RSS
Container Icon

Jalan-jalan Cari Syurga

bismillah...


Err...sebelum tu nak habaq, entri ni bukan Cik NurQaseh yang tulis. Cik NurQaseh dah selamat berhibernasi @ bertapa dekat atas Gunung Ledang nun... Almaklumlah hamba banyak dosa, sekali sekala kena la pergi berkhalwat sensorang muhasabah diri, pikir dosa-dosa yang lampau dan ingat mati serta meningkatkan kuasa dalaman Cik NurQaseh yang sudah berkurang sejak belakangan nih. Ngeeee~


Ehe...yela2, tak baik menipu. Saya ngaku la, saya takleh tak membebel. Mesti nak membebel jugak kat blog ni. Yela,nak luah perasaan kat mak, saya tengok mak dah tahap 'tepu' sebab hari-hari dengar saya bercerita. Mak pun dah tak berapa sihat...(T_T) Saya cakap banyak-banyak nanti mak sakit kepala pulak (nak nanges dah ni~) Hmmm,takpe2 takmau sedih2 lagi. Sambung citer balik,ni belom kawen lagi ni.. Kot dah bernikah, laki saya la yang kena layan saya punya cerita...abis la ko encik zauj. Nak berhibernasi dari berblog untuk seminggu dua boleh la kot. Dalam sebulan update 2 @ 3 entri pun jadi laaaa....asalkan release apa yang terpendam dalam hati. Terasa agak tensen jugalah pada bulan ini kerana ke'sengkek'an yang berlaku tambah-tambah plak gaji lambat masuk dan kehadiran tiroid yg baru dikenalpasti. Tu yang asyik letih memanjang, menggigil cam orang kena parkinson, nak makan pun takde mood.



Tensen jela memanjang...masalah itu masalah ini... Rasa nak lari je jauh-jauh. Hoh! Tensen ye NurQaseh??? Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenanggg~ Lupe la tu kan? ingat benda lagho jela kan? Hy,budak NurQaseh ni.....taktau dah nak nasihat macam mana....


Pagi tadi saya baca berita Bernama kat internet.. Tersentak bila dapat tahu Mohd Asyraf Hafiz Abd Aziz yang buat permohonan nak tukar nama dalam IC dia kepada Aleesya Farhana dah meninggal dunia jam 5 pagi tadi atas asbab serangan jantung... Innalillah~ Allahyarham dah tukar jantina dia daripada seorang lelaki macho kepada seorang perempuan yang lemah lembut. Nak buat camane, itu pilihan dia... Mak ayah dia pun dah tak tahu nak kata ape. Dah marah, dah halau, dah nasihat...pastu terima balik. Yela dah anak sendiri, siapa yang tak sayang. Buruk-buruk dia, jahat-jahat dia, darah daging kite jugak... Allah lebih sayangkan dia walaupun dia begitu~ (T_T)


Dan Kami telah tunjukkannya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kajahatan.” (al-Balad: ayat 10)


Allah dah berfirman seperti di atas. Manusia ada dua jalan yang perlu dipilih, sama ada ke syurga atau ke neraka. Tanya jela sape2, op kos semua nak masuk syurga tapi adakah setiap jalan yang dipilih, setiap langkah yang kite amek adalah jalan menuju ke syurga? Allah suruh kau pakai tudung, kau tanak. Jadi itu jalan yang kau pilih. Allah suruh kau buat baik, tapi kau buat jahat. Itu jalan yang kau sendiri pilih... Allah kurniakan akal untuk berfikir baik dan buruk, haq dan batil. Macam CikNur la kan...Orang suruh buat kerja, dia bantai tido dekat opis. Bila orang pertikaikan kredibiliti (ayat xtahan) dia, tahu pulak dia nak marah...Ngeeeee~~~



Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat.”


Syahwat? Huh...tak payah cakap la. Hidup ni penuh dengan nafsu syahwat kalau takde iman yang teguh serta amal yang istiqamah. Yes, memang kita manusia yang lemah. Walaupun kita bukan ustaz, ustazah, hatta guru KAFA sekalipun, kita tetap boleh capai ilmu agama yang kita mahukan KALAU itu jalan yang kita pilih. Tak kisah lah kau cuma kerja sebagai kerani kat SIC atau tukang kebun atau driver lori ayam sekalipun, ingat kau tak boleh belajar agama ke? Jangan cipta pelbagai alasan. Kita boleh capai apa yang kita mahukan kerana kita sendiri yang memilih jalan tersebut. Saya sendiri pernah digelar ekstrimis agama disebabkan jalan yang saya pilih. I don't give a damn! Ini adalah jalan mujahadah, dan saya perlu bekerja keras untuk menggapai syurga Allah.







Saya dah pernah lalui jalan ke neraka yang penuh syahwat, dan bila saya nak patah balik ke laluan asal sudah tentu banyak dugaannya. Itulah harga yang perlu saya bayar. Bukan senang jadi senang, dan bukan susah untuk jadi susah..Jalan ke syurga itu memang telah dijanjikan dengan kesakitan, tangisan dan bermacam-macam lagi kedukaan yang akan dirasai. Namun, bersama kedukaan tu terselit suatu ketenangan...Manakala jalan neraka tu, dijanjikan dengan kesenangan, hilai tawa yang tak menghiraukan akhirat, keselesaan dan kegembiraan. Tetapi bersamanya, terselit kegelisahan dan keresahan yang akan menyerang empunya hati siang dan malam. Senang citer macam kau bercinta dengan sorang mamat ni. Bertahun-tahun bercinta, pegi dating, bersuka-ria, bergelak tawa, terasa dunia bagai ana yang punya. Last-last kau tak jadi kawen dengan dia.. Apa yang kau dapat? Sakit hati je kan? Aaaaa...tu nama dia bersenang-senang dahulu, bersakit-sakit kemudian. Taknak lah macam tu...



Biarlah kita ni tak sebaik yang orang sangkakan, asalkan kita tahu jalan yang mana yang kita pilih. Lepas tu terserah pada kita sendiri bagaimana nak lalui jalan tersebut. Pelan-pelan kayuh der... Sebelum ajal menjemput, jom la kite patah balik ke jalan yang benar. Kalau korang dah memang ada di jalan yang benar, semoga istiqamah dalam perjalanan korang tu ye. Doakan kami yang masih tercari-cari jalan yang diredhai.... :)




p/s : saya tak suka jalan kat Melaka ni...banyak betul lubang taik. Asyik langgar besi penutup lubang tu jer taw!



.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Friday

bismillah... (word yang ini wajib ade dalam QalamCahaya)






p/s : semalam punya entri harini baru publish....terlupe klik publish.

p/s lagi : saya rasa saya silap tulis ayat kat dalam gambar tu....tu macam untuk lelaki jer kan? ah lantak pi!


.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pilihanku...

bismillah...


Pilihanku...
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..


Pilihanku...
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..


Pilihanku...
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?


Pilihanku...
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia


Pilihanku...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba


Pilihanku itu...
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..


Pilihan kami...
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada Alquran yang membimbing..


Biar...
Cinta kami pada Maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..





p/s : ter'apdet' blog sebab rase syahdu je malam ni~~ tak brader-brader betol laa...

p/s lagi : Al-Fatihah kepada Allayarhamah Dr.Lo Lo....kami akan menyusul kendian yer....

lagi2 p/s : siapalah saya untuk memilih.....semuanya Allah belaka~

.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maap2!

bismillah....


Alhamdulillah, hari ni berpeluang menghadiri kuliyyah di masjid walaupun masih belum sihat sepenuhnya. Kuliyyah yang membuka mata hati CikNurQaseh yang tak berapa nak celik.... Lepas habis kuliyyah selepas Asar, kelihatan sepasang pengantin tengah bersiap sedia nak bernikah.... Jeles taw....


Lepas dengar kuliyyah tadi, CikNur rase CikNur ni dah buat banyak salah kat orang (xyah rase2, memang banyak pun). Sempena Ramadhan yang bakal tiba, CikNur nak mintak maaf banyak2 kepada sesiapa yang kenal CikNur......Maap2!! Doakan CikNur tenang selalu sebab sekarang ni perasaan CikNur bercampur baur sampai ada satu saat tu saya hampir putus asa....hmmm.... Allah kan ade ye dop?? ehehe...




mintak maaf semua.....selamat datang Ramadhan, selamat berpuasa dan selamat Hari Raya....thehehe... :)


p/s : I cannot 'go'........... (T_T)  

p/s lagi : berhibernasi seketika.....kalau CikNur lena tak terjaga, iringkan doa untuk CikNur...babai....




.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Macam-Macam Daa...

bismillah...


Biarkan waktu teruslah berputar, mencintai kamu penuh rasa sabar... Meski sakit hati ini kau tinggalkan, ku ikhlas tuk bertahan... Cintaku padamu begitu besar, namun kau tak pernah bisa merasakan, meski sakit hati ini kau tinggalkan, ku ikhlas tuk bertahan...... Ahhh!!! Sudah-sudah!! Kan dah janji tanak jadi jiwang-jiwang. Tapi dah terdengar lagu ST12, Jangan Pernah Berubah ni dalam kete malam tadi... Lepas lagu tu, DJ putar lagu Sedetik Lebih la pulak, lepas tu lagu Janji, pastu lagu Tinggal Kenangan...pastu...Ciss demmit!! Stesen radio ditukar kepada IKIM FM dengan harapan takde lagi lagu jiwang-jiwang. Lagu IKIM malam tadi best-best gak...tapi tetap jiwang. Nur Kasih la, Kasih Kekasih la, For The Rest of My Life la...Waduh2, off terus~~



Semalam saya sampai rumah jam 11.15 malam. Patutnya petang tu balik keje seperti biasa, tapi ada plan lain. Sepanjang dalam kereta air mata ni mengalir dengan laju, menjejaskan gaya pemanduan Cik NurQaseh yang berhemah. Sepatutnya perjalanan saya mengambil masa setengah jam, tapi malam tadi 15 minit je dah sampai der. Avy Rs dah jadi skyline la plop. Dan pada hari Jumaat yang mulia nih, Cik NurQaseh ambik MC untuk kesekian kalinya~~ Tadi semasa di hospital, amek darah ape semua tiba-tiba mak call suruh beli labu. Aduh,dengan gaya makcik-makcik yang dah monopous dan osteoporosis, Cik NurQaseh gagahkan jugak badan ni pergi beli labu kat market. Nasib baik la masih boleh drive lagi. Balik je ke rumah seperti biasa mak paksa makan ubat. Nasib baik ubat kampeni bayar, ehehe...selamat poket, MC tu yang penting der.



Badan ni sebenarnya masih lemah gemalai akibat tusukan jarum yang bertalu-talu, tapi tak kesahlah, saya masih ade kudrat nak menaip untuk QalamCahaya nih. Dah setahun setengah blog ni beroperasi, macam-macam yang saya tulis, dan macam-macam gaya penulisan yang saya buat. Dari se skema ayat hingga sesantai ayat yang saya taip secara spontan. Spontan dan lahir dari hati saya sendiri sesuai dengan tagline saya, Nur Dari Hati ke PC. Saya tak kesah ada orang baca atau tak, dan saya tak kesah kalau orang nak komen atau tak. Saya sendiri tulis, saya sendiri baca, saya sendiri fikir, I dont care... Kadang-kadang saya buat blogwalking, jarang saya nak tinggalkan jejak untuk blogger lain baca blog saya. Kalau saya rajin dan blog tu dapat mencuit hati nurani saya, mungkin saya tinggalkan komen...Ayat klise, salam taaruf, good blog bla bla bla... Tapi ada jugak yang tak puas hati dengan CIk NurQaseh ni (pehh! macam glamer sangat je). Saya dapat tahu, ada seorang hamba Allah ni cakap, saya menulis ikot suka nenek moyang saya je. Berdakwah dengan cara yang kasar dan keras. Eh celah mane yang kasar dan keras tu der???



Habaq mai la kat Cik Nur ye, cakap dengan orang lain buat ape. Kalau ade yang tak puas hati, cakap depan2 la der. Boleh Cik Nur ubah apa yang patut. Kot apa yang saya cakap sehari-harian atau apa yang saya tulis kat blog ni tak bermanfaat, tak payah amek la. Kot ade yang tersentuh hati dengan apa yang Cik Nur cakap atau tulis, I'm happy for it. Thats all... CikNur tak reti nak jadi hipokrit, nak cakap pasal agama je hari-hari mengalahkan ustazah, bini ostat dan mak kiai. Orang kata, pakaian kita melambangkan identiti kita. Yes,I agree tapi tak cukup dengan pakaian je. Kita tetap manusia biasa der. Apa ingat orang yang berpurdah atau lelaki yang berjubah tu tak pernah buat dosa ke?? Pucuk pangkal hati masing-masing laa... Dan jangan buat andaian yang bukan-bukan kalau tak kenal empunya diri. Ramai orang tanya, Cik Nur ni belajau al-Azhar ke? Karkunah ker? Anak karkun ker? Semua sebab saya berpurdah.... der,orang2 Islam dulu2 zaman Nabi, zaman sahabat pakai purdah tu ngaji kat Universiti Al-Azhar ker? Die anak karkun ke? Die ada bachelor in Syariah, Usuluddin bagai ker? Sebab ape mereka pakai?? Tuntutan agama laaa. Takkan nak tunggu saya belajar kat Universiti Yarmouk sane baru nak tutup aurat.. Takkan nak tunggu saya keluar jadi karkunah baru nak tutup aurat.



Dan satu lagi ramai orang sindir saya bila tahu saya suka tengok bola, suka main bowling, cakap style orang Melaka (memang orang Mlake pun) dan macam2 lagi aktiviti yang saya suka.. Ada muslimat tanya, naper suka tengok bola nih?? Naper suka cakap pasal EPL, Copa America, La Liga, World Cup, Liga Super ape jadah tu semua?? Saudari tu pakai purdah tau, tak manis cakap pasal bola2 ni sume.. Nampak kasar je. Baik berzikir ke, baca al_Quran ke.. Nape main bowling?? Kan muslimah elok masak-masak je kat rumah.. Nape orang Melaka cakap macam kasar je?? Tak elok tau, muslimah kena sopan-sopan. Wahahai...terima kasih yang tidak terhinggalah kepada semua yang concern tentang Cik NurQaseh ni ye. By the way tengok bola, main bowling, panjat gunung dan lain-lain tu memanglah dengar macam aktiviti lagho je, tak seswai dengan status "muslimah idaman" yang saya pegang ni kan?kan? Tapi der, CikNur rase bersalah pulak nak bagitahu semua orang yang CikNur baru lepas ngaji, berzikir, bangun solat malam ni semua... Takot nanti orang kata CikNur riak pulak kan?kan? Lagi satu CikNur ni memang lahir kat Melaka, jadi tak reti nak cakap style orang Ganu @ Klate hatta style orang Sabah. (Bah, bah jer CikNur tahu)... Kasar ke? Orang cakap peramah...ehehe...kalau kasar tu dah mencarut-carut sebut benda dalam kain semua. Baru baca blog @ baca status kat Fesbuk/Tweeter dah hentam saya cukup2. Dah dengar suara saya?? Dah borak-borak dengan saya?? Amacam?? Kasar macam suara Scha Al-Yahya atau lembut macam Azwan Ali atau gedik-gedik macam Ella?? ehee.....



Satu lagi pasal remove saya kat FesBuk. Diorang remove pasal saya anti kerajaan. Ada pulak yang remove sebab saya ni macam pro kerajaan. Aduhh,pening kepala CikNur..klakau pun ade. CikNur dah cukup sakit kepala dengan masalah yang ade, tambah lagi dengan masalah terpencil macam ni...small matter je der. Yang emo sangat pahal? (dah CikNur pulak yg emo). Ni yang pasal demonstrasi bersih tu, korang nak pegi pegi la...Kalau CikNur kata taknak pegi jangan la marah-marah. Dah orang tua tak bagi pegi...Kalau pegi dapat dosa, sape nak tanggung der?? Ada yang kata nak kene ikut style Mesir, rakyat bebas bersuara. Ok fine,just do what ever you wanna do. Saya rase saya tak layak lagi nak join perjuangan-perjuangan pihak2 yang sangat2 bersemangat menentang kekotoran yang kerajaan buat. Saya rasa la, hati saya belum benar-benar bersih dan hidup saya pun masih terpalit kekotoran yang saya sedar mahupun sebaliknya. Yerlah, kita ni orang Islam,dah tentulah berjuang untuk Islam, bukan setakat pilihanraya je. Nak tegakkan kalimah La'ilaha'ilallah tu bukan mudah. Masa zaman nabi dulu hanya orang yang terpilih je yang pergi berjuang. Lengkap dengan kekuatan mental, spiritual, peralatan fizikal, taktik dan strategi.. Kalau ikut membuta tuli jer agak-agak menang ke der? Alhamdulillah kat Malaysia ni 'belum' ada peperangan lagi. So perjuangan kita di sini adalah di medan siasah (pilihanraya). Kalau pihak sebelah sini rasa dah bersih dan sangka pihak sebelah sana sangat kotor, just go on with the plan. Tapi kalau dua-dua pihak kotor, kenalah bersihkan diri sendiri dulu sebelum suruh orang lain jadi bersih ye dop?? Eh ntahlah, saya ni tak reti nak cakap pasal politik, tu pun ada orang yang tak puas ati...macam la saya ni fanatik sangat... waduh,waduh..tak paham aku.



Banyak lagi yang Cik NurQaseh nak membebel tapi dah tak larat dah....tulis entri ni jer sampai 7jam baru selesai.... adoii laaa~~~ nikmatnye bila sihat....huhu.....



p/s : pendakwah yang sejati takkan mengaku dia adalah pendakwah...there's no such thing as, saya seorang pendakwah, saya seorang da'ei, saya penyelamat dunia.... kerana kita semua wajib berdakwah no matter what.....kesimpulannye, ilmu dan hidup berjemaah tu penting ye kawan-kawan....jangan gado2, jangan buat fitnah, jangan menganjing orang, jangan sombong, jangan jadi puaka batu api dan jangan buruk sangka tanpa selidik...mari hidup dalam jemaah yang diredhai Allah.... :)


p/s lagi : dengar lagu ST12 lagi???? argghhh!!! sume ceksu punye pasal!



.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS