RSS
Container Icon

Macam-Macam Daa...

bismillah...


Biarkan waktu teruslah berputar, mencintai kamu penuh rasa sabar... Meski sakit hati ini kau tinggalkan, ku ikhlas tuk bertahan... Cintaku padamu begitu besar, namun kau tak pernah bisa merasakan, meski sakit hati ini kau tinggalkan, ku ikhlas tuk bertahan...... Ahhh!!! Sudah-sudah!! Kan dah janji tanak jadi jiwang-jiwang. Tapi dah terdengar lagu ST12, Jangan Pernah Berubah ni dalam kete malam tadi... Lepas lagu tu, DJ putar lagu Sedetik Lebih la pulak, lepas tu lagu Janji, pastu lagu Tinggal Kenangan...pastu...Ciss demmit!! Stesen radio ditukar kepada IKIM FM dengan harapan takde lagi lagu jiwang-jiwang. Lagu IKIM malam tadi best-best gak...tapi tetap jiwang. Nur Kasih la, Kasih Kekasih la, For The Rest of My Life la...Waduh2, off terus~~



Semalam saya sampai rumah jam 11.15 malam. Patutnya petang tu balik keje seperti biasa, tapi ada plan lain. Sepanjang dalam kereta air mata ni mengalir dengan laju, menjejaskan gaya pemanduan Cik NurQaseh yang berhemah. Sepatutnya perjalanan saya mengambil masa setengah jam, tapi malam tadi 15 minit je dah sampai der. Avy Rs dah jadi skyline la plop. Dan pada hari Jumaat yang mulia nih, Cik NurQaseh ambik MC untuk kesekian kalinya~~ Tadi semasa di hospital, amek darah ape semua tiba-tiba mak call suruh beli labu. Aduh,dengan gaya makcik-makcik yang dah monopous dan osteoporosis, Cik NurQaseh gagahkan jugak badan ni pergi beli labu kat market. Nasib baik la masih boleh drive lagi. Balik je ke rumah seperti biasa mak paksa makan ubat. Nasib baik ubat kampeni bayar, ehehe...selamat poket, MC tu yang penting der.



Badan ni sebenarnya masih lemah gemalai akibat tusukan jarum yang bertalu-talu, tapi tak kesahlah, saya masih ade kudrat nak menaip untuk QalamCahaya nih. Dah setahun setengah blog ni beroperasi, macam-macam yang saya tulis, dan macam-macam gaya penulisan yang saya buat. Dari se skema ayat hingga sesantai ayat yang saya taip secara spontan. Spontan dan lahir dari hati saya sendiri sesuai dengan tagline saya, Nur Dari Hati ke PC. Saya tak kesah ada orang baca atau tak, dan saya tak kesah kalau orang nak komen atau tak. Saya sendiri tulis, saya sendiri baca, saya sendiri fikir, I dont care... Kadang-kadang saya buat blogwalking, jarang saya nak tinggalkan jejak untuk blogger lain baca blog saya. Kalau saya rajin dan blog tu dapat mencuit hati nurani saya, mungkin saya tinggalkan komen...Ayat klise, salam taaruf, good blog bla bla bla... Tapi ada jugak yang tak puas hati dengan CIk NurQaseh ni (pehh! macam glamer sangat je). Saya dapat tahu, ada seorang hamba Allah ni cakap, saya menulis ikot suka nenek moyang saya je. Berdakwah dengan cara yang kasar dan keras. Eh celah mane yang kasar dan keras tu der???



Habaq mai la kat Cik Nur ye, cakap dengan orang lain buat ape. Kalau ade yang tak puas hati, cakap depan2 la der. Boleh Cik Nur ubah apa yang patut. Kot apa yang saya cakap sehari-harian atau apa yang saya tulis kat blog ni tak bermanfaat, tak payah amek la. Kot ade yang tersentuh hati dengan apa yang Cik Nur cakap atau tulis, I'm happy for it. Thats all... CikNur tak reti nak jadi hipokrit, nak cakap pasal agama je hari-hari mengalahkan ustazah, bini ostat dan mak kiai. Orang kata, pakaian kita melambangkan identiti kita. Yes,I agree tapi tak cukup dengan pakaian je. Kita tetap manusia biasa der. Apa ingat orang yang berpurdah atau lelaki yang berjubah tu tak pernah buat dosa ke?? Pucuk pangkal hati masing-masing laa... Dan jangan buat andaian yang bukan-bukan kalau tak kenal empunya diri. Ramai orang tanya, Cik Nur ni belajau al-Azhar ke? Karkunah ker? Anak karkun ker? Semua sebab saya berpurdah.... der,orang2 Islam dulu2 zaman Nabi, zaman sahabat pakai purdah tu ngaji kat Universiti Al-Azhar ker? Die anak karkun ke? Die ada bachelor in Syariah, Usuluddin bagai ker? Sebab ape mereka pakai?? Tuntutan agama laaa. Takkan nak tunggu saya belajar kat Universiti Yarmouk sane baru nak tutup aurat.. Takkan nak tunggu saya keluar jadi karkunah baru nak tutup aurat.



Dan satu lagi ramai orang sindir saya bila tahu saya suka tengok bola, suka main bowling, cakap style orang Melaka (memang orang Mlake pun) dan macam2 lagi aktiviti yang saya suka.. Ada muslimat tanya, naper suka tengok bola nih?? Naper suka cakap pasal EPL, Copa America, La Liga, World Cup, Liga Super ape jadah tu semua?? Saudari tu pakai purdah tau, tak manis cakap pasal bola2 ni sume.. Nampak kasar je. Baik berzikir ke, baca al_Quran ke.. Nape main bowling?? Kan muslimah elok masak-masak je kat rumah.. Nape orang Melaka cakap macam kasar je?? Tak elok tau, muslimah kena sopan-sopan. Wahahai...terima kasih yang tidak terhinggalah kepada semua yang concern tentang Cik NurQaseh ni ye. By the way tengok bola, main bowling, panjat gunung dan lain-lain tu memanglah dengar macam aktiviti lagho je, tak seswai dengan status "muslimah idaman" yang saya pegang ni kan?kan? Tapi der, CikNur rase bersalah pulak nak bagitahu semua orang yang CikNur baru lepas ngaji, berzikir, bangun solat malam ni semua... Takot nanti orang kata CikNur riak pulak kan?kan? Lagi satu CikNur ni memang lahir kat Melaka, jadi tak reti nak cakap style orang Ganu @ Klate hatta style orang Sabah. (Bah, bah jer CikNur tahu)... Kasar ke? Orang cakap peramah...ehehe...kalau kasar tu dah mencarut-carut sebut benda dalam kain semua. Baru baca blog @ baca status kat Fesbuk/Tweeter dah hentam saya cukup2. Dah dengar suara saya?? Dah borak-borak dengan saya?? Amacam?? Kasar macam suara Scha Al-Yahya atau lembut macam Azwan Ali atau gedik-gedik macam Ella?? ehee.....



Satu lagi pasal remove saya kat FesBuk. Diorang remove pasal saya anti kerajaan. Ada pulak yang remove sebab saya ni macam pro kerajaan. Aduhh,pening kepala CikNur..klakau pun ade. CikNur dah cukup sakit kepala dengan masalah yang ade, tambah lagi dengan masalah terpencil macam ni...small matter je der. Yang emo sangat pahal? (dah CikNur pulak yg emo). Ni yang pasal demonstrasi bersih tu, korang nak pegi pegi la...Kalau CikNur kata taknak pegi jangan la marah-marah. Dah orang tua tak bagi pegi...Kalau pegi dapat dosa, sape nak tanggung der?? Ada yang kata nak kene ikut style Mesir, rakyat bebas bersuara. Ok fine,just do what ever you wanna do. Saya rase saya tak layak lagi nak join perjuangan-perjuangan pihak2 yang sangat2 bersemangat menentang kekotoran yang kerajaan buat. Saya rasa la, hati saya belum benar-benar bersih dan hidup saya pun masih terpalit kekotoran yang saya sedar mahupun sebaliknya. Yerlah, kita ni orang Islam,dah tentulah berjuang untuk Islam, bukan setakat pilihanraya je. Nak tegakkan kalimah La'ilaha'ilallah tu bukan mudah. Masa zaman nabi dulu hanya orang yang terpilih je yang pergi berjuang. Lengkap dengan kekuatan mental, spiritual, peralatan fizikal, taktik dan strategi.. Kalau ikut membuta tuli jer agak-agak menang ke der? Alhamdulillah kat Malaysia ni 'belum' ada peperangan lagi. So perjuangan kita di sini adalah di medan siasah (pilihanraya). Kalau pihak sebelah sini rasa dah bersih dan sangka pihak sebelah sana sangat kotor, just go on with the plan. Tapi kalau dua-dua pihak kotor, kenalah bersihkan diri sendiri dulu sebelum suruh orang lain jadi bersih ye dop?? Eh ntahlah, saya ni tak reti nak cakap pasal politik, tu pun ada orang yang tak puas ati...macam la saya ni fanatik sangat... waduh,waduh..tak paham aku.



Banyak lagi yang Cik NurQaseh nak membebel tapi dah tak larat dah....tulis entri ni jer sampai 7jam baru selesai.... adoii laaa~~~ nikmatnye bila sihat....huhu.....



p/s : pendakwah yang sejati takkan mengaku dia adalah pendakwah...there's no such thing as, saya seorang pendakwah, saya seorang da'ei, saya penyelamat dunia.... kerana kita semua wajib berdakwah no matter what.....kesimpulannye, ilmu dan hidup berjemaah tu penting ye kawan-kawan....jangan gado2, jangan buat fitnah, jangan menganjing orang, jangan sombong, jangan jadi puaka batu api dan jangan buruk sangka tanpa selidik...mari hidup dalam jemaah yang diredhai Allah.... :)


p/s lagi : dengar lagu ST12 lagi???? argghhh!!! sume ceksu punye pasal!



.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 kata mereka: