RSS
Container Icon

Tuhan....Lindungi Kami....

bismillah....


YA ALLAH....selamatkan mereka, lindungi mereka, beri kekuatan kepada kami dalam perjuangan ini Ya Allah.....



p/s: secebis doa untuk hamba-hamba Allah yang berjuang untuk saudara-saudara kita di Gaza...

p/s lagi: Teringin nak bersama aktivis-aktivis yg sedang menuju ke Gaza..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dusta Orang Kaya, Ulama Dan Syahid...

bismillah...


Sesungguhnya diantara manusia yang mula-mula dibicarakan dan dihukum pada hari kiamat ialah, pertama, orang yang gugur syahid. Dia dibawa mengadap, maka Allah menyatakan kepadanya satu persatu nikmatNya, lalu dia pun mengakui menerimanya. Allah SWT bertanya kepadanya, "Maka apa yang telah engkau lakukan pada nikmat-nikmat itu?"


Dia menjawab, "Aku berperang kerana mematuhi perintahMu sehingga aku gugur syahid."


Allah berfiman, "Engkau berdusta. Akan tetapi engkau berperang supaya orang mengatakan engkau berani, dan telah pun dikatakan demikian." Kemudian dia dihukum lalu diseret tertiarap lalu dihumbankan ke dalam neraka.


Kedua orang yang belajar ilmu dan mengajarnya serta membaca Al-Quran. Dia dibawa mengadap , maka Allah menyatakan kepadanya nikmat-nikmatNya satu persatu lalu dia mengakui menerimanya. Allah SWT bertanya, "Maka apa yang engkau telah lakukan pada nikmat-nikmat itu?"


Dia menjawab, "Aku belajar ilmu dan mengajarnya serta membaca Quran kerana mengharap keredhaan Mu."


Allah berfirman,"Engkau berdusta. Akan tetapi engkau mempelajari ilmu supaya orang mengatakan engkau alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya orang mengatakan engkau seorang Qari, dan telah pun dikatakan ddemikian." Kemudian dia dihukum lalu diseret tertiarap dan dihumban ke dalam neraka.


Ketiga, orang yang telah dimewahkan hidupnya oleh Allah serta diberiNya sebahagian dari segala jenis harta benda dan kekayaan. Dia dibawa mengadap, maka Allah menyatakan nikmat-nikmatNya satu persatu lalu dia mengakui menerimanya. Allah SWT bertanya, "Maka apakah yang engkau lakukan pada nikmat-nikmat tersebut?"


Dia menjawab, "Aku tidak meninggalkan satu jalan pun melainkan aku belanjakan kekayaanku pada jalanMu kerana mengharap keredhaan Mu."


Allah Taala berfirman, "Engkau berdusta. Akan tetapi engkau belanjakan harta kekayaan mu supaya orang mengatakan engkau itu seorang yang dermawan, dan telahpun dikatakan demikian." Kemudian dia dihukum lalu diseret tertiarap dan dihumbankan kedalam neraka..




Kesimpulannya disini, setiap apa yang Allah kurniakan kepada kita adalah suatu rezeki yang patut kita syukuri dengan rasa kehambaan. Jika Allah menurunkan penyakit, harta kekayaan, ilmu pengetahuan dan sebagainya maka itu adalah medan ujian bagi kita untuk menguji sejauh mana kita merendahkan diri kita bukan sahaja kepada Allah, tapi juga kepada makhluk2 Nya yang lain.


Bongkak, riak, tamak, ujub dan takabbur... Pasti sifat2 ini pada setiap manusia, kerana kita hanya hamba, hamba dan hamba.. Mungkin dalam tidak sedar kita merasa diri kita suddah bagus, mungkin saya juga pernah berfikiran begitu tanpa sedar dan dalam sedar. Lantaran itu, seharusnya kita sentiasa bermuhasabah diri serta merendahkan diri serendah-rendahnya ibarat mutiara di dasar lautan. Kerana tiada apa yang lebih tinggi melainkan Dia...



Allahu'alam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Realiti Dalam Mimpi

bismillah...



Syahid! Aku mahu syahid
Aku mahu berjuang, aku adalah pejuang
Membela saudara yang jauh terbuang
Membela agama yang sering diserang
Biar nyawa mati melayang
Darah mengalir hampir ke liang
Syahid itu saksi...
Dan saksi itu adalah darahmu sendiri
Jangan sekadar omongan kosong
Nafsu sendiri tak dapat dibendung
Jangan hanya tahu bersenandung
Tapi hati tak sekental Pahlawan terulung
Jika malam mu diulit mimpi
Syahid apakah yang kau impi..
Tahajjud malam pun tak bisa dituruti
Dan syahidmu itu hanyalah mimpi!



Desir angin menyapa pipi
tatkala ribut badai makin menghampiri
takut?? Apa yang perlu ditakuti
kiranya iman teguh dihati
apa yang kau lihat,itulah kekuasaan Rabbul Izzati
bila ribut menggoncang bumi
dan segala isi
bersediakah kau untuk menghadapi?



Aku ini si miskin
Aku juga si kaya
Miskinnya aku kerana harta,
Kayanya aku kerana Dia
Aku ini hamba tetapi merdeka
Aku ini papa tetapi bahagia
Apa lagi yg diharap selain cinta
Cinta yang sakral lagi kudus hanya dariNya jua..




NurQ,
29.05.10,
12.55am.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kau Fikir Kau Best....???

bismillah...






Segala puji bagi Sang Khaliq yang menciptakan bulan dan bintang. Segala puji bagi Nya yang menciptakan malam dan siang. Segala puji bagiNya juga kerana menciptakan cinta dan kasih sayang.


Rindu sungguh pada QalamNur ini. Dah beberapa hari tak meng'update'kan blog dhaif kepunyaan hamba hina, Cik NurQaseh. Bila terasa nak update, ada jer gangguan yang datang..ishh! Laptop saya yang diyakini kecanggihannya tiba2 buat hal. Encik ACER kesayangan saya telah pun dihantar ke rumah sakit untuk rawatan lanjut. Nasib baik ada encik DELL...tak sia-sia saya buat sparepart...hihihi...


Sabtu lepas, saya berkesempatan untuk membeli belah di sebuah pasaraya. Beli baju raya taw..hehehe..(cik NurQaseh memang senget). Seperti kebiasaannya, saya lebih gemar berjalan seorang diri, hatta ke tempat paling jauh sekali pun. Berjalan berseorangan terasa syahduu jer..ehe. Bermacam-macam ragam manusia yang saya temui, tak kurang juga ada yang cuba mengusik(mereka yg berkenaan telah diberi pelempang free).


Setelah puas mengelilingi pusat membeli belah tersebut, saya duduk sebentar di kerusi yang telah disediakan. Disebelah saya terdapat beberapa orang gadis dan seorang perempuan yang agak berusia. Mungkin beliau ialah ibu kepada 3 orang gadis tersebut. Salah seorang gadis itu berniqab. Lalu saya dengan ramahnya menegur gadis2 dan makcik tersebut dengan niat hendak menjalinkan silaturrahim.


"Assalamualaikum..dari mane nih?"


"Waalaikumsalam...dari Sungai Udang."


Todia intro perkenalan saya dengan salah seorang daripada mereka. Saya senang berborak dengan anak gadis yang kedua tersebut. Ramah macam saya juga..hohoho~ Dalam masa kami berbual, tiba2 ibu ketiga-tiga gadis itu menyoal saya.


"Kamu ni dah abis belajar ke? Belajar kat mana dulu?"


"Dah lama dah habis. Saya belajar takat STPM jer makcik."


Kata saya dengan rendah dirinya..isk3..


"Laa...tak sambung lagi ker? Tak lulus STPM ker? Pointer sikit ker? bla bla bla..."


Sabar ye Nur...Kata hati saya kepada diri saya sendiri....


"Anak2 makcik yang dua orang ni semua ada degree. Yang sorang ni lulusan Al-Azhar. Anak yang bongsu ni masih belajar di UIAM." Kata si ibu dengan bangganya. Ketiga-tiga gadis tersebut pun tersenyum-senyum dek pujian ibunya.


"Alhamdulillah....." Jawab saya ringkas.


"Saya nak buat master lepas ni....bla bla bla..." Kata salah seorang dari anaknya.



Kecil betul diri ini dihadapan mereka...ahh, biarlah. Mereka juga manusia biasa seperti saya. Bezanya cuma mereka lebih berpendidikan dan mungkin pakaian mereka yang menjadikan mereka tampak hampir sempurna. Disebalik hijab mereka tiada siapa yang tahu.


Tiba di rumah, saya bermuhasabah diri. Apa perlunya pendidikan yang tinggi jika itu membuatkan kita meninggi diri. Apa perlunya berjawatan tinggi, andai itu membuatkan kita tak sedar diri. Kita cuma HAMBA.. Layaknya seseorang hamba itu memasuki Jannah, bukanlah kerana segulung ijazah, master atau phD.. Semuanya bergantung kepada kasihan belas Allah SWT jua.. Sia-sia beramal walau seribu tahun sekalipun, lalu kita mengungkit setiap amalan yang dibuat...Walaupun dosa pahala itu dihisab, tetapi Allah jualah yang Maha berkuasa ke atas setiap hamba2Nya..



Kepada makcik dan ketiga-tiga anak gadisnya, korang fikir korang best????




Memang best pun...hohoho... Tahniah3..!! Tahniah kepada makcik dan suaminya kerana berjaya mendidik anak2 mereka sehingga berjaya. Tahniah kepada gadis2 tersebut kerana berjaya menjadi srikandi yang solehah dan berilmu. Dan tahniah juga kepada saya...sebab...sebab...sebab ape yer?? thehehehe.....


Firman Allah SWT: Sesungguhnya Aku hanya menerima solat orang2 yang merendahkan diri kerana keagungan Ku dan tiada menyombong diri di atas makhlukKu, tiada terus menerus bermaksiat pada Ku, menghabiskan masanya berzikir kepadaKu, berbalas kasih kepada orang miskin, orang musafir ibnusabil, perempuan janda dan orang yang terkena musibah. Ia bercahaya laksana matahari. Aku lindungi ia dengan kesabaran Ku dan memerintahkan malaikat Ku menjaganya. Aku berinya cahaya malam kegelapan dan kesabaran dalam kesukaran. Ia diantara makhluk2 Ku laksanakan Firdaus diantara barisan syurga..



p/s: Teringin nak kesana, berjalan berseorangan..hanya Allah sebagai peneman....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedang Membaca...

bismillah...






"Sekiranya nuklear ini dikatakan buruk dan kami tidak dapat memilikinya, kenapa anda sebagai kuasa terkuat boleh memilikinya? Sebaliknya apabila nuklear ini suatu keperluan bagi Amerika, maka ia juga keperluan bagi kami. Sesungguhnya Amerika adalah penjahat yang tidak lama lagi akan jatuh seperti air pancut."


Siapakah pemimpin negara Islam yang enggan tunduk kepada kuasa Amerika Syarikat dan Eropah?


Siapakah pemimpin negara Islam yang dengan lantang mempertikaikan peristiwa Holocoust?


Siapakah pemimpin negara Islam yang berdakwah kepada kuasa besar dunia melalui surat selepas Rasulullah SAW?


Selepas tragedi 11 September yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Taliban di Afghanistan dan kerajaan Saddam Hussien di Iraq, dunia Islam seolah-olah tunduk dan patuh kepda kuasa Barat. Segalanya berubah apabila Mahmoud Ahmadinejad memikul tanggungjawab sebagai Presiden ke-6 Republik Islam Iran pada 3 Ogos 2005. Dalam waktu yang singkat, Ahmadinejad menjadi pemimpin Islam yang disegani dunia.




p/s: buku ni memang best...baru beli semalam...berkobar-kobar jer semangat bila baca...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perut Oh Perut...

bismillah....






Oh! Lapar sungguh perut Cik NurQaseh kala ini, bak kata orang Melaka "lapau giler!". Semenjak pagi saya tak menjamah apa2 makanan hatta sebutir nasi pun menyebabkan perut berdondang sayang dengan meriahnya.. Balik dari temuduga, saya terus menerjah ke dapur kerana tak tahan lapar! Baru enam jam dah lapar bagai nak gila..


"Makan jangan kenyang sangat, nanti badan jadi malas." Pesan mak kepada saya. Ermm,saya rasa makanan yang saya makan tadi tidaklah terlalu banyak. Nasi 2 1/2 pinggan, ayam goreng 2 ketul, termasuk kuah masak lemak cili padi..hoho~


Pernahkah anda membaca kisah Rasulullah SAW yang selalu berlapar, perut kosong kerana tidak makan hingga ada waktunya terpaksa mengikat batu pada perut baginda. Sukar hendak kita bayangkan bagaimana perut yang terpaksa diikat dengan ketul-ketul batu supaya tak terasa terlalu pedih kelaparan.


Semasa membuat persiapan perang Al-Azhab, Rasulullah turut bersama-sama dengan para sahabat memerah keringat menggali parit untuk benteng pertahanan. Baginda turut memunggah tanah dan batu-batu yang berat menyebabkab seluruh fizikal merasai sakit dan terasa pedih hingga ke pangkal hati. Untuk mengurangkan kepedihan akibat rasa lapar, Rasulullah SAW mengambil beberapa ketul batu, kemudian dibalut dengan kain dan mengikat ketat pada perutnya. Baginda berbuat begitu selain untuk mengurangkan rasa lapar dan juga untuk mengelakkan daripada kecederaan akibat bekerja berat dalam keadaan perut kosong.


Terdapat pula kisah yang saya baca yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tabrani, bahawa pada suatu hari Fatimah r.a memberikan sekeping roti kepada ayahnya, Muhammad SAW. Nabi mengambil roti tersebut dan berkata, "Ini adalah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari lalu." Bayangkan Nabi SAW tidak makan selama tiga hari, dibandingkan dengan saya yang tak sampai 12 jam sudah lemah longlai akibat kekurangan protein kononnya.


Kemudian ada pula riwayat bahawa Abu Hurairah berkata, 'aku menemui Nabi SAW ketika baginda sedang solat sambil duduk, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, aku melihatmu solat dalam keadaan duduk. Apa yang menimpa mu? Baginda menjawab, 'Lapar, wahai Abu Hurairah.'


Terdapat beberapa peristiwa lagi dari sirah Rasulullah yang menyebabkan kita berfikir-alangkah jauhnya perbezaan antara corak hidup kita pada hari ini dengan corak hidup Rasulullah dan para sahabat pada zaman itu.


Dhaif?? Sama sekali tidak! Rasulullah mempunyai segala macam peluang untuk menjadi orang terkaya pada zaman itu sekiranya Baginda mahu. Dia sendiri sejak muda telah terkenal dengan bakat berniaganya hingga tokoh korporat seperti Khadijah mengamanahkan perniagaannya kepada Baginda.


Para sahabat seperti Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf ialah orang-orang yang kaya harta dan sentiasa mahu menyumbang. Kemudian hasil rampasan perang pun setahu saya boleh memberi kekayaan kepada Nabi sekiranya baginda mahu mengambil bahagiannya.


"Sekiranya Rasulullah mahu mengumpul harta, nescaya baginda menjadi manusia terkaya. Seperlima harta rampasan perang Hunain saja sudah mencapai 8000 ekor kambing, 8000 auns perak serta 1200 tawanan" (buku Jamilah Al-Mashri).


Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, daripada Umar Al-Khattab, katanya: "Pada suatu hari saya masuk menemui Rasulullah SAW di rumahnya, baginda sedang berbaring di atas pasir. Baginda tidak menggunakan sebarang alas bagi mengalas antara tubuhnya dengan pasir. Kesan2 pasir kelihatan jelas di bahagian rusuknya."


Begitulah Rasulullah SAW. Bukan baginda tidak mampu. Kalau baginda mahu, baginda boleh saja mengadakan lantai yang beralas atau membina rumah yang besar dan mewah sekalipun. Baginda mampu untuk semua itu, jika itu yang dipilih. Tapi Rasulullah tetap dengan kehidupan zuhudnya.


Membaca sirah Rasulullah dan para sahabat berulang kali dari pelbagai sudut membuatkan kita terpana serta merasai perbezaan corak hidup mereka yang ketara itu. Terkadang terbit rasa sedar bahawa corak hidup yang kita jalani sekarang jauh terpesong dari landasan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.


Pernah juga saya tidak makan. Bukan kerana saya tidak mampu membeli makanan,...tetapi kerana berdiet..huhu.. Bukannya kerana hendak bangun di sepertiga malam untuk qiamullail (kalau nak bangun beribadat di tengah malam,anda perlu ada stamina yg cergas. Tak bleh makan banyak dan tak bleh terlebih tido). Jauh terpesong niatnya..



Allahu'alam...



p/s: makan dan tido adalah satu nikmat yg sangat2 best!! tapi perlu ada had(peringatan utk diri sendiri=p)..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan Pisahkan Aku Dan Dia.......

bismillah...



"TAHNIAH dan sukacita dimaklumkan bahawa saudari telah dipilih untuk melanjutkan pelajaran bagi program B.Sc(Hons) Business Information Technology & International Business 3+0.........."



Hoh! Menatang ape ni?



Hmmm....



Alhamdulillah....



Saya dapat lagi tawaran untuk sambung belajar, macam dulu2 masa baru habis SPM dan STPM....tapi tak sambung2 jugak...huhu...dah beberapa tahun saya tinggalkan alam persekolahan. Di kala sahabat-sahabat saya dah tamat pengajian ijazah mereka, saya baru nak merangkak masuk ke menara gading. Salah saya jugak sebab tak tetap pendirian dan terlalu ikut cakap orang lain.


Dulu orang disekeliling tak sokong saya untuk sambung belajar...

"keje la dik, dapat duit."

"OK"


"keje kat sini bagus dik."

"OK"


"Ko tak payah sambung belajau dik. Nanti banyak hutang."

"OK"



Tu jela yang saya jawab dulu. Dan kali ni saya akan teguhkan pendirian saya. Saya akan perkuatkan keazaman saya untuk menuntut ilmu. Biar apa orang kata, saya tak pedulikk! Saya mencintai ilmu... Sangat2 cinta.


Cukup rasanya saya menuntut ilmu menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Cukup rasanya saya menuntut ilmu menjadi ibu kepada anak2 saudara saya semenjak mereka bayi lagi. Cukup rasanya saya menuntut ilmu dan menimba pengalaman bekerja di merata-rata tempat. Cukuplah... Kini tiba masanya untuk menuntut ilmu di menara gading.


Kepada pihak2 yang berkenaan, jangan cuba halang saya untuk menggali lubuk ilmu kerana masa depan saya bukan di tangan anda. Jangan cuba tentukan hidup saya, kerana saya yang akan bertanggungjawab atas kehidupan saya kelak. Jangan diracun fikiran saya, kerana saya sendiri yang akan menanggung apa saja risikonya. Jangan dipatahkan semangat saya. Jangan pisahkan saya dan ilmu!!











"Dek, tak payah belajar jauh2... tolong mak kat rumah ni."



"OK mak...."





Hmmmmm.....tadi bukan main bersemangat lagi. (dengar cakap mak ye, jangan derhaka)



Membaca jambatan ilmu yer kawan-kawan! Sebelum tido kena baca buku, satu muka surat pun jadi laaa - Educated cat




p/s: mungkin rezeki saya bukan dalam bentuk segulung ijazah, master atau phD. Dan mungkin ada yang terbaik untuk saya. God has better plan....=)


p/s lagi : ikut la nasihat si educated cat di atas...bangsa membaca bangsa berjaya(^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta Abadi...Tiada Berganti...

bismillah...


Dia adalah Khadijah r.a, seorang wanita janda, bangsawan, hartawan, cantik dan budiman. Ia disegani oleh masyarakat Quraisy khususnya, dan bangsa Arab pada umumnya. Sebagai seorang pengusaha, ia banyak memberikan bantuan dan modal kepada pedagang-pedagang atau melantik orang-orang untuk mewakili urusan-urusan perniagaannya ke luar negeri.

Banyak pemuka Quraisy yang ingin menikahinya dan sanggup membayar mas kahwin berapa pun yang dikehendakinya, namun selalu ditolaknya dengan halus kerana tak ada yang berkenan di hatinya. Pada suatu malam ia bermimpi melihat matahari turun dari langit, masuk ke dalam rumahnya serta memancarkan sinarnya ke merata tempat sehingga tiada sebuah rumah di kota Makkah yang luput dari sinarnya.


Mimpi itu diceritakan kepada anak bapa saudaranya yang bernama Waraqah bin Naufal. Dia seorang lelaki yang berumur lanjut, ahli dalam mentakbirkan mimpi dan ahli tentang sejarah bangsa-bangsa purba. Waraqah juga mempunyai pengetahuan luas dalam agama yang dibawa oleh Nabi-Nabi terdahulu.

Waraqah berkata: “Takwil dari mimpimu itu ialah bahawa engkau akan menikah kelak dengan seorang Nabi akhir zaman.”

“Nabi itu berasal dari negeri mana?” tanya Khadijah bersungguh-sungguh.

“Dari kota Makkah ini!” ujar Waraqah singkat.

“Dari suku mana?”

“Dari suku Quraisy juga.”

Khadijah bertanya lebih jauh: “Dari keluarga mana?”

“Dari keluarga Bani Hasyim, keluarga terhormat,” kata Waraqah dengan nada menghibur.

Khadijah terdiam sejenak, kemudian tanpa sabar meneruskan pertanyaan terakhir: “Siapakah nama bakal orang agung itu, hai anak bapa saudaraku?”

Orang tua itu mempertegas: “Namanya Muhammad SAW. Dialah bakal suamimu!”

Khadijah pulang ke rumahnya dengan perasaan yang luar biasa gembiranya. Belum pernah ia merasakan kegembiraan sedemikian hebat. Maka sejak itulah Khadijah sentiasa bersikap menunggu dari manakah gerangan kelak munculnya sang pemimpin itu.


Nabi Muhammad Berniaga

Muhammad, bakal suami wanita hartawan itu, adalah seorang yatim piatu yang miskin sejak kecilnya, dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Thalib, yang hidupnya pun serba kekurangan. Meskipun demikian, bapa saudaranya amat sayang kepadanya, menganggapnya seperti anak kandung sendiri, mendidik dan mengasuhnya sebaik-baiknya dengan adab, tingkah laku dan budi pekerti yang terpuji.

Pada suatu ketika, Abu Thalib berbincang-bincang dengan saudara perempuannya bernama ‘Atiqah mengenai diri Muhammad. Beliau berkata: “Muhammad sudah pemuda dua puluh empat tahun. Semestinyalah sudah kahwin. Tapi kita tak mampu mengadakan perbelanjaan, dan tidak tahu apa yang harus diperbuat.”

Setelah memikirkan segala ikhtiar, ‘Atiqah pun berkata: “Saudaraku, saya mendengar berita bahawa Khadijah akan memberangkatkan kafilah niaga ke negeri Syam dalam waktu dekat ini. Siapa yang berhubungan dengannya biasanya rezekinya bagus, diberkati Allah SWT. Bagaimana kalau kita pekerjakan Muhammad kepadanya? Saya kira inilah jalan untuk memperolehi nafkah, kemudian dicarikan isterinya.”

Abu Thalib menyetujui saranan saudara perempuannya. Dirundingkan dengan Muhammad, ia pun tidak keberatan.
‘Atiqah mendatangi wanita hartawan itu, melamar pekerjaan bagi Muhammad, agar kiranya dapat diikut sertakan dalam kafilah niaga ke negeri Syam.

Khadijah, tatkala mendengar nama “Muhammad”, ia berfikir dalam hatinya: “Oh... inilah takbir mimpiku sebagaimana yang diramalkan oleh Waraqah bin Naufal, bahawa ia dari suku Quraisy dan dari keluarga Bani Hasyim, dan namanya Muhammad, orang terpuji, berbudi pekerti tinggi dan nabi akhir zaman.” Seketika itu juga timbullah hasrat di dalam hatinya untuk bersuamikan Muhammad, tetapi tidak dilahirkannya kerana khuatir akan fitnah.

“Baiklah,” ujar Khadijah kepada ‘Atiqah, “saya terima Muhammad dan saya berterima kasih atas kesediaannya. Semoga Allah SWT melimpahkan berkatnya atas kita bersama.”. Wajah Khadijah cerah, tersenyum sopan, menyembunyikan apa yang tersudut di kalbunya.

Kemudian ia meneruskan: “Wahai ‘Atiqah, saya tempatkan setiap orang dalam rombongan niaga dengan penghasilan tinggi, dan bagi Muhammad SAW akan diberikan lebih tinggi dari biasanya.”

‘Atiqah berterima kasih, ia pulang dengan perasaan gembira menemui saudaranya, menceritakan kepadanya hasil perundingannya dengan wanita hartawan dan budiman itu. Abu Thalib menyambutnya dengan gembira.
Kedua bersaudara itu memanggil Muhammad SAW seraya berkata: “Pergilah anakanda kepada Khadijah r.a, ia menerima engkau sebagai pekerjanya. Kerjakanlah tugasmu sebaik-baiknya.”

Muhammad SAW menuju ke rumah wanita pengusaha itu. Sementara akan keluar dari pekarangan rumah bapa saudaranya, tiba-tibalah ia mencucurkan air mata kesedihan mengenang nasibnya. Tiada yang menyaksikannya dan menyertainya dalam kesedihan hati itu selain para malaikat langit dan bumi.



Kesaksian Seorang Rahib

Tatkala kafilah niaga itu siap akan berangkat, berkatalah Maisarah, kepala rombongan: “Hai Muhammad, pakailah baju bulu itu, dan peganglah bendera kafilah. Engkau berjalan di depan, menuju ke negeri Syam!”

Muhammad SAW melaksanakan perintah. Setelah iring-iringan keluar dari halaman memasuki jalan raya, tanpa sedar Muhammad SAW menangis kembali, tiada yang melihatnya kecuali Allah dan para malaikat-Nya. Dari mulutnya terucap suara kecil: “Aduh hai nasib! Mana gerangan ayahku Abdullah, mana gerangan ibuku Aminah. Kiranyalah mereka menyaksikan nasib anakandanya yang miskin yatim piatu ini, yang justeru lantaran ketiadaannyalah sehingga terbawa jadi buruh upahan ke negeri jauh. Aku tidak tahu apakah aku masih akan kembali lagi ke negeri ini, tanah tumpah darahku.”

Jeritan batin itu membuat para malaikat langit bersedih. Mereka memintakan rahmat baginya. Maisarah memperlakukan Muhammad SAW dengan agak istimewa, sesuai dengan wasiat Khadijah. Diberinya pakaian terhormat, kenderaan unta yang tangkas dengan segala perlengkapannya.

Perjalanan mengambil waktu beberapa hari. Terik matahari begitu panas sekali. Tetapi Muhammad SAW berjalan sentiasa dipayungi awan yang menaunginya hingga mereka berhenti di sebuah peristirehatan dekat rumah seorang Rahib Nasrani.

Muhammad SAW turun dari untanya, pergi berangin-angin melepaskan lelah di bawah pohon yang teduh.
Rahib keluar dari tempat pertapaannya. Ia terhairan-hairan melihat gumpalan awan menaungi kafilah dari Makkah, padahal tak pernah terjadi selama ini. Ia tahu apa erti tanda itu kerana pernah dibacanya di dalam Kitab Taurat.
Rahib menyiapkan suatu perjamuan bagi kafilah itu dengan maksud untuk menyiasat siapa pemilik karamah dari kalangan mereka.

Semua anggota rombongan hadir dalam majlis perjamuan itu, kecuali Muhammad SAW seorang diri yang tinggal untuk menjaga barang-barang dan kenderaan. Ketika Rahib melihat awan itu tidak bergerak, tetap di atas kafilah, bertanyalah beliau: “Apakah di antara kalian masih ada yang tidak hadir di sini?”

Maisarah menjawab: “Hanya seorang yang tinggal untuk menjaga barang-barang.”

Rahib pergi menjemput Muhammad SAW dan terus menjabat tangannya, membawanya ke majlis perjamuan. Ketika Muhammad SAW. bergerak, Rahib memperhatikan awan itu turut bergerak pula mengikuti arah ke mana Muhammad SAW berjalan. Dan di saat Muhammad SAW masuk ke ruangan perjamuan, Rahib keluar kembali menyaksikan awan itu, dan dilihatnya awan itu tetap di atas, tidak bergerak sedikit pun walaupun dihembus angin. Maka mengertilah ia siapa gerangan yang memiliki karamah dan keutamaan itu.

Rahib masuk kembali dan mendekati Muhammad SAW, bertanya: “Hai pemuda, dari negeri mana asalmu?”

“Dari Makkah”.

“Dari qabilah mana?” tanya sang Rahib.

“Dari Quraisy, tuan!”

“Dari keluarga siapa?”

“Keluarga Bani Hasyim.”

‘Siapa namamu?”

“Namaku, Muhammad.”

Serta merta ketika mendengar nama itu, Rahib berdiri dan terus memeluk Muhammad SAW serta menciumnya di antara kedua alisnya seraya mengucapkan: “Laa Ilaaha Illallaah, Muhammadar Rasulullah.”

Ia menatap wajah Muhammad SAW dengan perasaan takjub, seraya bertanya: “Sudikah engkau memperlihatkan tanda di badanmu agar jiwaku tenteram dan keyakinanku lebih mantap?”

“Tanda apakah yang tuan maksudkan?” tanya Muhammad SAW.

“Silakan buka bajumu supaya kulihat tanda akhir kenabian di antara kedua bahumu!”

Muhammad SAW. memperkenankannya, dimana Rahib tua itu melihat dengan jelas ciri-ciri yang dimaksudkan.
“Ya....ya....tertolong, tertolong!” seru Rahib. “Pergilah ke mana hendak pergi. Engkau terus ditolong!”

Rahib itu mengusap wajah Muhammad SAW, sambil menambahkan: “Hai hiasan di hari kemudian, hai pemberi syafa’at di akhirat, hai peribadi yang mulia, hai pembawa nikmat, hai nabi rahmat bagi seluruh alam!”

Dengan pengakuan demikian, Rahib dari Ahlil-Kitab itu telah menjadi seorang muslim sebelum Muhammad SAW. dengan rasmi menerima wahyu kerasulan dari langit.


Paderi-paderi Yahudi Gementar Ketakutan

Pasar dibuka beberapa hari lamanya. Semua jualan laris dengan keuntungan berlipat ganda, mengatasi pengalaman yang sudah-sudah. Kebetulan pada saat itu bertepatan dengan hari Yahudi, yang dimeriahkan dengan upacara besar-besaran.

Muhammad SAW, Abu Bakar dan Maisarah keluar menonton keramaian itu. Tatkala Muhammad SAW memasuki tempat upacara untuk menyaksikan cara mereka beribadat, maka tiba-tiba berjatuhanlah semua lilin-lilin menyala yang bergantungan pada tali di sekitar ruangan, yang menyebabkan paderi-paderi Yahudi gementar ketakutan.

Seorang di antara mereka bertanya: “Alamat apakah ini?” Semuanya hairan, cemas dan ketakutan.
“Ini bererti ada orang asing yang hadir di sini,” jawab pengerusi upacara. “Kita baca dalam Taurat bahawa alamat ini akan muncul bilamana seorang lelaki bernama Muhammad SAW, Nabi akhir zaman, mendatangi hari raya agama Yahudi. Mungkinlah sekarang orang itu berada di ruangan kita ini. Carilah lelaki itu, dan kalau bertemu, segeralah tangkap!”

Abu Bakar r.a, sahabat Muhammad SAW sejak dari kecil, dan Maisarah, yang mendengar berita itu segera mendekati Muhammad SAW yang berdiri agak terpisah, dan mengajaknya keluar perlahan-lahan di tengah-tengah kesibukan orang yang berdesak-desakan keluar masuk ruangan.

Tanpa menunda waktu lagi, Maisarah segera memerintahkan kafilah berangkat pulang ke Makkah. Dengan demikian tertolonglah Muhammad SAW dari kejahatan orang-orang Yahudi.


Nabi Muhammad Pulang Ke Makkah

Biasanya dalam perjalanan pulang, kira-kira jarak tujuh hari lagi mendekati Makkah, Maisarah mengirim seorang utusan kepada Khadijah r.a, memberitahukan bakal kedatangan kafilah serta perkara-perkara lain yang menyangkut perjalanan.

Maisarah menawarkan kepada Muhammad SAW: “Apakah engkau bersedia diutus membawa berita ke Makkah?”
Muhammad SAW berkata: “Ya, saya bersedia apabila ditugaskan”.

Pemimpin rombongan mempersiapkan unta yang cepat untuk dinaiki oleh utusan yang akan berangkat terlebih dahulu ke kota Makkah. Ia pun menulis sepucuk surat memberikan kepada majikannya bahawa perniagaan kafilah yang disertai Muhammad SAW mendapat hasil laba yang sangat memuaskan, dan menceritakan pula tentang pengalaman-pengalaman aneh yang berkaitan dengan diri Muhammad SAW.

Tatkala Muhammad SAW menuntun untanya dan sudah hilang dari pandangan mata, maka Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s .:
“Hai Jibril, singkatkanlah bumi di bawah kaki-kaki unta Muhammad SAW! Hai Israfil, jagalah ia dari sebelah kanannya! Hai Mikail, jagalah ia dari sebelah kirinya! Hai awan, teduhilah ia di atas kepalanya!”

Kemudian Allah SWT mendatangkan ngantuk kepadanya sehingga baginda SAW tertidur nyenyak dan tiba-tiba telah sampai di Makkah dalam tempoh yang cukup singkat. Saat terbangun, ia hairan mendapati dirinya telah berada di pintu masuk kota kelahirannya. Baginda SAW sedar bahawa ini adalah mukjizat Tuhan kepadanya, lalu bersyukur memuji Zat Yang Maha Kuasa.

Sementara baginda SAW mengarahkan untanya menuju ke tempat Khadijah r.a, secara kebetulan Khadijah r.a pada saat itu sedang duduk sambil kepalanya keluar jendela memandangi jalan ke arah Syam, tiba-tiba dilihatnya Muhammad SAW di atas untanya dari arah bertentangan di bawah naungan awan yang bergerak perlahan-lahan di atas kepalanya.
Khadijah r.a menajamkan matanya, bimbang kalau-kalau tertipu oleh penglihatannya, sebab yang dilihatnya hanyalah Muhammad SAW sendirian tanpa rombongan, padahal telah dipesannya kepada Maisarah agar menjaganya sebaik-baik. Ia bertanya kepada wanita-wanita sahayanya yang duduk di sekitarnya: “Apakah kamu mengenali siapa pengendara yang datang itu?” sambil tangannya menunjuk ke arah jalan.

Seorang di antara mereka menjawab: “Seolah-olah Muhammad Al-Amiin, ya sayyidati!”

Kegembiraan Khadijah r.a terlukis dalam ucapannya: “Kalau benar Muhammad Al-Amiin, maka kamu akan kumerdekakan bilamana ia telah sampai!”

Tak lama kemudian muncullah Muhammad SAW di depan pintu rumah wanita hartawan itu, yang langsung menyambutnya dengan tutur sapa tulus ikhlas: “Kuberikan anda unta pilihan, tunggangan khusus dengan apa yang ada di atasnya.”

Muhammad SAW mengucapkan terima kasih, kemudian menyerahkan surat dari ketua rombongan. Ia minta izin pulang ke rumah bapa saudaranya setelah melaporkan tentang perniagaan mereka ke luar negeri.


Khadijah Menawarkan Diri

Muhammad Al-Amiin muncul di rumah Khadijah. Wanita usahawan itu berkata: “Hai Al-Amiin, katakanlah apa keperluanmu!” Suaranya ramah, bernada dermawan.

Dengan sikap merendahkan diri tapi tahu diharga dirinya, Muhammad SAW berbicara lurus, terus terang, meskipun agak malu-malu tetapi pasti. Katanya: “Kami sekeluarga memerlukan nafkah dari bahagianku dalam rombongan niaga. Keluarga kami amat memerlukannya untuk mencarikan jodoh bagi anak saudaranya yang yatim piatu”. Kepalanya tertunduk, dan wanita hartawan itu memandangnya dengan penuh ketakjuban.

“Oh, itukah....! Muhammad, upah itu sedikit, tidak menghasilkan apa-apa bagimu untuk menutupi keperluan yang engkau maksudkan,” kata Khadijah r.a. “Tetapi biarlah, nanti saya sendiri yang mencarikan calon isteri bagimu”. Ia berhenti sejenak, meneliti. Kemudian meneruskan dengan tekanan suara memikat dan mengandungi isyarat: “Aku hendak mengahwinkanmu dengan seorang wanita bangsawan Arab. Orangnya baik, kaya, diingini oleh banyak raja-raja dan pembesar-pembesar Arab dan asing, tetapi ditolaknya. Kepadanyalah aku hendak membawamu”. Khadijah tertunduk lalu melanjutkan: “Tetapi sayang, ada aibnya...! Dia dahulu sudah pernah bersuami. Kalau engkau mahu, maka dia akan menjadi pengkhidmat dan pengabdi kepadamu”.

Pemuda Al-Amiin tidak menjawab. Mereka sama-sama terdiam, sama-sama terpaku dalam pemikirannya masing-masing. Yang satu memerlukan jawapan, yang lainnya tak tahu apa mahu dijawab.

Khadijah r.a tak dapat mengetahui apa yang terpendam di hati pemuda Bani Hasyim itu, pemuda yang terkenal dengan gelaran Al-Amiin (jujur). Pemuda Al-Amiin itupun mungkin belum mengetahui siapa kira-kira calon yang dimaksud oleh Khadijah r.a.

Ia minta izin untuk pulang tanpa sesuatu keputusan yang ditinggalkan. Ia menceritakan kepada bapa saudaranya: “Aku merasa amat tersinggung oleh kata-kata Khadijah r.a. Seolah-olah dia memandang enteng dengan ucapannya ini dan itu “anu dan anu....” Ia mengulangi apa yang dikatakan oleh perempuan kaya itu.

‘Atiqah juga marah mendengar berita itu. Dia seorang perempuan yang cepat naik darah kalau pihak yang dinilainya menyinggung kehormatan Bani Hasyim. Katanya: “Muhammad, kalau benar demikian, aku akan mendatanginya”.
‘Atiqah tiba di rumah Khadijah r.a dan terus menegurnya: “Khadijah, kalau kamu mempunyai harta kekayaan dan kebangsawan, maka kamipun memiliki kemuliaan dan kebangsawanan. Kenapa kamu menghina puteraku, anak saudaraku Muhammad?”

Khadijah r.a terkejut mendengarnya. Tak disangkanya bahawa kata-katanya itu akan dianggap penghinaan. Ia berdiri menyabarkan dan mendamaikan hati ‘Atiqah: “Siapakah yang sanggup menghina keturunanmu dan sukumu? Terus terang saja kukatakan kepadamu bahawa dirikulah yang kumaksudkan kepada Muhammad SAW. Kalau ia mahu, aku bersedia menikah dengannya; kalau tidak, aku pun berjanji tak akan bersuami hingga mati”.

Pernyataan jujur ikhlas dari Khadijah r.a membuat ‘Atiqah terdiam. Kedua wanita bangsawan itu sama-sama cerah. Percakapan menjadi serius.

“Tapi Khadijah, apakah suara hatimu sudah dimaklumi oleh anak bapa saudaramu Waraqah bin Naufah?” tanya ‘Atiqah sambil meneruskan: “Kalau belum cubalah meminta persetujuannya.”

“Ia belum tahu, tapi katakanlah kepada saudaramu, Abu Thalib, supaya mengadakan perjamuan sederhana. Jamuan minum, dimana sepupuku diundang, dan disitulah diadakan majlis lamaran”, Khadijah r.a berkata seolah-olah hendak mengatur siasat. Ia yakin Waraqah takkan keberatan kerana dialah yang menafsirkan mimpinya akan bersuamikan seorang Nabi akhir zaman.

‘Atiqah pulang dengan perasaan tenang, puas. Pucuk dicinta ulam tiba. Ia segera menyampaikan berita gembira itu kepada saudara-saudaranya: Abu Thalib, Abu Lahab, Abbas dan Hamzah. Semua riang menyambut hasil pertemuan ‘Atiqah dengan Khadijah r.a.

“Itu bagus sekali”, kata Abu Thalib, “tapi kita harus bermesyuarat dengan Muhammad SAW lebih dahulu.”


Janda Cantik Bermata Jelly

Sebelum dijemput bermesyuarat oleh bapa saudaranya, maka terlebih dahulu ia pun telah menerima seorang perempuan bernama Nafisah, utusan Khadijah r.a yang datang untuk menjalin hubungan kekeluargaan. Utusan peribadi Khadijah itu bertanya: “Muhammad, kenapa engkau masih belum berfikir mencari isteri?”

Muhammad SAW menjawab: “Hasrat ada, tetapi kesanggupan belum ada.”

“Bagaimana kalau seandainya ada yang hendak menyediakan nafkah? Lalu engkau mendapat seorang isteri yang baik, cantik, berharta, berbangsa dan sekufu pula denganmu, apakah engkau akan menolaknya?”

“Siapakah dia?” tanya Muhammad SAW.

“Khadijah!” Nafisah berterus terang. “Asalkan engkau bersedia, sempurnalah segalanya. Urusannya serahkan kepadaku!”

Usaha Nafisah berjaya. Ia meninggalkan putera utama Bani Hasyim dan langsung menemui Khadijah r.a, menceritakan kesediaan Muhammad SAW. Setelah Muhammad SAW menerima pemberitahuan dari saudara-saudaranya tentang hasil pertemuan dengan Khadijah r.a, maka baginda tidak keberatan mendapatkan seorang janda yang usianya lima belas tahun lebih tua daripadanya.

Betapa tidak setuju, apakah yang kurang pada Khadijah? Ia wanita bangsawan, cantik, hartawan, budiman. Dan utamanya pula kerana hatinya telah dibukakan Tuhan untuk mencintainya, telah ditakdirkan akan dijodohkan dengannya.

Kalau dikatakan janda, biarlah! Ia memang janda umur empat puluh, tapi janda yang masih segar, bertubuh ramping, berkulit putih dan bermata jelly. Maka diadakanlah majlis yang penuh keindahan itu. Hadir sama Waraqah bin Naufal dan beberapa orang-orang terkemuka Arab yang sengaja dijemput. Abu Thalib dengan rasmi meminang Khadijah r.a kepada saudara sepupunya. Orang tua bijaksana itu setuju. Tetapi dia meminta tempoh untuk berunding dengan wanita berkenaan.


Pernikahan Muhammad dengan Khadijah

Khadijah r.a diminta pendapat. Dengan jujur ia berkata kepada Waraqah: “Hai anak bapa saudaraku, betapa aku akan menolak Muhammad SAW padahal ia sangat amanah, memiliki keperibadian yang luhur, kemuliaan dan keturunan bangsawan, lagi pula pertalian kekeluargaannya luas”.

“Benar katamu, Khadijah, hanya saja ia tak berharta”, ujar Waraqah.

“Kalau ia tak berharta, maka aku cukup berharta. Aku tak memerlukan harta lelaki. Kuwakilkan kepadamu untuk menikahkan aku dengannya,” demikian Khadijah r.a menyerahkan urusannya.

Waraqah bin Naufal kembali mendatangi Abu Thalib memberitakan bahawa dari pihak keluarga perempuan sudah bulat muafakat dan merestui bakal pernikahan kedua mempelai. Lamaran diterima dengan persetujuan mas kahwin lima ratus dirham. Abu Bakar r.a, yang kelak mendapat sebutan “Ash-Shiddiq”, sahabat akrab Muhammad SAW. sejak dari masa kecil, memberikan sumbangan pakaian indah buatan Mesir, yang melambangkan kebangsawaan Quraisy, sebagaimana layaknya dipakai dalam upacara adat istiadat pernikahan agung, apalagi kerana yang akan dinikahi adalah seorang hartawan dan bangsawan pula.

Peristiwa pernikahan Muhammad SAW dengan Khadijah r.a berlangsung pada hari Jumaat, dua bulan sesudah kembali dari perjalanan niaga ke negeri Syam. Bertindak sebagai wali Khadijah r.a ialah bapa saudaranya bernama ‘Amir bin Asad, sedang Waraqah bin Naufal membacakan khutbah pernikahan dengan fasih, disambut oleh Abu Thalib sebagai berikut:
“Alhamdu Lillaah, segala puji bagi Allah Yang menciptakan kita keturunan (Nabi) Ibrahim, benih (Nabi) Ismail, anak cucu Ma’ad, dari keturunan Mudhar.

“Begitupun kita memuji Allah SWT Yang menjadikan kita penjaga rumah-Nya, pengawal Tanah Haram-Nya yang aman sejahtera, dan menjadikan kita hakim terhadap sesama manusia.

“Sesungguhnya anak saudaraku ini, Muhammad bin Abdullah, kalau akan ditimbang dengan laki-laki manapun juga, nescayalah ia lebih berat dari mereka sekalian. Walaupun ia tidak berharta, namun harta benda itu adalah bayang-bayang yang akan hilang dan sesuatu yang akan cepat perginya. Akan tetapi Muhammad SAW, tuan-tuan sudah sama mengenalinya siapa dia. Dia telah melamar Khadijah binti Khuwailid. Dia akan memberikan mas kahwin lima ratus dirham yang akan segera dibayarnya dengan tunai dari hartaku sendiri dan saudara-saudaraku.

“Demi Allah SWT, sesungguhnya aku mempunyai firasat tentang dirinya bahawa sesudah ini, yakni di saat-saat mendatang, ia akan memperolehi berita gembira (albasyaarah) serta pengalaman-pengalaman hebat.

“Semoga Allah memberkati pernikahan ini”.

Penyambutan untuk memeriahkan majlis pernikahan itu sangat meriah di rumah mempelai perempuan. Puluhan anak-anak lelaki dan perempuan berdiri berbaris di pintu sebelah kanan di sepanjang lorong yang dilalui oleh mempelai lelaki, mengucapkan salam marhaban kepada mempelai dan menghamburkan harum-haruman kepada para tamu dan pengiring.

Selesai upacara dan tamu-tamu bubar, Khadijah r.a membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: “Hai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak mahupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan mana yang engkau redhai !”

Itulah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan”.

(Adh-Dhuhaa: 8)

Alangkah bahagianya kedua pasangan mulia itu, hidup sebagai suami isteri yang sekufu, sehaluan, serasi dan secita-cita.


Dijamin Masuk Syurga

Khadijah r.a mendampingi Muhammad SAW. selama dua puluh enam tahun, yakni enam belas tahun sebelum dilantik menjadi Nabi, dan sepuluh tahun sesudah masa kenabian. Ia isteri tunggal, tak ada duanya, bercerai kerana kematian. Tahun wafatnya disebut “Tahun Kesedihan” (‘Aamul Huzni).

Khadijah r.a adalah orang pertama sekali beriman kepada Rasulullah SAW. ketika wahyu pertama turun dari langit. Tidak ada yang mendahuluinya. Ketika Rasulullah SAW menceritakan pengalamannya pada peristiwa turunnya wahyu pertama yang dihantar Jibril ‘alaihissalam, dimana beliau merasa ketakutan dan menggigil menyaksikan bentuk Jibril a.s dalam rupa aslinya, maka Khadijahlah yang pertama dapat mengerti makna peristiwa itu dan menghiburnya, sambil berkata: “Bergembiralah dan tenteramkanlah hatimu. Demi Allah SWT yang menguasai diri Khadijah r.a, engkau ini benar-benar akan menjadi Nabi Pesuruh Allah bagi umat kita.

“Allah SWT tidak akan mengecewakanmu. Bukankah engkau orang yang sentiasa berusaha untuk menghubungkan tali persaudaraan? Bukankah engkau selalu berkata benar? Bukankah engkau sentiasa menyantumi anak yatim piatu, menghormati tetamu dan menghulurkan bantuan kepada setiap orang yang ditimpa kemalangan dan musibah?”

Khadijah r.a membela suaminya dengan harta dan dirinya di dalam menegakkan kalimah tauhid, serta selalu menghiburnya dalam duka derita yang dialaminya dari gangguan kaumnya yang masih engkar terhadap kebenaran agama Islam, menangkis segala serangan caci maki yang dilancarkan oleh bangsawan-bangsawan dan hartawan Quraisy.

Layaklah kalau Khadijah r.a mendapat keistimewaan khusus yang tidak dimiliki oleh wanita-wanita lain iaitu, menerima ucapan salam dari Allah SWT. yang dihantar oleh malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW. disertai salam dari Jibril a.s peribadi untuk disampaikan kepada Khadijah radiallahu ‘anha serta dihiburnya dengan syurga.

Kesetiaan Khadijah r.a diimbangi oleh kecintaan Nabi SAW kepadanya tanpa terbatas. Nabi SAW pernah berkata:
“Wanita yang utama dan yang pertama akan masuk Syurga ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad SAW., Maryam binti ‘Imran dan Asyiah binti Muzaahim, isteri Fir’aun”.


Wanita Terbaik

Sanjungan lain yang banyak kali diucapkan Rasulullah SAW. terhadap peribadi Khadijah r.a ialah: “Dia adalah seorang wanita yang terbaik, kerana dia telah percaya dan beriman kepadaku di saat orang lain masih dalam bimbang keengkaran; dia telah membenarkan aku di saat orang lain mendustakanku; dia telah mengorbankan semua harta bendanya ketika orang lain mencegah kemurahannya terhadapku; dan dia telah melahirkan bagiku beberapa putera-puteri yang tidak ku dapatkan dari isteri-isteri yang lain”.


Allahu'alam...


p/s: Esok jugak saya pi pinang jejaka idaman saya...hua3...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa Korang Buat Bila Azan?

bismillah...





Apa yang selalu kita buat semasa azan berkumandang? Bila anda sedang rancak berborak dengan buayafriend/gelifriend anda di telefon, tiba2 anda terdengar azan. Adakah anda akan berhenti berborak. Alhamdulillah jika ya, dan na'uzubillah jika tidak. Firman Allah,

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahmu ketika maut sedang menghampiri."

Sangat jelas maksudnya supaya kita menghormati azan. Saya diajar oleh guru pondok saya agar jangan bercakap semasa azan. Selalu juga saya dimarahi..hoho~ Apabila meningkat dewasa, barulah saya faham akan peri pentingnya adab2 ketika azan berkumandang. Takut tak bila kita dah nak mati nanti Allah kelukan lidah kita, lepas tu payah pulak nak mengucap? Mustilah takut..

Sepanjang kehidupan, saya bertemu dengan ramai orang yang entah hape2 ragamnya. Dulu masa saya kerja di farmasi,pernah sekali saya rasa macam nak sound je sorang pakcik ni yang suka sangat bersiul tak kira la masa bawak motor, masa minum kopi dan yang paling saya bengkek bila dia bersiul semasa azan. Itulah hobi pakcik tersebut tiap2 hari.. Dengan rantai ala2 rantai Jay-Z dah macam rantai beskal, ingat cun ker?

Saya akui, saya pun bukanlah terlalu baik, tapi walaupun kita ni tak baik tak semestinya kita tak boleh buat baik. Walaupun kebaikan tu kita lihat sebesar biji sawi, tapi amalan tu jugalah yang temankan kita kat dalam kubur nanti. Jadi, jangan anggap adab2 semasa azan ni tak penting ye kawan2...hoho~

Apa yang kita nak buat masa azan? Cukup ke sekadar diamkan diri sambil berangan kawen dengan Nora Danish atau diamkan diri sambil berfikir lauk apa yang mak masak kat rumah? Seperti yang saya katakan tadi, terdapat beberapa adap yang kita kena buat masa muazzin melaungkan azan,


Allahuakbar : Maka kita kena jawab Allahuakbar

Asyhadu'alla ilaha illallah: Jawab Asyhadu'alla ilaha'illallah

Asyhadu'anna muhammadar rasulullah : Jawab Asyhadu'anna muhammadar rasulullah

Hayya'alassolah : Jawab Laahaula wala quwwata illa billa hil'aliyyil'azim

Hayya'alalfalah : Jawab Laahaula wala quwwata illa billa hil'aliyyil'azim

Laa'ilaha'illallah : Jawab Laa'ilaha'illallah


Kalau sapa2 yang rajin bukak astro oasis waktu azan, mesti ada ditulis sekali bacaan2 ni.

Bukan panggilan dari pakwe/makwe je yang kita kena jawab, azan pun kena jawab jugak inikan pulak panggilan Ilahi yang akan memanggil kita bila2 masa jer tak kira waktu...Kalau dah dipanggil mengadap Dia nanti, sapa nak jawab? Sendiri la jawab! (-_-)"



p/s: Aku mohon kematian yg baik lagi mulia....amiiin....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hudud...Suatu Keadilan...Pengakhirannya Membahagiakan...

bismillah...

Rosak!! Masyarakat kita sebahagian besarnya sudah rosak. Kerosakan akhlak yang semacam tidak dapat dibendung lagi. Sana sini hebat dengan acara maksiat. Sana sini galak dengan perbuatan2 melampaui batas2 kemanusiaan. Sana sini begitu hangat dengan kerja2 yang tidak bermoral. Amat takut saya memikirkan ini semua. Saya dan anda juga termasuk dalam masyarakat itu. Saya masih muda...bagaimana jika satu hari nanti saya terleka dalam dunia yang semakin teruk...Tak dapat saya bayangkan betapa rosaknya saya ketika itu..


Manusia sekian lama menggubal undang-undang demi undang-undang dan ianya digubal serta terus diubah jika tidak lagi relevan dengan arus perdana. Tapi tetap juga manusia semakin hilang kemanusiaannya, malah makin rakus. Dimana silapnya? Silapnya ialah membelakangkan hukum Tuhan.


Bayangkan jika seorang lelaki yang telah berkahwin berzina dengan wanita lain, mahkamah syariah pula mendenda beliau RM5000 dan enam sebatan atas kesalahan itu. Apakah kebarangkalian untuk lelaki tersebut mengulangi perbuatannya?


Dan bayangkan jika beliau dihukum seperti lelaki di bawah mengikut hukum yang ditetapkan Tuhan Yang Maha Adil.



















Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun.
Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa si pesalah di atas yang dilakukan sepanjang hayatnya, dimasukkan ke dalam SyurgaNya dan semoga Allah menjauhkan saudara-saudara seIslamnya dari maksiat-maksiat yang terkutuk.

"Setelah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Maiz mati direjam kerana kesalahan berzina dengan seorang sahibiah bernama Ghamidiah, Rasulullah saw bersabda, Laqad taba, lau wuziat taubatahu ila ahlil madinah lakafat (Sesungguhnya Maiz telah bertaubat, dan jika taubatnya dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduk Madinah, nescaya ia mencukupi untuk mereka semua)."



Rejam sampai mati.. Itu yang harus dibayar oleh lelaki tersebut kerana berzina. Begitu juga pasangannya.


Ngeri...pasti mereka yang menyaksikan peristiwa tersebut takut dengan hukuman yang Allah tetapkan. Maka apakah pula kebarangkalian untuk mereka berbuat perkara yang sama? Sudah tentu mereka tidak berani mengulangi perbuatan zina tersebut..


"Ambillah dariku! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka (perempuan yang berzina), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, dan jika yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus sebatan dan direjam dengan batu sampai mati." -Rasulullah SAW.


Ini adalah sebahagian dari hukum hudud. Apa itu hudud?

Mengikut definisi Abdul Qadir Audah, hudud ialah seksaan2 yang tertentu sebagai hak Allah SWT. Maksud tertentu disini ialah tidak ada seksaan minima atau maksima, tapi hanya satu seksaan sahaja. Maksud hak Allah itu tidak boleh digugurkan (dimaafkan) sama ada oleh individu atau masyarakat. (buku al-Tasyri al-jinaiy al-islami,m/s78).


Dalam seksaan itu sebagai Hak Allah kerana ia dikuatkuasakan untuk kemaslahatan awam(masyarakat), iaitu membanteras fasad dalam masyarakat serta menjamin kestabilan mereka. Tiap2 jarimah merosakkan masyarakat dan manfaat dari seksaan yang dikenakan ke atas penjenayah2 kerana melakukan jenayah tersebut adalah kembali kepada masyarakat, maka seksaan2 yg dikenakan kerananya dianggap Hak Allah supaya tercapainya manfaat tersebut. Untuk memastikan fasad (kemudaratan) terhindar,maka dianggap seksaan tersebut sebagai Hak Allah supaya tidak gugur seksaan tersebut oleh individu atau masyarakat bila saja disabit bersalah(paham tak?).


Jenayah hudud ada 6 jenis:

-Zina
-Qazaf (tuduhan zina tanpa empat saksi)
-Mencuri
-Minum arak
-Merompak
-Murtad


Seperti yang kita tahu, seksaan2 yang dikenakan keatas kesalahan2 diatas adalah bersumberkan AL-QURAN & AS-SUNNAH.

Saya tidaklah arif untuk menerangkan satu persatu tentang hukum2 ini. Cukup sekadar saya sertakan dalil2 tentang hukuman hudud yg wajib dilaksanakan.


Untuk tuduhan zina (qazaf), jika didapati tuduhan tersebut tidak benar, maka yang orang yang menuduh akan dihukum 80 kali sebatan serta tidak akan diterima lagi kesaksian mereka(kire dah tak boleh caye kat orang ni lagi).


Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq. (An-Nur:4)


1643


Hukum minum arak ialah sebat. Tapi ada 2 pendapat yang berbeza. Dalam satu hadis diriwayatkan Rasulullah SAW menyebat seorang lelaki yang minum arak sebanyak 40 sebatan menggunakan pelepah tamar. Abu Bakr pun turut lakukan perkara yang sama tapi pada masa Saidina Umar, setelah berbincang dengan sahabat2 yang lain dan berkata seorang sahabat, 'seringan-ringan hudud adalah 80 kali sebatan.' (mungkin Saidina Umar tak guna pelepah tamar dan diganti dgn benda lain yg kurang efek nye kot...kot2 la)


Bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara2 yang tertentu.

Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah . (Al-Maidah:38)





Hukuman bagi orang2 yang menimbulkan kekacauan atau merompak ialah dibunuh. Sekiranya perompak itu membunuh, maka hendaklah ia dibunuh. Sekiranya dia merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang.(maksudnye potong tangan kanan dengan kaki kiri atau tangan kiri dengan kaki kanan). Jika pesalah hanya menimbulkan kekacauan, hendaklah dipenjarakan.







Untuk orang2 yang murtad, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan maka hendaklah dibunuh(setelah diberi tempoh 3hari@3kali untuk bertaubat).

Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat . (Al-Baqarah:217)


Jelas bahawa hukum hudud ini bersumberkan perundangan yang utama iaitu Al-Quran dan Sunnah. Syariat menentukan dengan terperinci mengenai sekasaan atau hukuman bagi mana2 jenayah hudud di mana tidak ada hak2 persendirian seperti pemerintah, mangsa atau walinya sendiri untuk meminda atau memilih hukumannya. Ia mesti dilaksanakan apbila sabit kesalahan, sebab itu hudud disebut Hak Allah.


Bayangkan jika hudud dan qisas digunapakai di setiap negara2 Islam, pasti kadar jenayah tidak seperti sekarang. Saya akui, memang agak ngeri bila melihat pesalah-pesalah ini dihukum,apatah lagi jika melihat hukuman dilaksanakan di depan mata saya sendiri. Tetapi setiap ketetapan Allah adalah yg sebaik-baiknya.


Saya juga tidak dapat dibayangkan bagaimana jika hudud dilaksanakan di Malaysia nanti. Akan ramailah yang direjam, disebat, dipotong tangan dan kaki. Tidak dinafikan negara ini amat pesat membangun dan mempunyai pemimpin2 yang bersuara lantang dalam mempromosi keamanan dunia. Tetapi mereka tidak cukup berani untuk menegakkan undang2 Islam disini.


Saya ambil contoh di negara Somalia. Mereka masih mengamalkan hukum hudud. Walaupun Somalia adalah sebuah negara yang miskin dari segi material, tetapi kekayaan iman mereka jauh mengatasi masyakat kita. Hakikatnya,hanya dengan mengamalkan syariat2 Allah ini sahajalah yang dapat membendung segala bentuk kepincangan dalam masyarakat.


Allahu'alam...


p/s: takut....(T_T)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS