bismillah...
0322 am tak tidur-tidur lagi. Ada musang lalu lalang kat luar rumah walaupun Cik NurQaseh tak nampak, tapi bau taiknye cukup membuatkan CikNur mengerti akan kehadirannya,.. Ayam mak aku habis kau kebas atas nama rantaian makanan...pfft!
Kita tinggalkan musang berbau taik tersebut. Nak cerita tentang semalam... Petang semalam saya terniat nak pergi ke rumah seorang ustaz ni, saje jela nak mintak nasihat, ilmu dan pendapat. Ustaz tua tersebut tinggal dengan isteri dia yang bukan ustazah (pun dah tua jugak). Sebelum nak pegi tu kite call dia, tapi tak berjawab. Tapi kite pegi jugak rumah dia... sampai je sana, terlihat kelibat seorang pemuda yang boleh tahan hensem tengah jemur tilam dan tikar...Sebenarnya tu cucu ustaz...thehehehe (gelak ada makna ni).. Saya tanya, "ustaz ade?", budak tu geleng kepala. Dia cakap, "ustaz dah meninggal."
Hohhh...!!!! Innalillah~ terkejut betul saya. Rase macam baru je jumpa dia. Yang paling mengharukan, ustaz meninggal dah seminggu dah, lepas tu isteri dia pulak yang menyusul... Allahu Robbi... (T_T)
Saya doakan mereka berdua diredhai dan dicucuri rahmat Allah SWT.
Walaupun sedih, tapi terselit jugak rasa 'seronok' (aku pun tak tau macam mana nak gambarkan rasa tu). Bukan seronok sebab orang tu meninggal, tapi 'seronok' bila dengar suami isteri meninggal sama-sama. Muda sama-sama, susah senang sama-sama, tengok anak membesar sama-sama, tua sama-sama, mati pun sama-sama. Sehidup semati.. Dulu saya ingat lagi ada berita dalam paper, tentang sorang atok tu meninggal sebab sakit jantung tetiba, sejam kendian isteri dia pulak meninggal. Sebelum saat kematian tu, diorang berdua tengah menikmati minum petang bersama-sama sebelum atok tu kene serangan jantung.
Semuanya kuasa Allah belaka. Allah yang menciptakan perasaan untuk manusia berkasih-kasihan. Cinta dan kasih sayang tu teguh kerana pasaknya ikhlas. Ikhlas tak dapat dilihat dengan mata kasar, tapi dapat dirasai oleh mata hati... Sungguh! Indah sangat rasanya bila dapat bersama-sama orang yang kita sayang sampai hujung nyawa. Dan tentulah lebih indah bila Allah redha dengan cinta yang kita bawa semata-mata kerana-Nya.
Saya sememangnya suka melihat sweet old couple, mendengar cerita-cerita mereka tentang kehidupan, pahit manis yang dah mereka tempuhi bersama. Bagaimana sabarnya diorang dengan ujian hidup, dengan takde duit nak besarkan anak-anak yang tiap-tiap tahun keluar...dengan pendidikan yang kurang pada zaman diorang...dengan sikap suami yang panas baran, tapi si isteri boleh tahan sampai berpuluh-puluh tahun.. Memang seronok dengar. Kita orang muda belum tentu dapat contohi kecekalan mereka. Mane tak nye, bercinta bertahun-tahun pun masih tak kenal siapa pasangan kita. Yang nampak cume lakonan.. Mana letaknya ikhlas? Setakat bercinta sebab tengok orang lain bercinta ataupun sekadar nak memenuhi masa lapang. Bila dah kawen, kena uji sikit dah cerai. Camno tu?
Dan ade jugak orang muda sekarang yang takut nak bernikah sebab kurang duit, tak puas enjoy dengan kawan-kawan, tak nak berenti kerja sebab nanti kena duduk dengan suami dan macam-macam alasan lagi.
Puas saya fikir, macam mana orang dulu-dulu boleh hadapi dan uruskan hidup mereka yang susah walaupun mereka tak belajar tinggi-tinggi dan ade yang tak sekolah langsung, tapi bahagia sampai ke mati.
Dan kenapa pula orang sekarang yang ada pendidikan tinggi dan berilmu gagal nak uruskan hidup mereka sendiri,.. (dah aku lak yang pening kepale berfikir...haha...takde keje betol le)
Saya copy paste balik ler nukilan yang saya penah publish tahun lepas... saje nak bagi panjang entri nih...hehe.
|
saya suka laut =) |
Pilihanku...
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..
Pilihanku...
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..
Pilihanku...
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?
Pilihanku...
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia
Pilihanku...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba
Pilihanku itu...
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..
Pilihan kami...
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada Alquran yang membimbing..
Biar...
Cinta kami pada Maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..
|
hmm..... =) |
arghhh!! aku ni asyik post pasal kawen je pehalll!!!! okbai!!
p/s : kalau memang jodoh tu kuat, sane sakit, sini terasa tau.. =D
p/s : arghh!! mati tu priority... fuhh~ jangan banyak berangan NurQaseh, ingat mati, ingat mati, ingat mati...