RSS
Container Icon

Sabau Jela.....(^^,)

bismillah.....



Alhamhamdulillah, saya masih di bumi lagik!! Pagi-pagi lagi saya sudah terpacak di opis, dah la hari ni hari Sabtu, sepupu saya pula melangsungkan perkahwinannya hari ini.. Isk3..tak dapat nak tengok abang Emran bersanding walaupun takde pelamin (ayah pengantin perempuan tu dari jemaah tabligh mane tah..dia taknak ada pelamin dan muzik segala...hoho, baru nak kroke..ahaks~). Dah la semalam tak pergi rewang-rewang, hari ni pun tak dapat pergi jugak..isk3...takpe2...sabau jela....


Sebelum repekan dan rungutan saya menjadi lebih panjang, lebih elok rasanya saya berhenti menulis tentang diri saya seketika. Saya ingin berkongsi satu kisah tentang sabar dan mengeluh.


Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang bernama Abul Hassan yang pergi menunaikan haji di Baitul Haram. Sewaktu tawaf dia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu. Dan tidak lain kerana itu pasti dia tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu terdengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,

"Apa yang kau katakan hai saudaraku? Demi Allah aku juga tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau."



Abul Hassan bertanya, "Apakah hal yang merisaukanmu?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada ketika itu aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan seorang lagi masih menyusu. Dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang pertama berkata pada adiknya yang kedua, "Hai adikku,sukakah engkau jika aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?"


Jawab si adik,"Baiklah kalau begitu." Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa takut seteah melihat darah memancut keluar lalu dia lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala. Lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas tersebut. Bayiku melecur dengan teruk.


Berita ini diketahui kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka dia pun jatuh pengsan dan sakit hingga menemui ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua." Lalu Abul Hassan bertanya, "bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"


"Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Sebesar manapun cubaannya jika kita bersabar, maka kita beroleh kemanisan walau pada mulanya kepahitan yang kita terpaksa telan. Dan adapun yang berkeluh kesah dengan penderitaannya, maka sesungguhnya orang itu tidak akan mendapat ganti daripada kesengsaraan yang dialami. Tidakkah itu sesuatu yang sia-sia belaka."


Demikianlah cerita itu di atas,satu kisah yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran itu sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap manusia yang mengaku beriman kepada Allah. Bukankah setiap musibah dan dugaan dari Allah itu ada sesuatu disebaliknya kerana Allah mentakdirkan sesuatu perkara bukan dengan sia-sia.


Sabda Rasulullah SAW, "Terdapat tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah iaitu, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang. Mengeluh itu termasuk dalam kebiasaan jahiliyyah dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum bertaubat, Allah akan memakaikannya pakaian daripada api neraka."


Peringatan untuk diri saya sendiri, jika saya fikir saya terseksa, saya menderita dan saya dalam kesusahan, ada insan yang lebih terseksa dan menderita berbanding saya. Dugaan ini bagi saya adalah suatu bonus untuk hamba-hambaNya yang terpilih. Manakan tidak, dengan hanya bersabar dan berserah diri pada Allah, kemanisan itu terzahir di wajah kita. Tak perlu menggunakan produk2 kecantikan yang ada di pasaran...hehe.. Cuma belai diri anda dengan produk Kesabaran, ditambah dengan makanan Keimanan untuk kesihatan rohani dan jasmani anda serta jangan lupa sapukan losyen Kesyukuran ke seluruh tubuh anda.. Insyaallah,akan terpancarlah Nur yang didambakan.


"Tidak ada balasan bagi hamba-hamba Ku yang mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, maka syurgalah untuknya."



Allahu'alam...




p/s: cik NurQaseh,,lain kali jangan mengeluh yer....buat kejer tu cepat!!! hoh!! bos la plak,...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 kata mereka:

Capt MUHAMMAD Azhar said...

Salam..

Erti sabar, boleh dipelajari..

Sifat Sabar.. hanya pada ALLAH tempat kita memohon!

Semoga kita dapat amal apa yang kita tahu insyaALLAH..

Jamal Rafaie said...

Salam.. Dah lama tak menerjah ke blog ni, masa amat mencemburui.. hehe..

Terima kasih atas cerita ini, tak pernah tahu pun cerita ni, alhamdulillah, hari Allah bagi satu kefahaman kepada kita tentang kisah ini..


Sabar je la..

=)