bismillah...
Rosak!! Masyarakat kita sebahagian besarnya sudah rosak. Kerosakan akhlak yang semacam tidak dapat dibendung lagi. Sana sini hebat dengan acara maksiat. Sana sini galak dengan perbuatan2 melampaui batas2 kemanusiaan. Sana sini begitu hangat dengan kerja2 yang tidak bermoral. Amat takut saya memikirkan ini semua. Saya dan anda juga termasuk dalam masyarakat itu. Saya masih muda...bagaimana jika satu hari nanti saya terleka dalam dunia yang semakin teruk...Tak dapat saya bayangkan betapa rosaknya saya ketika itu..
Manusia sekian lama menggubal undang-undang demi undang-undang dan ianya digubal serta terus diubah jika tidak lagi relevan dengan arus perdana. Tapi tetap juga manusia semakin hilang kemanusiaannya, malah makin rakus. Dimana silapnya? Silapnya ialah membelakangkan hukum Tuhan.
Bayangkan jika seorang lelaki yang telah berkahwin berzina dengan wanita lain, mahkamah syariah pula mendenda beliau RM5000 dan enam sebatan atas kesalahan itu. Apakah kebarangkalian untuk lelaki tersebut mengulangi perbuatannya?
Dan bayangkan jika beliau dihukum seperti lelaki di bawah mengikut hukum yang ditetapkan Tuhan Yang Maha Adil.
Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa si pesalah di atas yang dilakukan sepanjang hayatnya, dimasukkan ke dalam SyurgaNya dan semoga Allah menjauhkan saudara-saudara seIslamnya dari maksiat-maksiat yang terkutuk.
"Setelah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Maiz mati direjam kerana kesalahan berzina dengan seorang sahibiah bernama Ghamidiah, Rasulullah saw bersabda, Laqad taba, lau wuziat taubatahu ila ahlil madinah lakafat (Sesungguhnya Maiz telah bertaubat, dan jika taubatnya dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduk Madinah, nescaya ia mencukupi untuk mereka semua)."
Rejam sampai mati.. Itu yang harus dibayar oleh lelaki tersebut kerana berzina. Begitu juga pasangannya.
Ngeri...pasti mereka yang menyaksikan peristiwa tersebut takut dengan hukuman yang Allah tetapkan. Maka apakah pula kebarangkalian untuk mereka berbuat perkara yang sama? Sudah tentu mereka tidak berani mengulangi perbuatan zina tersebut..
Ini adalah sebahagian dari hukum hudud. Apa itu hudud?
Mengikut definisi Abdul Qadir Audah, hudud ialah seksaan2 yang tertentu sebagai hak Allah SWT. Maksud tertentu disini ialah tidak ada seksaan minima atau maksima, tapi hanya satu seksaan sahaja. Maksud hak Allah itu tidak boleh digugurkan (dimaafkan) sama ada oleh individu atau masyarakat. (buku al-Tasyri al-jinaiy al-islami,m/s78).
Dalam seksaan itu sebagai Hak Allah kerana ia dikuatkuasakan untuk kemaslahatan awam(masyarakat), iaitu membanteras fasad dalam masyarakat serta menjamin kestabilan mereka. Tiap2 jarimah merosakkan masyarakat dan manfaat dari seksaan yang dikenakan ke atas penjenayah2 kerana melakukan jenayah tersebut adalah kembali kepada masyarakat, maka seksaan2 yg dikenakan kerananya dianggap Hak Allah supaya tercapainya manfaat tersebut. Untuk memastikan fasad (kemudaratan) terhindar,maka dianggap seksaan tersebut sebagai Hak Allah supaya tidak gugur seksaan tersebut oleh individu atau masyarakat bila saja disabit bersalah(paham tak?).
Jenayah hudud ada 6 jenis:
-Zina
-Qazaf (tuduhan zina tanpa empat saksi)
-Mencuri
-Minum arak
-Merompak
-Murtad
Seperti yang kita tahu, seksaan2 yang dikenakan keatas kesalahan2 diatas adalah bersumberkan AL-QURAN & AS-SUNNAH.
Saya tidaklah arif untuk menerangkan satu persatu tentang hukum2 ini. Cukup sekadar saya sertakan dalil2 tentang hukuman hudud yg wajib dilaksanakan.
Untuk tuduhan zina (qazaf), jika didapati tuduhan tersebut tidak benar, maka yang orang yang menuduh akan dihukum 80 kali sebatan serta tidak akan diterima lagi kesaksian mereka(kire dah tak boleh caye kat orang ni lagi).
1643
Hukum minum arak ialah sebat. Tapi ada 2 pendapat yang berbeza. Dalam satu hadis diriwayatkan Rasulullah SAW menyebat seorang lelaki yang minum arak sebanyak 40 sebatan menggunakan pelepah tamar. Abu Bakr pun turut lakukan perkara yang sama tapi pada masa Saidina Umar, setelah berbincang dengan sahabat2 yang lain dan berkata seorang sahabat, 'seringan-ringan hudud adalah 80 kali sebatan.' (mungkin Saidina Umar tak guna pelepah tamar dan diganti dgn benda lain yg kurang efek nye kot...kot2 la)
Bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara2 yang tertentu.
Hukuman bagi orang2 yang menimbulkan kekacauan atau merompak ialah dibunuh. Sekiranya perompak itu membunuh, maka hendaklah ia dibunuh. Sekiranya dia merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang.(maksudnye potong tangan kanan dengan kaki kiri atau tangan kiri dengan kaki kanan). Jika pesalah hanya menimbulkan kekacauan, hendaklah dipenjarakan.
Untuk orang2 yang murtad, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan maka hendaklah dibunuh(setelah diberi tempoh 3hari@3kali untuk bertaubat).
Jelas bahawa hukum hudud ini bersumberkan perundangan yang utama iaitu Al-Quran dan Sunnah. Syariat menentukan dengan terperinci mengenai sekasaan atau hukuman bagi mana2 jenayah hudud di mana tidak ada hak2 persendirian seperti pemerintah, mangsa atau walinya sendiri untuk meminda atau memilih hukumannya. Ia mesti dilaksanakan apbila sabit kesalahan, sebab itu hudud disebut Hak Allah.
Bayangkan jika hudud dan qisas digunapakai di setiap negara2 Islam, pasti kadar jenayah tidak seperti sekarang. Saya akui, memang agak ngeri bila melihat pesalah-pesalah ini dihukum,apatah lagi jika melihat hukuman dilaksanakan di depan mata saya sendiri. Tetapi setiap ketetapan Allah adalah yg sebaik-baiknya.
Saya juga tidak dapat dibayangkan bagaimana jika hudud dilaksanakan di Malaysia nanti. Akan ramailah yang direjam, disebat, dipotong tangan dan kaki. Tidak dinafikan negara ini amat pesat membangun dan mempunyai pemimpin2 yang bersuara lantang dalam mempromosi keamanan dunia. Tetapi mereka tidak cukup berani untuk menegakkan undang2 Islam disini.
Saya ambil contoh di negara Somalia. Mereka masih mengamalkan hukum hudud. Walaupun Somalia adalah sebuah negara yang miskin dari segi material, tetapi kekayaan iman mereka jauh mengatasi masyakat kita. Hakikatnya,hanya dengan mengamalkan syariat2 Allah ini sahajalah yang dapat membendung segala bentuk kepincangan dalam masyarakat.
Allahu'alam...
p/s: takut....(T_T)
6 kata mereka:
Pengetahuan tentang HUDUD di kalangan rakyat Malaysia terutamanya orang Islam agak kurang, termasuklah saya..
Kerana itu agak sukar nak praktikan di Malaysia sebab pengetahuan ni ramai yang kurang jelas. Bagi pihak yang nak praktikkan HUDUD ni di Malaysia, saya harap ada satu kertas kerja yang lengkap tentang cara pelaksanaan hukum ini.. Dari segi cara penyiastan. cara hukuman, bagaimana hendak mendakwa dan banyak lagi..
Lagi satu, undang2 Civil dah lama bertapak kat negara Islam khususnya, terutama masa zaman penjajah yang amalkan 'pecah dan perintah'..
Faktor lain pula ialah memang orang Islam akhir zaman ni cetek imannya.. Sebab tu sukar nak terima HUDUD ni.. Masya-Allah..
memang dlm kalangan kita ni masih tak brape jelas tentang hudud tmasuk sy jugak, tapi sampai bila... sy tgk hudud ni lbh dipolitikkan kat malaysia. setakat cakap2 kosong je. takde usaha nak memahami hudud & qisas dgn lebih jelas.
asal cakap tentang hudud, mesti ramai yg tak setuju sbb nmpak macam kejam. tapi sebenarnya hudud tu pun ada cara2 nk laksanakannya, bukan main jatuh hukum jer..
hmmm...kalo tgk sjrh pun msa kesultanan sultan zainal abidin(zaman sebelum penjajahan)..hukum hudud telah pun dilaksanakan dalam sistem pemerintahan di terengganu,hanya 5 kes yang dilaporkan sepanjang 20 thn pemerintahan Sultan zainal abidin 1..ianya kesan dari perlaksanaan sistem islam..tgk..bila kita laksanakan undang2 islam tapi lps je british bg kemerdekaan,diaorg sruh ikut cara diaorg mentadbir..undang2 islam dipinggirkan dan dipisahkan dari masyarakat..kesan nya apa??jenayah makin menjadi,kalau penjenayah mencuri,paling tinggi kena penjara and denda.. hmmm..bilakah undang2 islam dapat dilaksanakan semula? Nak jgk merasa hidup di bawah lembayung undang2 islam..tapi persoalannya mana perlaksanaannya?al-quran dan sunnah dah ada garis panduan...nak ketepikan hukum Allah dan berhukumkan dengan hukum manusia ke?renung2 kan..peace no war..salam..
p/s:nur..ada gmbar yang ana rasa mcm x menunjukkan hukum islam..takut2 ada yang tersilap tafsir bahawa itu adalah perlaksaannya..terima kasih..salam.
gambar yg mana tu yer? mntak tegur kalau ada salah dan silap...
sori..komen yang last2 2 ade kesilapan..bkn x berkaitan langsung tapi dari sudut kaedah pelaksanaan..cth mcm hukuman sebat, ada kaedah yang kna ikut kan,bkn main hayun je.. tapi tahniah sbb dari satu sudut pembacaan ilmiah,dapat menyedarkan pembaca akan kepentingan dan keperluan menegakkan hukum hudud nih..Congratulation for your post..
Nak tunggu faham hudud?
Undang undang jalanraya saya tak faham habis pun dah dikuatkuasakan.
Belum lagi undang undang kanun tanah negara, undang undang jualbeli, undang undang nikah kawin, hadanah dan lain lain lagi.. selamber rock je diarang kuatkuasakan.. tak de pun kertas kerja bentang pada rakyat semua..
Kalau nak tunggu faham, maka kena tunggu 'alim habih satu Malaysia le baru nak tegak hudud kalau cam tu.. ke guaner?
Post a Comment