bismillah...
Allahumma solli 'ala muhammadin abdika wa nabiyyika wa rasuulikan nabiyyil ummiyyi...
Hai..
Lama tak tulis apa-apa kat QalamNur. Rindu... (tapi saya lagi rindu kat dia) Lama sangat tak merapu di sini,maklumlah asyik merapu dengan CekSu je. Ditambah pula dengan berita baik dari Universiti Malaya,tapi kemudiannya jadi berita yang tak berapa baik bagi saya. Isk3...Takpe, redha je...
Saya nak cerita sebuah kisah.(Disarankan supaya tak payah baca...Cik NurQaseh merepek jer) Ada seorang budak perempuan tinggal di sebuah perkampungan nun jauh di kaki bukit. Dia hanyalah seorang budak yang hingusnya selalu meleleh-leleh lalu di lap pada bajunya...yikk! Pengotor sungguh la budak ni. Waktu kecilnya dihabiskan dengan bermain-main di sawah padi dan di kebun mangga milik ibu bapanya. Kadang-kadang dia ikut ayah dan abang-abangnya memancing ikan di sungai serta melastik bontot kera yang selalu merosakkan tanaman. Sewaktu budak perempuan ni darjah 3, dia pernah lemas di air terjun Sagil semasa berkelah dengan sepupu-sepupu beliau. Takde sape pun tahu yang dia pernah lemas, kerana waktu itu hanya dia seorang saja yang ada di area air terjun yang dalam. Rahsianya di simpan kemas-kemas dalam hati. Macam mane la budak ni boleh lemas ye? BUdak perempuan ni suka main sorang-sorang, lalu didakinya batu-batu yang tinggi dan terus terjun ke dalam air. Kot ade batu besau dalam tu atau airnye cetek, memang dah jadi arwah rasanya budak pendek akal ni. Nasib baik airnya dalam, tapi nasib tak baik budak ni tak reti berenang. Terkapai-kapailah beliau seorang diri, dengan nafas yang tersekat-sekat. Makin lama makin tenggelam, tenggelam, dan terus tenggelam. Dalam hatinya berkata,jika ini pengakhiran hidupnya, hanya satu yang dipinta agar Tuhan bahagiakan mak ayah dan orang2 yang dia sayang. Tiba-tiba bagai ada satu kuasa yang menariknya ke permukaan. Fuhhh..sipi-sipi lagi nak ke alam barzakh. Allah bagi peluang yang kedua untuk budak tu terus bernafas...Mungkin bukan yang kedua, mungkin sudah berpuluh-puluh bahkan bribu-ribu kali peluang itu diberi tanpa dia sedari.
Hari berganti hari, tahun berganti tahun, budak perempuan tu sudah menjadi seorang gadis remaja yang boleeeehh tahaann cantik laa...hahahaha (Cik NurQaseh tibe2 gelak pahal?) Dia seorang yang pendiam dan kawan-kawannye pun tak ramai. Kawan lelaki jangan cakaplah, sekor sorang pun takde. Beliau seorang yang bodo piang dalam subjek matematik sehinggakan cikgu matematiknya pernah mengetuk kepala beliau menggunakan buku latihan. Kalau guna buku teks, mau jem kepala otak. Walaupun begitu, si gadis ni tetap mahu berusaha mencapai kejayaan dalam pelajarannya. Belajau punye belajau, dapatlah gred 'C' dalam matematik...thehhehe...jadi la tu, daripada dapat 'E'. (banyak main daripada belajau sebenarnye) Tapi yang peliknye si gadis ni dapat masuk aliran sains. Sekali lagi kepala hotak beliau diuji dengan subjek2 yang lebih mencabau seperti fizik,kimia,add math dan l.kejuruteraan... Tunggang terbalik si gadis ni belajar, sampaikan beliau habiskan kismis doa 2 botol seminggu. Dah macam makan ulam pulak. Makan la kismis banyak mana pun add math dan chemistry beliau tetap tidak dapat diselamatkan. Selepas SPM, beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajarannya ke peringkat diploma. Amat malang bagi beliau ketika itu kerana tidak dapat memenuhi tawaran tersebut akibat masalah2 tertentu. Beliau berkata dalam hati, "takperlah,biau abang-abang belajar dululah..."
Bila dah tak dapat sambung diploma, si gadis ni masuk la tingkatan 6. Beliau sangat suke ekonomi, jadi beliau pun ameklah ekonomi. MUET pun dapat band 7. Takde sape2 yang penah dapat band 7 kat sekolah tu..Terer ah MUET budak ni.. Lepas STPM beliau pun dapatlah tawaran ke peringkat ijazah. Hari-hari posmen hantar surat dari universiti-universiti yang terpilih. Dan seperti biasa halangan demi halangan yang datang. Si gadis ni rasa putus haid asa.... (T_T)
Tapi hari tak selalunya mendung, ditakdirkan Allah si gadis ini bertemu dengan makhluk yang comel seperti Patrick, kawan kepada Spongebob. Cuma bezanya makhluk yang comel seperti Patrick ini bermata sepet serta mempunyai otak yang bijak, sedangkan Patrick agak bangang sedikit. Makhluk yang comel seperti Patrick itu benar-benar membuat si gadis bahagia. Ibu dan ayah juga bahagia melihat si gadis bahagia. Tapi hubungan beliau dengan makhluk comel seperti Patrick sering di uji. Hermmm,lupakan seketika tentang makhluk comel seperti Patrick... Si gadis ini pernah hampir dilanggar sebuah bas. Maklumlah, si gadis ni rabun tahap super saiya. Masa melintas jalan tak boleh nak agak jarak kenderaan yang lalu lalang. Lalu melintas la si gadis ini seperti ayam. Sreeeeeeettt!!! nasib baik bas sempat brek. Kalau tak si gadis ni dah jadi arwah...isk3....sekali lagi Allah bagi peluang kepada si gadis untuk bernafas di dunia ini. Hari-hari si gadis fikir tentang ajal mautnya. Kerana itu jugalah si gadis selalu dimarahi mak dan makhluk comel seperti Patrick. Mereka menyangka si gadis ini selalu berfikir yang bukan-bukan, asyik cakap pasal mati jer. Nak mati sangat agaknye. Tapi realitinya tidak begitu. Sudah berkali-kali nyawa si gadis ini hampir dipenghujung. Mungkin peristiwa2 tersebut adalah amaran daripada Allah supaya si gadis lebih bersedia... Dan apabila si gadis ini menatap wajah kedua orang tuanya, airmata si gadis akan mengalir secara auto. Si gadis ini terasa bersalah kerana banyak melawan kata orang tuanya. Bukan ape, si gadis ni selalu rasa dikongkong. Itu tak bley, ini tak bley. Pendek kata seumur hidup si gadis ini hanyalah tertumpu di rumah beliau dan juga di negeri kelahiran beliau. Kerana itu juga si gadis merasakan yang beliau seorang yang sangat kekurangan dari segi ilmu dan pengetahuan serta pengalaman. Bila melihat gadis2 yang sebaya beliau menuntut ilmu di sana sini, memandu kereta berdesup desap, menghulur wang kepada orang tua mereka, berjalan-jalan dengan gumbiranya, si gadis ini terasa cemburu yang teramat sangat. Airmata sahajalah yang menjadi peneman. Tapi bila merenung kembali mata orang tuanya dalam2, ada kebahagiaan yang terpancar dalam hati si gadis. Kebahagiaan yang tak dapat ditukar ganti dengan apapun. Ibu bapanya adalah kebahagiaan bagi beliau. Ditambah dengan makhluk comel seperti Patrick....belahan jiwanya, harap itu yang terakhir.... Si gadis itu berkata, biarlah dia serba kekurangan, biarlah dia tak punye apa2, asalkan orang2 yang beliau sayang sentiasa bersamanya. Dan bak kata makhluk comel seperti Patrick kepadanya tak lama dulu, 'jangan lihat orang yang lebih dari kita, tapi lihatlah orang yang serba kekurangan dari kita...dan kita akan rasa bersyukur dengan apa yang kita ada...'
Itu jer kisah yang saya nak cerita... ni bukan kisah Cik NurQaseh, tapi kisah hidup kawan kepada sepupu belah mak punya atok sedara tiri yang punya cerita...
Merepek jer NurQaseh ni......
p/s: kepada mak, ayah dan CekSu, terima kasih sebab jaga saya baik2... kadang-kadang saya degil, kadang-kadang saya suka buat hal, kadang-kadang saya melawan cakap, kadang-kadang saya serabutkan kepala....saya macam tu sebab cemburu tengok orang lain... jalok ngapuro akeh-akeh... :(
.
Ntahapahapa..... (-_-")
Untuk Muhammad Al-Fateh.....
bismillah...
Alhamdulillah, puji dan puja bagi Khaliq, Tuhan yang Maha berkuasa menciptakan langit dan bumi, syurga dan neraka serta hujan dan air mata.... isk3....
Lama sungguh la tak update blog Qalamcahaya ni...bersawang dah. Maaf, saya baru pulang dari pertapaan...kat sana takde internet. Entri kali ini di tulis dengan segala suka hati saya dan ditujukan kepada saudara Muhammad Al-Fateh a.k.a Mr.Arch. Saya tak kenal siapa Encik Arch ni, tapi semenjak dua menjak ni beliau sering bertanya apa itu Islam, kenapa dan untuk beliau hidup atas muka bumi ini. Saya dah jawab dan kemudian Encik Arch minta saya pilihkan nama untuknya.. Saya pilih Muhammad Al-Fateh...hehehe...sepantas kilat beliau bertukar nama tapi dia tak kenal siapa Muhammad Al-Fateh ni.
Encik Arch, anda ingin tahu siapa Muhammad Al-Fateh?? Baca kisah ini sampai habis ye... :)
“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine
Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.
Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.
Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):
“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.
Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.
Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.
Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.
Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa..
Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.
Allahu'alam...
p/s: Muhammad al-Fateh, anda peroleh kemenangan atas diri anda sendiri...dan berbahagialah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah serta yang berusaha ke jalan-Nya.... :)