang lain bercinta ataupun sekadar nak memenuhi masa lapang. Bila dah kawen, kena uji sikit dah cerai. Camno tu?


Dan ade jugak orang muda sekarang yang takut nak bernikah sebab kurang duit, tak puas enjoy dengan kawan-kawan, tak nak berenti kerja sebab nanti kena duduk dengan suami dan macam-macam alasan lagi.
Puas saya fikir, macam mana orang dulu-dulu boleh hadapi dan uruskan hidup mereka yang susah walaupun mereka tak belajar tinggi-tinggi dan ade yang tak sekolah langsung, tapi bahagia sampai ke mati.
Dan kenapa pula orang sekarang yang ada pendidikan tinggi dan berilmu gagal nak uruskan hidup mereka sendiri,.. (dah aku lak yang pening kepale berfikir...haha...takde keje betol le)


Saya copy paste balik ler nukilan yang saya penah publish tahun lepas... saje nak bagi panjang entri nih...hehe.

saya suka laut =)


Pilihanku...
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..


Pilihanku...
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..


Pilihanku...
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?


Pilihanku...
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia


Pilihanku...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba


Pilihanku itu...
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..


Pilihan kami...
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada Alquran yang membimbing..


Biar...
Cinta kami pada Maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..


hmm..... =)

arghhh!! aku ni asyik post pasal kawen je pehalll!!!!  okbai!!


p/s : kalau memang jodoh tu kuat, sane sakit, sini terasa tau.. =D

p/s : arghh!! mati tu priority... fuhh~ jangan banyak berangan NurQaseh, ingat mati, ingat mati, ingat mati...





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DIa Datang


bismillah...


Maaf... Ni entri basi yang tak berbau. Tak seperti nasi lemak basi yang tertinggal dalam kereta minggu lepas. Demmit!! Camne boleh lupa! Aroma sungguh~


Ni cerita sabtu lepas, masa Pok Jib launch UTC , atau nama panjangnya Urban Transformation Centre, atau nama Melayunya, Pusat Transformasi Bandar.. Tak tau lah ape yang transform nye... Yang den tau, den ade keje kat situ pada hari tersebut. 5 pagi bangun tido, 6 pagi dah tercongok kat Jalan Hang Tuah..Yela, lambat-lambat nanti jem, jalan pun dah tutup pasal Pok Jib dan menteri lain nak lalu maa..=.='


Rakyat Melaka Maju Negeriku Sayang yang hadir.

Gambar atas ni pemandangan dari atas bangunan UTC. Punyelah ramai umat manusia (ala, tiap-tiap japerun hantar orang kampung naek bas berbondong-bondong, sebab tu ramai)


Hoh! Todia.... Cuba teka kepala PM yang mana...

PM datang berucap, pastu naik bangunan UTC. Aku dok buat kerja kat atas...


tengok abang kat hujung tu, dah stress...

Dari atas dok dengar-dengar je dentam-dentum kat pentas luar bangunan. Ingatkan kot ade K-Pop ker, nak jugak join..hahaha...pffft. Rupa-rupanya ade artis tempatan je.. hmmm~ Wahid senario, Azlee, Lan Pet Pet, One Nation Emcees, Caroline (sape ni?? wa tak kenal), Nabil, ade ramai lagi sape ntah...


Sian Tok Ali, sume orang tak perasan die kat situ..ehe.

Ni jele gambau-gambau yang dapat dirakamkan via iPad, G-Tab, BB, G-Note dan semua gadget-gadget yang ade di tangan kitorang.. PM hulur tangan, kite jual mahal...hehe... Takpela datok, kite malu lah~


PM dah balik, kite still kat situ sampai pukul 8 malam... tu je cite die... kbai~


p/s : sejak kerja kat sini, macam-macam orang dah saya jumpa, daripada pemimpin tertinggi kerajaan sampailah ke yb-yb yang agak sombong macam tak jejak tanah dan yb-yb yang memang baik sesangat sampai taknak kite panggil dia Dato' (Dato'-dato' non-muslim ni agak ok dan tak sombong), dan tak kurang juga staff-staff biase macam saya ni,..Ape yang saya perhatikan, YB's ni kebanyakannya tak punctual..sebab itu anak-anak buah dia pun datang lambat (aku lettew..haha).

p/s/s : Kesimpulannye, I need a new environment.. Teringin nak jumpe habib-habib keturunan Rasulullah~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday Lah Sangat


bismillah...


jawohl! ngeh3...
bastian  schweinsteiger aka basti


"UM ERFOLGREICH ZU SEIN MUSST DU ALLES GEBEN"
Untuk Berjaya, Anda Perlu Berikan Segala-galanya




kata Lucius Maximus dari sokernet yang saye cedok..,Rafael van der Vaart ada menyebut sebelum perlawanan bahawa Die Nationalmannschaft hanya mempunyai 3 pemain berkualiti dalam skuad berbanding Belanda yang katanya semua berkualiti belaka..ceh! Beliau lupa kualiti semata-mata akan menjadikan sebuah pasukan itu hanya sekuat Tottenham Hotspur (haha).. Jerman mungkin kurang pemain berkualiti, tetapi mereka memberikan segala-galanya. Sama seperti bila tentera Wehrmacht mempertahankan bumi Deustchland dalam Perang Dunia Kedua, atau seperti bila Jerome Boateng sanggup patah tulang rusuk kiri menahan rembatan padu Wesley Sneijder (a.k.a Anjer? haha..).

Beliau berkata lagi..,sebuah produk Jerman sentiasa menekankan aspek seperti ketepatan, kejituan dan kesempurnaan baik dari segi penghasilan motokar. motorbot, motorsikal, beskal, seterika dan sebagainya. Ini adalah tradisi sejati Jerman yang dipupuk sejak terasasnya Magna Germania, tradisi yang kekal membezakan antara sebuah produk Jerman dan produk negara lain, seperti kereta buatan Malaysia contohnya yang selalu kerosakan power window.
Dan bagaimana terencatnya power window Proton itu dapat dilihat berjangkit ke dalam bola sepak Malaysia yang jugak terencat.. serta sempurnanya power window Audi, BMW, Mercedes atau VW itu dapat dilihat juga dalam sempurnanya bola sepak Jerman......kan???


dats why la I like German...okbai~


p/s : mak kate, "tido dakdekkk~ esok nak keje..."
       dakdek kate, "tak ngantok lagi ni mak..lek lu"
       mak kate, "kau sambung hafal lagi bagos dakdekkk~..."
       dakdek kate, "k fine~"

p/s/s : entri yg diperam..ingat nak publish gambau tu je, jadi la wordless Wednesday... huh! wordless lah sangat!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sana Sini


bismillah...


sana, "Assalamualaikum".

sini, "Waalaikumussalam. Ada apa?".

sana, "Terasa nak cakap dengan seseorang."

sini, "Pasal apa?".

sana, "Sibuk ke?".

sini, "Boleh tahan".

sana, "Ok".

sini, "Allah ada".

sana, "Tahu".

sini, "Allah tempat mengadu."

sana, "Ye baik~".

sini, "Bangun malam ni, jom sama =)".

Senyap. Ada tangis di situ.

sana, "Kan bagus kalau ada di sini".

sini, "Tak bagus pun".

sana, "Kenapa?"

sini, "Orang kata hubungan tu lebih manis bila jauh,"

sana, "Oh, bila dekat asyik nak gaduh je," Tergelak dalam sebak.

sini, "Rindu sebenarnya,"

sana, "Kenapa tak cakap?"

sini, "Saje nak didik sabar. Ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi."

sana senyap.

sini senyap.

Dan titis itu tumpah juga.. Berjuraian...


klik untuk tumbesaran


dah boleh buat novel... pen off...kbai~



p/s : amende la aku merepek nih...haha... dushhh!! takde benda nak tulis sebenarnya..

p/s/s : I hate my under eye bags... Mata yang dulunye boolat dan bersinar sekarang dah kuyu, bengkak dan ade lingkaran hitam dibawahnye... hmmm...why me~

p/s/s : tomorrow I've to take an emergency leave again..kalau nak mintak annual leave pun dah tak sempat sebab saya kena apply 3 days before.. Nak hantar buah hati pengarang jantung pergi hospital..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday


bismillah....


ingat Allah dan ingat mati itu yang terbaekkkk! =)

p/s : saya agak sibuk sekarang ni ye...takde mase nak apdet blog, sebab banyak kerja kat rumah bukan kat opis...macam-macam nak prepare nih...jadi jangan nak rindu-rindu kat saya tau.. haha... biau saya je sorang-sorang tanggung rindu... kbai~




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Putus Cinte...Alahai~ Boringnye...


bismillah...


Petang-petang cenggini terasa nak makan ABC lak. Dah la panas, bahang, berasap-asap bumbung rumah kite...sudahnya, kite duduk dalam kete,bukak aircond.. Tiba-tiba ada adek ni telefon, nak meluahkan rase hati lettew.


bla bla bla.........


bla bla bla.........


bla bla bla.........


bla bla bla.........



Hmm..macam biasa la, putus cinta. Pakwe dah bertunang dengan orang lain. Pakwe kelentong bla bla bla.... Munafik bla bla bla.... Penipu, bla bla bla....


Ape yang boleh aku cakap kat kau dek, sabarlah banyak-banyak ye. Kau nak nanges sebaldi ke, sebesen ke, mahupun se'kolah' ke, aku tadah je dek... Takde benda yang aku nak bebelkan kat kau sebab benda tu memang lumrah kehidupan.. Nanges la puas-puas sampai kau tak larat lagi nak nanges...sampai satu saat kau akan terfikir sendiri, ape ke bengapnye kau menangis pada makhluk yang tak sudi. Menangis sambil marah-marah dan maki-maki.. Cube menanges, sambil cakap Alhamdulillah, ~  Terasa nak maki lagi, ucap Alhamdulillah lagi dan lagi dan lagi..  aku dah try dah dek...berkesan dowh! Nyaman je rasa...


Alhamdulillah, sebab Allah S.W.T pilih kau bertemu dengan lelaki spesies buaya jadian tersebut. Alhamdulillah, sebab Allah S.W.T nak naikkan darjat kau, nak suruh kau berubah jadi lebih bagos dari sekarang ni. Alhamdulillah, sebab Allah S.W.T nak kau jaga diri baik-baik, lebih baik dari sebelumnya. Alhamdulillah, sebab Allah S.W.T nak gerakkan kau supaya jadi MAHAL. Ibarat harga emas, dulu murah la jugak, sekarang dah mahal, pastu kejap-kejap naik, pastu turun sikit, pastu naik mencanak-canak plak harganya..semalam aku baru pegi Wah Chan, tengok emas...buy 1, free 1 beb...(arghhh!!)
Tapi mahalnye kau sebagai perempuan memang tak sama dengan harga emas. Aku yang bercakap ni pun terasa pedih ulu hati dengan kata-kata aku sendiri. Yaaa!! memang la aku cakap tak serupa bikin pun. Atleast, kau dan aku sama-sama nak berubah, walaupun terpaksa merangkak atau berguling-guling di atas bara api. (aku harap muka kita masih lagi comel walaupun sedang merangkak)


Adek, kau masih muda, masih remaja, masih bertenaga, dan kepala hotak kau masih lagi fresh.. Boleh disumbatkan dengan berbagai ilmu yang baik, mahupun yang tak baik. Macam aku ni dah tak berapa muda sangat, bukan main lembab lagi nak masukkan sesuatu ilmu dalam kepala ni. Sebab dulu otak aku ni banyak serap benda yang tak berfaedah, yang lagho dan yang tak baik contohnya seperti bercintan cintun walaupun aku tak berdating tiap2 minggu seperti kau..hua3.. Oleh kerana itu wahai adek, pilih la jalan yang betul kelak kau tak menyesal di kemudian hari. Dan aku nak bagitahu, aku dah hafal surah Ar-Rahman ok... Kau ade?? haha...(ye,ini memang statement riya' dan takabbur) Dengan kelembapan yang aku alami, akhirnya berjaya jugak aku hafal surah yang keberapa ntah yang dah aku hafal. InsyaAllah, kalau umur aku panjang, lagi 200 tahun aku akan jadi hafizah walaupun aku tak skolah pondok.


Adek, aku tahu kau tak kuat...Semua orang tak kuat., hatta Penjejak Awan dan Penjejak Badai yang ade beribu hikmat, hatta Sang Kelembai yang mampu terbang, hatta Najib yang ada banyak wang. Yang kuat dan super power hanyalah Dia. Dia yang pegang hati kau...Yaaa!!! Serahkan je pada Dia. Doalah banyak-banyak ye...kalau selama ni kau solat nak cepat je, express semacam je, lepas tu berdoa asal boleh je...kompom sekarang ni kau akan solat dan berdoa sambil menanges teresak-esak..Kannn??? Kau ingat aku tak tahu??? Yaaaa!!! Amek la kesempatan ni untuk kenal dengan lebih dekat dengan Pencipta kau. See! si lelaki spesis buaya jadian itulah menjadi asbab kau dekat dengan Tuhan.. Jadi ucaplah Alhamdulillah, terima kasih Allah.. Dan jangan lupa ucapkan terima kasih kat lelaki buaya jadian tersebut sambil ketawa terbahak-bahak dan berguling-guling di atas jalan raya...Biau dia rasa kau memang tak kesah pun kalau dia takde dalam hidup kau lagi... Apedehal~


Kau tahu dek, aku ni ada banyak lagi masalah ummat yang aku nak fikir selain daripada masalah cinte kau dan adek-adek yang lain. Jangan kecik hati ye...ehe...Hidup ni bukan lama sangat pun. Usia kanak-kanak kau habis cuma untuk main-main, belajar ABC bla bla bla... Bila dah remaja, usia kau habis untuk bercintan cintun, lepas tu putus, lepas tu bercinta lagi, lepas tu putus, lepas tu bercinta lagi....sampailah kau kawen, itu pun umur kau dah berapa agaknye dan kau belum mati-mati lagi. Lepas tu usia dewasa kau habis untuk kejar cita-cita kau, kumpul harta, kumpul wang serta kejar pangkat.. Dan bila kau dah tua (kalau belum mati-mati lagi), kau akan habiskan usia kau kat atas katil hospital, atau di kerusi roda, atau duduk termenung sorang-sorang kat anjung rumah, berfikir sape nak uruskan harta-harta kau bila dah mati nanti. Alahai~ boringnye...


Bercinta patotnye indah. Nikah, lepas tu ada anak soleh, solehah, kacak, comel, rambut perang dan panjang, hidung mancung (macam err...hehe). Tapi sebab takde kejujuran, takde keikhlasan, takde kesetiaan, semua jadi sia-sia. Yang sihat jadi sakit, yang gembira jadi merana, yang muda makin tua.. Pastu mati.... Takde bekalan hidup masa muda remaja sebab dah terbuang untuk seronok-seronok bercinta..huh! nafsu belake... Makanya, bila kau dah terkena sekali, kenanglah benda tu sebagai satu iktibar buat kau. Supaya kau tak buang masa lagi..Supaya kau belajar, belajar dan terus belajar...cari ilmu duniawi dan ukhrawi...Biar dunia yang kejar kau, bukan kau yang kejar dunia..Dan bila tiba masenye nanti adela jodoh untuk kau, kalau kau tak mati-mati lagi..


Adek, satu lagi aku nak pesan, jangan le gatal-gatal tulis status cinta dan rase kachiwa kau tu kat timeline fesbuk. Menyampah aku baca..haha... Jujurkan akak kau yang sorang ni?? Aku dulu bila terkena macam kau, mak aku la yang jadi fesbuk untuk aku. Daripada kecik sampai sekarang, aku update status dekat mak je...kau ade?? Bercinta pun sorok-sorok..keh3...bila putus cinte jangan gah sangat nak tunjuk kesedihan tu kat orang. Dan jangan sesekali kau bukak aib lelaki spesis buaya jadian tu walau kau marah macam mana sekalipun.. Sabar, senyum, ucap alhamdulillah... Nangeslah kau sorang-sorang kat bahu mak kau. Mase tu kau akan rase, mak kau lah kekasih hati yang setia. Aku buat gitu le dulu.. Dan, Allah tu bersedia bile-bile mase je nak tunggu kau mengadu kat Dia. Daripada kau borak panjang-panjang dengan aku kat tepon, menanges macam orang mati laki, baek ko pegi smayang.


Dah panjang dah rasenye aku taip. Sebab tu tadi aku cuma dengar ape yang kau luahkan kat aku. Malas aku nak bagi nasihat kat kau...Sebab orang yang tengah frust dan patah hati takkan dengar satu hape pon yang orang lain cakap. Yang die tahu nanges, marah, nanges, termenung, nanges...alahai~ boring betul. Tunggu kau cool dulu, baru bace ape yang aku tulis ni ye laling =)
Dan aku ade satu ubat untuk rawat hati kau... thehehehehe... ubat memang selalunya tak best. Mesti kau ngantok bile kena ubat ni kalau kau tak biasakan diri.




taraaaa......


tak best kan?? kau lebih suka baca Oh!bulan daripada yang ini kan?
tau dah... nak tak nak, kau kena amek jugak 'ubat' dan 'penawar' nih...
(ni Quran yang penah aku miliki dan aku beri kepada seorang makhluk)


pen off....kbai~


p/s : adek, bile kau bace, kau jangan marah kalau bahasa aku kasau-kasau sikit.. Dan jangan komen ape-ape kalau tanak identiti kau diketahui oleh pembaca blog aku yang beribu-riban ni..hahaha.. kau ade??

p/s/s : the smile on my face doesn't mean my life is perfect. I just appreciate what I have and what God has blessed me.... =)

p/s/s/s : ingat tentang mati tu lagi lazat daripada ingat kawen, ingat cinte, ingat buah ati, yang ntah dapat ker tidak. Esok lusa kau mati, babai la buah hati... bile dah jadi mayat, pakwe pun dah tak ingat...









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Harga Sebuah Surga


bismillah...


Alhamdulillah, I'm still alive.. I came across an accident last few days ago where death was just a step away.. I'm driving to fast than its allowed, and almost hit a group of cows..ngeh3... Hmmm..kinda busy lately and for today, I just wanna share a very short story about jamban... ehe...

Pada suatu hari (cakap Melayu plaks), Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila ingin masuk ke dalam, seraya seorang lelaki menegurnya, "hai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk."

Apabila Ibrahim mendengar sapaan lelaki itu, air matanya pun jatuh bercucuran. Lelaki tadi terkejut dan berkata, "wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang, masuk sajalah secara percuma. Jangan menangis kerana ini."

Ibrahim bin Adham menjawab, "wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir, jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya??"




the end.. okbai~


p/s : sedang mengumpul "harta" untuk membayar sebuah syurga... Payahnye~ :'(

p/s/s : hari ni kite amek cuti, nak pegi pantai Telok Kemang sensorang lepas service kete...wuuuuu~

p/s/s/s : bila nak terlanggar lembu's tu, ngucap dulu...nak ke kiri ada pokok, nak ke kanan takut langgar kereta lain... tapi nasib baik mase tu takde kete kat belah kanan... masuk semak ok... kalau ada lori lalu masa tu~ husshhhh......





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.


bismillah....

Penat sikit hari ni.. Ada 7 buah rumah yang buat kenduri kawen.. Esok sebijik rumah pun takde... knape semua buat hari ni? knape?? knape?? ehe..


Penat-penat pun masih teringat kat ko.. Ko tahu tak??? Takpe,ko tak tahu lagi bagus...


okbai~



p/s : kancil tebo, kelisa imago, subaru biru...nyahhh kau dari hidup dakdekkk!!! as your wish kan? :')

p/s/s : semalam saya bermimpi sepotong ayat al-Quran................ hmmm...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Bestday Cicah!!


bismillah....


Alhamdulillah.... Hidup mokcu!! Hidup mokcu!! haha.... hidup lagi mokcu Cicah ni... Boleh la tengok Cicah, Ryan dengan Mimi besau depan mate mokcu.. Tetibe sedih... (T_T)


Rupa-rupanya hari ni dah 31 haribulan... Dan rupa-rupanya hari ni hari lahir Cicah... dah sebulan Cicah asyik tanya "hari ni berapa hari bulan?" sampai naik muak saya nak jawab. Kalau tanya sekali sehari takpela. Ini sehari sampai pat lime kali. Panas lak hati ni.. haha.... (bak iklan burung yang selalu keluar kat TV dulu..burung ape ni abah? burung murai... burung ape ni abah? burung murai... burung ape ni abah? burung murai nak... burung ape ni abah? burung ape ko nak??? -----> saje tambah2) hahahaha...camtu la lebih kurang.


Hari ni genap umur Cicah 6 tahun... Masa Cicah lahir dulu saya takde disisi mama dia (ceh,bajet macam laki dia plak kan?), sebab saya sedang direkrut di kem masa tu.. Berlainan dengan Ryan dan Mimi, saya ada sekali kat hospital tunggu mama diorang deliver. Yang paling saya ingat sekali ialah masa kakak ipar saya nak lahirkan Ryan. Masa tu akak ipar dah terasa sakit-sakit, air ketuban dah nak pecah. Saya dengan laki akak ipar saya (abang aku la tu..haha) tengah syok tengok Naruto.. saya tengok akak ipar dah duduk, bangun, duduk, pastu air mata dia meleleh...

"bang, As dah sakit nak beranak ni bang....jom pi hospital.."

abang saya dengan slumbernya menjawab.

"jap-jap..Naruto belom habis......."


Perghhhh...kalau laki aku macam ni esok, memang....duuushhhhhhh3..!!! Sekali ayah sound, terus abang capai kunci kereta dia... hehe...tahu takot.


Ok2...back to Cicah.. dulu abang saya nak namakan dia Mawar. Nama panjang, Ros Mawar... Tak ke pelik-pelik abang aku ni. Nasib baik akak ipar tak nak. Dia letak Nurina Arisha... Nurina Arisha binti Khirul Hafiz bin Hj Muhamad. ehehe..... Dulu family semua panggil Arisha. Mokcu dia je panggil Cicah.. Until now, melekat la nama Cicah tu..


ooo...ko baru keluar ye??

Mokcu dengan Cicah memang rapat..... Selalu je gaduh~ Nak mesra-mesra memang jarang laa... Bergaduh je siang malam. Tapi yang selalu bergaduh tu la yang paling kita sayang.. Bile Cicah takde, macam kosong je la hai~ Bile mokcu takde, Cicah tepon mokcu...carik pasal dalam tepon plak. =)


bajet comel la kan? ko ingat ko reti swimming ke?
takat pakai pelampung lady bird tu tak payah nak belagak ar.

Cicah ni bijak budaknya... Kalau nak cerita tentang dia ni, sampai tahun depan pun tak habis. Bila saya balik dari pejabat, saya akan terus landing atas katil..rehat-rehat kejap. Dan dia terus landing atas badan saya.. Kalau ringan takpela kan.... rase macam nak sepuk je laju-laju.. haha..


aliff.. mim..nun..wau.. sarkiss!!

bab mengaji... Dia memang cepat kenal huruf. Tapi cepat jugak lupa kalau tak diasah hari-hari.. Memang kene basuh kaw-kaw la ko Cicah.. Bile kena marah, dia cakap mokcu tak sayang... Buat-buat muke seposen.. huh!!




"Bile Cicah dah besau nanti Cicah nak jadi boss.., Cicah nak tolong makcu, mama, ayah atok dengan nenek.."

Kalau mokcu dah takde nanti Cicah hidup la baik-baik ye...Jage buku-buku mokcu. Jangan ko jage tapi tak baca plak...

"Mokcu nak pegi mana??"

Adelaa... Mokcu nak pegi jauh~

"pegilaaa...."

Perghhhh budak nehhh!



"Cicah nak jadi macam mokcu bile dah besau nanti.."

Jangan, mokcu tak pandai.... Cicah belajar la pandai-pandai..

"Yela..nanti Cicah masuk asrama...Cicah nak tutup muka macam mokcu je, pastu nak baca quran hari-hari"

:')




HAPPY BIRTHDAY Cicah....
You are the coolest 'budak kecik' that I ever know..No matter how much you grow up, for me you are always remain the youngest, the dearest, the smartest child...Wishing you love, sunshine and laughter not just for today but the days after...Be a good daughter, not just good but solehah. And be a great muslimah, not just muslimah, but mukminah.. Wohaa!! I knoe you can do it girl!!(^^,)



p/s : saya tak penah sambut birthday...don't even care pun... huh! (tapi ade la orang bagi suprise kat opis)

p/s/s : Kalau mokcu tengah termenung, Cicah tahu-tahu je mokcu teringatkan sape..memahami betul..

p/s/s/s : Cicah dah makin besar, maknanya mokcu dah makin tua... get ready mokcu :')

p/s/s/s/s : children must be taught how to think, not what to think~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS