RSS
Container Icon

Aku Dah Kenapa?


bismillah...


Ya Allah...Ape kene la aku akhir-akhir ni.... Semalam bergesel dengan kereta orang masa pegi beli barang. Habih melecet kereta kite... Adoiyai... Hari-hari lap kereta ni, tetiba calar balar lak. Nak nanges je rasa. Ntah macam mana ntah kite drive..melayang je fikiran nih... 2 hari lepas pulak tertido masa drive nak balik dari opis. Giler! Terlelap 4 saat je kot... dalam masa 4 saat tu kereta dah nak masuk longkang dah.

Kenapa ntah minggu ni susah sangat nak tido malam-malam. Elok plak time drive die datang ngantuk, malam-malam taknak plak ngantuk. Dan untuk pertama kalinya saya makan ubat batuk yang boleh menyebabkan kadar mengantuk tahap superman kuasa tiga. Saya memang takkan makan ubat kalau setakat demam, batuk atau selsema biasa (MC je aku ambik...kehkehkeh). Ingatkan bila dah makan ubat batuk boleh la saya tido nyenyak tak bangun-bangun, sekali pukul 3 pagi mata ni terjaga pulak... Memang tak berbaloi-baloi saya pecah rekod makan ubat batuk dengan harapan senang nak tido. Pinggang dah mula rasa sakit, bawak ke tulang belakang...pergghhhh... Allahurobbi. Nak nanges je rasa..

Ape kena dengan saya ni ek.. Nak kata monopous, eh mude lagi bai.. Nak kata tension kat tempat kerja, takde jugak. Kadang-kadang je bengang dengan ketua pegawai operasi, lady boss la katakan (saya tak suka boss perempuan, time period dia suka cari pasal..haha...macam aku ler) Ntah la... Something wrong somewhere la...adoiyai... Fikiran asyik melayang-layang. Makan pun takde selera sangat... Why?? Why?? Why dis happeng tumi?? Semua serba tak kena je..

Hmm...I need fresh air maybe. Takpe-takpe..tengah berfikir nih samada nak book tiket atau tak.. InsyaAllah, Oktober ni saya pegi ke sana menikmati musim bunga di negara tersebut. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amiin..


okbai~


p/s : dah buang tebiat ke saya ni? Ntah la.. Ada sorang makhluk Allah tu jadi mangsa Cik NurQaseh. Dia memang sentiasa sabar melayan kerenah saya walaupun kadang-kadang dia naik angin jugak. Tapi takpelah...macam tak biase lak kan?




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 kata mereka: