RSS
Container Icon

Mari Mariiiii....Solat!!!

bismillah....


Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Syukur ke hadratNya kerana masih diberi peluang menghirup oksigen di negeri Tok Ali nih.. Semalam saya terlewat solat isyak kerana tertidur keletihan tambah2 pula hujan turun dengan lebatnya. Ape lagi,tarik la selimut cepat-cepat. Pukul 2 pagi barulah saya tersedar lalu bangkit menunaikan solat isyak. Terukkan? Ishhh3......


Jika dibandingkan solat saya dengan solat para sahabat, masyaAllah, memang tak terbanding! Zaman nabi dan sahabat, hari-hari mereka dipenuhi dengan amal2 soleh untuk menambah ganjaran di akhirat kelak. Berlainan dengan saya yang lemah dan serba kekurangan ini, hari2 saya dipenuhi dengan kerja2 duniawi hingga lalai terhadap tugas saya sebagai hamba Sang khaliq.. Di sini saya ingin kongsikan sedikit kisah yang saya baca kelmarin,moga bermanfaat untuk kita semua..



Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.



Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam
solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.


Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.



Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Sekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: "neraka Wail lah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.


Berbicara tentang solat ini, suka saya mengingatkan staff2 di opis saya "MARI AKAK2!! MARI SOLAT BERSAMA CIK NUR!" huhu.... Temankan la saya kat surau nih..sorang2 je hari-hari. Nak tegur depan2 takut nanti di cop "macam bagusss sangat"... isk3...


allahu'alam...



p/s: mulakan plan A....(*_*)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sabau Jela.....(^^,)

bismillah.....



Alhamhamdulillah, saya masih di bumi lagik!! Pagi-pagi lagi saya sudah terpacak di opis, dah la hari ni hari Sabtu, sepupu saya pula melangsungkan perkahwinannya hari ini.. Isk3..tak dapat nak tengok abang Emran bersanding walaupun takde pelamin (ayah pengantin perempuan tu dari jemaah tabligh mane tah..dia taknak ada pelamin dan muzik segala...hoho, baru nak kroke..ahaks~). Dah la semalam tak pergi rewang-rewang, hari ni pun tak dapat pergi jugak..isk3...takpe2...sabau jela....


Sebelum repekan dan rungutan saya menjadi lebih panjang, lebih elok rasanya saya berhenti menulis tentang diri saya seketika. Saya ingin berkongsi satu kisah tentang sabar dan mengeluh.


Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang bernama Abul Hassan yang pergi menunaikan haji di Baitul Haram. Sewaktu tawaf dia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu. Dan tidak lain kerana itu pasti dia tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu terdengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,

"Apa yang kau katakan hai saudaraku? Demi Allah aku juga tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau."



Abul Hassan bertanya, "Apakah hal yang merisaukanmu?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada ketika itu aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan seorang lagi masih menyusu. Dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang pertama berkata pada adiknya yang kedua, "Hai adikku,sukakah engkau jika aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?"


Jawab si adik,"Baiklah kalau begitu." Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa takut seteah melihat darah memancut keluar lalu dia lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala. Lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas tersebut. Bayiku melecur dengan teruk.


Berita ini diketahui kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka dia pun jatuh pengsan dan sakit hingga menemui ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua." Lalu Abul Hassan bertanya, "bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"


"Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Sebesar manapun cubaannya jika kita bersabar, maka kita beroleh kemanisan walau pada mulanya kepahitan yang kita terpaksa telan. Dan adapun yang berkeluh kesah dengan penderitaannya, maka sesungguhnya orang itu tidak akan mendapat ganti daripada kesengsaraan yang dialami. Tidakkah itu sesuatu yang sia-sia belaka."


Demikianlah cerita itu di atas,satu kisah yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran itu sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap manusia yang mengaku beriman kepada Allah. Bukankah setiap musibah dan dugaan dari Allah itu ada sesuatu disebaliknya kerana Allah mentakdirkan sesuatu perkara bukan dengan sia-sia.


Sabda Rasulullah SAW, "Terdapat tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah iaitu, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang. Mengeluh itu termasuk dalam kebiasaan jahiliyyah dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum bertaubat, Allah akan memakaikannya pakaian daripada api neraka."


Peringatan untuk diri saya sendiri, jika saya fikir saya terseksa, saya menderita dan saya dalam kesusahan, ada insan yang lebih terseksa dan menderita berbanding saya. Dugaan ini bagi saya adalah suatu bonus untuk hamba-hambaNya yang terpilih. Manakan tidak, dengan hanya bersabar dan berserah diri pada Allah, kemanisan itu terzahir di wajah kita. Tak perlu menggunakan produk2 kecantikan yang ada di pasaran...hehe.. Cuma belai diri anda dengan produk Kesabaran, ditambah dengan makanan Keimanan untuk kesihatan rohani dan jasmani anda serta jangan lupa sapukan losyen Kesyukuran ke seluruh tubuh anda.. Insyaallah,akan terpancarlah Nur yang didambakan.


"Tidak ada balasan bagi hamba-hamba Ku yang mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, maka syurgalah untuknya."



Allahu'alam...




p/s: cik NurQaseh,,lain kali jangan mengeluh yer....buat kejer tu cepat!!! hoh!! bos la plak,...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hati-hati Dengan Hati... (^^,)


bismillah...


Sahabat...
Berhati-hati dengan hati
kerana hati kita mati
hati mati tak bisa diubati
penawar hanya dari Ilahi
hati... Tolong jangan begini
Pujuklah hati, sayanglah diri
hati... jangan peduli dengan duniawi
kelak di Mahsyar membakar diri
hati itu menteri yang menasihati
jadilah menteri yang alim rabbani
terjaga duniawi mahupun ukhrawi
hati... Jangan kau melayang tinggi
biar tawadhu' merendah diri
agar indah rohani jasmani

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TakTahuNakLetakTajukApe...Hohoho~

bismillah...


Segala puji dan puja hanya untuk Khaliq yang nyawa saya berada digenggamannya. Ohhhhh...!!!!!!!! Lama rasanya saya tak meng'up date'kan QalamCahaya kesayangan saya. Almaklumlah dah ada kerjaya baru, alhamdulillah... Pun begitu, saya sebenarnya bekerja dalam keterpaksaan kerana memegang title "orang suruhan kerajaan". Bukan bermaksud saya anti kerajaan dan tidak pula saya menyokong kerajaan sepenuhnya kerana saya seorang yang neutral.


Hari pertama saya melangkah masuk ke pejabat saya terpaksa menjadi hipokrit seketika. Hilang sudah tudung labuh yang selama ini menjadi perhiasan diri. Saya sekadar mengenakan tudung bawal biasa sahaja. Agak kekok juga pada mulanya kerana mereka yang bakal menjadi rakan sejawat saya semuanya 'up to date' sedang saya bagaikan orang asli Amerika yang tersesat ke sebuah bandar. hehehe...takpe, takpe... Ok lagi tu.


Hari kedua saya teruskan dengan busana muslimah meskipun dilarang memakai jubah dan bagi lelaki dilarang memakai kopiah. Hoh! sangat pelik undang-undangnya. Inilah kali pertama saya bekerja di dalam suasana pejabat lebih-lebih lagi ianya adalah Jabatan Kerajaan yang terpenting di negeri ini. Pendek kata tempat ini adalah pusat pentadbiran kerajaan negeri serta menempatkan pejabat Ketua Menteri. So,kenalah ikut protokol-protokol atau etika-etika yang ditetapkan..huh!!! Nak buat macam mana, terpaksalah ikut untuk menjaga periuk nasi buat sementara waktu.


Baru beberapa hari bekerja, pelbagai perkara yang berlaku ke atas diri saya. Antaranya jatuh dari cerun sewaktu dalam perjalanan ke kafe. Kononnya nak ambil jalan pintas, diredahnya pokok2 bunga dan dipanjatnya bukit yang agak curam tersebut. Ditakdirkan Allah, jatuh terduduklah saya kerana tapak kasut agak licin..Cit!! malu taw! Nasib baik orang tak nampak. Tak tau lah kalau ada yang perasan..hihihi...


Keesokan harinya lain pula yang terjadi. Saya terkurung dalam tandas surau yang agak jauh dari pandangan orang ramai. Argghh!! Tidak!! Why this happen to me!! Saya bermonolog di dalam hati...huhu... Takpe, takpe..rilex..cool.. Saya mengaktifkan kuasa dalaman saya lalu memancarlah aura-aura positif yang berlegar-legar di dalam tandas tersebut. Dengan segala kudrat yang saya ada, saya mengetuk-ngetuk pintu tersebut sehingga lemah tulang sepultura saya. Alhamdulillah, ketukan dan bunyi bising dari tandas menggerakkan seorang jemaah lelaki untuk datang ke tandas yang serba mewah tersebut. (tandas 1st class,tapi pintu takleh pakai..atoiii!!)


"Tak boleh bukak ye dik...jap eh" kata jemaah lelaki itu.


"kalau bleh bukak takdelah lebam2 tangan aku ketuk pintu nih!" Monolog saya di dalam hati. Dalam hati jer taw, nak cakap depan-depan kang langsung dia tak nak tolong.


"Ye bang...tak boleh bukak pulak pintu ni. Tapi saye tak saspen pun...Takpe2,abang buat le apa yang patut. Saye cool jer nih..." jawap saya kepada lelaki tersebut.


Tak sampai lima minit kemudian jemaah lelaki tersebut berjaya mengeluarkan Cik NurQaseh dari tempat membuang bahan kumbahan itu. Fuhh! Legaa.... Rupa-rupanya lelaki tersebut yang mengimamkan solat zohor tadi. Pasti solatnya terganggu dek ketukan-ketukan saya dari tandas. Hohoho....sory le bro... Dan selepas pembebasan saya dari tempat kurungan yang mengerikan tersebut, saya bergegas menjalankan kewajipan saya sebagai hamba Tuan Punya Dunia.


Jiwa saya bukan di sini, tapi akan saya gagahkan juga kudrat untuk menabur sedikit khidmat yang tidak seberapa di tempat baru ini. Saya keseorangan di sini, hatta hendak bersolat pun saya seorang saja di bahagian jemaah wanita. Sunyi...Sepi...isk isk isk~~~


Sabda Rasulullah, "Mukmin yang mencampuri urusan manusia dan bersabar atas penyiksaan mereka adalah lebih mulia daripada mukmin yang tidak bercampur dengan menusia dan tidak bersabar atas penyiksaan mereka."


Saya tidaklah begitu terseksa,mungkin sedikit sunyi kerana di sini saya perlu memilih, sama ada untuk bekerja dan bercakap bila perlu atau saya mendaftar ke persatuan Umpat dan Cucuk yang ahlinya adalah kebanyakan pekerja-pekerja wanita. Buat masa ini saya hanya fokus terhadap tugas, tapi esok lusa tak tahulah jikalau saya TERmasuk ke dalam persatuan tersebut tanpa saya sedar..huhu...Minta dijauhkan.


Di sini juga saya terpaksa pendamkan keramahan saya kerana belum terbiasa dengan keadaannya. Alhamdulillah, Allah memilih saya untuk mencari pengalaman di tempat yang baru dan bertemu dengan insan-insan yang berbeza fikrahnya. Dan insyaallah, tempat ini juga akan saya tinggalkan setelah saya rasa cukup tempohnya berkhidmat di sini. Saya mengidamkan sebuah studio seni saya sendiri. Tempat saya menghasilkan karya dari cetusan ilham dari Dia pemberi segala ilham. Dan selepas itu, saya berhajat untuk pergi jauh dari sini.........jauh ke sana.....ke tempat idaman saya........Harap dikabulkan....amin ya Robb...

Allahu'alam..



p/s: masih di opis lagik!!!!!!!!!!!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Islam Itu Indah...

bismillah...


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang pendakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.



Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintasi sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Pada mulanya dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.



Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’



Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya.


Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ‘ Barulah pemuda ini beranjak keluar.


Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.’


Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.


Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ‘ Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’


Sang paderi pun mulai bertanya, ‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’


Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!

Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’

‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?


Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’


‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!


Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’


Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada
Allah.



Setelah membaca ‘Bismillah.. .’ dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’ Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.*

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’ (Al-Mulk: 3).


-lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’ (Al-Haqah: 17).


-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim kemarau, katak, darah, kutu dan belalang.


-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali ganda.’ (Al-An’am: 160).


-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .


-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’ (Al-Baqarah: 60).


-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.


-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ‘ (At-Takwir: 18).


-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.


-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)



-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’ (Luqman: 19).


-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu ialah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Salih dan Kambing Nabi Ibrahim.


-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.’(Al-Anbiya’: 69).


-Makhluk yang dicipta dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).


-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).


-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia membatalkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, ‘Apakah kunci surga itu?’.

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekhuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.


Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! ‘


Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’


Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda.."


Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu Alla Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.."


Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa..


Allahu'alam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS