bismillah....
Oh! Lapar sungguh perut Cik NurQaseh kala ini, bak kata orang Melaka "lapau giler!". Semenjak pagi saya tak menjamah apa2 makanan hatta sebutir nasi pun menyebabkan perut berdondang sayang dengan meriahnya.. Balik dari temuduga, saya terus menerjah ke dapur kerana tak tahan lapar! Baru enam jam dah lapar bagai nak gila..
"Makan jangan kenyang sangat, nanti badan jadi malas." Pesan mak kepada saya. Ermm,saya rasa makanan yang saya makan tadi tidaklah terlalu banyak. Nasi 2 1/2 pinggan, ayam goreng 2 ketul, termasuk kuah masak lemak cili padi..hoho~
Pernahkah anda membaca kisah Rasulullah SAW yang selalu berlapar, perut kosong kerana tidak makan hingga ada waktunya terpaksa mengikat batu pada perut baginda. Sukar hendak kita bayangkan bagaimana perut yang terpaksa diikat dengan ketul-ketul batu supaya tak terasa terlalu pedih kelaparan.
Semasa membuat persiapan perang Al-Azhab, Rasulullah turut bersama-sama dengan para sahabat memerah keringat menggali parit untuk benteng pertahanan. Baginda turut memunggah tanah dan batu-batu yang berat menyebabkab seluruh fizikal merasai sakit dan terasa pedih hingga ke pangkal hati. Untuk mengurangkan kepedihan akibat rasa lapar, Rasulullah SAW mengambil beberapa ketul batu, kemudian dibalut dengan kain dan mengikat ketat pada perutnya. Baginda berbuat begitu selain untuk mengurangkan rasa lapar dan juga untuk mengelakkan daripada kecederaan akibat bekerja berat dalam keadaan perut kosong.
Terdapat pula kisah yang saya baca yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tabrani, bahawa pada suatu hari Fatimah r.a memberikan sekeping roti kepada ayahnya, Muhammad SAW. Nabi mengambil roti tersebut dan berkata, "Ini adalah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari lalu." Bayangkan Nabi SAW tidak makan selama tiga hari, dibandingkan dengan saya yang tak sampai 12 jam sudah lemah longlai akibat kekurangan protein kononnya.
Kemudian ada pula riwayat bahawa Abu Hurairah berkata, 'aku menemui Nabi SAW ketika baginda sedang solat sambil duduk, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, aku melihatmu solat dalam keadaan duduk. Apa yang menimpa mu? Baginda menjawab, 'Lapar, wahai Abu Hurairah.'
Terdapat beberapa peristiwa lagi dari sirah Rasulullah yang menyebabkan kita berfikir-alangkah jauhnya perbezaan antara corak hidup kita pada hari ini dengan corak hidup Rasulullah dan para sahabat pada zaman itu.
Dhaif?? Sama sekali tidak! Rasulullah mempunyai segala macam peluang untuk menjadi orang terkaya pada zaman itu sekiranya Baginda mahu. Dia sendiri sejak muda telah terkenal dengan bakat berniaganya hingga tokoh korporat seperti Khadijah mengamanahkan perniagaannya kepada Baginda.
Para sahabat seperti Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf ialah orang-orang yang kaya harta dan sentiasa mahu menyumbang. Kemudian hasil rampasan perang pun setahu saya boleh memberi kekayaan kepada Nabi sekiranya baginda mahu mengambil bahagiannya.
"Sekiranya Rasulullah mahu mengumpul harta, nescaya baginda menjadi manusia terkaya. Seperlima harta rampasan perang Hunain saja sudah mencapai 8000 ekor kambing, 8000 auns perak serta 1200 tawanan" (buku Jamilah Al-Mashri).
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, daripada Umar Al-Khattab, katanya: "Pada suatu hari saya masuk menemui Rasulullah SAW di rumahnya, baginda sedang berbaring di atas pasir. Baginda tidak menggunakan sebarang alas bagi mengalas antara tubuhnya dengan pasir. Kesan2 pasir kelihatan jelas di bahagian rusuknya."
Begitulah Rasulullah SAW. Bukan baginda tidak mampu. Kalau baginda mahu, baginda boleh saja mengadakan lantai yang beralas atau membina rumah yang besar dan mewah sekalipun. Baginda mampu untuk semua itu, jika itu yang dipilih. Tapi Rasulullah tetap dengan kehidupan zuhudnya.
Membaca sirah Rasulullah dan para sahabat berulang kali dari pelbagai sudut membuatkan kita terpana serta merasai perbezaan corak hidup mereka yang ketara itu. Terkadang terbit rasa sedar bahawa corak hidup yang kita jalani sekarang jauh terpesong dari landasan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Pernah juga saya tidak makan. Bukan kerana saya tidak mampu membeli makanan,...tetapi kerana berdiet..huhu.. Bukannya kerana hendak bangun di sepertiga malam untuk qiamullail (kalau nak bangun beribadat di tengah malam,anda perlu ada stamina yg cergas. Tak bleh makan banyak dan tak bleh terlebih tido). Jauh terpesong niatnya..
Allahu'alam...
p/s: makan dan tido adalah satu nikmat yg sangat2 best!! tapi perlu ada had(peringatan utk diri sendiri=p)..
Perut Oh Perut...
4:36 PM |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kata mereka:
Post a Comment